Breaking

Monday, March 07, 2022

Monday, March 07, 2022

I need petai!

 

Assalamualaikum! Kenapa susah sangat nak cari petai di zaman Covid ni? Dah la payah nak jumpa, mahal pulak harganya! Mana pergi petai 5 papan RM3 macam dulu?? Sekarang 5 papan sepuluh ringgit pun ada! Mata kecik jarang-jarang pulak tu. Haihhhh .... 


Gatal punya tekak ni, teringin pulak dia nak makan petai. Sambal udang petai, sambal ikan bilis petai. Apa saja yang ada petai mesti sedap makan lebih-lebih lagi waktu-waktu sejuk camni. Kalau makan nasi mau menambah 2-3 kali kalau ada petai.




Pergi kedai Zam jarang nak dapat petai yang elok matanya. Kalau yang baru sampai, dalamnya ada yang busuk pulak. Sampai satu tahap aku hampir nak beli petai kat Shopee je. Satu papan ada seringgit dua posen, seringgit tiga posen. Tengok mata besar-besar rapat elok. Tapi tak jadi beli bila mikirkan berapa hari pulak dia nak sampai.


Tengah dok skrol petai ternampak pulak sambal tempoyak bilis petai ni. Eh nampak elok pekat tempoyak dia. Aku baca review dulu cam biasa. Ramai yang memuji. Ok ar tu.


Try beli 1 botol dulu. Masuk dalam cart. Eh, benda sedap mana cukup 1 botol. Walaupun aku sorang je yang makan petai tapi satu botol tu sikit sangat. Ok, tambah 1 botol lagi masuk dalam cart.



                    


Puas hati dah bayar. Tak sabar nak tunggu barang sampai . Tepat dua hari sambal tempoyak yang diidam sampai. Kebetulan aku masak sardin cincuan. Moh le pekena dengan sambal tempoyak bilis petai ni.





Rasanya sedap namatey! Halal duit aku beli 2 botol hehe. Puas makan sorang! Takda laun pun takpa, goreng telur mata tambah sambal tempoyak ni pun boleh menambah nasi dibuatnya! 

Monday, February 28, 2022

Monday, February 28, 2022

Hazmira Dari Darjah Satu Sampai Darjah Enam

 

Assalamualaikum! Macam tak percaya Mira dah habis sekolah rendah haha. Dari tadika umur 4 tahun, naik sekolah rendah selama 6 tahun sampai dah terbiasa pandang dia sebagai budak sekolah rendah. 


Tahun 2021 adalah tahun terakhir Mira di sekolah rendah, tapi disebabkan Covid-19 sesi persekolahan sekolah rendah dilanjutkan sehingga bulan Februari 2022. Maknanya secara rasmi, Mira akan ke tingkatan 1 pada bulan Mac nanti!


Mira dah jadi seorang remaja. Mujurlah mama ada gambar kenangan Mira dari darjah 1 sampai darjah 6. Rasanya mana-mana mak pun gigih nak snap gambar anak setiap kali naik darjah kan haha. 


2016





Hari pertama Mira di sekolah rendah dan sekolah rendah agama. Pergi dan balik dengan kakaknya. Teruja betul dia dapat ke sekolah setiap hari dengan kakaknya. Mira cepat menyesuaikan diri dengan kawan baru dan suasana baru. Mungkin dia dah terbiasa bergaul sejak dari tadika lagi, jadi mama tak risau.


2017



Wajah mulus licin bak telur rebus haha. Masa ni malam sebelum hari pertama sekolah. Mira bergaya dengan baju sekolah dan tudung baru. Tapi mata mama 'sakit' tengok warna baju tak seragam dengan tudung haha. 



2018




Tahun ni Mira dilantik jadi pengawas sekolah rendah agama. Kemain suka dia dapat pakai kain merah. Masa ni Mira memang terkenal dengan suara nyaring dan kuat kalau menjerit di sekolah. Cikgu pun cakap suara dia memang boleh dengar dari bilik guru haha. Dia punya garang tu sebab tak boleh tahan kawan bising dalam kelas.


