Breaking

Showing posts with label Cabaran30Hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran30Hari. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Monday, September 29, 2014

Sunday, September 28, 2014

Sunday, September 28, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"


Assalamualaikum!




Andainya aku pergi dulu sebelum mu ... janganlah kau bersedih hati.Haaaa bila baca task yang seterusnya untuk hari ni, terus paler ni teringat bait-bait lagu dari kumpulan Alleycats ni hehe. 

Teringat aku zaman sekolah dulu, cikgu BM selalu suruh buat ayat menggunakan perkataan tertentu macam ni. Kalau bab karang ayat,aku memang cukup suka hehe.

Saturday, September 27, 2014

Saturday, September 27, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 27 - Mood Aku Hari Ini



Assalamualaikum!



Buka katup buka katup kejap je dah hari ke 27 segmen #cabaran30hari! Cepatnyeeeee dah ujung bulan 9 kan hehe.

Mood aku hari ni? Opkos HAPPYYYYY sebab coti kannn ngeeee :D. Tapi, jangan ingat bila coti keje lain pun coti .. nehi nehi nehi! Keje pejabat je coti, tapi keje di umah tetap berjalan macam biasa yek.

Hari ni kakak ada sukaneka di sekolah, tengok dari gaya dia macam dah tak sabo nak menggelinjang di tengah padang tu hehehe. Aku pun TERUJA nak tengok prestasi sukan dia, nak bagi sokongan moral jadi pom pom girl tepi padang ngeeee :D



Koleksi Cabaran 30 Hari


Friday, September 26, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Monday, September 22, 2014

Monday, September 22, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 22 - Destinasi Percutian Impian



Assalamualaikum!



Once upon a time, aku pernah bercuti sambil belajar ke Singapore masa Form 6 dulu. Tu la pun paling jauh pernah aku 'terbang' hehe.

Lepas tu, passport merah aku tak lagi bercop! kikiki~

Anyway, ada satu tempat yang aku teringin nak pergi makan angin jalan-jalan pusing-pusing bawa family kat satu pulau yang pernah menjadi rebutan 3 buah negara ini.


Sunday, September 21, 2014

Saturday, September 20, 2014

Saturday, September 20, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 20 - Quote Kegemaran


Assalamualaikum!

gambar hiasan


Masuk hari ke-20 dan aku cuba sedaya upaya aku mengejar entri #cabaran30hari walaupun pada saat ini, ketika ini jiwa aku sedang berbahagia dibuai oleh kehijauan penuh kedamaian, jauh dari hiruk pikuk bandar yang menakutkan!

Tu sebab aku letak gambar pokok kat atas tu hehe, kongsi mood hijau ngan korang yang masih sudi bertandang di blog picisan aku ni :).

So!

Aku tak punya quote atau kata-kata mutiara yang tertentu yang aku suka. Semuanya aku suka asalkan tak salah. Tapi ada satu yang menarik perhatianku ....



Friday, September 19, 2014

Friday, September 19, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 19 - Resepi Kegemaranku


Assalamualaikum!


Makannnnn! Jom cerita pasal makan hehe. Semua orang suka makan kan, dan setiap orang mesti ada resepi kegemaran masing-masing ye dop.

Hari ni aku nak kongsikan resepi kegemaran aku yang aku belajar dari mak aku. Masak simple biasa-biasa tapi 'air tangan' tu yang membuatkan makanan kita sedap atau tidak ye dop hehe.




Kari Ayam Kampung diberi nama, opkos aku ada kongsikan resepinya di SINI. Sedap dimakan dengan roti jala atau cicah roti canai perghhh! I loiikeeee :D


*mood family holiday sudah mariiiiiiii ^^


Koleksi Cabaran 30 Hari


Thursday, September 18, 2014

Thursday, September 18, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 18 - Siri TV Kegemaran Aku


Assalamualaikum!


sumber : google

Hari ke 18! Yeaaaa sikittttt je lagi nak habis hahaha. Time aku budak-budak, memang aku cukup suka tengok tv. Zaman 90-an cerita kat tv memang best-best ko! Sampai abah nak tengok warta berita pun kena berebut remote ngan aku hehe.

