Breaking

Thursday, April 07, 2016

Thursday, April 07, 2016

Rangkaian Ubat Gigi Buds Oralcare Organics Selamat Untuk Bayi, Anak Kecil & Kanak-kanak


Assalamualaikum!


Yang terbaik hanya untuk mereka! Dan terbaik itu bermaksud yang sihat, semulajadi dan  ...ORGANIK! Pastinya setiap ibubapa menginginkan produk yang digunakan untuk anak mereka adalah selamat dan bebas bahan kimia kan, terutama untuk anak yang masih kecil.

Dalam mendidik anak-anak kita mengutamakan penjagaan gigi di peringkat awal usia mereka, ibubapa perlu peka dan prihatin terhadap sebarang produk di pasaran. Untuk itu Buds telah memperkenalkan ubat gigi yang lebih selamat untuk bayi yang sedang tumbuh gigi, anak kecil dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.




Baru-baru ini aku dijemput ke majlis pelancaran Buds Oralcare Organics bertempat di MAD About Coco, Publika. Bagi yang belum tahu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah bebas dari bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan serta kandungan berbahaya yang lain. Ianya lembut, selamat dan berkesan.

Sudah tentu ibubapa yang bijak akan memilih produk yang selamat untuk anak-anak mereka kan. Dan pastinya, Buds Oralcare Organics memberikan alternatif terbaik untuk penjagaan gigi yang sempurna dari peringkat awal.




Turut berada di majlis pelancaran, Pengarah Urusan I-Green (M) Sdn Bhd, En. Soo Siew Peng yang berkongsi inspirasi dalam mencari alternatif menghasilkan produk penjagaan gigi yang selamat untuk si kecil, iaitu melalui hasil temubual dengan ibubapa serta beberapa kajian lain yang menyeluruh untuk memastikan ubat gigi organik yang selamat dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan tahap tumbesaran yang berbeza.

Bagi memastikan rutin menggosok gigi yang lancar dan menyeronokkan untuk si kecil, kedua-dua rangkaian ubat gigi Buds untuk bayi dan kanak-kanak didatangkan dalam 4 perisa buah-buahan menggunakan perisa semulajadi yang disahkan organik seperti epal hijau, strawberi, blackcurrent dan pudina.




Rangkaian Buds Oralcare Organics mempunyai 3 jenis ubat gigi yang disesuaikan dengan peringkat umur si kecil, iaitu :

  • Ubat gigi Gel Buds Baby - mengandungi Aloe Vera yang membersih dan melegakan gusi bayi yang sedang tumbuh gigi, dan pada masa yang sama seiring dengan Xilitol semulajadi bagi melindungi gigi yang baru tumbuh. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Xilitol - disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, lembut tanpa fluorida yang dirumus khas dengan gabungan pembersih semulajadi, jus Aloe Vera organik dan silika untuk membersih gigi secara lembut dan berkesan. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Fluorida - Hanya jumlah Fluorida yang selamat bagi kanak-kanak sahaja dimasukkan ke dalam rumusan untuk menentang pembentukan kaviti gigi walau dalam dos yang kecil. Ia meingkatkan perlindungan terhadap kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik seiring dengan jus Aloe Vera, Phytic Acid dan Xilitol. Ianya disyorkan untuk kegunaan kanak-kanak berumur 3-12 tahun.




Untuk membuktikan ubat gigi Buds Oralcare Organics ini selamat digunakan untuk si kecil, aku sendiri telah melakukan ujian 'rasa' ketika di majlis pelancaran hehe...




Alhamdulillah ... memang sedap hahaha. Rasa buah-buahan lagi ada la! Tak pedas dan tak memudaratkan ... so, anak-anak kecil kalau tertelan takda masalah. Perisa pun semulajadi, bukan tiruan punya ya ..!

Majlis pelancaran juga diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti Harith Iskander bersama isterinya, Dr. Jezamine Lim dan penyanyi Nurul Wahab bersama anak-anak masing-masing.





Mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman masing-masing bersama anak-anak dalam rutin penjagaan gigi, malah selain menggalakkan anak-anak memulakan tabiat menggosok gigi di awal usia, mereka juga sangat mengesyorkan ibubapa di luar sana memilih produk yang betul-betul selamat dengan membaca dahulu kandungan bahan sesuatu produk sebelum membelinya. 

Untuk itu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah pilihan terbaik untuk penjagaan gigi anak-anak dan selamat digunakan kerana ia telah disahkan organik oleh ECOCERT, salah sebuah organisasi pensijilan organik terbesar di dunia.



(0-1 tahun) 30ML - RM29.90



(1-3 tahun) 50ML - RM32.90


(3-12 tahun) 50ML - RM32.90


Rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics boleh didapati di Farmasi Carin, kedai-kedai menjual barangan keperluan organik dan pasaraya terpilih.






