Breaking

Showing posts with label Covid-19 Diary. Show all posts
Showing posts with label Covid-19 Diary. Show all posts

Monday, August 08, 2022

Monday, August 08, 2022

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Baru Sampai

 

Assalamualaikum. Orang lain mungkin dah habis guna pun PPC ni tapi aku baru dapat ha. Sepatutnya dah dapat di tangan awal bulan Mac tapi disebabkan kami laki bini kena Covid berturut-turut selama dua minggu tu, tak boleh keluar ke mana-mana jadi memang ada sentiasa di rumah. 


Dah nama pun kat rumah, jadi kalau ada parcel sampai mesti aku tahu. Tapi hari tu, abg posmen tak ketuk pintu pun sekadar tinggalkan slip suruh tuntut barang dalam peti surat. 


Bila kami dua-dua dah sihat dan dibenarkan keluar, pergi peti surat tengok ada slip dari poslaju suruh pergi collect PPC kat Serahan Pos Pudu. So kami pergila sana, tapi bila serah slip ni abg posmen di kaunter tu kata dah lebih dari 7 hari, jadi PPC tu dah diserahkan balik pada KKM. 




Aik, boleh pulak macam tu? Dah la tak ketuk pintu, tinggalkan slip suruh tuntut dalam masa 7 hari. Habis macam mana kalau kena Covid masa tu? Memang melepas la PPC ni. Tak puas hati aku, sebab tiada percubaan untuk penghantaran kali kedua. Orang lain dah dapat kot, aku je yang tak dapat ni.


Aku masuk website KKM, dan disitu aku buat aduan tentang kes PPC dan situasi yang berlaku pada masa tu. Aku tinggalkan alamat emel supaya mereka boleh berhubung semula. Aku ceritakan dari A sampai Z, tentang aku dan suami kena Covid, tentang abg posmen tak hantar sampai depan pintu, dan tentang slip tuntutan yang telah terlepas tempoh.


Dalam 10 hari lepas tu, aku terima emel dari urusetia jawatankuasa PPC dari KKM dan mereka mengesahkan PPC aku telah dipulangkan untuk diproses semula. Jadi nak hantar balik tu kena ambil masa sebab mereka kena hantar secara berperingkat kepada penerima lain. Pendek cerita, aku punya lepas April baru boleh dapat.





Dalam bulan Mei, aku dapat emel semula dari urusetia jawatankuasa PPC minta butiran peribadi untuk pengeposan semula PPC. Bila diaorang hantar emel, kita kena alert dan cepat respon untuk memudahkan proses penghantaran. 



Lama gak la tunggu lepas bagi alamat tu. Ingatkan diaorang dah lupa kat aku hehe. Tup tup hujung bulan Julai abg posmen datang bawak bungkusan empat segi. Aku cam sangat kalau kotak empat segi macam tu. Sah PPC!


Alhamdulillah, sampai jugak kau ye hehe. Kalau orang ada di rumah dan abg posmen ketuk pintu bagi salam mesti la aku jawab. Walaupun terlambat beberapa bulan tapi syukurlah dapat jugak akhirnya. 

Thursday, March 24, 2022

Thursday, March 24, 2022

Ahli Baru Kelab Covid-19!

 

π…‘π…’π…£π…žπ…ŸTak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi satu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli...π…‘π…’π…£π…žπ…Ÿ


Setelah lebih 2 tahun, dari tarikh 18 Mac 2020 start PKP, dari masa vaksin covid belum dihasilkan sehingga aku lengkap 3 dos termasuk penggalak, akhirnya tanggal 10 Mac aku secara rasmi termasuk dalam statistik kes aktif Covid-19 di Malaysia untuk tahun 2022!


Punca? Wallahualam. Tapi seminggu sebelum tu aku dok sibuk jaga suami. Walaupun dah pakai facemask, sanitizer, sembur pembasmi kuman (disinfectant) dalam rumah dan bilik serta pengasingan bilik tetap juga risiko tu ada.


