Breaking

Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Monday, July 08, 2024

Monday, July 08, 2024

Bila Anak Langgar Peraturan Sekolah

 

Isu ni dah beberapa hari viral di media sosial, tentang seorang bapa yang mengamuk pergi 'serang' ustaz akibat dikatakan tidak berpuas hati kerana ustaz tersebut telah memotong rambut anaknya tanpa keizinan. Itu satu. Kemudian, bapa itu dikatakan membuat ugutan dan tindakan provokasi terhadap ustaz tu.


Mungkin juga ustaz itu pun ada silapnya tidak memaklumkan tindakan memotong rambut kepada ibubapa murid tersebut, namun perkara ini tidak akan selesai dengan mengamuk secara terbuka, dan akhirnya tindakan sendiri memakan tuan.


Yang buat aku tersedak tu, dia samakan situasi rambut anak dia dengan rambut baginda s.a.w. Aku tak pasti samada dia tahu ke tak budak-budak tahfiz di madrasah ada je yang tak simpan rambut panjang. Ramai je yang mengekalkan rambut pendek, kemas dan rapi. 



Nah tengok bawah!



Kredit kepada empunya gambar. Nah kau tengok! Ni gambar budak tahfiz kategori remaja. Takda pulak aku tengok rambut diaorang panjang sampai bahu? Adakah kita nak cakap diaorang ni tak ikut sunnah Nabi? Celah mana yang kena mengena dengan syurga atau neraka? Jadi anak dia terpaling syurga ke? I don't think so... 


Isu dia sebenarnya, anak kau GAGAL IKUT PERATURAN sekolah. Tu je. Semua ibubapa mesti dah sedia maklum peraturan sekolah tak kira rendah atau menengah, rambut pelajar lelaki MESTI PENDEK DAN KEMAS. Umur bapa ni mungkin dalam lingkungan 40an atau 50an, bermakna dia pernah pergi sekolah dan pernah terikat dengan peraturan sekolah kan?


Dah kalau dia sendiri dulu pun kena ikut peraturan sekolah, apa yang special sangat anak tu sampai boleh bela rambut panjang?? Adakah dia terkena penyakit yang kalau simpan rambut pendek boleh kudung sebelah kaki? atau tiba-tiba jadi sesak nafas? Kot ye ada surat dari doktor mengatakan cenggitu ... barulah berbaloi kau mengamuk sampai macam tu.


Aku tak mahu cerita beza murid dulu dengan sekarang, sebab rata-rata semua orang terutamanya generasi 80an-90an telah merasa pedihnya hidup bila kau sengaja langgar peraturan sekolah. Bukan saja cikgu boleh rotan kau, potong rambut kau, cubit, denda ketuk ketampi dan sebagainya tapi bila mak bapak tahu kau kena 'tiau' dengan cikgu, mak bapak akan 'tambah' lagi sambung di rumah hehe. 


Begitulah jugak aku kena dulu haha. Tapi lepas tu, nak buat lagi tak? Takk! At least aku tahu yang next time kalau aku buat hal lagi atau langgar peraturan sekolah, aku tahu yang bapak tidak akan back-up! So what's the point buat jahat kan?


Lagi satu, macam la kau tak boleh simpan rambut panjang tu lepas habis sekolah. Dah habis SPM besok, kau simpan la rambut tu panjang macam pontianak, takda sapa akan gunting rambut kau dah! 


Kepada ibubapa termasuk aku yang mempunyai anak yang masih bersekolah tak kira rendah atau menengah, tolonglah nasihatkan, peringatkan, beri amaran (jika kau tahu anak kau nakal nauzubillah) pada anak-anak kita untuk sentiasa patuh pada peraturan sekolah. Jangan susahkan cikgu dan pihak sekolah. Kau masuk sekolah tu, jadi murid yang taat, hormati cikgu dan siapkan kerja sekolah yang diberi.


Kita semua tahu nak handle anak remaja bukan mudah. Anak nakal, takmo dengar cakap, suka memberontak itu lumrah dalam proses kita membentuk mereka jadi manusia berguna. Aku sendiri kadang-kadang mengucap panjang walaupun anak perempuan haha.


Moga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kita agar menjadi keturunan yang berhati baik, berperangai baik, hidup dalam keberkatan dan dipermudahkan selalu. Aamiinnn allahuma amiinn..

Wednesday, May 15, 2024

Wednesday, May 15, 2024

Geng Masak Maggi Di Stesen Minyak

 

Melihatkan kejadian yang berlaku di stesen minyak baru-baru ini membuatkan aku terfikir dimanakah silapnya orang kita dalam mendidik generasi muda. Atau adakah generasi muda itu sendiri sudah tepu dengan keseronokan dunia tanpa mempedulikan tentang keselamatan orang lain.


Sebab tu aku nak kecam orang lain pun kena fikir banyak kali, sebab yang banyak buat onar dan benda pelik ni lagi ramai orang kita. Tapi perbuatan geng ni memang meminta untuk dikecam oleh warga maya. Dalam hal ini, rakyat Malaysia bersatu padu haha. Yang komen suruh husnuzon pun ada.


Husnuzon kejadahnye. Takda alasan logik langsung melainkan otak di lutut. Aku tertarik dengan satu komen, "sekarang aku tahu geng H takda beza dengan rohingya". Tapi aku tak pernah nampak lagi atau viral pasal geng rohingya main masak-masak di stesen minyak haha.


kredit gambar : Diari Zhulaiqa Qhalisa Youhana


Aku tak tahu dimana mereka letak akal masa buat benda ni. Tengok dalam video bukan remaja, tapi semua dah jadi belia dan dewasa. Mungkin juga ada yang dah jadi mak orang bapak orang pun. Tak terfikirkah diaorang yang tempat diaorang masak tu lebih kurang 30m-50m saja dari stesen minyak?


