Breaking

Showing posts with label Mujahideen. Show all posts
Showing posts with label Mujahideen. Show all posts

Tuesday, August 05, 2014

Tuesday, August 05, 2014

Berdiri Teguh Bersama Palestine


Assalamualaikum!


Masuk hari ke 25 dan bumi Gaza terus dibedil tanpa perikemanusiaan oleh tentera zionis laknatullah. Pun begitu, tiada sesuatu di dunia ini yang boleh berlaku melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. Dan, begitu besar rahmatNya, pasukan Briged al Qassam dapat memerangi tentera kuffar yang kini bertarung dalam ketakutan yang amat dashyat!

Allahuakbar!


Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Summer Camp Di Palestin

Assalamualaikum!~

Summer Camp >>> aktiviti perkhemahan yang paling ditunggu oleh kanak-kanak masa cuti sekolah. Masuk hutan, menyeberangi sungai, membuat unggun api, games dan ceramah motivasi and so on...so on.

Tapi, Summer Camp di Palestin menyaksikan pengalaman kanak-kanak yang tidak mungkin boleh didapati di mana-mana aktiviti perkhemahan di dunia ini, apabila kanak-kanak mereka melakukan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan menentang keganasan rejim Zionis.

Mereka berumur antara 6 hingga 16 tahun menyertai summer camp military-style
yang dianjurkan oleh Pergerakan Jihad Islam.

Sunday, December 02, 2012

Sunday, December 02, 2012

Padang Maut Kami


Morning glory everyoneeeeee!~Hamboi hamboi bangun lambat korang yer arini, mentang-mentang Harimau Malaya berjaya menewaskan  Indonesia 2-0 malam tadi. Tapi, gembira jugak perasaan ni dapat jugak Harimau Malaya meneruskan ngauman selepas ini. Garuda dah jadi 'Angry bird' hehehe, jangan marah garuda, cuba lagi wokeh!~


So, pagi ni akak bukan nak berceloteh pasai kemenangan semalam, ramai dah yang wat entri begitu so takyah la akak ulang bende yang sama ye dak, Tapi, akak nak citer pasai bende yang ada kaitan dengan bola iaitu padang bola. Bertuahnya kiter kan, ada stadium sendiri, padang bola sendiri untuk bermain walaupun rumput karpet tak berapa nak cantik heeeee. Even, hampir semua sekolah ader padang sendiri untuk pelajar melakukan aktiviti sukan & riadah.
Gambar: HM


Tapi, berlainan pula citernya tentang saudara kita di sana,,,di mana??Takkan luper dah kot sayammmmmmm~ Di Gaza la sayammmmmmmm...padang bola mereka sangat berbeza. Sangat berlainan dari segi struktur & kemudahan. Sangat berlainan dari segi keselesaan & keselamatan. Padang mereka tiada rumput hijau malah beralaskan runtuhan batu dan besi. Ditambah pula dengan peluru berpandu dari Israel & peluru hendap yang sentiasa disasarkan ke arah mereka. Ya Allah, kalu kiter la di tempat diaorg, boleh lagi ka kiter bermain bola? Boleh lagi ker kiter bersorak gumbira?


Kesan serangan Israel di kawasan sempadan pinggi Khuza'a yang
dikenali sebagai zon maut.


Namun, bagi kanak-kanak Gaza, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan aktiviti sukan @ bermain dengan rakan2 Mereka tetap bermain walau diancam peluru hendap oleh pihak musuh  setiap masa. Itulah yang dikenali sebagai Zon Maut. Cekal sungguh hati mereka kan..semoga Allah merahmati mereka selalu.

P/S: Tahniah pada Harimau Malaya (^_^). Auuummmmm! Ngauman semangat dari saya heeeeee~

Friday, November 23, 2012

Friday, November 23, 2012

Alhamdullilah, Palestin Kembali Tenang..Israel Gagal.



Sumber:HALUAN Palestin

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Sesungguhnya kemenangan itu milik Allah s.w.t dan orang-orang Palestin. Gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua pihak bertelagah telah berakhir semalam. Ribuan penduduk Gaza mula keluar di jalan-jalan raya beramai-ramai bagi meraikan kemenangan mereka menentang tentera Zionis laknatullah.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan thaniah di atas 'kemenangan' mempertahankan Gaza dan menentang Israel. Beliau turut mengucapkan takziah kepada mereka yang mati syahid.