Dah la sekarang susah nak cari covid test-kit di kedai dan pasaraya. Cari punya cari terpaksa masuk dalam farmasi. Pejam mata je la amik 3 kotak dan bayar.


Gejala pertama yang buat aku rasa tak sedap hati pagi tu mula dengan rasa tekak geli-geli. Bukan sakit tekak ye...tapi rasa geli-geli je. Macam ada orang geletek tekak hahaha. Langsung tak sakit dan tak perit. Masa tu aku dah tak sedap hati sebab aku tak pernah sakit tekak macam tu.


Disebabkan esoknya aku kena kerja jadi kena buat test dulu. Bangun pagi sebelum mandi aku dah siapkan sampel ailio segala. Lepas 15 minit haa tudia! Samar-samar tapi .... ya... begitulah.




Bila dah nyata keputusan positif, aku update di mysejahtera dan dikategorikan sebagai Cat-2 sebab bergejala.


Tapi hari pertama aku gejala sangat ringan hampir seperti kena demam biasa. Ye la 2-3 harini hujan lebat sebelah petang. Aku pulak suka gi kedai time nak hujan sebab alasan nak ngelak dr bersesak dengan orang. Time hujan kan tak ramai orang kuar. Dalam kelebatan hujan tu aku redah je sampai lencun. So aku ingat demam sebab main hujan la.


Hari pertama & kedua
-Tekak geli geli
-batuk ringan mcm berdehem
-suara garau sekejap
-Deria rasa dan selera makan ada
-Tiada lenguh2 sendi
-Badan kejap dedor kejap ok. Kalau buat kerja kuar peluh dia ok. Malam dia dedor balik. Makan panadol kuar peluh ok balik
-Bersin tapi belum selsema


Hari ketiga & keempat
-Bersin dan selsema
-Batuk berkahak tapi tidak kerap
-Hilang deria bau dan rasa disebabkan selsema dan hidung tersumbat
-Kepala terasa 'berat'
-Batang hidung rasa perit. Orang lain tekak, aku kena kat batang hidung


Hari kelima, keenam & ketujuh
-Badan terasa lebih sihat dari sebelumnya
-Tiada batuk
-Tiada selsema
-Deria rasa dan bau kembali pulih
-Pergerakan dan pernafasan kembali normal


Suami dah habis kuarantin sambung ke aku. Macam acara lari pas baton pulak hehe. Setiap hari kena jawab soalan di mysejahtera tentang kondisi kesihatan diri. Bila gejala aku dah berkurangan, status Cat-2 jadi Cat-1.


Risau? Risau ke anak2 je la. Diaorang dah 2 dos tapi alhamdulillah setakat ini diberikan kesihatan yang baik. Pengalaman diaorang bila ayahnya positif aritu membuatkan diaorang lebih tahu macam mana nak handle pesakit covid yang kuarantin di rumah. So sekarang ni diaorang la yang akan pastikan rumah disembur pagi dan petang dan pakai penutup muka bila keluar bilik.




Sepanjang 7 hari kuarantin ni juga aku makan ubat demam dan selsema ikut sukatan macam biasa. Sampai rasa badan dan berpeluh dan ok baru berhenti makan.


Bulan Mac bulan Covid untuk kami berdua. Naik tepu aku terkurung dalam bilik. Tapi demi tak nak berjangkit dengan anak-anak daku kuatkan hati jugak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Apapun, nasi sudah jadi bubur haha. Sekarang boleh teruskan kehidupan seperti biasa. 


Pada mereka yang diuji dengan Covid-19, moga diringankan kesakitan dan cepat sembuh. Jangan panik, laluilah hari-hari kuarantin korang dengan sabar dan kuat ye. InsyaAllah ...

