Breaking

Friday, April 30, 2021

Friday, April 30, 2021

Ramadan tanpa abah

 

Assalamualaikum warrahmatullah ...

Separuh Ramadan telah berlalu. Syukur alhamdulillah masih diberikan rezeki dan nikmat merasai keberkatan bulan Ramadan yang mulia.


Sudah terlalu lama aku tidak menulis disini. Sebenarnya, terlalu banyak untukku luahkan. Tapi semua itu masihku pendam dalam sanubari. Insan tempat aku mengadu telah tiada. Insan tempat aku bercerita telah pergi selama-lamanya. Kerinduan takkan pernah berakhir, tapi demi mak aku kena kuatkan hati ini.


Ya Allah...dikala 'peperangan' wabak yang masih belum bertemu penghujungnya, amat sukar untuk merentas negeri pulang berjumpa dengan mak. Semoga 'peperangan' ini cepat berakhir dan kehidupan kembali seperti sediakala. Kasihan mak ... 


Abah ...

Ramadan kali ini sunyi tanpa abah disisi.

Tiap kali memandang gambar abah, hati ini sebak.

Airmata menjadi terlalu murah kerana rindukan abah.

Hanya doa dan sedekah niat untuk abah dapat anim kirimkan sebagai hadiah.

Semoga pahala amal ibadat dan jariah kami mengiringi abah di alam sana.


Anim rindu abah ...





Saturday, April 03, 2021

Saturday, April 03, 2021

7 Makanan Tradisional Malaysia Popular

 

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Selain itu, setiap kaum yang terdapat di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang negara. 


Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan kaum Cina, India dan kemudian kaum minoriti yang lain. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar negara merasa selesa ketika datang bercuti ke negara kita ini.



Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah apabila makanan orang Malaysia juga terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama-sama. 


Antara hidangan yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.



1. Nasi Lemak



Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan makanan Melayu yang sangat terkenal. Ianya diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia, hidangan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia.


Hidangan Nasi Lemak yang terdapat di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan juga telur rebus. 


Akan tetapi terdapat juga penjual Nasi Lemak yang menyajikannya dengan lauk pauk lain contohnya sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.




2. Roti Canai



Roti Canai merupakan sejenis roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. 


Hidangan ini diperkenalkan oleh imigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Hidangan ini juga turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’, ini kerana proses pembuatannya memusingkan dan melemparkan doh ke udara sebelum di masak.


Pada kebiasaannya Roti Canai dimakan bersama kuah kari sama ada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Namun, terdapat  sesetengah orang yang gemar menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. 


Roti Canai juga bukanlah roti kosong semata - mata, ia juga mempunyai pelbagai cara hidangan yang lain mengikut namanya iaitu Roti Telur, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya. Terdapat juga Roti Tisu yang berbentuk seperti kon.



3. Char Kuew Teow



Char Kuew Teow merupakan makanan yang sangat popular yang boleh didapati di setiap pelusuk Malaysia. Ia bisanya digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.


Selain itu, bahan lain yang digunakan untuk digorengkan bersama Char Kuew Teow juga ialah telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini juga turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkat kan lagi aromanya.



4. Nasi Kandar



Nasi kandar merupakan hidangan yang berasal daripada Pulau Pinang dan merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 


Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Ia biasanya  dinikmati bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.


Ia juga sering dihidangkan dengan sayur - sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua rakyat Malaysia sangat menggemari Nasi Kandar ini tidak kira di mana sahaja.



5. Nasi Briyani



Nasi Briyani merupakan hidangan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran. 


Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.


Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia namun terdapat juga beberapa restoran Melayu yang menyediakan hidangan ini.



6. Asam Laksa



Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.


Gabungan daripada dua unsur budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.



7. Teh Tarik



Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh di dapati di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.


Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan kole cukup memikat jiwa ramai orang.


Makanan di Malaysia memang banyak. Masing-masing mempunyai makanan kegemaran yang mengikut selera. Ada juga di kalangan pasangan yang punya makanan kegemaran berbeza. Namun begitu, ianya tak mendatangkan sebarang masalah. 


Nak makan menu apa sekalipun, food delivery dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka. Tak kira di mana lokasi, selagi ada servis Foodpanda, pelanggan dengan mudah boleh dapatkan makanan yang ingin di makan dengan cepat. 



Jika dulu perlu pandu sendiri untuk beli makanan tapi kini makanan sudah boleh datang secara terus dari restoran ke depan pintu rumah mengikut lokasi yang diberikan. 