Tak terfikirkah diaorang lantai yang diaorang pijak tu ada tempat simpanan minyak? Tak terfikirkah diaorang apa saja yang boleh mencetuskan api adalah bahaya terutama bila berada dikawasan tu? Sedangkan masa isi minyak pun kita dilarang menjawab telefon bimbit atau memegangnya.


Selagi daging tak hancur, tulang tak berterabur selagi tu tak insaf kan? Selagi tak mati, selagi tu lah orang akan mengecam. Mengecam bukan sebab jeles tengok diaorang masak maggi kat stesen minyak. 


Tapi orang mengecam sebab kebodohan dan tiada tanggungjawab terhadap nyawa dan keselamatan orang lain. 


Benda yang sama aku selalu cakap kalau orang bawa kereta macam 'hantu', "kalau nak mati, mati sengsorang. Jangan menyusahkan orang lain!".





Tak salah nak berkonvoi tapi otak kena selalu berfikir, akal kena selalu waras. Kalau nak mati, nak cacat, nak hancur berkecai silalah buat ditempat sunyi yang takda orang awam. Hanya geng-geng dia saja. Buatlah konten, rakamlah video banyak-banyak masa tu. Ha yang tu takda orang marah. Paling kuat pun, orang sedekahkan al-fatihah bila sampai berita.


Ni buat kat stesen minyak. Ada family, ada kanak-kanak, ada orang awam yang tidak berdosa berada dalam kawasan yang sama. Siapa nak bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa? Siapa nak dipersalahkan? Nyawa boleh ganti ke??


Ketahuilah di zaman moden ini, semua berita viral di Malaysia boleh sampai ke serata dunia hanya di hujung jari saja. Lepas tu bila orang luar kecam kita kerana perbuatan segelintir, kita nak backup ape lagi? Dah memang tak cerdik!


Sunday, May 12, 2024

Sunday, May 12, 2024

Salah Siapa Anak Tak Pandai Guna Pengangkutan Awam?

 

Sejak kami pindah ke bandar besar Kuala Lumpur dari bandar Kuantan kira-kira 12 tahun yang lalu, aku mula berfikir bagaimana caranya untuk membiasakan diri mereka tinggal di dalam bandar yang besar. Untuk tahun pertama sehingga tahun ketiga di Kuantan, kakak dan adik masih kecil dan pergerakan kami banyak menggunakan kereta.


Tetapi setelah tinggal di Kuala Lumpur, aku mengambil inisiatif untuk membiasakan diri mereka dengan pengangkutan awam seawal usia mereka 6 dan 4 tahun! 


Kenapa? 


Kenapa nak susahkan diri bawa mereka jalan-jalan guna pengangkutan awam? Tak takut ke anak kena culik? tak takut  ke anak hilang? tak takut ke susah nak handle kenakalan diaorang di khalayak ramai?


Tipula kalau aku tak pernah terfikir tu semua! Bukan sorang nak kena jaga, dua orang kot! Budak-budak kalau dah buat perangai bukan mereka tahu apa pun. Kita la yang kena bijak kawal situasi dan diri.




Macam aku cakap tadi, seawal usia diaorang 6 dan 4 tahun, aku dah bawa diaorang naik bas! Trip pertama kitaorang adalah pergi KLCC. Memandangkan rumah kami tidak jauh dari KLCC, maka itu menjadi destinasi pilihan aku yang utama untuk bawa anak-anak menikmati panorama bandar dan jalan-jalan di kawasan sekitar.

Of course ada beberapa tips yang aku amalkan sebelum pergi ke sana, seperti jenis pengangkutan awam yang ada, kemudahan dan prasarana, ada tempat makan dan keselamatan. Lagipun, itu trip pertama diaorang so aku kena rancang dengan teliti supaya kami selamat pergi dan balik haha.

Mula-mula diaorang naik bas memang perasaan tu seronok dan teruja. Maklumla, kat Kuantan tak pernah naik bas huhu. Tapi nama pun budak-budak kan, nakalnye tetap ada walaupun dua-dua gegirl hehe. Dek kerana excited, diaorang suka tukar tempat duduk. Dah la bas tu tengah bergerak! Mujurlah takda yang jatuh.





Bermula dari situlah diaorang belajar menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT sehingga sekarang. Waima kami balik Melaka sekalipun, kami akan naik bas ekspres di Terminal BTS dan berhenti di Terminal Melaka Sentral. Aku tunjukkan mereka di mana nak beli tiket, kat mana nak kena tunggu bas atau LRT dan di mana nak turun atau keluar dari stesen.

Dari KLCC, kami outing 3 beranak sampai ke Sunway Pyramid. Semua tu menggunakan LRT dan bas. Jika difikirkan balik, aku pun tak tahu kenapa aku boleh berani sampai macam tu sekali haha. Tapi sebab anak-anak selalu mintak keluar jalan-jalan dan kalau nak naik kereta kat bandar ni satu masalah nak cari parking dan sebagainya. 

Lagi satu, diaorang pun dah jadi orang KL so nak tak nak kena belajar selok belok jalan di bandar ni. Takkan lah selamanya aku nak kena ngekor diaorang ke sana sini. Sampai masa aku akan lepaskan jugak diaorang, pandai-pandailah nak hidup! haha.





Suami aku menentang mulanya, risau sebab kami perempuan kan. Tapi aku cakap, aku ni membesar di KL. Anak-anak juga membesar di KL. Sampai bila nak 'kepung' diaorang takleh pergi sana takleh pergi sini. At least, aku ada untuk temankan diaorang. Nanti bila dah sampai masa (diaorang pergi belajar atau bekerja), diaorang tetap kena hadap selok belok KL. Dah kalau dari sekarang tak diajar, tak ditunjuk ... macam mana nak hidup??