Sunday, March 20, 2022

Sunday, March 20, 2022

Hadiah Sempena Anniversary Ke-16

Assalamualaikum! Bulan Mac bulan terpenting dalam hidup kami dan anak-anak. Hari istimewa biasanya makan-makan kat luar. Tapi tahun ini, tiada sambutan seumpamanya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Hanya kerana dua calit itu kelihatan, semua yang dirancang terpaksa ditangguhkan.


Petang tu suami call cakap tekak dia dah start perit dan terasa lenguh2. Petang tu jugak dia pergi cari Covid test kit. Keluar masuk dari satu pasaraya ke satu pasaraya. Dapat pun..disambar 3 kotak!


Sekali dia hantar gambar....tediaaaaa! Terang jelas lagi nyata. Simptom yang tadi semakin terasa. Balik umah duduk dulu asing dalam balik. Esok pagi sebelum mandi dan gosok gigi dia test lagi.


Keputusan sekali lagi....sah itu Covid-19! Simptom dah ada, keputusan positif. Perkara yang sama berulang kembali. Bulan lepas macam ni jugak kejadiannya. Time nak balik kampung, time nak bercuti time tu lah kami kena kuarantin. Bulan lepas kami kena kuarantin sebab kontak rapat (masa tu kontak rapat kena kuarantin jugak)


Tapi kali ni suami disahkan positif. Maka dia kena kuarantin di rumah. Namun, aku dan anak-anak negatif dan hanya kontak rapat. Bagusnya, start bulan Mac kontak rapat dah boleh keluar rumah selagi tiada simptom dan perlu buat ujian kendiri. Jadi kami boleh pergi ke kedai dan mendapatkan barang keperluan.


Mujurlah masa ni aku memang ambil cuti jadi tak ganggu kawan-kawan lain. Sedihnya tak dapat balik kampung jumpa mak. Padahal awal bulan tu, mak kena pergi jumpa doktor tapi disebabkan ini, terpaksa ditangguhkan.





Mak kata, takpela ... yang penting bagi suami aku sihat dulu. Allahuakbar ... sedih dengar tapi apakan daya bukan kita nampak virus tu kan. Redha dan hadapilah hari-hari kuarantin dengan tabah. Dah la kena masa tarikh anniversary kami yang ke-16. Dia di dalam bilik, aku di ruang tamu. Wish gitu-gitu je la dalam wassap hehe.


Alhamdulillah 7 hari kuarantin dilalui dengan penuh kesabaran. Syukur status Covid suami dari Cat-2 bertukar ke Cat-1. 


Simptom yang dialami suami agak mild tapi yang tak tahan tu, lenguh dan sakit sendi serta selsema dan batuk. Alhamdulillah lepas makan ubat ok dah sikit, cuma sekarang ni walaupun dah bebas Covid, dia mengadu sakit gigi pulak. Mungkin ini yang dinamakan post-Covid simptom.


Hmm..mungkin ada hikmah semua ini. Dua kali perancangan nak balik kampung tertunda kerana Covid. Tapi aku syukur suami buat ujian dulu bila terbit simptom sebelum balik kampung. Kalau tak tentu kami akan rasa bersalah dengan mak. 


Moga semua yang terkesan dengan virus ini diringankan kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.



Wednesday, February 23, 2022

Wednesday, February 23, 2022

Covid-19 Test Kit Kehabisan Stok?

 

Assalamualaikum! Minggu lepas mak nak makan KFC, so aku order la guna Food Panda. Paling dekat adalah KFC Semabok. Skrol nak cari set snack plate atau dinner plate. Mak teringin nak makan ayam KFC. Aku skrol sampai bawah ....aikkk mana ayamnye?


Aku skrol atas balik kemudian turun bawah ... kali ni slow slow je. Kot aku terlepas pandang kan. Aikkk... mana ni tak jumpa set snack plate atau dinner plate pun?! Seketul ayam pun takde ni. Pendek kata, produk ayam langsung takde. Burger zinger ngan chicken chop ade la. Assudoh ... 