Sumber:kosmo

Antara lain, teks kesepakatan gencatan senjata berbunyi;
"Israel akan menghentikan semua tindakan permusuhan (hostilities) di daratan, laut dan udara Semenanjung Gaza, termasuk pencerobohan dan sasaran-sasaran terhadapa individu-individu tertentu."
"Semua paksi (pasukan pejuang di) Palestin juga kana menghentikan semua tindakan permusuhan dari dari Semenanjung Gaza terhadap Israel, termasuk serangan roket dan semua serangan di sepanjang sempadan." 
"Prosedur perlaksanaan kesepakatan ini akan dilaksanakan dalam 24 jam sesudah gencatan senjata. Mesir sebagai negara yang menaja rundingan ini akan memastikan kedia-dua pihak terlibat teguh berpegang dengan kesepakatan tersebut. Kedua-dua pihak dilihat menyatakan komitmen masing-masing untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan kesepakatan tersebut. Sekiranya berlaku tindakan yang merosakkan kesepakatan, Mesir sebagai penaja rundingan damai ini akan dimaklumkan dan akan mengambil tindakan langkah selanjutnya."
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kemenangan ini kepada pejuang-pejuang di Palestin. Terima kasih Mesir yang sangat tegas dalam hal ini,semoga Allah merahmati anda. Terima kasih juga atas doa-doa dari seluruh umat Islam di dunia dan hanya kepada Allah s.w.t sajalah tempat kita bergantung. Sesungguhnya, Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Allahuakbar!~

Dan ketika kamu ditimpa kesusahan, bacalah;

"Hasbunallah wani'mal wakil"

(Cukuplah Allah sebagai Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung) 

Sunday, November 18, 2012

Sunday, November 18, 2012

Pejuang Fisabillillah Bukan Pemberontak



Bagaimana kita boleh mengenal samada orang itu adalah pejuang @ pemberontak? Apakah terma-terma ini sesuai dengan perlakuan mereka @ anggapan sesetengah masyarakat yang memandang serong tentang perbuatan mereka?

Siapa pejuang Fisabillillah?
Mengikut Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad Al-Tamimi, dalam bukunya bertajuk Aqidah Mukmin 1 telah mentakrifkan erti perjuangan fisabillillah sebagai perjuangan yang benar2 kerana Allah dan semata2 untuk Allah. Ianya satu jihad untuk menegakkan agama Allah dan hukum2 Allah samada yang wajib, sunat, makruh mahupun yang haram.

Perjuangan yang dibangkitkan itu pula tidak boleh dilakukan atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, menghendakkan pangkat dan nama, dan atas dasar untuk menegakkan bangsa.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam."

Fahaman kebangsaan adalah fahaman sempit yang akan menyebabkan manusia berbalah dan berpuak-puak.

Siapa pemberontak?
Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, pemberontak ditakrifkan sebagai orang2 yang menderhaka kepada kerajaan @ pemerintah.








Melihatkan gambar2 di atas, adakah layak kanak2 ini digelar pemberontak? Adakah penentangan mereka terhadap kezaliman yang mereka lalui tidak mendapat sebarang pengiktirafan dari dunia hanya kerana mereka bertindak melawan? Adakah kanak2 yang bersenjatakan batu2 dan kayu dan dibaling ke arah askar Yahudi laknatullah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan, lantas kita menggelar mereka pemberontak?

Di Malaysia, media2 utama sering menggunakan terma PEMBERONTAK untuk mengkategorikan kanak2 Palestin dan Syria. Penggunaan terma yang SALAH ini menyebabkan masayarakat dunia salah faham dan memandang serong perjuangan sebenar mereka yang cuba mendapatkan hak dan kebebasan di bumi sendiri. Ketahuilah, mereka yang berjuang bermati-matian untuk mendapat hak dan kebebasan dan semestinya untuk agamanya bukanlah PEMBERONTAK, tetapi pejuang sejati....PEJUANG FISABILILLAH~

Semoga Allah melindungi pejuang-pejuang cilik ini..amin~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.