Sebab aku tak nak anak-anak aku jadi generasi yang lembik! Semua benda nak harap mak bapak buat. Mak bapak pulak jenis tak nak mengajar atau terlalu paranoid nak lepaskan anak. Ingat ada pilihan ke? Kalau tinggal di tepi laut pun, nak tak nak kena belajar berenang. Dah kalau dalam bandar kau nak gerak ke sana sini, takkan nak bapak hantar setiap hari?

Ketahuilah mengetahui selok belok dan mahir menggunakan pengangkutan awam adalah antara perkara asas dalam hidup semua orang terutama yang hidup di bandar....betul atau tidak??

So untuk ibubapa, ajarlah anak-anak kita agar mereka boleh berdikari semampu yang boleh. Waima anak perempuan mahupun lelaki. 

Sekurang-kurangnya, kalau salah sorang dari kita meninggal dunia anak-anak boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri dan tahu menjaga diri.

Cun ke tak cun... :D



Friday, March 22, 2024

Friday, March 22, 2024

Nak Boikot KK Mart?


Cerita tak molek tak sedap dah tentu bila ia berkaitan dengan agama dan sensitiviti umat Islam terutama di negara ni. Aku kadang-kadang tak faham macam mana diaorang boleh duduk di negara ini berpuluh2 tahun aman dan damai tanpa rasa bersalah menghina dan memperkecilkan kepercayaan orang lain.


Jujur, aku tidak boleh mengelak dari bercakap pasal benda ni. Hipokrit dan munafik la aku jika tiada sedikit pun perasaan marah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Bukan sekali, dah banyak kali diaorang provok!


Tak pernah aku sepanjang hidup ada sekelumit rasa menyibuk nak mempertikaikan apa yang mereka percaya dan amalkan walaupun ikut akal yang sihat dan waras apa yang mereka amalkn tu lagi tak masuk akal dan boleh digelakkan. But no, aku takkan dan tak pernah diajar untuk buat macam tu.


Tapi diaorang ni sibuk nak mencelah dan mempersendakan agama orang lain sedangkan orang Islam walau dari mana-mana negara sekalipun tidak pernah memulakan apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan provokasi agama lain apatah lagi meletakkan nama Tuhan di stokin!


Menyibuk tak habis-habis...sakit kat mana entah! 




Satu syarikat besar yang ada beratus-ratus cawangan boleh cakap tak perasan terlepas pandang ... tak masuk akal! Rupanya kalau nak letak barang dalam pasaraya diaorang kena lalui pelbagai proses tapisan yang ketat dan lama baru. Bila terbongkar baru menggelupur puak-puak ni nak cari salah orang tu orang ni. Mujur orang kita yang membeli perasan dan viralkan di media sosial, kalau tak ingat diaorang heran ke pasal benda ni??


Lagi satu kumpulan manusia cakap jangan perbesarkan isu ni...kecil saja tak perlu kecoh-kecoh! Ini yang buat aku nak menyumpah seranah tapi ku tahan jebat sebab daku puasa. Kau ingat nama kat stokin tu macam nama abah kau, atok kau, moyang kau! Memang jibauk punya perangai!


Sekarang terpulang pada kita untuk boikot atau tidak pasaraya KK Mart ni. Bak kata UAI, hak memaafkan hanyalah daripada Allah tapi sebagai orang Islam hati ini dah terluka.


Kita sebagai pengguna juga kena tegas. Ini bukan nama keluarga atau sedara mara kita kat stokin tu. Ni Allah!


Sebagaimana kita boikot starbuck dan francais makanan dari Barat dan yang ada kaitan dengan Israel kerana Palestin, kita juga boleh boikot KK Mart yang terang-terang melukakan hati umat Islam.

Wednesday, January 04, 2023

Wednesday, January 04, 2023

Normal ke tampar-menampar ni?


Selain orang pempuan, netizen tak pernah salah. Apa saja yang nampak tak elok dimata, pasti akan dikritik. Video keganasan ke, video cari publisiti murahan ke, video tiada adab ke pasti akan dapat liputan meluas dan kritikan dari netizen.


Tapi dalam video yang viral baru-baru ni, netizen 'kalah' teruk. Kalah ngan sapa? kalah ngan ibubapa dan anak yang ditampar dalam video tu. Aku pun terasa 'kekalahan' itu sebab sebagai ibu, aku tak boleh terima jika anak aku ditampar sebegitu. Tapi tula....sekeras-keras netizen keras lagi hati mak pak diaorang huhu.


Aku cuba untuk faham tapi tetap tak boleh faham. Selama ni, kalau ada cikgu yang menghukum anak murid dengan kekerasan dan viral pasti ramai ibubapa yang tak puas hati dan mengadu untuk cikgu itu diambil tindakan. Kemudian timbullah peraturan cikgu tak boleh 'jentik' anak murid. Tak boleh tengking, tak boleh membebel yada yada yada!


sumber : astroawani


Tapi kes ni lain, sebab jurulatih tersebut banyak berjasa pada pasukan negeri beliau. Kata bapak mangsa. Tapi .... ahh... susah aku nak memperakui tindakan beliau menampar tu. Jasa tu jasalah .... yang tangan tu cepat sangat 'naik' ke muka orang kenapa??

Aku tak kritik dia, aku kritik perbuatannya yang ternyata melanggar etika perguruan. Sentuhan fizikal (sentuh pipi) tanpa sebab tu pun dah salah. Cikgu cubit murid pun dah jadi salah sekarang, ini kau tampar lagi?? Aku dapat rasakan budak tu pun terkejut ditampar sebegitu. Atau diaorang dah biasa?

