Breaking

Showing posts with label Burger Bakar Abg Burn. Show all posts
Showing posts with label Burger Bakar Abg Burn. Show all posts

Thursday, January 19, 2023

Thursday, January 19, 2023

Perasaan Bila Makan Burger

 

Ada masa aku suka makan kat luar dan selalunya kami akan pergi kat warung-warung yang dekat ngan umah je. Tapi malam tu, anak-anak request nak makan fish n chips kat Avenue Food Court, Taman Dagang. Sedap katanya. Since hari gaji adalah hari gantung kuali, maka ku tunaikan permintaan mereka haha.


Ini bukan kali pertama kami datang ke sini. First time datang dulu semata-mata nak try burger bakar abg burn yang pernah viral dan famous satu ketika dulu. Alhamdulillah gerai burger bakar abg burn masih beroperasi sehingga ke hari ini bersama warung-warung tempatan lain. 



Anak-anak order fish n chips dan suami pilih lamb chop di salah satu warung kat situ. Sementara aku pulak kepingin nak makan burger bakar abg burn. Beza sangat pilihan menu dulu dan sekarang, dulu set burger ada kentang goreng tapi sekarang tukar dengan tachos. 


Set yang aku pilih ni namanya set ribeye cheese burger. Ada 2 sosej, burger daging keju dan tachos yang dilimpahi dengan sos keju. Harga pun berpatutan lebih kurang enam belas ringgit cenggitu. Bolehla nak makan sekali sekala kan.



Bagi aku, burger bakar abg burn masih relevan dalam industri pemburgeran (betul ke aku sebut tu haha)  tempatan, masih sedap di tekak aku dan dagingnya memang ohsem! Jujur, aku tak makan dari siang tapi masih tak dapat habiskan sebiji burger ni haha. Tapi akhirnya habis jugakla cuma anak-anak dah habis makan aku je sorang bercinta nak perabih sebab memang padat dan padu burger dia!

Ke 'tong' aku ni memang kapasitinya kecik?? hahaha....

Sambil makan kami layan lagu-lagu oleh buskers kat situ. Kebetulan meja kami paling depan memang bunyinya kuat tapi takde hal lah. Suara adik-adik ni memang sedap didengar dan lagunya pun syahduuuuuu.




Sebenarnya sebelum makan burger ni, aku cakap kat kakak kang nak balik ibu nak order vietnamese rolls dan char kuey tiow tapau. Tapi perut dah sengkak dengan burger bakar abg burn, langsung aku tak jadi nak order haha. Begitulah penangan sebiji burger.




Friday, April 03, 2015

Friday, April 03, 2015

Burger & GST


Assalamualaikum!




GST pertama aku .... 

Bunyi macam baru dapat 'anugerah' rasa ... ekekeke :p. Kelmarin makan tengahari disponsor dan semalam aku bawa bekal nasi. Hari ni pun aku bawa bekal nasi ngan sup ayam tapi tekak gatal nak makan burger pulak. Dasar kuat makan! Lepas burger ni tak tau la ape lagi yang akan aku kunyah hahaha.

So, aku pun berjalan kaki la ke kiosk burger ramly kat LRT Taman Jaya tu. Ada 2 burger kesukaan aku setakat ni ... burger lembu cheese dan oblong. So aku order oblong ... RM3.50.

Wednesday, December 17, 2014

Wednesday, December 17, 2014

Selera Burger Bakar


Assalamualaikum!


Lama tak pekena burger bakar ... lebih tepat lagi burger bakar Abg Burn! Beberapa hari lepas, aku dapat emel dari Abg Burn yang offer burger bakar dengan harga hanya RM5!! Yesszaaaa .... RM5 je untuk perut kenyang sepanjang malam hehehe.

So, aku plan ngan Pak Jelan petang semalam yang kami patut makan burger bakar Abg Burn tuk makan malam. Yang bestnye kakak buka dialog ....

"Buu ... biar kakak belanja boleh?"

Haaa bagai pucuk dicita ulam mendatang gituuu! haha. Walaupun aku ngan ayahnya menolak ... takmo guna duit yang Wan & Atok beri kat dioarg masa duduk kampung aritu, tapi kakak insist! Kalau taknak kakak belanja kakak takmo kawan ngan ibu dah!

Pulokkkkkkk .....!


Thursday, June 12, 2014

Thursday, June 12, 2014

Bila Teringat Burger Bakar!


Assalamualaikum!