Akhirnya, aku terpaksa mintak tolong sepupu aku belikan. Tak tahu le cawangan mana dia pegi tapi ayam ade pulak. Syukur lah mak dapat makan gak.





Selain roti, telur, ayam apa lagi barang yang laku keras kebelakangan ni tapi payah benor nak jumpa! Haaaa sekarang ni bukan barang makan je payah nak jumpa tapi Covid-19 Test Kit pun dah jadi kontroversi di kalangan rakyat Malaysia. 


Ramai merungut stok Covid-19 banyak dah habis di pasaraya dan kedai. Dah la semakin hari semakin naik kes Omicron. Farmasi pulak jual sampai berbelas-belas ringgit satu kotak!


Apa beza yang mahal dan yang murah?? Adakah yang murah tu keputusannya tak sah? Yang mahal tu lebih tepat dan jitu? Atau ia mahal sebab jenamanya? Sebab test kit yang dijual di kedai dan pasaraya pun keputusannya valid je.






Yang merisaukan sekarang, Omicron semakin 'mengganas' di kalangan kanak-kanak. Hari-hari lepas balik sekolah aku akan tanya kakak dan adik ada sakit gatal-gatal tekak ke, batuk ke, makan berasa ke tak. Maklumlah, kakak tu ada resdung mudah selsema. Kadang-kadang diaorang batuk ringan-ringan pun aku dah risau.


Sebab tu kena stenbai Covid-19 Test Kit kat rumah. Senang nak buat ujian kendiri bila rasa tak sedap badan atau jadi kontak rapat. Tapi kalau test kit pun susah nak jumpa, kat mana lagi boleh dibeli? Bila stok terhad di pasaran, diaorang akan naikkan harga. Yang terbeban siapa? 


Haihhh .... rakyat marhaen jugak jadi mangsa.

Friday, February 11, 2022

Friday, February 11, 2022

Sebab nilah aku tak suka kerja waktu pejabat!


Assalamualaikum! Benda yang paling aku tak suka malas nak hadap akhirnya terjadi jugak pada aku. Sepanjang dua tahun sejak mula tercetusnya pandemik Covid-19 di seluruh dunia, inilah kali pertama aku punya rekod MySejahtera jadi merah!


Sebab tu lah aku tak suka kerja sama dengan orang pejabat. Memang takkan terlepas dari risiko jadi kontak rapat. Walaupun kita dah amalkan penjarakan 1 meter dan jauh dari meja masing-masing, tiada percampuran atau nak borak-borak ape ke, tapi kalau dah duduk satu tingkat tu mesti akan terkena jugak.




Alkisahnya, akhir bulan Januari aku kerja siang dua hari berturut-turut Khamis dan Jumaat. Kebanyakkan orang keje pejabat datang pada hari2 tersebut. Walaupun aku keje syif tapi meja aku duduk dalam satu tempat dengan orang keje pejabat. 


Hari Sabtu dapat perkhabaran bahawa salah sorang rakan sekerja positif Covid-19! Dan dia hadir pada hari Khamis dan Jumaat jugak! Assudohhh ..... hati dah tak sedap ni!


Dia buat RTK sendiri dan positif so kena buat PCR di klinik untuk kesahihan. Sementara tu, kami semua yang terlibat kerja pada hari tu kena buat RTK jugak. Hmmm .... tak pasal-pasal!


29/1/2022


Dan aku juga buat RTK sendiri pada hari Sabtu tu jugak dan keputusannya negatif! Tapiiii ...jangan percaya sangat sebab kadang-kadang ailio dia detect negatif, bila buat swab hidung jadi positif! Nakkan kepastian buat PCR terus.


Rakan sekerja yang positif tu dah lengkap vaksin dan takde gejala ye. Wife dia je yang mengalami gatal-gatal tekak perit macam nak terbakar malam sebelum tu. Tu dia yang kabo le. Kalau dah ada simptom lagi kuatla result dia.


