Breaking

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Wednesday, May 15, 2024

Wednesday, May 15, 2024

Hari Nakbah - Palestin Sentiasa Dalam Doa

 

Sudah lebih 7 bulan berlalu namun jalan keluar bagi permasalahan ini masih tiada penyelesaian. Sudah lebih 40 000 saudara kita di Palestin syahid akibat kaum laknatullah yang  nekad mahu melenyapkan tuan tanah orang Palestin dari muka bumi.


Telah beratus ribu kanak-kanak, wanita, orang tua yang menjadi mangsa pembantaian dan pembunuhan kaum zionis setiap hari. Bayangkan sudah tujuh bulan dan satu dunia masih tidak mampu berbuat apa-apa terhadap kekejaman zionis terlaknat!


Namun, berbeza kali ini penentangan terhadap kaum zionis turut disertai oleh hampir seluruh manusia di serata dunia. Dengan adanya teknologi di hujung jari, mereka terutama yang berada di sebelah Barat tidak lagi 'buta' sejarah mengenai Palestin.


Kini mereka telah mengetahui kebenaran yang telah disorok berpuluh tahun dan pembohongan terkutuk melalui media mereka disana. Generasi muda khususnya generasi Z telah bersatu dibawah nama kemanusiaan mengutuk serangan zionis terhadap Palestin dan menuntut agar Palestin dibebaskan!


Ramai juga yang masih 'buta' dan buat pekak dengan mengatakan ini semua bermula dari serangan 7 Oktober lalu. Jika Hamas tidak menyerang terlebih dahulu, maka semua ini tidak akan berlanjutan. Sungguh mereka 'buta'!


Bacalah sejarah Nakbah dan perang selepasnya. Betapa tanah suci Palestin dan orang Islam telah lama dirobek oleh kaum zionis untuk melunaskan hajat terkutuk mereka bagi menguasai Masjidil Aqsa.


Dan yang terbaru, lebih 1.5 juta orang Palestin telah dipaksa berpindah dari Rafah ke kem Al Mawasi yang telah pun sedia padat dengan beratus ribu manusia. 


Itu belum lagi kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat. Ada yang ditangkap dan diseksa tanpa alasan, dipenjara malah rumah mereka dirampas begitu saja. Allahuakbar! Patutlah Allah melaknat mereka dalam al Quran!


Seruan kepada semua umat Islam, walaupun iman kita senipis bawang tapi sekurang-kurangnya titipkanlah doa dan qunut nazilah buat saudara kita di Palestin yang sedang menderita.


Kami juga dah tujuh bulan tak sentuh fast food jenama K, M & D. Anak-anak ada juga mengeluh pada mulanya, tapi aku terangkan pada mereka tentang kepentingan boikot ni. Tiada kompromi.


Lakukanlah apa saja usaha dan daya kemampuan kita untuk menyokong perjuangan mereka disana. Teruskan usaha memboikot produk-produk tertentu dan tunjukkan solidariti kita. 


76 tahun Palestin dijajah dan hari ni adalah Hari Nakbah. Bantulah kami untuk membebaskan Palestin...aamiin amiinn yarabbal alamin.


Tuesday, August 05, 2014

Tuesday, August 05, 2014

Berdiri Teguh Bersama Palestine


Assalamualaikum!


Masuk hari ke 25 dan bumi Gaza terus dibedil tanpa perikemanusiaan oleh tentera zionis laknatullah. Pun begitu, tiada sesuatu di dunia ini yang boleh berlaku melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. Dan, begitu besar rahmatNya, pasukan Briged al Qassam dapat memerangi tentera kuffar yang kini bertarung dalam ketakutan yang amat dashyat!

Allahuakbar!


Thursday, July 10, 2014

Thursday, July 10, 2014

Aku Terharu ...


Assalamualaikum!





Allahuakbar ....

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa di muka bumi ini. Dan kerana Dia, aku masih di sini bisa menghela nafas, berdiri, bergerak, makan, tidur dan beribadah selagi nyawa dikandung badan.

Saturday, January 11, 2014

Saturday, January 11, 2014

Ariel Sharon Disahkan Mati Setelah Koma 8 Tahun


Assalamualaikum!

