Dari Tealive Ke Mixue
Dari Putam sampai Bennie, aku bawa pergi klinik vet berdekatan dengan rumah je untuk prosedur vaksin dan mandul. Tapi kali ni, aku nak try bawak Dakbu & Abelisha ke klinik vet baru. Baru tak baru la, dah lama dah establish klinik ni tapi aku baru tahu ada berdekatan dengan rumah hehe.
Ada 2 cawangan yang dekat, satu di Ampang Avenue dan satu lagi di Sri Rampai. Aku pun bawakla dua ketul ni pergi kat cawangan Sri Rampai sebab kata orang sana senang nak parking. Jarak dari rumah pun tak jauh sangat cuma 6.5km gitu.
Aku amik Abel bulan 10 tahun lepas, so umur dia sepatutnya dah 9 bulan. Dakbu pulak baru beranak 3 bulan lepas, tak sempat nak mandulkan dia dah bunting dikerjakan si Bennie hehe.
Alhamdulillah masa menunggu pun tak la lama sangat. Kedua-dua ketul budak ni selamat divaksinkan. Appoinment seterusnya bulan depan pulak, bagi mencukupkan 3 kali vaksin. Lepas tu vaksin setahun sekali je. Ingat nak set tarikh untuk mandulkan diaorang, tapi tarikh yang available hanya bermula pertengahan bulan Ogos nanti. Yang sebelumnya dah fully booked!
Ye la, klinik dr hawa ni terkenal dengan pakej vaksin dan mandul yang murah dan berpatutan berbanding dengan tempat lain. Even, klinik vet yang aku selalu pergi tu jauh lagi mahal dan kalau ada kenaikan barang atau petrol ke dia pun nak naik harga jugak haha.
Takpela, so kita pergi sini je la nanti untuk vaksin dan mandul. Servis pun ok sangat setanding dengan klinik vet lain yang mahal.
Untuk yang tidak dapat pulang ke kampung, sambutan raya aidiladha tetap meriah dan sederhana di mana saja kita berada. Tahun ini aku berkesempatan melihat ibadah korban dijalankan di masjid berhampiran.
Proses yang bermula dari jam pukul 10 pagi ini melibatkan 12 ekor lembu dan 8 ekor kambing.
Terima kasih pada peserta program korban tahun ini, ajk ibadah korban, ajk masjid dan semua yang terlibat menjadi sukarelawan dalam ibadah korban di masjid tahun ini. Harap pengurusan pengagihan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi untuk kelancaran program.
Selain dari orang membeli dengan kita, dapat customer yang baik dan tak cerewet sangat juga adalah satu bentuk rezeki yang mesti disyukuri. Bukan mudah nak orang percaya kita apatah lagi untuk keluarkan sejumlah duit untuk beli barangan dari kita.
Maka, hargailah customer. Terima kasih kerana percaya saya!
Tiga beranak ni punya minat yang sama ... bundle! Suatu malam lepas makan di kedai, ayahnya ajak gi tengok orang jual kasut bundle. Apa lagi, melompat dua-dua anak dara ni! Dah lama sangat memendam rasa nak kasut bundle jalan-jalan. Aku dah belanja baju, sekarang giliran ayahnya belanja pulak hehe.
Dari kecik selalu bawak diaorang masuk kedai bundle, ini lah jadinya. Sekarang ayahnya dah ada geng bundle. Kasut tu pulak bukan calang-calang bundle. Original bundle Converse.