Makanya, kami semua kena kuarantin kendiri di rumah masing-masing. Terus kemaskini status Covid-19 di MySejahtera dan aku kena kuarantin bermula 31/1/2022 sehingga 4/2/2022.  Disebabkan RTK aku negatif, takde gejala dan sudah lengkap vaksin maka kuarantin hanya dikenakan selama 5 hari. Ya Allah ... tu pun aku rasa macam aku 'mereput' di rumah 5 tahun!





Syukurlah 5 hari telah berlalu dan sekali lagi aku buat RTK untuk pengesahan. Alhamdulillah keputusan masih negatif dan aku boleh masuk kerja macam biasa.
 

4/2/2022


Ya Allah ... inilah kali pertama dalam masa 2 tahun aku jadi kontak rapat Covid-19. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak sebab benda tak nampak kan. Kalau virus tu kita boleh nampak, senangla nak elak. Ni tau-tau je dah gatal tekak!


Tak pasal-pasal kitaorang berkurung je dalam rumah 5 hari tu. Yang nak balik kampung atau pergi bercuti sempena CNY terus kena berpatah balik atau kuarantin di hotel. Plan aku nak balik kampung pun tergendala dan terpaksa call akak aku minta balik jap tengok mak. Mujurlah hari Ahad dia cuti.


Sekarang ni aku dah jadi tak syok kalau kerja sekali dengan orang pejabat. Trauma aku! Ni pun masa aku menaip ni, ada sorang lagi kakitangan kat bahagian aku telah disahkan positif Covid-19 pagi ni dan diarahkan kuarantin. Yang mana kontak rapat kena balik terus. Aduhhhh .... bale bale!

Saturday, November 20, 2021

Saturday, November 20, 2021

Fully vaccinated and still alive!

 

The time has come for my both precious pearls to get their 2nd dose of vaccine. They both were really excited ever since they got their 1st dose appoinment especially my second pearl, Mira. They have no fear of needles whatsoever which I'm soooooooo grateful for that!πŸ˜‚ But when I asked them to watch the injection process ... they turned their faces away! Still grateful though haha.


The whole process took very little time and faster than the 1st dose. And I took this opportunity to join them when they came for 2nd dose. I really wanted to be with them through the whole process so that they were not scared or anything, but it seemed mommy was just overreacting!πŸ˜‚


Mira's fully vaccinated and happy

Waiting to be called

kakak's fully vaccinated and mommy 
fully boosted!😁


They got their 1st dose in October and it went very well with no complications. So I thought may be I should get ready the Paracetamol after their 2nd dose, but fortunately they passed that too!πŸ˜πŸ˜‚


And during kakak's 2nd dose, me and my husband decided to walk-in for the booster at the same center. Thankfully, we got the slots available that day, rolled-in, injected and came out alive!




Not forgetting my mother who also got her booster last week via MySejahtera appoinment. I'm so grateful that we all fully vaccinated+booster finally. Can't wait to bring my pearls for a short vacay which I hopefully can fulfill for them.



Thursday, August 12, 2021

Thursday, August 12, 2021

Covid-19 itu wujud!

 

Assalamualaikum! Semua ini akan menjadi satu kenangan pahit dan sejarah bagi setiap manusia yang hidup di zaman pandemik Covid-19. Sudah hampir 2 tahun kita hidup bergelumang dengan virus Covid-19 yang menyerang tanpa mengenal usia, harta, mahupun pangkat. 


Setiap orang tidak akan terlepas dari kesan virus ini, pasti akan terpalit walaupun sedikit. Tipula kalau nak cakap kehadirannya tidak menjejaskan kita semua. Kalau tak serang kesihatan, ia pasti akan 'serang' ekonomi dan sosial. Kalau ia tidak menyebabkan kematian, dia akan serang kesihatan mental dan emosi kita. Ya ... sedihnya di zaman ini bila baca berita berapa ramai yang bunuh diri disebabkan kesan dari wabak yang menakutkan ini. Ia boleh serang kita secara langsung dan tidak langsung! 