Tamparan ni kena ada sebab, menghukum atau mendidik? Kalau nak kata untuk mendidik atau mendisplinkan, itu b*llsh*t ye kawan-kawan.


sumber : mstar


Satu je yang aku hormat ialah mak pak diaorang sedia memaafkan dan tidak mahu memanjangkan hal ini. Tapi bak kata omputih, damage has been done. Video kalau dah masuk media sosial ... viral plak tu, memang takkan terlepas dari perhatian pihak berwajib.

Apalah perasaan mak-mak kalau tengok anak diaorang kena tampar macam ni yek? Tangan sendiri pun tak pernah naik ke muka anak lagi. Kita kalau ayahnya pukul anak pun kita dah marah balik, "sakit beranak pun tak ilang lagi tau tak!"😂 

Betul tak mak-mak sekelian?

Tolonglah mak pak, jangan normalisasikan tampar-menampar, pukul-memukul atau apa jua bentuk sentuhan fizikal yang menyakitkan orang. Lagi satu, jangan senang-senang tunjuk baran tu dikhalayak ramai. Tangan orang lani laju je nak rakam apa kita buat kemudian sebar di internet. 

Keganasan bukan jawapan.

Thursday, December 29, 2022

Thursday, December 29, 2022

Hati-hati dengan scammer mintak gambar tak senonoh

 

Makin teruk makin menakutkan! Baru-baru ni viral pasal scammer menyamar doktor mintak gambar bogel. Sasarannya? remaja atau pelajar sekolah. Scammer sekarang bukan tipu duit orang lagi dah, tapi jenis ni memang jahanam masa depan anak-anak kalau kita tak beri kesedaran dari awal pada anak-anak.


Inilah kecanggihan dunia tanpa sempadan yang kita takutkan. Bila semuanya di hujung jari, anak-anak kita mudah terdedah dengan bahaya yang tak boleh dinilai dengan mata kasar. Apatah lagi mereka terlalu naif dan mudah percaya semua benda di media sosial. 




Sebagai ibu, aku selalu mengingatkan anak-anak pasal benda-benda scammer ni. Kalau ada panggilan yang nombornya tak disave tu jangan diangkat. Nombor-nombor pelik jangan dilayan. Kalau ada yang mintak gambar tak senonoh walau apapun alasannya, jangan mudah terpedaya.


Haihhh..macam-macam. 



Monday, August 22, 2022

Monday, August 22, 2022

Jangan Sembarangan Klik Link Kalau Nak Akaun Bank Selamat

 

Assalamualaikum. Berat mata membaca berat lagi bahu yang memikul. Dah viral satu Malaysia tentang perkongsian luahan Dr. Rafidah di fb beliau baru-baru ni pasal kehilangan duit dalam akaun bank 'sotong'. Bukan sikit-sikit hilang pulak tu, 13K!  


Yang menyedihkan lagi tu, pemindahan duit dalam akaun bank beliau dibuat tanpa menggunakan sebarang TAC, macam yang selalu kita dapat tu kalau nak transfer duit ke akaun lain. Aku pun pelik jugak, macam mana duit boleh berpindah tanpa dapat TAC?? Selalunya, kita dengar kes akaun kena hack bila kita dapat TAC walaupun tak login akaun pun masa tu. Penggodam akan mesej kita dan mintak TAC kononnya tersilap tekan.


Tapi sekarang diaorang punya jahat dah naik the next level nampak gaya. Lebih rakus dan ganas. Dalam kes Dr. ni, langsung tak mintak TAC alih-alih duit lesap dalam akaun! Allahuakbar .... 13K bukan sikit kak long. Itu pun Dr. kata dah redha. Kalau orang biasa macam kita ni?? Penat lelah orang, keringat dan kudrat empat tulang semua kat situ :'(.




Balik pada cerita tadi. Umum memang dah tahu kalau duit dalam akaun lesap, bank takkan semudah itu nak ganti balik pada pemegang akaun. Kalau baca komen-komen, rata-ratanya memang cakap bank takkan bayar balik. Kira burn. Disalahkan kita pulak sebab tekan link yang bukan-bukan di media sosial. Bagi aku, kalau bank dah tahu dan dapat detect link tu tak selamat kenapa bank tak sekat? Mereka tentu dah tahu itu adalah phishing web kan? Yang orang ramai persoalkan sekarang adalah tahap keselamatan akaun bank tu yang membolehkan pemindahan duit secara banyak dalam satu hari boleh terjadi tanpa apa-apa syak wasangka.


Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan bank lain, kalau ada pemindahan duit secara banyak dan meragukan, pihak bank sendiri akan call pemegang akaun tersebut untuk buat pengesahan. Bagi aku, itu adalah satu effort yang baik dari pihak bank. Kita yang tengah buat kerja tak tahu apa-apa, dalam masa yang sama duit dalam bank lesap! Sedih weiiiiii!


Bila kita daftar online banking kat handphone, maknanya, kita percaya tahap keselamatan sistem apps yang menjaga duit kita. Bila dah jadi macam ni dan bank tak nak bertanggungjawab atas alasan kita yang tekan link dulu, jadi bunyinya bank macam nak 'lepas tangan'. Save at your own risk!


So pengajaran yang boleh kita amik, berhati-hati ketika melayari sosial media. Jangan klik sembarangan link yang meragukan. Buang sikit curiosity tu. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ada di fb, ig, tiktok, twitter dan sebagainya. Takda sapa yang akan tolong kita kalau duit dalam akaun dah lesap, apatah lagi bank.


Lagi satu yang kita kena selalu alert dan beringat, kalau buat fpx payment jangan terburu-buru. Layout laman web bank mesti mintak username dahulu. Lepas tu akan keluar gambar security yang minta kita sahkan. Lepas tu baru dia minta password. 


sumber : fb Johan Mohamed

 

Macam yang kat atas ni, kita boleh nampak dia mintak username dan password serentak! Itulah tandanya korang sedang menghampiri lubang scammer. Cepat-cepatla keluar dari situ. Kalau korang pergi isi jugak kemudian dia keluar error, suh isi semula itulah maksudnya akaun korang berjaya digodam menggunakan keylogger. Lepas tu duit dalam akaun pun wassalam.