Balik sekolah takda cerita lain, mesti dia akan cerita dia marah kawan sebab bising sangat. Sekolah rendah ke sekolah agama ke sama je ma! haha. Mama cakap adik jangan stres sangat nanti takleh belajar. Dia cakap macam mana tak stres, kawan bising je lebih-lebih lagi budak lelaki. Tepuk dahi mama!


2019



Terserlah keremajaan Mira masa ni. Tapi bagi mama Mira still kanak-kanak riang ribena! haha. Mira bergambar dengan cikgu Vanida sempena hari anugerah cemerlang. Mira cepat membesar dan meninggi, jadi baju pengawas tu memang ngam-ngam je. Kain pulak jadi singkat hehe tapi nak buat macam mana kena pakai jugak sebab pengawas kan hehe.


2020



Tahun bermulanya pandemik Covid-19. Masa ni bulan Julai sekolah dibuka semula selepas berbulan-bulan tutup. Rasanya bukan Mira je yang eksaited nak pergi sekolah balik tapi semua murid kan. Pakai mask dan cek suhu sebelum masuk sekolah adalah rutin setiap hari.


Tapi sayang beberapa bulan lepas tu sekolah kena tutup dan pelajar kena belajar secara online di rumah. Pendek kata, tahun 2020 tak banyak yang dipelajari dan itulah realitinya!


2021



Mama takda gambar Mira masuk sekolah tapi yang ni pun jadi lah kan! Masa ni bulan Mac, mama bawa Mira gi Hospital Ampang sebab Mira ada masalah bengkak gusi. Sampai demam-demam di buatnya! Dah la masa ni Covid-19 tengah rancak sana sini. Scan suhu pun lebih dari 37⁰C, ingatkan disebabkan virus tu tapi rupanya sebab gusi.


Mana tak demam, gusi bengkak sampai bernanah! Rupanya gigi kekal tolak gigi susu ditambah pulak dengan jangkitan kuman huhu. Syukurlah 2 minggu lepas tu, bengkak surut dan gigi susu dicabut. 


Alhamdulillah Mira dah lepas sekolah rendah. Bulan Mac nanti naik tingkatan 1, bermulalah perjalanan hidup seorang remaja bernama Hazmira. Pastinya mencabar! Tapi mama yakin Mira akan baik-baik saja seperti kakak insyaAllah :)

Saturday, February 26, 2022

Saturday, February 26, 2022

Harga tak masuk akal!

 

Assalamualaikum! Deodoran ... barang terpaling penting dalam hidup seorang wanita. Tanpanya, kita rasa tak selesa nak keluar rumah. Lebih-lebih lagi remaja macam kakak dan adik. Stok kat rumah dah hampir habis. Spray pun keluar bunyi angin je. 


Ada jenis deodoran bila spray ketiak kita jadi gatal. Ahh tu memang aku pangkah terus! Ada pulak yang melekit-lekit basah ketiak bila berpeluh. Erghhh tak best! Lagi teruk ketiak berbau balik lepas 3-4 jam. Rasa nak lari balik rumah! Malu weh kalau dalam train atau kat opis.




So, semalam kami pergi ke Watsons untuk beli. Aku terus pergi ke rak deodoran di belakang. Aku dah agak zaman sekarang harga barang semua melambung. Mana ada yang turunnya. Barang yang takda kena mengena ngan makanan pun dah naik sekarang ni. So, tak hairanlah kalau harga deodoran pun akan naik.


Tapi kalau takda deodoran lagi azab! Nak tak nak, mahal camne pun kena beli gak sebotol. Tapi, alangkah terkejuk beruknya aku bila tengok harga kat rak tu! Biar betul harga dia ni. Selalu aku beli dua belas ringgit sebotol. Aku tenung lama sikit. Ishhh... aku baca kat tag dia ... betul dah ni!


Dalam banyak-banyak jenama yang aku dah pernah guna, jenama XOW ni yang aku dan anak-anak guna sekarang. Harga asal kat pasaran lebih kurang sama dengan jenama lain. Kalau murah pun mungkin murah seringgit je. Tapi, deodoran ni yang aku selesa guna.


Eh ..tapi takkan lah! atau spek mata aku yang bermasalah??





Rupanya bukan spek mata aku yang problem, tapi ini memang betul-betul kenyataan! Harga spray deodoran XOW kat Watson jatuh ke lapan ringgit sebotol! Fuyooooo .... ini pucut dicita ulam mendatang sungguh. Memang tak masuk akal sungguh!