Semakin lama varian yang muncul akan menjadi semakin ganas. Mana mungkin kita mampu bertahan tanpa apa-apa perlindungan?  Tidak cukupkah lagi angka kematian yang mencecah 10k hanya disebabkan oleh Covid-19? Tidak cukupkah perkhabaran kematian dari orang sekeliling yang kita kenal? kawan-kawan? sedara mara? ahli keluarga kita sendiri?!


Cukuplah ... 



Covid-19 tidak akan mudah lenyap begitu saja. Lepas varian Delta, Delta Plus kini muncul pula varian Lambda yang dikatakan lebih ganas dari Delta! Benda tak nampak pada mata kasar tapi ia wujud dan nyata. Covid is real! Takkan bila dah kena pada diri sendiri baru kita nak menyesal? Takkan bila dah kena pada mak ayah, adik beradik, pasangan atau anak kita baru kita nak sedar? 


Sebab itu, aku pastikan kami sekeluarga mesti dapatkan vaksin dengan kadar segera. Terutama mak di kampung yang telah mencecah usia 70 tahun. Alhamdulillah mak takda masalah untuk menerima vaksin, walaupun ada yang cuba mencucuk untuk menakutkan bahawa ada orang mati selepas amik vaksin. 


DOS PERTAMA

DOS KEDUA


Syukur alhamdulillah, mak telah selesai mendapatkan dua dos vaksin bulan lepas. Syukur juga mak tidak mengalami kesan vaksin yang melampau, cuma untuk dos pertama je mak demam dan cirit-birit separuh hari. Dos kedua langsung tiada kesan sampingan. Ya Allah lega rasanya!


Aku juga telah selesai dua dos vaksin Sinovac dan setakat ini alhamdulillah tiada kesan sampingan akibat dari kedua-dua dos. Cuma terasa sebelah lengan terasa 'berat'...tu je la. Terima kasih pada barisan frontliners dan sukarelawan di PPV yang melancarkan proses vaksin. Pengorbanan masa dan tenaga mereka sangat dihargai dan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.




Walaupun dah lengkap 2 dos vaksin, kita tetap kena jaga SOP dan pakai facemask di tempat awam. Kena faham dan tahu bezakan, vaksin bukan penawar sepenuhnya tapi dengan vaksin kita dapat mengurangkan kesan jangkitan yang lebih teruk. Takdela sampai kena intubation (ditidurkan) dalam ICU. Itu yang kita nak elakkan!


Kini hanya anak-anak saja yang masih menunggu panggilan untuk vaksin. Selagi kita tak capai herd immunity selagi itulah kebenaran rentas negeri tak digalakkan. So, pada yang dah vaksin alhamdulillah terima kasih diucapkan kerana korang prihatin dan sayang pada diri sendiri dan orang lain.


Bagi yang belum mendaftar, daftarlah dan sayangi diri kita dan kasihankanlah orang lain disekeliling sebab jika virus yang kita bawa itu menjangkiti orang lain dan orang itu adalah anak atau pasangan atau mak ayah kita .... sesalan ketika itu tidak berguna lagi.


Fikirkanlah ....

Sunday, June 07, 2020

Sunday, June 07, 2020

Tiada lagi sekatan rentas negeri!


Assalamualaikum! Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang nak tahu adakah PKPB akan berakhir 9 Jun ni? Walaupun kerajaan beri sedikit demi sedikit kelonggaran dalam beberapa sektor untuk beroperasi tapi aktiviti perniagaan tertentu dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Alhamdulillah syukur, PM dah umum PKPB sudah berakhir tapi akan ditukar kepada PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Memandangkan kes baru Covid-19 harian yang dicatatkan kekal dua digit dan penularannya di kalangan warganegara amat sedikit, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan aktiviti sosial dan perjalanan rentas negeri bermula 10 Jun.

Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial akan dibenarkan peringkat demi peringkat dengan pematuhan SOP masih diwajibkan. Maksudnya, pasar malam, pasar pagi, pasar tani, lawatan ke muzium, memancing di kolam dan penggambaran filem dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP dipatuhi.

Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong yang ramai seperti di stadium. Kelab malam, pub, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema,  perarakan keagamaan, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai masih tidak dibenarkan.

Thursday, June 04, 2020

Thursday, June 04, 2020

PKPB 2 | 4 Jun 2020


Assalamualaikum! Berbaki lagi 5 hari sebelum PKPB ditamatkan atau diteruskan, kes Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan mendadak iaitu 277 kes. Namun, 271 daripadanya melibatkan bukan warganegara, sementara hanya 4 kes direkodkan untuk penularan tempatan. Lagi 2 kes ialah kes import dimana warganegara mendapat jangkitan di luar negara.

Walaupun kes melibatkan bukan warganegara sangat tinggi dicatatkan, namun kesemuanya adalah tahanan di depoh tahanan imigresen. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak risau kerana kesemua mereka telah dikuarantin dan ia terkawal.



Wednesday, June 03, 2020

Wednesday, June 03, 2020

PKPB 2 | 3 Jun 2020


Assalamualaikum! Agak terkejut juga bila dapat tahu kes baru Covid-19 hari ini mencatatkan 93 kes tiga kali ganda dari semalam. Tapi jangan risau ye, kerana daripada 93 kes itu 91 adalah kes melibatkan 4 depoh tahanan imigresen iaitu di Sepang, Putrajaya, Semenyih dan Bukit Jalil.

Manakala, baki 2 kes baru tu adalah dari kluster pasar dan kluster tahfiz. 

sumber : fb DrNoorHisham

Tuesday, June 02, 2020

Tuesday, June 02, 2020

PKPB 2 | 2 Jun 2020


Assalamualaikum! Sekatan jalanraya masih dilaksanakan di seluruh negara dan PDRM telah mengeluarkan 220 kompaun dikeluarkan di lapangan. Dari jumlah itu, sebanyak 134 kompaun telah dikeluarkan di sekatan jalanraya.

Antara negeri yang mencatatkan pengeluaran kompuan yang tertinggi di atas kesalahan rentas negeri ialah, Perak (40 kompaun), Sleangor (29 kompaun) dan Pulau Pinang (23 kompaun).

PDRM turut menahan 43 individu diatas kesalahan ingkar PKPB. PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 356 individu di atas pelbagai kesalahan ingkar PKPB, tapi tiada kompaun di keluarkan untuk kesalahan ziarah Aidiliftri.

Kes baru Covid-19 hari ini mencatatkan 20 kes dengan 15 daripadanya adalah kes import yang kesemuanya melibatkan warganegara tempatan.

sumber : JournalWatch

Monday, June 01, 2020

Monday, June 01, 2020

PKPB 2 | 1 Jun 2020


Assalamualaikum! Kes harian jangkitan tempatan menunjukkan trend penurunan namun, terdapat peningkatan kes harian dari kalangan warga asing dan kes import.

Sementara itu, kes baru Covid-19 hari ini terus mencatatkan angka dua digit iaitu 38 kes dengan 26 daripadanya adalah kes import dan selebihnya adalah jangkitan tempatan.


Saturday, May 30, 2020

Saturday, May 30, 2020

PKPB 2 | 30 Mei 2020


Assalamualaikum! Timbul pula info palsu yang tersebar luas di WhatsApp tentang pembukaan sekolah semula pada Jun ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menafikan wujudnya takwim persekolahan seperti yang disebarkan.

