Breaking

Tuesday, June 07, 2022

Tuesday, June 07, 2022

Simbol-simbol Di Dashboard Kereta Yang Perlu Kita Tahu!


Assalamualaikum! Jarang aku nak kongsikan post dari FB kat blog tapi yang ni aku fikir sangat bermanfaat dan kita sama-sama boleh hafal segala signal yang ada terutama kat dashboard kereta kita kan. Kadang-kadang kalau signal yang jarang jumpa tu memang aku tak tahu apa maksudnya. So moh le kita menelaah maksud simbol-simbol di bawah ni.




 1. Lampu brek tangan

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu check engine

Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu bateri

Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.

Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.

Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.

Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu amaran bahan bakar

Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu amaran tali pinggang keledar

Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.

Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.

8. Lampu amaran suhu enjin

Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.

Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu amaran aras minyak enjin

Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)

Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.

Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu amaran beg udara SRS

Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.

Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

12. Lampu amaran pintu kereta

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

13. Lampu ECO

ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.




Sumber : Kucing Gemok Channel

Wednesday, June 01, 2022

Wednesday, June 01, 2022

Kerana Ayam Itu Berharga

 


Assalamualaikum! Inilah realiti sebuah kehidupan di zaman sekarang. Tak pernah seumur hidup aku beli ayam kena booking dulu! Tadi pergi kedai Zam bukak tong tengok isi dalam kosong. Mulut segan nak tanya sebab tau dah isu ayam di Lembah Klang sekarang.


Tapi tauke kedai kata ayam ada, cuma satu kedai terhad dapat 20 ekor saja. So kena booking awal kalau nak ayam. Tanpa banyak songeh aku book 2 ekor terus! Dua ekor ayam bersamaan dengan tiga puluh sembilan ringgitttttt! Demi kuah roti jalan untuk jamuan raya di sekolah kakak, ku gagahkan jugak. 


sumber : fb DZAR


Bila dikenang balik geleng kepala dibuatnya. Apela nasib...nak beli ayam pun kena tempah dulu sekarang ni. Rasa macam hidup dalam zaman perang. Barang keperluan macam biskut chipsmore, kejap ada kejap hilang. Bila ada balik, harga dah naik. Pandai betul diaorang kawal kita dari atas sana ye. 


Harga ayam pun dah tak terkawal sekarang. Kalau peniaga pun terpaksa jual mahal, pembeli takda pilihan lain. Bila kuantiti disekat, maka harga akan melambung. Kalau tak lambung harga mana peniaga nak untung? 





Nampak gaya kena bela ayam ikut saranan menteri. Tapi boleh pakai ke idea tu? hahaha gelak kan aje le. Janji kita masih aman .... kannnn :p


Friday, May 20, 2022

Friday, May 20, 2022

Dapat Cucu Baru

 

Assalamualaikum! Dah nak sampai masa dah Mochi ni beranak. Lebih kurang dua bulan jugak dia membawak perut boyotnye kesana sini. Memang perancangan asalnya aku nak bawak Mochi pergi vet untuk dimandulkan. Tapi disebabkan ada kekangan kewangan masa tu, duit nak pakai untuk repair kereta maka terpaksa tangguhkan niat tu.


Tak sangka pulak dalam diam, dia buat projek dengan jantan lain. Yang pastinya bukan jantan dalam umah haha tapi jantan oyen yang selalu naik umah nak makan. Mochi pulak kebetulan memang tengah on heat, dia punya gatal merenyam nak mengawan tu tak dapat dibendung lagi huhu.




Nak mengawan dengan abg Putam dan Dino, keduanya dah kena 'sunat'. Memang rezeki oyen la ni hahahaha. Malam nak beranak tu, mochi dah start mengiau nak cari port. Kadang-kadang mulutnya ternganga macam anjing, menahan kontraksi barangkali. Perut dia tu aku usap lembut dan perlahan untuk menenangkan dia. Sikit-sikit keluar darah dari bontot dia. Dah cakap dah dengan mochi jangan banyak-banyak ye mochi. Beranak 2 ekor sudah. Sekali dia keluar 5 ekor!


Proses kelahiran berjalan lancar alhamdulillah. Tanggal 6/5/2022, lahirlah 5 ekor. Bermula pukul 10.30pm setiap setengah jam. 