Jadikan rutin penjagaan gigi anak-anak kita satu aktiviti yang menyeronokkan setiap hari dengan pemilihan produk organik yang selamat dan berkesan melindungi gigi seperti Buds Oralcare Organics

Bagi ibubapa yang baru sahaja menerima cahayamata, ini mungkin langkah pertama yang anda boleh ambil untuk memastikan anak anda mendapat penjagaan gigi yang sempurna di peringkat awal usia.



Beauty and the 'Monster' :P
But this 'Monster' is a good one! hehehe ...


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.budsbaby.com


Tuesday, April 05, 2016

Tuesday, April 05, 2016

Macam ni baru layannnn ...!


Assalamualaikum!


Teringin nak makan mihun goreng, tapi malas nak rendam mihun hahaha! Alasan sangatttttt ... walhal Angel Hair ni kena rebus plak lagi! Tapi takpe ... sebab hasilnya sangat melazatkan hehehe. Empatringgitlimaposen ... bapak mahal gak! haha tapi dah tekak tak 'lalu' ngan mihun biasa tu, so aku try je la yang ni ...

Dua orang anak dara tu pun bawa bekal yang sama gak hari ni. Letakkan perencah maggi ayam kemudian pecahkan telur dan daging burger ayam hehe ... letak garam sikit dan siap!




Dengan aku sekali terjebak bawa bekal ke opis. Lain macam feeling dia makan 'mihun' goreng macam ni ... terangkat! Kan bagus kalau warung-warung jual mihun goreng macam ni ..mana tau aku akan bertambah berat badan kurang dari 3 bulan! muahahaha ....

:p

Tuesday, April 05, 2016

Hilang Nikmat ....


Assalamualaikum!


Nikmat penglihatan jelas telah lama 'berkubur' sejak aku berusia 13 tahun. Tak tahula apa puncanya ... samada tengok tv terlampau dekat atau mengadap komputer dalam gelap atau tengok kucing beranak ... hahahaha!

Tapi redha je la ... mungkin Allah nak tunjuk aku akan jadi lebih sweet lebih lawa kalau pakai spek mata kan kan kan hahahha ... peduli ape kalau kena kutuk pun! hahaha :p

Tapi aku bukanlah pemakai spek mata tegar seperti orang lain. Rabun ... tapi tak mengaku rabun hahahaha. Aku takmo bergantung sangat pada spek mata. So, aku pakai ketika drive atau tengok tv atau di event atau ketika berada di tengah-tengah orang ramai. 

Dan satu hari 'dia' hilang ....!



Monday, April 04, 2016

Monday, April 04, 2016

Sejak Ber Dot Com Ni ....


Assalamualaikum!


Huarggghhhh! banyak benda yang dah 'lari'! Kena cari balik code yang berkenaan dan paste balik dalam template. Kalau yang sedia basic dah ada dalam blog, aku just perlu tukar link blog je, tapi kalau main ngan coding dari luar, means widget amik dari website kena pandai tune sendiri ...huarghhhh!

Bab teknikal memang aku 'lemah' sikit, tapi tu la dah nama pun part time blogger hehe nak taknak kena belajar gak at least yang basic. Yang penting kena pandai google tutorial kot-kot kalau ada orang buat ke kan, tapi kalau takda jom la kita berhuhu ... hahaha :D

Mana leh give up! cuma take time je la nak betul-betul fahamkan coding tu. Beberapa hari ni aku try nak letak balik kod widget Limk kat blog tapi tak berjaya! Puas aku tune ikut sini tune ikut sana tapi bila letak coding ... tak menjadi! 




Dan hari tu aku try lagi .... baru lah menjadi! Bukan main payah nak troubleshoot benda alah ni. Kena fikir sendiri macam mana nak masukkan link blog yang baru dan kemudian amik kod baru dan paste dalam blog. Berhari-hari jugak aku try macam-macam cara ... hampir give up tapi kugagahkan jugak sebab dalam akaun tu ada duit lagi wooo hahaha...

Seronok tengok paparan Limk kembali bersiaran di blog ... yahoooooo! Teruja tu bukan sebab apa ... sebab boleh income kan hehehehehe .... :D



Friday, April 01, 2016

Friday, April 01, 2016

Cara Mudah Tukar Fail PDF Ke Word!


Assalamualaikum!


Akhirnyaaaaaa berjaya juga aku tukar file PDF kepada Word! Ohoiiii nak jadi blogger ni ingat senang ka? Dah la kena belajar macam-macam coding pasal blog, pastu kena tahu pulak mana nak letak coding tu, kena try and error lagi pastu tanya orang lagi pastu buat lagi ... hahahaha! Pening memang pening, tambah bila coding tak menjadi ... perghhh menyirap darah!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.