Sejak seminggu lalu, kesihatan Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel dilaporkan berada dalam keadaan yang amat membimbangkan.  Pasukan petugas perubatan yang bertanggungjawab merawat Sharon melaporkan kondisi kesihatan Sharon menunjukkan penyusutan yang berterusan dan kritikal. 

Terdahulu, kenit pernah kongsikan perkembangan kesihatan Ariel Sharon di {SINI}.



Setelah 8 tahun berada dalam koma, bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lepas dalam usia 85 tahun. Anak Sharon, Gilad mengumumkan berita kematiannya itu di Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv, tempat di mana Sharon dirawat.

"Dia telah tiada. Dia telah memutuskan untuk 'pergi' meninggalkan kita."

Pakar perubatan telah menjangkakan ia (kematian) akan berlaku selepas rekod kesihatan Sharon sejak seminggu lalu mengalami kemorosotan yang amat ketara.

Jurucakap hospital, Dr Shlomo Noy berkata, "Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer dengan ini mengumumkan bahawa En. Ariel Sharon telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya sejam yang lalu." - irishtime.com

Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.

Terdahulu, Sharon dimasukkan ke hospital 8 tahun lalu akibat diserang angin ahmar. Kemudian, dia yang mengalami kegagalan fungsi organ tidak lagi dilihat di khalayak ramai selepas itu. 

Untuk rekod, dia digelar sebagai penyembelih umat Islam di Palestin berikutan tragedi berdarah Sabra & Shatila pada tahun 1982 dan beberapa siri peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel. 

P/S: Nak mati pun susah ... dah mati? Lu fikirla sendiri!




Saturday, January 04, 2014

Saturday, January 04, 2014

Terkini Ariel Sharon


Assalamualaikum!

Masih ingatkah lagi anda pada Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang diserang angin ahmar sekitar tahun 2006 dulu? Kondisi kesihatannya pernah kenit kongsikan di {SINI}.
Beliau yang sehingga sekarang masih dalam keadaan koma di hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv kini mempunyai perkembangan terbaru.




Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pakar perubatannya, Professor Zeev Rotstein, dari Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv pada BBC News, keadaan bekas perdana menteri itu kini semakin merosot tetapi secara perlahan-lahan. 

"Ujian yang dilakukan mendapati kemerosotan fungsi organ dalamannya berlaku secara perlahan-lahan. Keadaannya tidak pernah berubah. Dia masih dalam keadaan kritikal, dan ini membahayakan nyawanya." kata beliau.

Kesemua ahli keluarga Ariel Sharon masih setia berada disisinya di hospital tersebut. 

Ini bermakna, organ-organ penting dalam tubuh Ariel Sharon sedang mengalami kegagalan secara beransur-ansur dan merosot dengan perlahan-lahan. 

Mengikut satu laporan yang lain, apabila Prof. Rotstein ditanya oleh seorang wartawan adakah Sharon akan mati, Rotstein membalasnya dengan mengatakan bahawa Sharon hanya menghitung hari (untuk mati), tetapi para petugas perubatan sedang cuba untuk terus memberikan rawatan kepadanya dengan 'penuh pengharapan'.


Tragedi Berdarah Sabra & Shatila


  • Pada tahun 1981, Ariel Sharon dilantik menjadi Menteri Pertahanan Israel. Pada tahun 1982, dia mengetuai operasi menawan Lebanon, kemudian pasukan keselamatan Israel mula 'diserap' ke setiap pelusuk bandar Beirut dan melakukan pengepungan ke atas ibu negeri Lebanon itu.


  • Perang Lebanon berakhir dengan insiden tragedi berdarah dalam sejarah Timur Tengah. Pasukan keselamatan Kristian Lebanon, yang merupakan sekutu kuat Israel bertindak menyerang kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak (al-fatihah ke atas semua mangsa yang terlibat, syurgalah tempat damai buatmu disana) sementara pasukan keselamatan Israel hanya memerhati kekejaman tersebut.


  • Sharon menafikan penglibatannya, namun suruhanjaya siasatan Israel kemudian mendapati dia terlibat secara tidak langsung dan melarangnya dari memegang jawatan menteri pertahanan semula. Pada tahun 1983 ketika ditemuramah bersama NPW, Sharon menyatakan kekesalannya mengenai tragedi tersebut.