Wednesday, September 17, 2014

Wednesday, September 17, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 17 - 5 Perkara Yang Aku Rindukan


Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Sememangnya banyak benda atau perkara atau orang yang aku rindukan saat ini.


5 Perkara/Benda Yang Aku Rindukan Waktu Ini!

  • Char kuey tiow!
Giler kentang tul la! Lama dah aku usha gerai char kuey tiow yang aku selalu pergi tu, tapi lama benor dia cutinye! Apasal la abg char kuey tiow ni lama tak meniaga .... dah kaya sangat ke??? hahaha.


  • Jaga kakak dan adik time diaorg masih baby
Rindu sangat bau baby, rindu sangat time agah-agah diaorg pastu diaorg ketawa berdekek. Rindu sangat tatihkan diaorg. Rindu sangat peluk cium gomol-gomol lepas mandikan diaorg ....rindu!!


  • Bela kucing
Teringin nak bela kucing, tapi bukan mudah nak bela sebenarnya. Dulu, mak abah ada tolong subsidi makan dan ubat-ubatan hehe. Kalau aku jumpa tepi jalan, hanya mampu bagi 'salam' je la.


  • Zaman kanak-kanak
Balik sekolah, hempas beg sekolah kat kerusi tukar baju turun bawah pastu main rounders sampai kul 7 malam huhu. Bahagiaaaaaaa! lepas tu balik kene bebel ngan mak tapi masih boleh senyum lagi wakakaka :p


  • Balik kampung
Rindu nak balik kampung Rembau dan Melaka. Rindu nak lalui zaman aku kecil-kecil dulu kat kampung. Tido umah Wan, main ngan sepupu-sepupu, berborak sampai lewat malam. 


Kalau dapat masa diputarkan kembali, ingin sekali aku ulangi saat-saat indah bersama muuuuuuu. .... oh kasihhh~ hahaha. 

Kemain berjiwang sakan aku petang ni hehe. 


Koleksi Cabaran 30 Hari


Tuesday, September 16, 2014

Tuesday, September 16, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 16 - Siapa & Bagaimana Aku 10 Tahun Lagi?


Assalamualaikum!




Perghh! tugasan untuk hari ke-16 memang susah huhu. Kenapala tanya soklan yang susah-susah camni, naik pening aku nak jawab hehe.

Siapa aku 10 tahun lagi?

10 tahun lagi aku berumur 41 tahun. Masa tu anak yang sulung pun dah umur 17 tahun amik SPM dan yang no.2 umur 15 tahun hehe. Kalau nyawa masih ada, mungkin aku masih bekerja memandangkan pencen aku 58 tahun huhu. 

Tapi aku dan Pak Jelan punya impian untuk buka syarikat catering kecil-kecilan sendiri. Mudah-mudahan impian kami menjadi kenyataan insyaAllah.

*anak-anak dara aku dah menjeling dah tu hehe*



Koleksi Cabaran 30 Hari

Monday, September 15, 2014

Sunday, September 14, 2014

Sunday, September 14, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 14 - Cerita Tentang Kasut Aku


Assalamualaikum!


Arghhh! ini first time aku lambat update entri untuk #cabaran30hari! Dari hari Jumaat bizinya membawak sampai ke hari Ahad malam! Walaupun siaran terlambat, tapi cabaran untuk hari ke 14 tetap diteruskan hehehe.




Cerita tentang kasut aku? Apa yang bestnye kasut aku ni? 
  • Inilah kasut aku gi keje, kasut aku gi jenjalan. 
  • Saiz kasut aku 9. Kaki panjang ... hehehe.
  • Dengan kasut ni, aku jalan kaki dari opis ke sekolah anak hari tu!
  • Aku akan pakai kasut tu selagi tak rosak. Means, bila dah terkeluar 'isi' dia baru tukar.
  • Aku takleh pakai high heels pasal nanti orang ingat aku 'tiang' bergerak! haha. Aku pun tak selesa nak cakap ngan orang sebab kena tunduk baru leh cakap hehe.
  • Aku tak suka kasut yang tapak licin, pasal aku mudah jatuh. Tiap kali nak beli kasut, aku check tapak dia dulu.
  • Aku tak kisah kalau beli kasut kat pasar malam sekali pun, janji selesa di kaki dan tak licin!

