Breaking

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, May 16, 2024

Thursday, May 16, 2024

Keputusan Ujian Darah

 

Aku mengaku bila dah masuk 4 series ni, ada satu ketakutan yang sentiasa menghantui. Sekarang ni bukan harta dan material dunia yang menjadi impianku tapi kesihatan itulah yang menjadi 'harta' paling bernilai bagi seorang manusia.


Mungkin juga aku sudah tua, maka perkara berkaitan dengan harta benda, fesyen dan keseronokan tidak lagi menjadi sesuatu yang utama melainkan aku kejar untuk jadi lebih sihat dan bersyukur masih dikurniakan kudrat untuk membesarkan anak-anak.



Jujur aku katakan, aku jarang buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh di klinik kesihatan. Kalau ada pun, aku buat di opis kalau ada event kesihatan yang boleh cek kolesterol, gula dan tekanan darah tu.


Jadi tahun ini, aku buat keputusan untuk jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk lebih cakna tentang tahap kesihatan.


Sehari sebelum amik darah, aku kena puasa dari malam sampai keesokannya. Lepas dua minggu amik darah, aku kena hadir semula di klinik untuk temujanji jumpa doktor dan tengok keputusan darah. Tipula kalau tak berdebar. Zaman sekarang penyakit berkaitan dengan organ banyak menyerang orang umur 40an.


Penyakit pun dah tak kira umur, sebab cara hidup dan gaya pemakanan kita yang sangat tak sihat. Tu memang aku akui lah. Sebab tu, aku dah lama tinggalkan fast food. Tambah pulak sekarang musim boikot lagilah kuat alasan aku untuk tidak makan semua tu.



Masuk dalam bilik doktor dan dia meneliti keputusan darah aku. Alhamdulillah tanpa berkias dia menyatakan bahawa semua ok! Paras hbA1c aku 5.1 (tak sempat amik gambar). Cuma paras Kolesterol LDL aku kena turunkan ke 2.6 dari 3.2 (doktor kata ikut skala doktor๐Ÿ˜…).


So, buat masa ni doktor nasihatkan aku untuk turunkan paras Kolesterol LDL aku dengan ubah cara pemakanan. Means, kena banyak makan sayur dan kurangkan daging. Kalau naik melebihi paras, barulah doktor bagi ubat kolesterol. Tak mau lah!


Saturday, March 30, 2024

Saturday, March 30, 2024

Pertengahan Ramadan 1445H

 

Kejap je dah dua minggu bulan Ramadan. Alhamdulillah masih dipinjamkan umur untuk merasai nikmat Ramadan tahun ini. Sejak bermula Ramadan, aku tak berkesempatan lagi nak buat brisk-walk di petang hari. Menjelang petang aku dah sibuk memasak untuk berbuka atau pergi ke bazar. Malam lepas terawih aku dah melingkau atas katil haha.


Tapi kalau aku keluar atau ke bazar, aku akan ambil peluang jalan kaki dari rumah dan tawaf bazar tu 2-3 kali sampai kuar peluh. Itu jela yang termampu aku buat sekarang ni.



Kan aku pernah cakap aku target nak turun sikit lagi. Biar 'kepala' nombor tu jadi 6 instead of 7. Tapi aku takda buat senaman khusus hanya berjalan kaki selain berpuasa. 


Makan nasi satu senduk sekali sehari. Kadang sahur tak makan nasi pun. Jamah lauk pun ok dah. Pergi bazar pun tak tahu nak beli apa sebab menunya sama je haha. Sekali sekala aku bedal jugak murtabak dan donut manis :p


Cuma aku craving nak makan buah masa bukak puasa. Air tembikai tu kalau tengok kat bazar aduhhhhh tergoda rasa nak membelinya tapi aku tak beli le. Aku prefer makan buah tembikai sejuk2 tu lagi sebab kalau beli airnya komen udoh tentu le deme letok ayor gule hehe.




Alhamdulillah berat aku dah jadi 'kepala' 6. Macam ni pun aku dah terasa kurus haha. Moga dapat maintain berat macam ni sampai bila-bila. Kurus sangat pun takmau kome ..biole padan dengan ketinggian. Kang orang kate aku seghuper tiang bergerak kome hahahaha...


Thursday, March 21, 2024

Thursday, March 21, 2024

Tiada alasan, hanya perlukan tindakan!

 

Senaman jalan kaki diteruskan walaupun seorang diri. Sekarang aku tak suka main kat opis, jalan jauh sikit jumpa taman baru syok kan. Hari tu aku jalan kaki dari opis melintas jalan dan menuju ke Taman Jaya.