Online banking pun dah tak selamat sekarang. Abis takkan nak delete semua apps bank dan buat urusan di kaunter je lepas ni? Bank-in duit pun guna CDM? Naya pak karim lagutuuuu! Benda semua hujung jari dah sekarang. Tapi inilah risikonya bila tahap sistem sekuriti online banking teruk. 


Haramjadah 'toyol' siber!

Friday, July 15, 2022

Friday, July 15, 2022

Isu-isu Sensitif Di Media Sosial

 

Assalamualaikum! Semakin hari semakin rancak dunia alam maya sekarang. Macam-macam isu sensasi yang aku perhatikan di media sosial baik di FB mahupun di IG. Yang baik kena puji, yang buruk kena keji. Itu memang dah jadi sebahagian dari rutin harian netizen. Ye la ... semua news sekarang di hujung jari. Kau tak puas hati boleh terus tunjuk kat komen.


Kadang-kadang aku tak faham dari mana datang 'kekuatan' orang yang cuba nak tarik perhatian orang lain dengan upload konten dengan niat nak provoke orang kat media sosial. Tak terfikirkah benda itu akan menjatuhkan diaorang? Tak terfikirkah pendapat diaorang tu hanya akan memburukkan keadaan? 




Isu Agama

Sekarang masih 'panas' isu video yang viral tentang penghinaan terhadap Islam oleh orang Islam sendiri. Yang ni ramai dah agak memang perbuatannya disengajakan dengan niat menimbulkan provokasi terhadap orang Islam. Dah kena tangkap pun minah tu dan bfnya. 


Moga jadi peringatan dan pengajaran buat kita semua. Jangan tunjukkan kebodohan dan kejahilan kita pada orang bila Allah sedang menutup aib kita. Kau nak provok siapa bila buat share konten macam tu? Kau nak orang bergaduh? Nak tunjuk yang kau berani bersuara? Kau dapat apa? Aku pun tak faham orang macam ni. 


Isu Bangsa/Kaum

Bukan mudah nak hidup harmoni dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kadang-kadang ada selisih faham tu biasa la. Sedangkan adik beradik satu bapa satu mak pun bolehkan bertikam lidah. Tapi janganla sampai pergi tunjuk kat media sosial melainkan ia melibatkan kesalahan jenayah. Zaman sekarang ni silap sikit je pun orang dah up kat FB lalu jadi viral. Habis orang lain yang takda kene mengena pun terpalit sama. 


Sama-sama la kita jaga keharmonian ni. Tak kira apa pun bangsa, kalau dah hidup berjiran atau bekerja sama dalam satu bangunan kena hormat antara satu sama lain. Cuma jangan melampau pergi masuk campur urusan kaum lain kemudian jadikan topik membawang di media sosial. Tak cerdik ah gitu. Dia punya hal dia punya hal lah. Kita tak perlu nak judge kaum lain ok.


Hal Keluarga

Yang ni cukup kena jaga. Tutup rapat-serapatnya. Jangan bagi orang luar dapat bayangan apa yang kau sedang lalui. Kalau ikutkan hati, memang banyak benda kita tak puas hati. Tapi kalau perlu lepaskan, jangan pilih media sosial. Tak kisahlah apa-apa hal pun, pasal jiran ke, mertua ke, ipar duai ke, penyondol ke, pasangan ke, anak ke, majikan ke, rakan sekerja ke. 


Dah tu nak lepas ke siapa? Kalau aku cakap "mengadu je pada Allah" bunyi macam cliche sangat kan. Tu semua orang pun tau. Tapi sebagai seorang yang dah dewasa menginjak ke usia 40 tahun ni, aku sendiri pun dah 'penat' nak marah2 orang. Aku tersangat sayang pada diri sendiri sampai aku rasa membazir buang emosi hanya kerana aku marah orang tu. Buat apa penatkan hati. Darah tinggi dari takda jadi ada. Untuk apa? Buang terus orang tu dari hidup kau. Jangan mention dia di mana-mana pun. Dia tak layak ada dalam ingatan kau. 


Isu Haiwan

Yang ni pun viral gak baru-baru ni. Pasal haiwan ni boleh jadi banyak cabang tahap kesensitifannya. Bergantung kepada konteks yang dibincangkan. Macam baru-baru ni yang viral pasal stetmen dari seorang selebriti tentang bagi anjing makan. Aku pun tak setuju stetmen dia tu. Mana boleh pukul rata macam tu. Sampai ke hati kau kalau jumpa anjing tepi jalan merenung penuh harapan menunggu seseorang bagi makan. Dia bukan macam kucing boleh mengiau kita dah tahu dia lapar. Ni kalau anjing menyalak kang, habis kita lari lintang pukang sebab ingat dia nak kejar gigit kita. Walhal dia mintak makan. 


Berhati-hatilah bila nak beri pendapat tu. Orang lain nak bagi anjing makan biarkan dengan cara mereka asalkan pandai jaga sentuhan. Setakat bagi makan takkan nak jadi isu. Kalau pencinta haiwan, takda isu anjing atau kucing. Isunya dia lapar dan kita kena bantu bagi dia makan.


Lain la kalau kau jadikan anjing sebagai 'bodyguard' masuk keluar mall. Jadikan anjing sebagai haiwan peliharaan macam kucing. Ha yang tu memang kena tegur la. Kena tahu hukum la. Apatah lagi kita ni orang Islam. Jangan buat hukum sendiri.