Dengan adanya servis delivery makanan seperti Foodpanda ini, secara tidak langsung gaya hidup rakyat Malaysia semakin kelihatan moden dengan penjimatan masa tenaga dan sebagainya. 

Monday, March 01, 2021

Monday, March 01, 2021

Mite Remover : Vakum Untuk Sofa/Tilam/Fabrik

 

Assalamualaikum! Aku memang dah lamaaa teringin nak ada vakum ni dalam rumah. Tapi harga di pasaran level 'kayangan' lalu aku terpaksa tangguhkan niat dulu. Dalam masa yang sama, aku mencari-cari juga di mana-mana platform online shopping yang jual lebih murah atau dalam bajet aku.


Anak-anak dah lama ada masalah resdung. Aku tahu sangat diaorang alah dengan habuk. Tak tahan! Aku pun tak tahan kalau berdepan dengan habuk ni. Tapi aku tak seteruk diaorang, bangun pagi mesti hachum hachum.


Makan ubat pun sekejap je baiknya. Sarung bantal cadar tilam basuh pun masih macam tu jugak. Sembur tilam dengan pembasmi kuman/jemur bantal pun takda perubahan. Kita tahu kan habuk halus dan hama tu memang akan sentiasa ada dekat sofa/kusyen/tilam/karpet/bantal kita. So, nak tak nak kena ada satu vakum ni dalam rumah.


Thursday, February 25, 2021

Thursday, February 25, 2021

Lepas PKP, Jom Pergi Langkawi!

 

Assalamualaikum! Bila kerajaan umumkan pembukaan semula sektor perhotelan dalam negara, terasa macam nak lompat bintang sepuluh kali! Mana taknya, berbulan lama kita terperuk di rumah dan berbulan jugak lah kita tak boleh nak pergi bercuti kemana-mana disebabkan oleh pandemik Covid-19.


Bayangkan kebanyakan dari kita ada yang dah merancang percutian di dalam dan di luar negara masa tu. Ada juga yang telah menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan sebagai persediaan awal. Apakan daya, Covid-19 yang tidak diundang 'menyerang' seluruh dunia! 


Walaupun kita masih belum menang dalam memerangi Covid-19, namun pembukaan semula sektor-sektor ekonomi secara berperingkat termasuk perhotelan memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada pelancong tempatan yang menanti sekian lama.


Buat masa ni kita masih tidak dibenarkan merentas negeri dan ke luar negara, tapi tak salah kalau kita merancang percutian dahulu kan? Orang kata buat persediaan awal. Tinggal packing baju je nanti. So pada 'kaki travel' mesti dah tak sabar nak melepaskan rindu tidur di hotel kan? 😁



Setiap tahun, Traveloka pasti takkan ketinggalan menawarkan pakej-pakej promosi penginapan hotel di dalam dan di luar negara. Jangan risau ye sebab dalam negara kita pun banyak pilihan hotel-hotel dan Traveloka setia memberikan tawaran terbaik pada 'kaki' travel di luar sana!


Tak susah nak pilih hotel kesukaan kita bila adanya Traveloka ni. Jimat masa, wang dan tenaga. Boleh je kita rancang dahulu tempat hotel penginapan yang kita nak pergi. Contohnya, aku ingat nak pergi bercuti sekeluarga ke Langkawi bila dah habis PKP nanti. So boleh je kita survey dulu hotel-hotel di sekitarnya. 


Korang tahu tak, tempat pertama yang aku idam nak pergi bila PKP habis dan dibenarkan merentas negeri ialah Langkawi! Ada satu hotel yang aku dah survey di Traveloka dan tempat dia nampak macam best ok! Memang target aku nak bawa sekeluarga pergi bercuti ke sini nanti. 





Dah lama aku nak menginap di hotel yang dikelilingi oleh alam semulajadi yang indah macam The Datai Langkawi. Walaupun berlatarbelakangkan hutan tapi fasiliti disini lengkap dan memenuhi citarasa dan keperluan pelancong samada yang bujang atau berkeluarga.

Kalau yang berkeluarga macam aku, mestilah nak hotel yang ada kolam renang untuk anak-anak. Aku dan suami pula boleh melakukan aktiviti sihat di gim. Pendek kata, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sebelum nak keluar melihat tempat-tempat lain. So kat sini memang lengkap ada semuanya. 