Ha tu je la citer pasal kasut aku pun. Yang pasti, aku bukan shoe-holic (hentam je la janji faham maksud aku) hehe. 




Koleksi Cabaran 30 Hari




Saturday, September 13, 2014

Saturday, September 13, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 13 - 5 Blog Kegemaran Aku


Assalamualaikum!


Sebelum aku ada blog sendiri, aku suka baca blog orang. Ada beberapa blog yang menjadi pilihan aku waktu tu dan sehingga kini pun aku masih setia jadi silent reader mereka. Baca pengalaman hidup diaorg, sedih, gembira, travel sana sini dan macam-macam cerita lagi.

Mereka antara pencetus idea aku untuk memiliki blog sendiri. Seronok sebenarnya ada blog ni! Tak caya, cuba korang buat blog sendiri pastu ceritalah tentang kehidupan dan pengalaman korang. Tapi, part haters tu kena bertabahlah sikit, sebab ada yang aku baca pengalaman bloggers dengan haters ni banyak rupanya! Dan, kadang-kadang boleh bikin kita meroyan sekejap! hahaha.




So, inilah 5 blog kegemaran aku yang nak dikongsi dengan korang. Aku tak ikut urutan sapa paling aku suka ye. Semua aku suka sama rata dan paling penting aku setia baca walaupun sekadar silent reader :)





Wahh! comei sungguh nyonya tu kan! hahaha. Suka blog sendiri? syok sendiri ke ape? Lantak pi ape orang nak cakap. Dah ni blog aku sendiri tentulah aku suka. Aku juga kerap tulis 'blog kesayangan' kan, jadi memang selayaknya blog NUKILAN KENIT aku ni menjadi kegemaran. Di sinilah cerita aku bermula, dan disinilah aku kongsikan apa saja yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain.




Sebelum aku ada blog, aku suka baca blog Maria Elena. What's best about her blog? Sebab penulisan dia simple dan mudah difahami. Lagipun sebelum dia kawen, dia macam 'gila-gila' sikit hahahaha. Plus, cam peliks pun ado hehe. Walaupun dia bukan blogger yang aktif tapi sekali dia post entri, aku klik dan baca!





Dulu susah nak cari blog yang dikendalikan oleh kaum lelaki. Bila aku terjumpa dengan Santai Ben Ashaari terus aku 'melekat' sampai sekarang hehe. Penulisan berkisar pada kehidupan bersama family terutama anak-anak beliau. Aku cukup suka kalau orang cerita pasal anak-anak ni hehehe. 





Aku start baca blog kak Filla bila aku dah ada blog sendiri. Tapi, aku dah lupa dari mana aku jumpa blog kak Filla ni hehe. Start baca masa dia masih anak dua lagi. Dari bab anak-anak sampai travel, masak-masak atau sekadar kuar minum ngan kengkawan pun ada dalam blog kak Filla. Of course, penulisan sempoi, simple dan 'gila-gila' kak Filla paling aku suka.





Aku suka jenguk blog masak memasak ni, walaupun diri ini tak berapa nak merajin di dapur hahahaha. Suka sangat jenguk resepi-resepi dari blog AzlitaMasamManis, dengan gambar makanan yang ohsem! Kita yang tengok gambar je pun dah telio hehehe. 


Ada lagi blog-blog kegemaran yang aku suka. Blog informasi dan agama, blog kengkawan yang hari-hari aku singgah walaupun tak sempat tinggalkan komen. Apa saja yang best pada aku, itulah kegemaran aku ^^

Jom kita singgah blog kawan-kawan! ^^

*kakak-kakak dan abg blogger, tumpang letak header blog hampa nooo . Tq :)


Koleksi Cabaran 30 Hari


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.