Dengan ini, secara rasminya kami dah bertambah ahli keluarga sebanyak 11 ekor kesemuanya hahaha. Poning den! Tapi inilah rezeki. Mochi dah jadi mama dan mama dah jadi tokmama. Ayah pulak jadi tokayah hahahaha. Nak jugak jadi tok! :p



Thursday, May 19, 2022

Thursday, May 19, 2022

Perjuangan Orang Lama Untuk Generasi Baru

 

Assalamualaikum! Hari ni genap sudah lima tahun kenangan bergelar 'mahasiswa' di metmalaysia. Masa mula-mula dapat tahu yang gred 17 kena buat assignment dan presentation sebelum dinaikkan gred ke 29, ramai yang tak suka dan ada yang protes takmo buat!


Yang ramai protes ni pun sebab 'tak larat' nak baca dan taip jawapan panjang-panjang dalam bentuk folio. Dah tu kena buat penyampaian depan pegawai pulak. Dah la ramai yang dah nak bersara setahun dua lagi, tapi tetap juga diwajibkan buat.


Kami yang lain-lain ni takda pilihan jugak, kena buat assignment dan presentation. Kalau tak buat, gred tak naik dan duduklah kau di gred 17 sampai pencen hehe. 




Berbulan juga nak menyiapkan assignment ni. Ada 2 jenis, individu dan berkumpulan. Yang geng veteran memang 'lenguh' nak hadap tapi nak tak nak kena buat jugak.


Otak berkarat silalah buka buku balik dan baca haha. Dengan keje hakiki lagi, memang satu tempoh yang mencabar. Aku tak dapat bayangkan macam mana mahasiswa kat universiti tu yang kena hadap assignment untuk course masing-masing. 




Namun bila diingat balik, inilah hasil dari perjuangan orang-orang lama yang menuntut agar dinaiktaraf gred jawatan setelah sekian lama bersuara. Dan bila suara mereka akhirnya didengar, ramai antara mereka tidak sempat merasakan nikmat ini.


Kita sebagai generasi baru kenalah bersyukur dan berterima kasih di atas suara dan perjuangan senior-senior lama. Susahnya sekejap je, tapi nikmatnya dirasai sehingga kini oleh penjawat awam yang baru masuk. So hargailah apa yang mereka telah buat untuk kita.

Sunday, May 15, 2022

Sunday, May 15, 2022

Open House VS Terjah Raya

 


Assalamualaikum! Setiap kali raya mesti ada isu yang dibangkitkan. Ada je yang tak kena di mata orang kita. Semua benda nak dicerita pada orang. Tambah kalau kita tak setuju dengan lain. Kali ni kecoh pasal rumah terbuka atau open house. Yang ni pun perlu dibahas ke??


Tahun ni semua dapat beraya di kampung halaman setelah dua tahun PKP. Kalau raya pertama orang datang ke rumah, dah tentu kebanyakan kita dah stenbai juadah raya untuk tetamu. Itu tak menjadi masalah. Tapi bila dah seminggu raya, orang nak datang rumah timbul pulak isu open house ni.


Bagi aku kan, open house pun boleh. Terjah raya pun boleh. Dua-dua pun tak jadi masalah sebenarnya. Yang bermasalah ialah kita. Kalau orang tu selesa dengan open house, biarlah dia dengan caranya. Kalau dia tak nak buat open house pun bukan kita yang kena tanggung makan minum dia. Adoiiii benda macam ni pun boleh jadi bahan debat kat media sosial.



Lagipun sekarang, orang bukan macam dulu main terjah raya umah orang. Kurang-kurang dia akan call kita dulu tanya ada kat umah ke idok. Masing-masing kan dah ada smartphone ... itulah gunanya. Takkan la kita nak tunggu jemputan dari orang yang buat open house aje. Nak pergi beraya silakan. Takyah tunggu orang jemput. Tanya dia ada kat umah ke tidak, pastu cakap nak datang beraya kalau boleh.


Orang jamu biskut raya saja pun jangan la ko kecam belakang. Apa dia hidang tu itulah rezeki kite. Ini tidak, sikit-sikit nak citer kat media sosial orang tu bagi kau makan mee goreng je. Allahuakbar ... ape teruk nau orang kita sekarang ni. Dah la tak bersyukur dengan mee goreng tu, kau pergi malukan pulak tuan rumah kat orang lain. Boleh kenyang ke perut tu??


Aku tak nampak isu ni jadi masalah pada kaum lain. Gi beraya umah orang ni niatnya untuk ziarah sedara mara yang dah lama kita tak jumpa. Bukan nak cara sangat pasal makanan. Syukurlah tuan rumah tu bagi makan mee goreng. Orang lain tu datang beraya ada tuan rumah langsung tak layan tau. Yang tu pun pesen tak empuk jugak tu. Tapi kalau dah terkena sekali, lenkali jangan datang dah. Sonang kan!