Lama dah tak pekena burger bakar. Memang dah jadi tabiat kalau aku suka satu-satu makanan tu, kedai tu jugak la yang aku & family akan pergi selalu. Kalau makanan sedap, bersih, halal dan menepati citarasa kami memang berbaloi datang lagi.

Sama la jugaknya ngan kes burger bakar. Burger bakar Abg Burn memang dah jadi feveret kami sekeluarga sejak ia diperkenalkan mula-mula dulu. Sejak dia jual burger saje sampai la ni dah macam-macam range of product yang diperkenalkan, aku tetap setia! hehe.

So, hari tu Pak Jelan tanya nak makan apa untuk dinner. Macam tau-tau je bini dia penyegan nak masak hehe. Lalu aku suggest ape lagi .... kalau bukan burger bakar Abg Burn! ^^



Tuesday, February 25, 2014

Tuesday, February 25, 2014

Abg Burn Bagi Burger Bakar FREE!!


Assalamualaikum!

Actually, lama dah tahan tekak ni dari 'godaan' kolesterol, tapi offer Abg Burn kat fanpage dia melampau hebatnya! Tak bisa kusanggah lagi muehehehe. Dari minggu lepas lagi, Abg Burn ada buat offer 'Buy 1 FREE 1 burger' dan offer tersebut masih 'terngiang-ngiang' di fanpage Abg Burn! 


Voucher SAH dari 21hb Feb hingga 2hb Mac 2014

Monday, November 18, 2013

Monday, November 18, 2013

Lepas Geram!


Assalamualaikum!~

Geram jangan engkau geram!
Geram bermacam ragam!


Haaaa bila geram perut meragam hehe. Bila geram je nak makan ... bila nak makan je rasa geram! muehehe. Minggu lepas memang mood nak memasak kelaut sungguh! Bila tak masak, paling senang makan ... order je la! hehe. Kitaorg panggil ni sesi melepas geram!


Malam pertama


Satay boleh tahan sedap, tapi timun sangat la sedikit dia bagi.

Saturday, January 26, 2013

Saturday, January 26, 2013

Aku Review: Burger Bakar Abg Burn..3rd time!

Kelmarin kami terjah lagi Abg Burn! Walaupun waktu ni Wani still lemah tapi demam dah kebah skit berbanding malam sebelumnya. So, malam kelmarin ntah naper tetiba incik somi ngidam burger bako plak hehe. Jadi, untuk tidak menghampakan impian incik somi tu maka kami pun mencari burger bako yang sedap. Dan sasaran kami tak lain tak bukan ialah Burger Bakar Abg Burn!

Tuesday, January 15, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Abg Burn Brilliant

Wah!wah!wah! Masuk ni dah dua kali Kenit makan burger bakar Abg Burn. Malam kelmarin terjah, malam tadi terjah lagi! Tapi, paling happening malam tadi la..sebab Abg Burn jual Burger Bakar seringgit jer yop!~

Kami kuar rumah pas maghrib gitu, incik somi ikut hiway KESAS tak la jam sangat. Kalu ikut FEDERAL kami tak sampai lagi la gamaknya. Aritu Kenit dah citer kan pasai promosi Burger Bakar Abg Burn di FB. Kalu korang nak tahu, check SINI & SINI.

Dan semalam, sekali lagi Kenit sekeluarga berpeluang menerjah gerai burger Abg Burn yang bessttt!


Kami kuar awai pasai tahu dah orang pasti kerumun nak beratur awal. Burger bakar seringgit..maner nak dapat yop??hehehe. Kami sampai dalam kul 8.50malam. Waktu tu aderla dalam 30 orang dah beratur dah.


Mujuq kami sampai awai. Memang time tu ramai yang dah sampai nak beratur. Kebanyakkan mereka budak2 muda mungkin students kot. Ader gak yang datang dari jauh, bawak anak2 sekali sebab promo abg burn ni, seorang hanya boleh beli satu burger. 


Pukul 9.30mlm-10 mlm abg burn 'tutup' jap sebab nak prepare burger bakar sebanyak mungkin. Takla tertunggu2 nanti orang yang beratur belakang tu kan. Dah siap sedia jer atas meja..hulur duit..bagi resit..dapatla burger bakar beef cheese!hehehe

1 minit lagiiii!~

Fuh! Tak pernah lagi Kenit beratur semata2 nak beli makanan hehehe tapi malam tadi aura keharuman burger bakar memey terserlah di segenap penjuru restoran Le Lac ni, membuatkan kakiku tak lenguh berdiri walaupun dah dekat sejam nunggu!huhu.

beef cheese yang siap dibungkus...banyak tuuuu!~


Dan akhirnya, tepat pukul 10 malam, burger bakar abg burn DIBUKAAAAA! Sumer siap dengan duit seringgit, dengan anak2 Kenit sekali beratur pegang duit hehehe.