Hal Suami Isteri

Aku tak pasti orang lain, tapi bagi aku isu suami isteri ni agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di media sosial. Tak kisah samada kesalahan itu dari pihak isteri atau suami, tapi sebolehnya jangan dicanang. Sebab kita pun tak sempurna di mata dia cuma pasangan tak canang. Kalau dia canang jugak, maknanya dia pun 2x5 la haha. Hal suami isteri ni kena cakap depan-depan. Kalau nak gaduh biar dia depan muka kita. Cakap apa yang terbuku di hati. Biar habis di situ.


Bila dah up di media sosial, ia akan melibatkan orang luar dalam masalah yang hanya kita dan pasangan je yang tahu. Orang yang komen pun bukan tahu situasi sebenar. 


Itu je yang aku dapat fikirkan buat masa ni. Kalau pasal kongsi gambar makanan, kebahagiaan rumahtangga, anak dapat 10A SPM, beli barang berjenama atau bercuti itu tak berapa sensitif bagi aku. Kita happy bila tengok orang happy. Tak perlu dengki mendengki apatah lagi cakap belakang. 


Benda ni juga jadi pengajaran buat aku dan anak-anak. Sering aku ingatkan diaorang, jangan sesekali dedahkan perkara yang tak sepatutnya diketahui orang di IG atau tiktok. Nak cari solusi sila berbincang dengan orang tu. Hatta bergaduh ngan kawan sekolah sekalipun, jangan disindir kawan tu dalam status ke ape. Manners kena jaga.

Wednesday, June 03, 2020

Wednesday, June 03, 2020

Ustaz Ebit Lew Nak Buka ELewsMart, boleh buka satu kat Desa Pandan tak?


Assalamualaikum! Kalau Ustaz Ebit Lew terrrrrrrbaca entri aku ni, mohon la buka satu cawangan kat Desa Pandan. Memang kawasan rumah aku ni tak banyak pasaraya milik orang muslim/bumiputera walaupun penduduknya ramai orang kita. Kebanyakan kedai dan perniagaan dikuasai orang lain, jadi kadang-kadang diaorang 'tekan' harga sebab tahu kita takda pilihan lain.

Nak keluar ke Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa macam tak praktikal sebab sentiasa ramai orang dan duit minyak lagi. Jadi cadangan Ustaz Ebit Lew nak buka ElewsMart tu amatlah daku sokong tapi pleaseeee buka lah satu cawangan kat Desa Pandan ni ha.



sumber : igebitlew

Thursday, May 21, 2020

Thursday, May 21, 2020

Rezeki Covid-19


Assalamualaikum! Memang tak dinafikan bila bermulanya PKP 18 Mac yang lalu, ramai peniaga buntu dan risau memikirkan macam mana la nak survive kalau kedai tak dapat dibuka dan perniagaan tak dapat beroperasi macam biasa.

Kalau pembeli risau mana nak cari barang kalau semua kedai tutup, penjual pun risau bagaimana nak jana pendapatan kalau tak dapat berniaga. Pendek kata, memang kehadiran Covid-19 ni lebih menyusahkan dari menyenangkan. Segala jenis perniagaan terbantut dan terjejas.

Bila kerajaan mengarahkan semua kedai dan jenis perniagaan ditutup dalam tempoh PKP 1 hingga PKP 4, para peniaga mula mencari alternatif lain dengan 'buka' kedai mereka secara atas talian atau online. Dan, ternyata pulangannya sungguh lumayan!


Aku sebagai pemerhati dan pembeli juga tidak ketinggalan 'memeriahkan' live video yang dibuat oleh para peniaga di Facebook. Macam-macam jenis produk yang mereka jual. Dari tudung bawal, kain pasang, kain pelikat, baju kelawar, gajet, barang permainan, barang bundle, kasut, blouse muslimah, baju kurung, baju melayu dan banyak lagi.

Lagipun, hari raya bakal menjelang dan peniaga mengambil peluang ini untuk cari pelanggan di alam maya mempromosikan produk masing-masing dengan kreativiti tersendiri. 



Wednesday, May 06, 2020

Wednesday, May 06, 2020

Kenyataan Media | Tiada Caj Tambahan Untuk Peminjam Yang Memilih Moratorium


Assalamualaikum! Minggu lepas ramai yang tak puas hati tentang kenyataan yang dibawa keluar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung caj faedah yang bakal dikenakan pada peminjam high purchase (sewa beli kenderaan) konvensional dan shariah yang memilih moratorium selama 6 bulan.

Memang terduduk makcik kiah bila dengar pengumuman tu. Walaupun makcik kiah terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tapi dua bulan je dan makcik kiah takda kerja tetap. Ansuran bulanan kereta pun tak lepas bayar, inikan pula caj tambahan.


Monday, May 04, 2020

Monday, May 04, 2020

Luahan Hati Courier/Runner Penghantar Barang



Assalamualaikum! Astaghfirullahalazim...kenapa aniaya orang macam tu sekali. Tahu la awak shopping banyak kat Shopee, Lazada segala. Tapi jangan buat adik-adik courier/runner kita macam hamba abdi pula. Mana la diaorang tak 'angin' bila diperlakukan macam tu. Melampau sangat!

Waktu bulan puasa tahun lepas takda kecoh sangat walaupun time tu pun banyak barang nak kena pos, tapi tahun ni disebabkan PKP orang tak boleh keluar beli barang. Maka, perkhidmatan penghantaran barang menggunakan courier/poslaju/runner menjadi pilihan utama.