Dalam hidup ni, kita tak perlu sentiasa puaskan hati orang dan orang tak semestinya kena sentiasa berpuas hati dengan cara kita sebab kita semua tak sempurna. Faham?


Dah puasa 6 ke belum tuuuu? Kalau dah jom sambung beraya :D


Friday, May 13, 2022

Friday, May 13, 2022

Tanah Kubur Bukan Hak Milik Kita

 

Assalamualaikum! Baru-baru ni ada orang kongsikan di FB batu nisan di kubur ayahnya telah dialihkan ketepi bersama dengan batu nisan lain dan isu ini agak viral dan banyak yang berlainan pendapat tentangnya.



Satu benda yang kita kena faham sebagai orang yang duduk luar dari kampung halaman dan hanya balik ziarah sekali sekala. Apatah lagi muka kita jarang nak timbul di masjid kampung. Lagi teruk, waris tak bercampur dan tak kenal pun siapa ajk yang menguruskan tanah perkuburan. 



Benda yang paling kritis dan penting kita kena faham ialah, tanah kubur adalah tanah wakaf. Ianya bukan hak milik perseorangan mahupun kampung tersebut. Sampai masa bila diperlukan, ia akan ditambak untuk menempatkan jenazah lain. 




Sudah dua bulan aku tak ziarah kubur abah. Raya kali ni aku nak tengok dan bersihkan kubur abah. Sepupu cakap pihak pengurusan kubur dah sembur racun tapi tak sempat bersihkan rumput mati. Bila sampai situ, memang agak sedih gak la tengok keadaan kubur abah.


Atas kubur penuh dengan rumput kering. Tapi pokok puding tumbuh molek sampai melayut ke bahagian sebelah. 



Lagi satu kan, semoleknya di tanah wakaf tak perlulah bina kepok bertingkat sehingga 'makan' ruang kubur sebelah. Banyak dah ceramah ustad bagitau tentang binaan kubur ni. Jangankan kepok, siap ada yang bina bangku pulak! Ziarahnya bukan hari-hari pun. 


Al fatihah buat arwah abah. Sentiasa dalam doa dan ingatanku...

Thursday, May 12, 2022

Thursday, May 12, 2022

Biskut Raya 2022

 

Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti balik beraya, so niat nak buat biskut raya tu memang ada. Tahun lepas aku belanja lebih tiga ratus ringgit untuk biskut raya beli kat orang. Masa tu kan masih PKP dan tak boleh rentas negeri, jadi nak tak nak kena beli yang dah siap.


Dari tiga ratus ringgit tu, aku dapat tiga jenis kuih je. Kang takda kuih raya, tak berseri la meja di pagi lebaran huhu. Sebab tu, tahun ni aku nekad nak buat biskut sendiri.


Belanja beli bahan-bahan nak buat biskut tahun ni memang terasa kenaikan harganya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan beli dah siap, lagi berbaloi buat sendiri. Butter je dah dekat dua ratus! Tapi aku buat biskut ni bukan untuk makan sendiri je, tapi untuk mak dan akak. 




Biskut Dahlia kesukaan kakak. So, biskut ni dah jadi wajib setiap kali nak raya. Walaupun tak sesedap orang lain buat, tapi anak kata sedap kira ok la kan hehe. 




Biskut Tutty Fruity tahun ni baru muncul dari senarai kuih raya. Lama dah tak buat biskut ni. Tapi biskut ni yang paling senang sebab main tekap-tekap je. Biskut ni ada buah-buahan campuran. 




Tahun ni anak-anak request biskut cornflake. Tapi aku cakap korang kena buat sendiri la sebab ibu dah sibuk dengan empat jenis. Nak buatnya pun senang, so belikan aje bahan-bahannya dan diaorang buat sendiri dua beradik. Kiranya, ni biskut raya pertama diaorang buat sendiri.





Biskut mama carrie ni wajib setiap kali raya. Tapi tahun ni, biskut mama carrie aku tak berapa menjadi la, terutama icingnya. Mujurlah kesedapannya masih terserlah walaupun rupanya tak semenggah haha.




Tart nenas tahun ni aku buat tart bunga. Lagi senang dari tart gulung! Ni pun akak aku yang request. Tart nenas memang kegemaran kami, tapi aku tak berapa suka yang gulung. Lagipun yang gulung tu leceh sikit, yang bunga ni main tekap je pastu tepek jem nenas di tengah. 


Alhamdulillah tercapai hajatku nak buat biskut raya sendiri tahun ni. Mak paling suka tart nenas tu. Sedap walaupun tak gebu macam orang lain punya hehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.