Aku cakap ngan kakak, dah lama aku tak jumpa deodoran harga bawa sepuluh ringgit haha. Tu pun aku tenung gak lagi tag harga dia sebelum ambik, nak sedapkan hati hahaha. Ikutkan hati nak je aku amik semua bau setiap satu. Memang termurah sangat dah ni!


Tapi anak aku sempat menginsafkan, katanya "maa ... kita nak beli makanan kucing dan pasir kucing ni". Oh ya, banyak lagi barang nak beli hahaha. So aku amik 4 perisa dulu. Kalau tanya aku yang mana bau wangi, semua wangi! Bau lembut dan paling penting cepat kering bila sembur.


Sapa-sapa yang nak pergi Watson tu bolehlah try deodoran ni. Tengah harga murah ni! Selamat shopping ...!

Thursday, February 24, 2022

Thursday, February 24, 2022

Keputusan Penempatan Sekolah Menengah Sesi 2022

 

Assalamualaikum! Berdebor-debor rasa bila cikgu bagitau surat penempatan sekolah menengah dah keluar. Dah la si kecik tu tak gi sekolah semalam. Dia pun kabo gi sekolah tak belajar, buat bising je dalam kelas. Nak buat aktiviti kecergasan pun cikgu tak bagi. Memang boleh dibayangkan tahap kebosanannya!


Alang-alang semuanya tak boleh buat di sekolah, aku cutikan je dia. Lagipun kes Omicron sedang 'mengganas' kebelakangan ni. Gi sekolah kalau duk berborak ngan kawan pun berisiko tinggi gak. Elok le duduk di rumah. Hari anugerah cemerlang baru pegi sekolah.


Dia tak pandang langsung MRSM atau SBP hahaha. Takde dia heran. So kita pun ok la, mintak sekolah harian sudah. Pagi tadi cikgunya maklumkan dalam grup kelas, surat penempatan telah diberikan kepada murid. 




Alhamdulillah permohonan diterima. Memang dia nak sangat sekolah ni. Maka, bermula la urusan pendaftaran sekolah menengah untuk Mira. Minggu depan kena gi sekolah untuk proses pengesahan dulu. Lepas tu, urusan buku teks la, beli buku latihan la, yuran pibg la dan yang berkaitan dengannya.


Walaupun tak sama sekolah ngan kakaknya, tapi sekolah ni masih sekolah perempuan. Kakaknya pulak dah selesa di sekolah sekarang. Yang penting mereka selesa di sekolah masing-masing. Dari kecil mereka belajar di tadika yang sama, sekolah rendah yang sama. Sudah masanya mereka teroka dan alami pengalaman belajar di sekolah menengah yang berbeza.


Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan ye...aamiiinn.

Wednesday, February 23, 2022

Wednesday, February 23, 2022

Covid-19 Test Kit Kehabisan Stok?

 

Assalamualaikum! Minggu lepas mak nak makan KFC, so aku order la guna Food Panda. Paling dekat adalah KFC Semabok. Skrol nak cari set snack plate atau dinner plate. Mak teringin nak makan ayam KFC. Aku skrol sampai bawah ....aikkk mana ayamnye?


Aku skrol atas balik kemudian turun bawah ... kali ni slow slow je. Kot aku terlepas pandang kan. Aikkk... mana ni tak jumpa set snack plate atau dinner plate pun?! Seketul ayam pun takde ni. Pendek kata, produk ayam langsung takde. Burger zinger ngan chicken chop ade la. Assudoh ... 


Akhirnya, aku terpaksa mintak tolong sepupu aku belikan. Tak tahu le cawangan mana dia pegi tapi ayam ade pulak. Syukur lah mak dapat makan gak.





Selain roti, telur, ayam apa lagi barang yang laku keras kebelakangan ni tapi payah benor nak jumpa! Haaaa sekarang ni bukan barang makan je payah nak jumpa tapi Covid-19 Test Kit pun dah jadi kontroversi di kalangan rakyat Malaysia. 


Ramai merungut stok Covid-19 banyak dah habis di pasaraya dan kedai. Dah la semakin hari semakin naik kes Omicron. Farmasi pulak jual sampai berbelas-belas ringgit satu kotak!