Oleh itu, orang ramai diminta tidak mempercayai info palsu ini dan sentiasa mengikuti rapat kenyataan media dari KPM sekiranya terdapat maklumat dan pengumuman terbaru mengenai pembukaan sekolah.


Friday, May 29, 2020

Friday, May 29, 2020

PKPB 2 | 29 Mei 2020


Assalamualaikum! Hari ini Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan kapasiti bagi penumpang dalam kenderaan tidak lagi terbatas hanya pada 4 orang. Untuk kenderaan kereta, kapasiti penumpang adalah 4 orang tidak termasuk pemandu. Manakala, untuk kenderaan MPV kapasiti penumpang adalah 6-7 tidak termasuk pemandu.


sumber : malaymail

Thursday, May 28, 2020

Thursday, May 28, 2020

PKPB 2 | 28 Mei 2020


Assalamualaikum! Seramai 4399 PATI yang ditahan di ketiga-tiga depoh tahanan imigresen telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19. Sehubungan itu, KP Kesihatan berkata selain demam, batuk dan selsema pesakit Covid-19 juga mengalami kelesuan dan hilang deria baru.

Jadi, walaupun tiada gejala seperti demam, selsema dan batuk pesakit yang disahkan positif Covid-19 akan mengalami lesu badan dan hilang deria bau dan rasa.

sumber : MalaysiaGazette

Wednesday, May 27, 2020

Wednesday, May 27, 2020

PKPB 2 | 27 Mei 2020



Assalamualaikum! Pengumuman dari Wisma Putra untuk warganegara Malaysia yang ingin pulang dari luar negara. Mereka masih wajib menjalani proses kuarantin selama 14 hari setibanya di tanahair tapi 50% kos kuarantin akan ditanggung sendirian berhad bermula 1 Jun 2020.

Walaubagaimanapun, respon yang diterima dari rakyat berbeza dan kebanyakannya tidak bersetuju kerana bukan semua mereka yang terkandas di luar negara itu dari golongan berada. Ada yang ke luar negara atas urusan kerja dan tidak boleh pulang sebelum 1 Jun 2020 kerana masalah tiket dan lapangan terbang yang masih ditutup untuk sebarang penerbangan.

sumber : fb wismaputra

Tuesday, May 26, 2020

Tuesday, May 26, 2020

PKPB 2 | 26 Mei 2020


Assalamualaikum! Sudah dua hari KKM mencatatkan lebih dari seratus kes baru Covid-19 dengan hari ini sebanyak 187 kes baru direkodkan.

Dari 187 kes itu, 10 merupakan kes import dan dari 177 kes, hanya 4 kes melibatkan warganegara direkodkan. Manakala selebihnya adalah kes baru warga asing membabitkan tiga kluster dan kluster tapak pembinaan.

Monday, May 25, 2020

Monday, May 25, 2020

PKPB 2 | 25 Mei 2020


Assalamualaikum! Percubaan merentas negeri pada Hari Raya pertama masih juga dilakukan oleh sebahagian warganegara yang ingin pulang ke kampung.

Namun, ketegasan pihak polis menyaksikan lebih 214 kompaun dikeluarkan semalam sementara 14 kompaun individu dikeluarkan kerana melanggar SOP.

Untuk makluman, ziarah raya hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama saja. 


Saturday, May 23, 2020

Saturday, May 23, 2020

PKPB 2 | 23 Mei 2020


Assalamualaikum! Sehari sebelum Hari Raya Puasa, satu lagi kluster baru dikesan iaitu di Depot Tahanan Imigresen Semenyih dengan 21 kes positif dicatatkan dan yang lain masih menunggu keputusan.

Sementara itu, KKM menasihatkan orang ramai agar beraya di rumah bersama keluarga sahaja untuk lebih selamat. Bagi yang berada dekat dengan ibubapa di kampung, penjarakan sosial masih diwajibkan dan tiada bersalaman atau bersentuhan dengan warga emas. 



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.