Masa tu dah tengahari, tapi apa ada hal. Situ kan banyak pokok-pokok rendang nan berbuah hehe. Redup je takde la panas litlit macam kat opis.



Walaupun taman ni masih dalam pembinaan tapi laluan untuk jogging masih dibuka. See, kan redup tu! Syok je jalan kaki santai-santai dengan angin sepoi bahasa. Orang pulak hampir tiada kecuali pekerja landskap taman yang sedang sibuk buat keje diaorang. Orang awam hanya aku dan satu family tu bawa anak dia naik basikal. 

Nak cukupkan langkah 10k aku kena pusing satu taman tu 10 kali hehe. Tak perlu berlari, hanya brisk-walk pun dah boleh keluar peluh. Keselamatan terjamin sebab takda manusia nak lepak di tempat macam ni haha. 




Terfikir jugak aku macam mana nak maintain buat brisk-walk di bulan puasa nanti. Mungkin aku boleh brisk-wall di bazar je nanti haha. Mana tau pusing 10 kali boleh dapat 10k pastu bolehlah makan tanpa rasa bersalah hahaha.

Dah cukup 10k, aku patah balik jalan kaki balik ke opis. Puas! Lega! Menyegarkan!





Friday, March 01, 2024

Friday, March 01, 2024

Gigih Ke Gila??

 

Pagi tu aku keje macam biasa. Hari Jumaat waktu rehatnya lama so, aku dah terbayang-bayang nak beli makanan apa haha. Aku terfikir satu idea. Apa kata aku pergi ke masjid beli makanan kat sana. Banyak yang sedap-sedap dan berbaloi dengan harga.


Tapi aku takmo drive atau tempah grab atau naik teksi atau tumpang orang. Aku buat keputusan untuk jalan kaki dari opis ke masjid! Berapa jauh agak-agak kalau nak jalan kaki ye? :p






Fikir punya fikir, aku nekad. Aku tetap nak jalan kaki. Maka berjalan kakilah aku perlahan-lahan dari opis menuju ke masjid berhampiran. Jarak 2.5km aku cuba bayangkan macam 250m saja hahahaha. Dengan berjubah di bawah matahari terik tengahari aku teruskan langkah sehingga sampai ke destinasi.

Aku tak pasti pukul berapa sampai tapi ada dalam 20 minit aku berjalan. Akhirnya aku sampai di masjid dan terus pergi beli makanan. 








Dah puas membeli, aku jalan kaki patah balik. Kali ni mencabar sikit sebab kena naik bukit. Tadi menurun senang je haha. Matahari masih panas membahang. Basah lencun dengan peluh! Tapi hatiku puas sebab sikit lagi nak sampai target!

Bila dah peluh tak selesa la nak balik opis terus kan. Aku singgah Watsons la, Mr Diy la hehe cari aircond! :p

Pastu aku sambung berjalan kaki. Pergi balik aku hari tu 5km bersamaan dengan 7k langkah fuh! Baki 3k aku jalan mundar-mandir dalam opis haha. Mujur masa tu masih waktu rehat.





Itulah benda yang aku buat hari tu. Gigih ke gila tu? Boleh jadi dua-dua haha. Macam takda hari lain kan. Hari kerja jugak ko nak buat senaman jalan kaki. Tapi tu la kalau aku nekad aku buat. Bila dah buat, rasa puas yang teramat ... tapi takleh amalkan selalu ye haha.

Sunday, February 25, 2024

Sunday, February 25, 2024

Hasil Sebulan Brisk-Walk



Kali terakhir berat aku capai angka 7 ialah ketika aku mengandungkan adik 15 tahun yang lalu. Tapi 5 tahun terakhir sebelum cecah umur 40 berat badan aku naik dengan ketara sekali. Nak kata makan mewah tu tidak juga. Nak kata kerja tak stres tidak juga. 

Tiga tahun terakhir aku perasan berat badan aku capai angka depan 7 tapi masa tu wat lek wat pis je hahaha. Makan macam biasa dan tiada senaman. Keinsafan itu datang pada tahun lepas bila aku tengok gambar reunion dengan rakan sekerja ketika kursus di pejabat. 

Ya Allah .... tak percaya aku sampai macam tu lebarnya!




Satu pagi aku bangun sakit pinggang dan belakang. Badan terasa berat dan paha, lengan, punggung nampak makin melebar. Berhari-hari aku menanggung kesakitan. Kaki, tangan, pinggang semua lenguh.