Apa beza yang mahal dan yang murah?? Adakah yang murah tu keputusannya tak sah? Yang mahal tu lebih tepat dan jitu? Atau ia mahal sebab jenamanya? Sebab test kit yang dijual di kedai dan pasaraya pun keputusannya valid je.






Yang merisaukan sekarang, Omicron semakin 'mengganas' di kalangan kanak-kanak. Hari-hari lepas balik sekolah aku akan tanya kakak dan adik ada sakit gatal-gatal tekak ke, batuk ke, makan berasa ke tak. Maklumlah, kakak tu ada resdung mudah selsema. Kadang-kadang diaorang batuk ringan-ringan pun aku dah risau.


Sebab tu kena stenbai Covid-19 Test Kit kat rumah. Senang nak buat ujian kendiri bila rasa tak sedap badan atau jadi kontak rapat. Tapi kalau test kit pun susah nak jumpa, kat mana lagi boleh dibeli? Bila stok terhad di pasaran, diaorang akan naikkan harga. Yang terbeban siapa? 


Haihhh .... rakyat marhaen jugak jadi mangsa.

Tuesday, February 22, 2022

Tuesday, February 22, 2022

Dua belas tahun lalu...

 

Assalamualaikum! Throwback gambar lama kenangan dua belas tahun dulu bersama rakan kerjaku di Kuantan. Pengalaman bekerja dengan senior yang kami anggap macam keluarga sendiri. Dari hari pertama aku menjejakkan kaki di pejabat, mereka inilah yang banyak memberi tunjuk ajar, membimbing kami.


Terlalu banyak kenangan dan memori yang baik bersama mereka. Itulah yang membuatkan aku kadang-kadang rindu dengan mereka semua. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka yang kami anggap seperti sebuah keluarga.



Walaupun ramai antara kami yang kerja syif tapi masih boleh memberi komitmen beriadah bersama-sama sambil bawa keluarga masing-masing. Masa ni, kami buat majlis family day di Kuantan Parade main boling. 


Kini, ada antara mereka yang dah lama bersara. Ada juga yang telah berpindah ke pejabat lain, dan ada juga yang masih berkhidmat di tempat yang sama dengan aku. 


Tak lupa juga, ada antaranya yang telah pun kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat arwah En. Mustofa, arwah En. Zahari dan arwah En. Kamsan . 


Monday, February 21, 2022

Monday, February 21, 2022

Mereka tak boleh panjat dah!

 

Assalamualaikum! Selepas kejadian tragis yang menimpa almari tudung tahun lepas, aku hampir putus asa tau! Ye la, almari tu dekat tiga puluh ringgit aku beli di Shopee. Niat nak simpan koleksi tudung bawal aku dalam tu. Punya beria pasang last-last jadi 'mangsa' kerakusan anak-anak bulusku huhu.


Sejak aku menceburkan diri dalam dunia kontes, koleksi tudung bawal kian bertambah. Jadi aku perlukan tempat simpan tudung yang khas dan tersusun. Tapi aku lupa yang aku ada bela kucing, dan mereka suka memanjat! Panjat kerusi, panjat kotak, panjat meja dan akhirnya almari tudung aku jadi mangsa!




Aku kena cari almari yang baru secepat mungkin. Mana lagi aku nak simpan semua tudung-tudung bawal ni? Kena cari almari yang mereka takleh panjat! hehe. So, aku tengok-tengok dekat Shopee dan jumpa DIY 9 Cube Cabinet.


Sesuai sangat ni! Mereka mesti takleh panjat sebab material bukan daripada kain tapi Toxic Free PP Resin. Senang nak pasang, selamat, kalis air dan boleh tampung berat sehingga 10kg. 




Masa aku beli, harganya baru lima puluh ringgit lebih je. Biarlah mahal sikit, janji tahan lama dan tahan lasak. Puas hati sangat bila simpan tudung dalam kiub ni, nampak kemas dan tersusun. Aku nak cari tudung pun senang, ikut warna. Yang penting, anak-anak bulus pun dah tak panjat atau cakar kuku.






Puas hati dan berbaloi rasa! Sedap mata memandang hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.