Intifada 
  • Pada tahun 2000, dia membuat keputusan untuk mencabar Benjamin Netanyahu bagi mengetuai kepimpinan dalam Parti Likud. Dan, ketika lawatannya ke Masjidil Aqsa, tapak bersejarah di bandar lama Jerusalem dan merupakan tempat suci bagi penganut Yahudi dan orang Islam menjadi titik permulaan kebangkitan rakyat Palestin.

  • Hari berikutnya, pertempuran berlaku di Jerusalem. Ini turut mencetuskan intifada Palestin kedua yang kemudiannya memuncak sehingga menjadi peperangan antara Palestin dan Israel. Insiden ini turut menjadi faktor kemenangan Sharon dalam pilihanraya pada awal tahun 2001.

  • Sharon memerlukan lebih dari kekuatan ketenteraan bagi menangani kebangkitan rakyat Palestin, maka dia akhirnya mengarahkan pendudukan Israel ke atas tanah wilayah yang dikuasai rakyat Palestin di Tebing Barat pada tahun 2002.

  • Sharon turut mengarahkan pengunduran tentera Israel dari Gaza dan mula membina tembok di sekeliling Tebing Barat, yang mana ia masih dalam pembinaan.

Pada hari sebelum  dia diserang angin ahmar, Sharon menyatakan hasratnya untuk mencari jalan damai dengan Palestin, tetapi dengan HANYA MELALUI SYARAT-SYARATNYA.

Sebagaimana kekejaman dan kezalimannya terhadap rakyat Palestin selama dia berkuasa, maka Allah turut membalasnya dengan penyeksaan selama bertahun-tahun. Sungguh pembalasan yang diterimanya tidak akan pernah dapat memadamkan penderitaan yang ditanggung oleh semua mangsa yang terkorban.

Al-Fatihah buat semua rakyat Palestin dan semua umat Islam yang terkorban syahid dalam tragedi yang berlaku. Semoga damai dan tenanglah kamu bersemadi di syurga bersamaNya.


Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Inspirasi Buat Anak-anak Kita - Iqbal El-Assaad.

Assalamualaikum!~

Menamatkan pengajian di Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), Iqbal El-Assaad, 20, adalah doktor berbangsa Arab yang termuda.

Beliau adalah doktor perubatan termuda yang berjaya melakar sejarah dengan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Weill Cornell, Qatar. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah 10 tahun Kolej tersebut.





Semasa kecil, beliau belajar algebra dengan hanya memerhati adik beradiknya belajar. Sebelum hari lahirnya yang kelima, beliau melakukan aktiviti kegemarannya iaitu membaca buku dan menyelesaikan soalan matematik.


Siapakah atau apakah yang menjadi inspirasi kepada anda untuk melanjutkan karier dalam bidang perubatan?

Saya membuat keputusan untuk menjadi doktor bermula ketika saya berusia 12 tahun. Membesar sebagai warga Palestin yang menetap di Lebanon, saya melihat penderitaan di kalangan orang-orang saya di sana memandangkan warga Palestin di Lebanon tidak mempunyai insuran kesihatan.

Saya dan keluarga melawat khemah-khemah penempatan dan menyaksikan sendiri keadaan yang sungguh menyedihkan. Ramai ibubapa yang hanya mampu melihat anak mereka menderita tetapi tidak dapat membantu kerana kekurangan wang. Lawatan ke khemah-khemah ini menyedarkan saya bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk belajar perubatan dan cuba untuk membantu mereka. Ramai antara mereka yang tidak mampu membiayai perubatan yang mereka amat perlukan.




Apakah peranan keluarga anda dalam mendorong anda melanjutkan pelajaran di sekolah perubatan?

Saya adalah anak bongsu dalam keluarga dan ayah mula menyedari minat saya untuk belajar ketika saya berusia 2 setengah tahun. Bagi ayah saya, pendidikan adalah nombor satu - terutama bagi wanita. Dia selalu berkata bahawa walaupun lelaki yang akan mencari pekerjaan tetapi pendidikan adalah 'senjata' bagi wanita di masa hadapan. Kami membesar dengan prinsip ini dan ayah saya selalu memberi saya semangat sekiranya saya ingin mengejar impian, mereka akan selalu menyokong dan membantu saya.

