Breaking

Wednesday, September 25, 2019

Wednesday, September 25, 2019

Koleksi Doodle Hazwani


Assalamualaikum! Haaaa jerebu paling teruk tahun ni. Sampai kena dicutikan tiga hari dari sekolah. Maka bermulalah episod kebosanan tahap maksimum! 

Yang mengadu bosan tu adik la. Dia mana boleh duduk dirumah lama-lama, asyik nak ajak gi kedai la, gi jenjalan la. Yang kakak pandai cari benda nak dibuat. Walaupun duduk dirumah, akal mesti 'berjalan' hehe. 

Wednesday, September 18, 2019

Wednesday, September 18, 2019

Food Truck Depan Amcorp Mall


Assalamualaikum! Kalau dekat PJ ni, ada satu tempat makan outdoor yang boleh korang cuba, iaitu Tapak Food Truck di depan Amcorp Mall. Setiap malam kawasan parkir depan Amcorp ni memang penuh dengan food truck yang menjual pelbagai jenis makanan untuk pengunjung.

Nak Western ada, burger ada, kebab ada, nasi dan sup ada, goreng-goreng pun ada. Air pula ada pelbagai jenis, sediakan aja la duitnya hehe.

Pertama kali la ni aku makan kat food truck ni dengan family. Lepas maghrib orang makin ramai. Lepas Isyak penuh semua meja! So kalau nak datang better lepas maghrib sebab walaupun meja banyak disediakan tapi kalau dah terlampau ramai takut kena tunggu pulak. 



Monday, September 16, 2019

Monday, September 16, 2019

Selepas sebiji karipap dan dua biji seri muka...


Assalamualaikum! Langkah 'kanan' aku hari ni sebab kebetulan HQ ada buat seminar AKRAB dan ujian saringan kesihatan untuk semua staf. Aku pun dah lama tak buat ujian darah, nak tahu juga berapa bacaan gula aku kali ni.

Lagi satu, sejak dua menjak ni diri ini terasa bagai dipam-pam dengan rakusnya haha. Maksudnya aku perasan berat makin bertambah! Sedih bila tengok 'kepingan-kepingan' lelemak disana sini. Cuma dari luar tak nampak kehodohan itu huhu. Apa boleh buat, dah lama tak ke taman berjogging. Nak kata menambah makan tak juga, kadang-kadang takda makanan pun nak makan haha.

So, aku ambil la peluang ni untuk cek balik tahap kesihatan aku.



Sebenarnya, meja belakang kat belakang tu untuk buat ujian personaliti diri. Tapi aku tak berminat haha. So aku buat ujian saringan kesihatan je. Ukur tinggi ... masih sama. Tapi bila timbang berat...Allahuakbar! Ape teruk sangat naik ni?!! Malu aku nak amik gambar letak sini haha. 

Paling berat masa aku mengandungkan Mira dulu, naik sampai 70kg. Tapi yang ni tak mengandung pun dah lebih dari 70???! Faham sendiri la tinggi tak tinggi naiknya tu huhu. Patutla badan terasa berat betul huwaaaa!




Paling penting buat ujian darah untuk tahu paras gula dalam darah. Pagi tu aku makan sebiji karipap dan dua biji kuih seri muka hehe. Turun bawah buat ujian ni terus jadi 6.8mmol/L. Staf tu cakap jangan lebih dari 7.0 dah la. Aku pun satu ... lepas 10 minit aku makan terus turun buat ujian hehe. Lenkali tunggu dalam setengah jam ke baru buat.

Tekanan darah aku alhamdulillah baik. Overall, semua bacaan baik cuma aku memang tak puas hati dengan timbangan berat badan aku kali ni. Tak nak salahkan penimbang tu sebab aku tau memang salah aku, dan memang aku perasan memang badan ni dah 'mengembang'. 

Takpa, nanti kita pergi jogging la ye. Doakan ye hehe.


Love,
Hanim

Saturday, September 14, 2019

Saturday, September 14, 2019

Doktor Beni Kongsi Topeng Muka Yang Sepatutnya Dipakai Ketika Musim Jerebu


Assalamualaikum! Jerebu kuat melanda negara dah lebih seminggu. Paling teruk kena sekarang adalah di Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih dari 200. Tapi belum ada arahan untuk tutup sekolah buat masa ni.

Anak-anak pun aku nasihatkan tak payah nak keluar rumah ke kedai kalau takda keperluan. Udara tak bersih, nak bernafas pun tak selesa. Semalam aku ke kedai pun pakai 'topeng muka'. Tapi 'topeng muka' aku tu sebenarnya kain purdah huhu. Jadi la kan dari takde hehe.


Thursday, September 12, 2019

Thursday, September 12, 2019

Kenangan itu kembali selepas dua tahun ...


Assalamualaikum! Hari ini FB bawa keluar gambar dua tahun lepas. Dua tahun lepas, setiap kali tiba hari Sabtu & Ahad kami sekeluarga akan 'berkampung' di tapak-tapak CBS. 

Walaupun pada ketika itu, banyak dugaan, ujian dan cabaran yang kami kena tempuhi namun dalam pada yang sama banyak juga kenangan indah dan manis yang buat kami kuat dan boleh survive dalam dunia CBS bertahun-tahun.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.