Cerita My Pearls
Friday, March 15, 2019
Bila lihat anak berlatih bola jaring
Assalamualaikum!
Anak-anak ibu semakin hari semakin membesar. Kalau boleh ibu nak berada dekat dengan anak-anak ibu sepanjang masa macam ibu-ibu lain. Ibu nak tengok apa aktiviti kakak dan adik di sekolah. Nak duduk satu kelas tengok apa yang kakak dan adik belajar. Nak berada di padang bersukan dengan kakak dan adik.
Tapi tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Tapi bila ibu dapat peluang tu, ibu takkan lepaskan! Bila anak-anak masuk darjah 1, mak-mak memang excited nak ikut mana anak pergi, apa mereka buat. Tapi anak ibu dah darjah 6! Perlu ke ibu teman kakak selalu?