Saya belajar di sekolah persendirian di Lebanon yang menggunakan kurikulum tempatan, bukan sekolah yang mempunyai silibus Amerika. Selepas membiayai sendiri pengajian selama 2 tahun, pengetua sekolah telah memberikan saya biasiswa penuh. Saya pernah melangkaui kelas dan saya selalu merupakan pelajar termuda dalam kelas.

Saya tamat sekolah tinggi ketika berusia 12 tahun dan Khaled Abany, yang pada masa itu merupakan menteri pelajaran di Lebanon, meraikan saya sebagai pelajar termuda yang berjaya menamatkan sekolah tinggi. Saya memberitahu beliau tentang cita-cita saya menjadi doktor dan beliau berjanji untuk mendapatkan biasiswa. Keesokan harinya, beliau menghubungi Sheikh Mozah ( Pengerusi Badan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Qatar) dan beliau menjanjikan biasiswa penuh untuk belajar di WCMC-Q

Apakah cabaran menjadi pelajar termuda di kolej?

Antara cabaran sukar adalah ketika kali pertama saya sampai di Qatar. Saya merasakan tekanan kerana Badan Qatar memberikan biasiswa penuh tanpa melalui apa-apa ujian. Jadi, saya mahu membuktikan kemampuan saya mendapatkan kepercayaan orang terhadap saya.

Sistem persediaan pendidikan Lebanon menyediakan anda sebaiknya untuk melanjutkan pelajaran di kolej, jadi untuk subjek sains dan matematik saya telah diajar sebaiknya.

Saya selalu bergaul dengan pelajar yang lebih tua dari saya, jadi saya sudah biasa dan cukup matang untuk bekerja dengan mereka. Saya suka belajar dengan rakan di sekolah dan tabiat itu terbawa-bawa ke kolej. Interaksi sebegini telah banyak memperbaiki cara pemikiran saya sekaligus masyarakat tidak akan menyedari jurang perbezaan umur.


Apakah langkah anda seterusnya selepas tamat pengajian?

Saya akan memulakan karier saya di Hospital Kanak-kanak di Cleveland, Ohio. Selepas itu saya mahu memohon lanjutan dalam bidang kardiologi paediatrik, di mana ia akan mengambil masa 3 tahun. Kemudian, saya ingin pulang ke Timur Tengah dan berkhidmat untuk Qatar dan Lebanon - sebagai membalas budi Qatar. Mereka telah banyak menaja pelajaran saya sejak 6 tahun lepas. Saya juga ingin pulang ke Lebanon untuk membantu WARGA PALESTIN kerana merekalah INSPIRASI SEBENAR saya dalam mengejar cita-cita saya dan saya ingin memenuhi impian saya yang mahukan perubahan dalam kehidupan mereka.


Mengapa paediatrik?

Saya tidak boleh mengatakannya secara khusus, tapi saya menyukainya. Pada tahun ketiga saya di kolej, saya merasakan saya suka dapat membantu anak-anak kecil. Saya juga menyaksikan betapa susah payahnya kanak-kanak Palestin yang tinggal di khemah-khemah penempatan di Lebanon dan ini menjadi sebahagian tujuan saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang peadiatrik.


Adakah anda berminat melakukan penyelidikan?

Sudah tentu saya berminat melakukan penyelidikan. Saya pernah membuat penyelidikan semasa musim panas tahun ke 2 dan saya jatuh cinta dengannya. Saya sukakan idea yang mengkaji dan menemui sesuatu yang baru.

Saya berharap saya boleh menyertai mana-mana pusat akademik kesihatan dimana saya boleh merawat pesakit dan bekerja dalam bidang penyelidikan.


Apakah nasihat anda kepada anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?

Hanya satu nasihat saya kepada pelajar...supaya belajar bersungguh-sungguh dan gunakan peluang yang ada di Qatar. Belajar di universiti bertaraf dunia di Timur Tengah merupakan mimpi jadi kenyataan bagi saya. Ini merupakan tahap terpenting dalam hidup mereka dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.



P/S: Kadang-kadang kesusahan dan penderitaan orang lain pun boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Tidak semestinya pangkat dan duit.....