Manusia ni kalau dah datang sakit baru dia nak sedar kan haha. Macam tu la jugak aku. So, awal tahun ni aku berazam nak turunkan berat badan.

Bulan Januari berat aku 73.9kg, bukan main-main weh! Ni berat aku mengandung dulu. Itupun dulu hanya naik sampai 70kg je. Ni dah terlebih sangat ....!




Aku mulakan dengan buat tabita di rumah. Mula-mula memang susah! Lenguh habis badan aku. Tapi puas bila keluar peluh. Aku suka buat tabita tapi aku tak boleh nak kira berapa kalori yang terbakar guna smartwatch sebab aku takda benda tu.

So aku pergi kepada brisk-walk. Aku aktifkan Samsung Health di hp dan aku buat 6K langkah. Lepas tu naikkan jadi 10K langkah sehinggalah sekarang. Aku buat bukan hari-hari, aku cuba selang-selikan sehari atau dua hari. 

Syok juga buat brisk-walk ni. Bila dah keluar peluh aku jogging sikit-sikit sampai tercapai target 10K.




Begitulah rutin aku setiap kali cuti atau off day. Aku akan ambil peluang walaupun hanya berjalan kaki sekeliling rumah. Kalau terlebih rajin aku pergi taman. Satu lagi aku cuba cut off sugar. Bukan cut off terus, tapi kurangkan sikit demi sikit. Aku tak minum teh tarik kerap macam dulu dah. Kalau tak, sarapan pagi segelas minum petang atau malam segelas huhu. Aku minum juga air masak, tapi ketaksuban aku pada teh tarik meluap-luap pulak haha. 

Tiga hari pertama tu memangla susah sikit nak kawal hehe. Tapi aku kuatkan hati sebab aku tahu berat badan naik kerana pengambilan minuman/makanan manis berlebihan. Alhamdulillah sekarang aku dah tak ketagih minuman manis. Kalau perlu pun aku ambil air buah yang diperah.



 

Sebulan aku cuba kekalkan momentum brisk-walk dan minum air masak. Alhamdulillah usahaku membuahkan hasil yang agak mengejutkan. Penurunan 2.6kg dalam sebulan agak banyak juga, maksudnya metabolisme aku masih kuat cuma perlu terus bersenam.

Bukan tu je tau, penghadaman aku lebih baik. Hari-hari nak membuang haha, jadinya perut kempis. Berkat minum air masak.

Harap aku dapat maintain langkah sihat ini sebab aku dah tak sanggup nak rasa sakit-sakit badan dan melebar sana sini. Di usia dah masuk 40 ni, kesihatan adalah harta yang tidak boleh ditukar dengan wang.


Tuesday, February 20, 2024

Tuesday, February 20, 2024

Berubah Sekarang Atau Dapat Sakit!

 

Mak aku pernah cakap, yang aku takkan naik berat badan walaupun dah tua. Sebab apa? sebab aku tinggi dan makan banyak mana pun tetap kurus. Mak ... mak salah ye haha. Itu cerita 25 tahun dulu. Anak mak waktu lepas beranak dua pun masih kurus lagi. Tapi seiring dengan pertambahan usia, aku makin perasan yang badan aku sudah tidak dapat menampung kemasukan makanan muahahaha.


Tahun lepas, lebih tepat lagi bulan Mei telah menjadi satu poin penting dalam hidup aku yang menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan kesedaran bahawa selama ini aku telah berlaku 'zalim' pada diri sendiri.






Sumpah aku tak edit atau filter gambar ni. Buat pertama kalinya, aku terkejut melihat diri sendiri dalam gambar ini. Waktu tu, lepas habis kursus. Tak tergambar yang aku akan jadi sekembang ini haha. Lengkap dengan pakej double-chin ...yihhhh!

Sakit hati sakit mata weh haha. Adakah salah baju tu? salah pemilihan warna? atau salah aku terlampau bahagia? hahaha. Aduh tapi disinila permulaan kenapa aku perlu berubah. Tapiiiii .... aku bertangguh jugak tu hehe. Dari bulan Mei sampai Disember aku tak 'gerak' lagi. Bila datang sakit-sakit dan lenguh badan baru aku mulakan langkah.

Maka, masuk Januari 2024 aku tak boleh bertangguh lagi. It's now or never! Kalau tak buat sesuatu, yang sakit badan sendiri. Seram tengok macam-macam penyakit yang dihidapi orang sekarang. Penyakit jantung yang dulu banyak menyerang orang-orang tua berumur 50 tahun ke atas, tapi sekarang boleh menyerang orang muda dan usia pertengahan!