Walaupun diaorang dah share video, gambar tentang lambakan parcel yang 'tersangkut' di pusat sorting, tapi masih ada yang merungut barang lambat sampai. Nak buat macam mana adik kakak abang, barang yang nak di hantar memang banyak tak terkira! Lebih 700+ parcel setiap hari.


                    sumber : fb tokansate


Typical Malaysian.
Courier/runner sampai rumah, bagi hon. Tak keluar. Tekan bell. Takde bell, kita panggil. Tak jawab, kita call. Tak jawab call kita jalan. Lepas tu complain barang lambat sampai. Courier/runner tak attempt.
Kami kejar masa. Ada yang dah nampak kita. Bangun, panggil bini die suruh bukak pagar. Dah la hujan. Kami basah lokos dekat luar. Kau selamba delay kerja kami. Kau delay, barang orang lain pun delay. Barang orang lain lambat sampai, orang lain complain kami tak guna. Kau yang tak guna menyebabkan kami nampak tak guna.Sebenarnya dalam hati memang nak campak barang tu dekat muka kau bang. Dah bagi barang kau tenung macam kami tukang angkat najis. Terima kasih pun tak. Serius cakap, makin kurang berkemampuan/miskin makin kurang adab. Pengalaman ni sendiri yang hadap. Memang patut la rezeki kau sempit bang.
Ade yang call balik, tapi kami dah keluar area. Dah jauh. Bile tanya kenapa tak jawab call 7 kali tadi ? Die cakap tengah tido. Nak suruh kita pulak patah balik hantar barang. Haa akak tido la kak sampai kiamat. Maaf. Esok lusa kalau jalan lagi, insyaallaah kami hantar.
Kepada customer, yang kejar barang. Kami jalankan amanah. Tapi bukan amanah anda seorang. Beratus amanah kami handle seorang, satu hari. Maaf kalau terlambat.
Satu parcel, upah tak sampai rm2. Tak dapat bagi kemewahan. Kami cuba cari rezeki halal je. Tak payah buat muka “ customer always right “ dengan kami. Tak boleh bawak masuk syurga.
Salah sikit kau hembus. Effort kami kau pandang sinis. Anda duduk rumah, kami hantar. Tapi bila kami dah sampai tu keluar la hanat ! Call tu angkat. Dah la rumah takde bell. Terpekik terlolong panggil dekat luar. Anjing sebelah yang menyahut. Takkan nak bagi anjing tu receive ? Anjay.
Lagi satu, dah tau PKP. Kau letak alamat office tu kenape ? Lepastu menggelatat suruh re-route pergi rumah. Nak hari tu jugak. Rumah kalau belakang office takpe. 18km jauh. Ingat sorang runner/courier sorang cover satu daerah ke satu hari ?
Ade pulak yang call/mesej bos semalam marah-marah. Hari ni mesej tanya bos ade kerja kosong ke untuk adik die. Kau rase ? Kau tau malu ke tidak ? Kau sekolah ke tidak ? Lulus SRP ke tidak ? Nak kami buat video ke tidak ? ðŸ¤£.

Macam-macam pesen perangai orang kita ye. Yang call berkali-kali tapi tak angkat, yang tunggu bini buka pintu padahal adik courier menunggu dalam hujan lebat luar dan macam-macam lagi gelagat yang diaorang terpaksa hadap hampir setiap hari.

Kalau pelanggan pun ada komplen terhadap adik-adik courier kita, mereka juga boleh meluahkan benda yang sama terhadap kita. Paling tak boleh terima, letak alamat office tapi suh hantar sampai ke rumah. Apekejadahnya tu?? Serius ar...aku pun redha je kalau barang lambat sampai, asal jangan hilang di tengah jalan sudah.

Aku pun ada shopping sikit kat Shopee baru-baru ni, dan kebetulan adik courier tu call aku tak angkat. Kemudian aku call balik, dia cakap dia dah berada di luar kawasan aku. So, aku cakap takpe dik nanti datang sini balik hantar sekali lagi. Dia ok, aku pun ok. Alhamdulillah barang sampai dengan selamat. 

Tak perlu kita demand sangat la time PKP macam ni. Kena saling memahami dan bertimbangrasa la. Diaorang hantar barang bukan untuk kita sorang yang nak kena patah balik tu. Paling penting, adab tu mesti dijaga. At least cakap terima kasih. Jangan senyap atau terus tutup pintu. Lagi satu, kalau tak nak barang kita delay, hantarlah guna alamat rumah. Orang dah call atau ketuk pintu tu bukak la cepat. 

Kita mudahkan orang lain, Allah mudahkan untuk kita.



Love,

Hanim

Saturday, May 02, 2020

Saturday, May 02, 2020

4 Mei 2020 | Peluang & Risiko


Assalamualaikum! Semalam PM mengumumkan kelonggaran bagi beberapa sektor awam dan swasta beroperasi semula bermula 4 Mei 2020. Syarikat-syarikat besar dan kecil dibenarkan dibuka semula dengan syarat mengikut SOP yang dikeluarkan KKM.

Untuk rakyat marhaen, PKP tetap berkuatkuasa tapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan memberi sedikit kelonggaran untuk mereka keliar bekerja. Namun balik kampung dan keagamaan masih tidak dibenarkan. 

Kes pertama, semalam petang aku nak gi cari kuih muih buat berbuka puasa. Since kat kawasan rumah ni tiada yang meniaga melainkan KFC, MCD, kedai kek dan kedai mamak jadi aku pergi ke kawasan 'jiran' sebelah iaitu Ampang Hilir.

Thursday, April 23, 2020

Thursday, April 23, 2020

'Mahal'nya Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum! Macam-macam hal la. Orang kita ni memang busuk hati tak habis-habis. Baik orang biasa, baik ustaz, baik PU atau apa saja la label syok sendiri yang diaorang ada. Sana sini berdegang canang dosa orang macam diri tu maksum sangat ye bhai!