Wednesday, May 15, 2013

Wednesday, May 15, 2013

Kronologi Nakbah Palestin 1948

Assalamualaikum!~

Sempena Hari Memperingati Nakbah Palestin hari ini 15hb Mei, Kenit nak share info mengenai sejarah peristwa nakbah yang menjadi titik hitam dalam kehidupan rakyat Palestin khususnya dan seluruh umat Islam  secara amnya.




Sebelum ini Kenit tak pernah didedahkan dengan cerita mengenai Hari Nakbah Palestin ini. Di sekolah, tiada juga diselitkan mengenainya dalam subjek Pendidikan Islam. Apatah lagi, di televisyen sukar sekali kita hendak mengetahui tentang sejarah-sejarah yang berlaku di negara lain.

Namun, syukur kepada Allah, Kenit masih lagi dikurniakan kesempatan di usia yang sedang menginjak ke 30-an ini diberikan peluang dan ilmu untuk mengenal sejarah Nakbah Palestin melalui media alternatif ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, kita sama-sama dapat mendidik anak cucu kita tentang sejarah ini. Barulah kita menjadi semakin celik sejarah bukannya buta sejarah..ke guaner?hehehe.

Bermulanya sejarah Nakbah ini dipahatkan kepada beberapa kronologi:


KRONOLOGI NAKBAH (1)

FIRST ZIONIST CONGRESS
Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama

Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai :

"Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam."

Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin.





Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897 :

“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.”


KRONOLOGI NAKBAH (2)

CUBAAN MEMBELI TANAH PALESTIN DARI KHALIFAH
Rundingan antara Theodor Herzl dan Sultan Abdul Hamid II

Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda. Sultan Abdul Hamid II berkata :

"Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami."





Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu :

1. Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan :

"Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam."

Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.



KRONOLOGI NAKBAH (3)

DEKLARASI BALFOUR 1917
Sokongan British terhadap Zionis

Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland.





Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."

Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.

Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.



KRONOLOGI NAKBAH (4)

Holocaust dan Kedatangan Yahudi ke Palestin.

Apa itu Holocaust?

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya.






Penghijrahan beramai ramai Yahudi ke Palestin.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55 000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646 000 orang yahudi pada tahun 1948.

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel.


KRONOLOGI NAKBAH (5)

PENUBUHAN NEGARA HARAM ISRAEL
Bantuan sistematik dari British dan PBB

Penubuhan sebuah negara untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan 'ketetapan 181' yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diisytiharkan. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.

Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800 000 ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Inilah yang disebut sebagai Nakbah atau Malapetaka Palestin.
Selamat memperingati ulangtahun Nakbah ke-65.




Wednesday, May 15, 2013

Memperingati Hari Nakbah

Assalamualaikum!~

Masih ingatkah kita pada saudara kita di Palestin? Tak banyak yang kita tahu kalau dengan hanya bergantung pada berita di media perdana sahaja. Masih banyak lagi info-info yang boleh kita perolehi melalui media alternatif.

Hakikatnya, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di negara2 yang sedang bergolak berjuang setiap hari demi mempertahankan tanahair mereka dari Zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang Islam dan sesungguhnya jannah menanti para-para syuhada'.

Tahukah anda hari ini 15hb Mei  adalah Hari Memperingati Nakbah Palestin? Kalau tak tahu, jom Kenit kongsikan ringkasan info mengenai Hari Nakbah ini. 


Apakah Hari Nakbah?


  • Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar, manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.



  • 15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
  • Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
  • Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Di bawah ni, Kenit selitkan juga kronologi ringkas Hari Nakbah untuk kita selami bagaimana sejarah penindasan Yahudi bermula dan siapa sebenarnya Zionis laknatullah ini.




Untuk sebarang info atau update berkenaan dengan saudara-saudara kita di Palestin, anda bolehlah LIKE facebook HALUAN Palestin  dan Baarakna Haw Lahu.

Apa yang terjadi dalam kronologi Nakbah Palestin?


#pray4MH370

Thursday, December 06, 2012

Thursday, December 06, 2012

Saya Cemburu...

Morning glory everyoneeeee!~ Akak cemburu...memey akak kuat cemburu. Tapi dik nonnnn, ni bukan cemburu pasai suami nak kawen lain, atau orang lain dapat beg tangan LV hehehe. Ni cemburu lain....