So aku mula dengan buat tabita. Jujur ye, mula-mula buat tu dua puluh minit pertama badan aku lenguh yang teramat ye hahaha. Betapa 'berat' rasa badan aku ni ya Allahhhhh! Padahal buat senaman tangan je pun ...yihhhh!

Tapi lama-lama bila dah kerap buat, ia jadi kebiasaan dan lenguh tu hilang. Tapi aku tak rasa puas lagi sebab aku tak tahu berapa banyak kalori aku turun. Makan banyak tapi senaman ala kadar saje pun tak cukup.

So, aku start buat brisk-walk. Aktifkan apps kat hp ni dan walah! Baru syok gini dop haha. Boleh buat 10k langkah dan dari situ kita boleh tahu berapa kalori yang kita bakar. Aku jadi lebih bersemangat nak buat.

Aku start bulan Januari 2024. Aku tak berharap keajaiban sekelip mata, tapi aku harap badan aku dapat fit semula. Moga aku juga dapat berdisplin dalam pemakanan. Selain buat brisk-walk, aku cuba cut-sugar terutama dalam minuman. Teh tarik yang berbuih itu terpaksa daku lupakan seketika dan telan air masak huhu.

Adakah aku akan berjaya menurunkan berat badan? Atau makin kelaut? huhu


Tuesday, December 27, 2016

Tuesday, December 27, 2016

Bila tekanan darahku rendah ....


Assalamualaikum!


Malam kejadian tu macam biasa. Aku masak nasi dan kakak goreng telur. Pak Jelan gi beli sup ekor dan ayam goreng kunyit kat gerai bawah. Baca doa dan makan dengan bahagianya bersama keluarga. 

Sup ekor sedap! Lama tak dapat ekor besar-besar macam ni. Ada sekali tu gi makan kat kedai, dia bagi bahagian ekor paling hujung kat aku, kecik bebenor! Yang Pak Jelan beli ni besar, banyak isi dan sedap kuah dia. Dah sedap kenala menambah nasi kan hehe ...


Dah lepas pukul 10, aku suh anak-anak gi gosok gigi sebelum masuk tidur. Lepas tu aku pulak. Dah siap-siap nak tidur, mata dah nak pejam tapi masih terbayang-bayang kesedapan sup ekor tadi. Puas dapat makan!

Tengah malam sikit, aku tak tau pukul berapa ... badan mula rasa tak sedap. Tidur tak berapa nak lena sebab asyik brukkk brukkk sendawa keluar angin. Apa yang aku makan tadi? Tengok hat kiri hat kanan baik punya lena. Hurmm ... bingkas bangkit masuk bilik air dan .... uwekkkkk *muntah*




Malam tu tiga kali aku muntah! Apa aku makan sebelum tu habis keluar balik huhu. Bila mata baru nak lena, tup tup dah pukul 5 setengah! Dengan tak cukup tidurnya, aku bersiap nak gi keje. Masih brukkk brukkk lagi ... kemudian perut rasa tak sedap pulak! Adehh ...ceri beri pulak dah! 

Dah masuk dalam kereta, Pak Jelan tanya, ok ke? Ok ... ringkas aku jawab. Sampai kat Komplek Sukan Kg. Pandan aku dah mula tak ok. Rasa loya, nak muntah dengan ceri beri datang serentak!

Bang ... patah balik gi klinik. Macam tak boleh je ni ....

Dan akhirnya, ber'kampung' la kami anak beranak di klinik kesihatan setengah hari. Tak pasal-pasal aku kena amik dan cek darah. Masa missy buat pemeriksaan pun terkejut, tekanan darah aku rendah! 92/45 or something ... ๐Ÿ˜ฐ 

Dipendekkan cerita, aku kena masuk drip. Bacaan ujian darah normal, tapi tekanan darah aku rendah. Memang lembik badan masa tu, dah tak heran orang pandang ke tidak. Terus melepek aku tersandar kat kerusi tu tertidur huhu. Pakai baju kerja pulak tu ... tercalar imej wanita berkerjaya kejap haha!

Antara penyebab tekanan darah rendah atau hipotensi adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan. - artikel utusan 2014

Cuak juga bila badan kita tak mampu lagi menanggung tekanan dan beban. Kita ingat kita mampu nak tanggung sorang-sorang, tapi akhirnya makan 'tuan' balik jawabnya. Bila tengok muka suami, muka anak-anak aku cuba jadi kuat balik. Memang diwaktu-waktu sakit begini, keluarga lah jadi penawarnya ...๐Ÿ’—


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.