Syiokkkk! memey syiokkk! kami dapat beli 4 biji beef cheese abg burn malam tu haha. Lebih syiok lagi, my Pearls tak makan pun burger bakar tu...wah! kami laki bini la yang sebat..dua seorang hahaha!~ 


Best sangat ker burger bakar Abg Burn ni? Nak tau best ke tak, korang tengok sendirila panjang ke tak panjang barisan beratur ni...




Panjang sampai boleh buat L-shape lagi hehe. Pendek kata, memey puas dan berbaloi la burger bakar abg burn ni. Puas kami menyantap malam tadi..




Mekasih Abg Burn buat promo yang sangat terbaek ni! Gerai burger biasa pun takda lagi yang buat promo sebegini. Sumer balik dengan muker senyum hehe. Pasni buat la lagi yer abg burn...heeeee(^_^)



Sunday, January 13, 2013

Sunday, January 13, 2013

Oh Abg Burn!

Heeeee seronok sungguh hari ni walaupun penat tak ilang lagi. Kenit gagahkan jugak diri meng'update' blog sebelum beradu. Penatttttt! Siang bawak anak2 beriadah. Malam pekena makan baekkkkk punyer!  

Alkisahnyer, sejak dua menjak ni Kenit menjadi tertarik untuk merasai burger bakar yang tengah jadi kegilaan orang ramai Kenit pun nak try jugak la kan sedap sangat ke burger bakar yang orang dok canang2 tu kan.So, ader satu page kat FB pasai burger bakar. Nama dia Burger Bakar Abg Burn.

So, godek punyer godek memey terkenal la burger abg burn ni. Kalu korang nak tahu lebih lanjut tentang Burger Bakar Abg Burn, korang terjah je la link ni yek. Promosi abg burn memey terbaeeekkk la!~hehehe.

Antara jajahan Burger bakar abg burn ni yang dekat ngan umah aku ialah di Seksyen 7 & Seksyen 13 Shah Alam. So, tadi kitaorg pergi yang kat Seksyen 13, Shah Alam. Tak susah nak cari pun lokasi abg burn ni, dekat sangat ngan Stadium Melawati tu, kat Restoran  Le Lac.

Friday, December 28, 2012

Friday, December 28, 2012

Jom Terjah Burger Bakar Abang Burn!




Night shiny everyoneeee!~Haddow haddow haddowwwww tengah-tengah malam plak la dia bikin kelaparan yang kronik! Mana taknya, burger bakar yang kini menjadi idaman Malaya hahaha sudah mula diserbu! Oh, walaupun mata panda akak dah merayu belas kasihan, akak gagahkan jugak 'menari' di sini hehehe~

Fuhhhh! Saper tak suker burger bakar, akak yang tak pernah makan ni pun terliur tengok orang makan burger bakar tu kan. Korang suker tak burger bakar? Ni akak nak habak mai ada satu promosi yang baeeekkkkkk punyer dari Abe Burn kiter hehehe. Semalam, waktu godek2 FB ternampak satu iklan promosi burger bakar Abg Burn yang perrghhhh meletops-letops!

Klik untuk baca dengan jelas.

Disebabkan sokongan padu rakyat Malaysia khususnya pelanggan burger bakar Abg Burn, maka tercetuslah idea molek ini, promosi terhad untuk tarikh2 di atas dan di jajahan yang berkenaan je tau. Jangan korang salah singgah plak! Fuhhh! sapa taknak burger bakar beef cheese untuk harga RM1 jer beb! Memey terbaekkkk la harga dia. Tapi, siap sedialah korang nak beratur panjang hehe...jangan ada yang patah kaki dah la yek. Aperpun, kalu ader rezeki akak pun nak terjah gak esok insyaAllah....tapi, kalu tk dapat pun sekurang-kurangnya korang mungkin ada rezeki untuk merasanya kan...*ayat sedihku*

So, ape lagi malam esok dan malam tulat sempat lagi ni kalu korang nak terjah!Sokonglah produk tempatan hehehe.

Kalu korang nak tahu lebih lanjut tentang burger bakar Abg Burn ni, boleh MAI SINI

P/S: Ader yang boleh tapau burger bakar abg burn tuk akak tak?hehehe


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.