                              



Ader satu nikmat yang belum pasti lagi kita mungkin akan menikmatinya. Opkos sumer orang inginkan nikmat tersebut, even orang kafir juga mahukannya. Pagi ni akak terbaca satu artikel di HM tentang serangan di Gaza bulan lepas. Sangat menyedihkan apabila ada ibu yang kehilangan anak di depan mata dan tak mampu nak buat apa-apa.

Ada pula yang hancur kakinya dibedil oleh bom dan roket Zionis laknatullah itu. Tapi, ader satu petikan yang membuat akak turut merasa cemburu..!

" Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam."

CEMBURU TAK??? Kalu korang tak cemburu, then something somewhere must be wrong in your head la.

Itu adalah kata-kata dari seorang penduduk Palestin yang ditembak dari belakang ketika Zionis memusnahkan bangunan balai polis di Gaza City bulan lepas. Alhamdullillah dia terselamat walaupun kini tak boleh bergerak.

P/S :Niat akak jugak nak mati syahid..walaupun memikirkan mati itu saja pun dah cukup menggerunkan hati ini.





Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012

Kanak-Kanak Palestin Kembali Ke Sekolah (Gambar)

Setelah 8 hari dibedil tentera Zionis laknatullah, kanak-kanak Palestin kembali ke sekolah seperti biasa. Di sebalik runtuhan bangunan & kepingan batu dan besi yang musnah, mereka masih bersemangant meneruskan perjalanan ke sekolah.

Kanak-kanak Palestin berjalan kaki kembali ke sekolah di celah-celah
runtuhan bangunan sekolah di bandar Gaza, pada Sabtu, 24 Nov 2012


Lagi kanak-kanak Palestin berjalan melalui sisa runtuhan bangunan
di tepi jalan, di bandar Gaza.

Mereka berjalan di atas batu-batu dan besi-besi yang runtuh
untuk ke sekolah.



Kanak-kanak lelaki ini melihat dari luar bangunan sekolah United Nation
yang musnah akibat diserang tentera Zionis.

Dua orang kanak-kanak ini melihat menerusi lubang  dinding bangunan
sekolah yang dibedil Zionis.

Kanak-kanak Palestin ini mengangkat meja yang rosak teruk
di dalam kelasnya, di bandar Gaza.

Pelajar-pelajar Palestin menulis sesuatu di atas papan hitam
di kelas mereka yang musnah teruk.


Pelajar ini berjalan melalui koridor bangunan sekolah yang juga
dimusnahkan oleh Zionis minggu lepas.

Kanak-kanak ini hanya mampu melihat kesan kemusnahan
yang berlaku ke atas sekolah mereka.

Pelajar-pelajar Palestin ini berdiri di luar runtuhan sekolah mereka.

Lelaki ini memerhati kesan kemusnahan yang dilakukan oleh tentera
Zionis ke atas bangunan & sekolah di bandar Gaza.
 Sumber Gambar: HALUAN Palestin

Tiada istilah putus asa @ mengalah dalam kamus hidup mereka. Walaupun, bangunan sekolah musnah sama sekali namun, hati dan jiwa mereka masih dahaga akan ilmu pengetahuan. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan semoga mereka terus bersemangat untuk bangkit kembali menentang kezaliman Zionis. 


Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Faizal Tahir Ikut Jejak Cristiano Ronaldo





Anda tentu kenal dengan penyanyi popular tanah air ni kan? Saper tak kenal Faizal Tahir yang telah banyak merangkul anugerah dalam industri muzik negara dengan memenangi banyak trofi penghargaan. Tiada persamaan yang ketara dapat diberika antara beliau dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, namun mereka berdua mempunyai satu persamaan yang ohsome!~

Mereka punya sifat sayangkan kemanusiaan dan kasihkan kedamaian, dan maka sebab itu Faizal Tahir telah pun mengambil pendekatan yang sama kali ini untuk membantu rakyat yang teraniya ini.

Menerusi kenyataannya di twitter, beliau membuat pengumuman untuk melelong semua trofi anugerah yang dimenanginya sebelum ini. Malah, dia juga menyuruh peminat untuk tidak mengundinya di anugerah Shot Awards 2012 , sebaliknya menggunakan masa mengundi itu untuk berdoa buat rakyat Palestin.

P/S: Kalau tak mampu untuk menderma wang & harta benda, maka berdoalah kepada Yang Maha Kaya kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.








Sumber info: Rotikaya

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.