Lagi kau kecam, lagi hebat kau dapat kecaman balik. Orang time macam sekarang ni nak tengok, nak rasa aura positif dan baik je. Aura dengki busuk hati mengecam orang lain buat orang menyampah meluat orang tak suka tau dak. Ustaz sama ustaz pulak tu! Heyyy bengong berganda-ganda. Kami yang orang biasa pun geleng kepala dengar. 

Besar sangat ke dosa UEL pada orang yang mengecam dia tu? Kalau kau tak boleh setuju atau support apa dia buat, kau senyap boleh tak. Yang menderma tak bising, kau yang tak menyumbang satu sen pulak yang nak canang haram halal orang.


sumber : fb UEL

Thursday, April 16, 2020

Thursday, April 16, 2020

Terkesima pada Thermomix TM6


Assalamualaikum! Pergh, the latest kitchen 'toy'! Terkesima tengok gajet dapur terbaru di pasaran ni. Walaupun iklan dia keluar dalam musim wabak CoVID-19 ni, tapi sambutan boleh tahan yo. Aku tengok ramai jugak selebriti yang dah mula gunakan Thermomix TM6 ni untuk aktiviti masak-memasak.

Canggih yo. Harganya 4 bulan gaji aku selepas ditolak hutang bank ye hahaha. Tapi bila tengok Chef Anis buat demo masak guna TM6 ni, aku agak terkesima kejap jugak la. Nak pulak tengok video Nabila Huda berjaya buat kuih ketayap @ kuih gulung .... fuh menjadi terus!



Tuesday, March 17, 2020

Tuesday, March 17, 2020

Aku tak termasuk dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)


Assalamualaikum! Wabak Covid-19 semakin 'mengganas' di 159 buah negara setakat ini. Kes terbaru di Malaysia pun meningkat dengan mendadak secara drastik menjadikan Malaysia negara mencatat kes tertinggi di Asia Tenggara! 

Allahuakbar .... bantulah kami ya Allah.

Walaupun tiada kematian dicatatkan (UPDATE 6.00PM : 2 kematian akibat Covid-19) tapi peningkatan mendadak kes-kes baru Covid-19 agak membimbangkan semua pihak. Dah la tu, fake news merata di media sosial menjadikan orang awam buat panic buying. Yang tak panik pun tetiba jadi panik! Aku je yang tak boleh nak panik, sebab belum gaji hehehe.

Tuesday, February 25, 2020

Tuesday, February 25, 2020

Isu ustazah merangkak dalam kelas


Assalamualaikum! lama daku 'berpuasa' di blog ni. Rasanya bulan ni paling sikit aku bercerita. Banyak benda yang terjadi disekeliling aku. Tapi nantilah aku cerita kalau mood tu datang hehe.

Dalam banyak-banyak isu panas yang viral dalam bulan ni, isu maknyah gi umrah, isu Covid-19, isu tiada adab ketika ziarah kerana kematian, isu faraid, isu politik dan isu nikah 1 free 1 (mahram), isu ustazah merangkak ni yang buat aku terpanggil nak berkongsi disini. Pasal cikgu ni aku memang sensitif sikit bukan sebab aku ni cikgu. Dalam family aku pun takda cikgu. Tapi lebih kepada sebab cikgu adalah seorang insan yang kita diajar wajib hormat dan sayang sejak dari alam persekolahan lagi. 

Apa kes?? Bukan tak pernah isu mak bapak datang 'serang' sekolah sebelum ni. Cikgu kena maki hamun sebab anak didenda tu 
dari dulu lagi dah ada. Tapi kes ustazah disuruh merangkak dalam kelas disaksikan oleh murid-murid lain, dan ibu itu merakamkan perlakuan tersebut...apekejadahnya ni???

Monday, November 18, 2019

Monday, November 18, 2019

Tealive dah ada di PJ New Town!


Assalamualaikum! Wahhh sekarang peminat setia Tealive terutama di PJ dah tak perlu pergi jauh, sebab dekat PJ Newtown ni outlet Tealive baru saja dibuka kepada orang ramai. Kebetulan aku dapat tahu ni pun sebab kat instagram Tealive ada war-warkan pasal promosi BUY 1 FREE 1 di outlet-outlet terpilih.

So apa lagi, kita kasi terjah la! :p

Wednesday, November 06, 2019

Wednesday, November 06, 2019

Wedding Couture Di Tanah Perkuburan


Assalamualaikum! Pagi-pagi dah tersedak tengok gambar 'pengantin'. Ni bukan sebarang 'pengantin' ni. Tak pernah dibuat orang bergambar di tanah perkuburan. Apatah lagi di perkuburan orang yang berlainan agama dengan kita. Astaghfirullahalazim.

Dulu pernah viral gambar selfie ditanah kubur. Hamba Allah yang post gambar tu di media sosial teruk kena kecam dengan warga netizen. Kali ni kes upgrade sikit, grave bride Tu omputih kata, kalau Melayu kata pengantin kubur namanya hehe.


sumber : fb

Wednesday, October 02, 2019

Wednesday, October 02, 2019

Pertama kali cuba Bang Bang Milk Tea dari Tealive!


Assalamualaikum! Tertinggal keretapi sungguh ibu ni ye. Bab-bab minuman viral ni memang lah ibu lambat nak amik tahu, walaupun anak sendiri dah banyak kali telan air ni hehe. Sekarang ni kan tengah viral minuman boba bagai ni. Hat yang harga RM7-RM10 tu la yang orang sanggup beratur pergi beli semata-mata nak merasa bubble dalam minuman boba.

Ibu yang bekerja makan gaji ni pun tak telio nak membeli, tapiiiii geram jugak my sulung tu asyik dia je yang dapat minum haha. Mengalahkan orang bekerja! 

Ok la... ibu try beli minum sekali. Kita pergi tempat favorite kakak iaitu Tealive. Dia memang dah jatuh cinta dengan Tealive tu! 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.