Breaking

Wednesday, July 03, 2019

Wednesday, July 03, 2019

Jamuan Raya Di Perkarangan Pejabat


Assalamualaikum! Hari ni last Syawal, ada lagi ka buat open house? Aku baru je turun dari tingkat 5, rupanya arini diaorang buat open house! Alhamdulillah kenyang perut, jimat duit takyah kuar beli lunch hehe.

Ok, jamuan raya opis sudah, open house kengkawan sudah, tinggal lagi jamuan raya HQ je. Tu pasal la tajuk dia begitu ye hehe. Jamuan raya HQ telah pun selamat diadakan di perkarangan pejabat minggu lepas. 

Berbagai juadah raya disediakan samada melalui catering atau potluck dari setiap bahagian. Bahagian aku order roti jala hehe. 

Anyway, meriah suasana macam biasa, makanan pun banyak pilihan belaka. Cuma tak larat nak perabih suma, so yang mana berkenan di tekak je kita amik makan ye.

Monday, July 01, 2019

Monday, July 01, 2019

Percutian Ke Western Australia Yang Dinanti-nantikan!


Assalamualaikum! Bila dah melepasi tempoh setengah tahun ni, mula la fikiran tu melayang-layang ke tempat atau negara yang teringin untuk aku jejakkan kaki. Asyik main kat dalam negara je, sesekali nak juga treat myself dengan percutian ke luar negara. What's on my mind? -Western Australia! Walaupun aku bukan kaki travel tapi aku ada satu impian untuk pergi sana nanti. Tapi sebelum tu, kena la ada perancangan dan survey dulu kan. Kot-kot ada promosi untuk tiket ke, hotel ke so kalau boleh jimat banyak kenapa nak bayar lebih kannnn?

Australia adalah sebuah negara yang besar terlalu banyak tempat-tempat cantik dan menarik yang boleh kita terokai dan lawati, terutama di bahagian Australia Barat atau Western Australia. Nak pergi jalan-jalan satu Australia tu takla, tapi pilihan tempat yang nak pergi tu memang banyak so kenala pilih yang berbaloi.



Friday, June 28, 2019

Friday, June 28, 2019

Cikgu meluah perasaan tentang Hazwani


Assalamualaikum! Minggu ni kebanyakan sekolah buat open day (atau report card day) so ramai la ibubapa update kat fb kat media sosial pasal benda ni, terutama anak-anak baru darjah 1. Aku pun update juga haha buat kenang-kenangan. Besok anak-anak dah sekolah menengah kita up lagi kan hehe.

So kami datang berdua, tapi 'berpecah'. Ayahnya mengadap cikgu kelas Mira, dan aku masuk mengadap cikgu kelas Hazwani. Nak tahu sangat apa perkembangan dia dalam kelas. Maklumlah, UPSR lebih kurang 2 bulan je lagi kan, tipula kalau aku cakap aku tak nervous. Tipula kalau aku cakap aku tak letak harapan tinggi kat dia. Of course aku berharap, sebab aku tahu dia boleh buat. 



Wednesday, June 26, 2019

Wednesday, June 26, 2019

'Mata' baru Hazwani


Assalamualaikum! Berbulan-bulan terperap di kedai, akhirnya dapat juga tebus semalam. Patahnya dari tahun lepas lagi. Cuba la nak baiki sendiri, tapi kalau dah bukan pakar tu janganlah nak memandai-mandai kan. Akhirnya kena serah pada yang pakar, so ke kedai la jawabnya.

Kalau dah rabun, takda spek mata rasa macam separuh buta. Apatah lagi bila duduk paling belakang sekali dalam kelas. Balik rumah mengadu tak nampak tulisan cikgu kat depan. Pergi tuisyen pun sama, duduk barisan kedua depan pun tak nampak sangat tulisan di papan putih. 

Begitulah perasaan orang rabun macam kami hehe. Aku punya cermin mata pun dah hilang sebab kes tahun lepas. Kes apa? Ha tu kang aku cerita ye hehe. 


Tuesday, June 25, 2019

Tuesday, June 25, 2019

Sambutan Aidifitri Di Ofis Meriah!


Assalamualaikum! Macam mana raya korang? Minggu ni last la pun kalau nak gi open house atau buat makan-makan raya kan. Minggu pertama dan kedua raya tak berapa nak meriah sangat jemputan open house kan. 

Tapi masuk minggu ketiga (minggu lepas) bapak punye jem jalan KL-SELANGOR ni hehe. Rupanya orang pakat gi open house sana sini. Masuk hiway pun jem...pacitaaa? hehe. Anyway, kita pun ada cerita raya nak kongsi, cerita di ofis jeeee hehe.

Alhamdulillah dah 7 tahun aku keje office hour, masih diberikan peluang dan nikmat meraikan Aidilfitri bersama kengkawan office. Dari segi makanan meriahnya jangan cakap la. Tak pernah tak havoc makanan bahagian aku ni hehe. Tapi yang penting bab kerjasama tu penting ye adik-adik. Kita ni tuan rumah, so buat cara tuan rumah. Gi la tolong apa yang patut, tunjuk muka dan sama-sama buat kerja. Jangan tau makan je hehe.


Friday, June 14, 2019

Friday, June 14, 2019

Aidilfitri satukan kami


Assalamualaikum! Hari raya selain berkumpul anak beranak, kunjungan sedara mara ke rumah juga memeriahkan sambutan aidilfitri. Namun, dalam kegembiraan menyambut lebaran, kami terima berita sedih pemergian bapa sedara, iaitu adik abah sehari sebelum raya.

Al fatihah buat bapa sedara, Idris Bin Ahad atau lebih dikenali dengan panggil Pakcik Zali. Tahun ni je dua orang adik abah kembali ke rahmatullah. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmatNya.


Wednesday, June 12, 2019

Wednesday, June 12, 2019

Indahnya Aidilfitri 2019


Hariii raaaya...hari yang mulia. Penuh bererti kepada kita. Tua muda miskin dan kaya, menyambutnya dengan gembiraaaaaaa! Berhati-hati di jalan raya...semoga anda selamat tiba. Ucapan selamat hari raya dari EON untuk semuaaaaa...!

Assalamualaikum! Haaa time nak mengarang ni la keluar lagu ni dalam kepala hehehe. Inilah lagu yang diaorang dok main dalam televisyen masa kita kecil-kecil dulu...ingat tak? Ah budak sekarang mana tauuuu, ni lagu raya retro untuk budak zaman 90-an je. Dah lebih 30 tahun pun boleh ingat lagi bait-bait lagu ni. Tapi tu la... lirik lagu cepat ingatnya sampai berpuluh tahun, surah al-Baqarah dari kecil mengaji tak lekat-lekat lagi dalam kepala aku ni. Haihh..

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.