Mudah je nak booking hotel di Traveloka. Klik saja pilihan hotel penginapan yang korang nak, tentukan tarikh penginapan dan klik 'Search Hotels'. Yang bestnya Traveloka ni, bila dah pilih hotel mana kita nak kita boleh buat pembayaran secara online samada menggunakan perbankan internet mahu pun kad kredit. Terbaik!


So, pada yang rindukan keseronokan bercuti bersama keluarga tu bolehlah mula merancang dan membuat tempahan di Traveloka dari sekarang. 

Aku sendiri pun teringin nak bawa anak-anak staycation di Langkawi bila dah habis PKP. Mesti diaorang pun tak sabar nak pergi bercuti dan hilangkan stres. Aku rasa kita semua juga perlukan percutian, betul tak! Tak perlu pergi jauh ke luar negara, kalau dapat hotel menarik dan selesa macam The Datai Langkawi pun dah rasa teruja sangat! Sementara kita masih dalam PKP ni, boleh je kalau nak survey hotel dulu kan ;).


So selamat merancang!


Friday, January 29, 2021

Friday, January 29, 2021

Cabaran sekolah dalam smartphone

 

Assalamualaikum! Ingat lagi tak dulu murid-murid dilarang bawa handphone ke sekolah? 

Di rumah, mak ayah pulak tak bagi pegang handphone langsung atau hadkan masa bermain handphone

Termasuk la aku, memang budak-budak ni kalau hari sekolah takkan dapat pegang handphone.


Tapi, bila tiba Jumaat malam Sabtu dapat handphone kat tangan diaorang itulah 'buku teks' untuk dua hari sampai hari Ahad hehe. 

Dan sekarang, dengan masalah Covid-19 yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, nak tak nak murid-murid semua kena ada gajet dan pandai guna aplikasi untuk belajar secara online di rumah.


Tak aku nafikan, budak-budak ni memang cepat pick-up kalau pasal aplikasi kat smartphone.

Kita tak ajar pun dia tahu buat sendiri. Kadang-kadang kita tak tahu pun aplikasi tu wujud tapi diaorang tahu!😂 

Betapa noobnya aku!




Anyway, kakak dan adik antara mereka yang hidup pada zaman yang belajar dengan 2 kaedah iaitu dalam kelas dan secara maya (online). 

Kalau ditanya yang mana best dah tentu-tentu diaorang jawab online, sebab tak perlu gosok baju sekolah! 

Huh.


Kalau ditanya pada mak ayah, dah tentu kami prefer belajar dalam kelas sebab kami hidup pada zaman dimana konsep pembelajaran yang terbaik adalah hadir ke sekolah. 

Kaedah itu lebih efektif, lebih jitu dan komunikasi terjamin. 

Sebab itu, ramai mak ayah risau bila sekolah ditutup berbulan-bulan lamanya. 

Tapi apakan daya, Covid-19 semakin 'mengganas' dan kita tiada pilihan selain belajar menggunakan smartphone.


Cabaran tetap ada walaupun murid-murid tak dapat ke sekolah. 

Malah aku rasa, cabaran mengajar dan belajar itu lebih tinggi secara online

Yang ada smartphone sendiri, mungkin takda masalah. 


Namun, yang tiada atau berkongsi dengan mak ayah atau tiada langsung gajet itulah yang merisaukan.

Ada juga kes dimana, murid-murid kena tunggu mak ayah balik dari pejabat barulah boleh guna handphone diaorang untuk buat kerja sekolah. 

Hadir kelas online mungkin tak tercapai kerana kebanyakan kelas online dibuat pada waktu siang mengikut masa persekolahan. 


Banyak lagi cabaran belajar dalam kelas secara online ni. 

Walaupun secara online, cikgu-cikgu masih nak kena handle pelbagai ragam anak murid. 

Yang on microphone ketika cikgu bercakap, yang bunyi bising, yang tak masuk kelas dan macam-macam lagi. 

Aku yang duduk sebelah anak bila diaorang masuk kelas online ni pun boleh gelak sama-sama geleng kepala melihatkan gelagat masing-masing. 

Jenuh cikgu eh!


Apapun cabarannya, inilah pembelajaran norma baharu yang kita semua kena tempuhi bersama. 

Walaupun cara ini tidak seefektif belajar dalam kelas, tapi inilah cara terbaik buat masa sekarang.

Yang dibekalkan gajet tak kira smartphone ke, laptop ke, tablet ke, chromebook ke gunakanlah dengan sebaiknya untuk belajar. 

Moga segalanya yang berkait dengan Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan semuanya beransur pulih dan kembali normal seperti sediakala ...aamiinn.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.