Breaking

Showing posts with label Cat Diary. Show all posts
Showing posts with label Cat Diary. Show all posts

Friday, October 01, 2021

Friday, October 01, 2021

Si Kembar Calico (Milla & Millie)


Assalamualaikum! So I thought ... I could live with JUST two cats. Apparently .... NOT! hehehe. Putam dan Mia semakin hari semakin 'kamceng'. Mana Mia pergi, Putam akan ngekor. Main sama-sama, makan sama-sama, tido sama-sama. 


Dan tangan ni pun semakin 'gatal' baca pos-pos pasal cat adoption kat FB. Masa ni Putam dan Mia dah berusia dalam enam bulan.  Putam dalam fasa gatal merenyam nak mengawan dengan Mia, tapi Mia tak layan hahaa. Tapi dalam masa yang sama aku dah set appoinment untuk mandulkan Putam. Yang tu kite story lain la ye.


So, Putam dan Mia bukan baby kitten lagi. Dan aku teringin nak ada baby kitten. Sekor jadi la. So aku skrol dalam group kucing dan aku jumpa satu post yang nak let go dua ekor baby calico. Dua? Ok ...




So aku try tanya owner tu tentang kembar calico ni dan masih available. Sebenarnya, diaorang ada adik beradik lagi, tapi kembar ni je yang available for adoption. Masa ni diaorang baru berumur sebulan. Menurut owner lama, ibu diaorang ni tak endahkan anak-anak lepas lahir. Oooo ni kes kurang kasih sayang la ni.


Dipendekkan cerita, kembar calico betina ni selamat sampai dirumah pada 25/5/2021. Lebih kurang sebulan selepas aku amik Mia. Hok aloh.... dari dua jadi empat terus hahaha.  


Aku bagi nama Milla dan Millie. Memula tak berapa nak cam jugak yang mana satu Milla dan Millie kan, tapi senang je rupanya. Yang idung belang tu Milla :p




 

Anak-anak lagi suka dapat baby kitten! Seronok sorang pegang sekor haha. Bila aku balik, dua-dua aku 'gomol' haha. Malam pertama dengan kami, diaorang bantai berak atas tilam. Pastu aku kurung kejap diaorang dalam sangkar dengan 'jamban' kecil.


Bila diaorang dah start boleh berak sendiri dalam 'jamban' tu, aku keluarkan dari sangkar dan diaorang dah boleh pergi 'jamban' besar macam Putam dan Mia. Tak lama pun nak train diaorang ni. Masuk malam kedua, dah boleh pergi jamban sendiri. Legaaaaa!


Begitulah permulaan Milla dan Millie. Dalam masa dua bulan, empat ekor dah ada dalam rumah hahaha. Aku rasa 'penyakit' ni makin teruk berjangkit. Tapi aku suka! :p


Wednesday, September 29, 2021

Wednesday, September 29, 2021

Mia

 

Assalamualaikum! Selepas kehadiran Putam dalam keluarga kami, semuanya seperti pelangi. Indah ... berwarna-warni ... hidup penuh ceria hahaha. Ah, macam citer novel pulak. Tapi betul ... sejak Putam ada, emosi kami sekeluarga lebih stabil huhu. Anak-anak jadi bersemangat, rajin dan tak bosan. Putam pulak rajin melayan dan manja. Aku yang balik kerja pun hilang penat melayan gelagat Putam.


Masa amik Putam umur dia dalam anggaran 4 bulan. Selepas sebulan dengan kami, Putam mula berubah. Dia menunjukkan simptom-simptom kesunyian. Dia nak kawan pulak dahhhh. Kami plan nak bela dia sekor je, tapi perancangan Allah itu Maha Hebat kan. Dan disinilah aku bermulanya perkenalan kami dengan Mia.



Mia ni bukan kucing stray macam Putam yang aku amik dari klinik. Mia aku jumpa dalam adoption group kucing di FB. Bukan aku tak cuba cari stray tapi masa ni seolah-olah semua kucing tepi jalan 'menyorokkan' diri. So, aku try kat FB usha dan survey berhari-hari sehinggalah satu hari aku chat dengan sorang owner ni yang sememangnya juga bela banyak kucing dirumahnya. 


Tapi disebabkan oleh masalah penyewa, maka kucing2 beliau terpaksa dilepaskan kepada owner baru. Dipendekkan cerita, aku berkenan tengok Mia. Warna dah sama macam Putam, cuma dia ekor panjang muka macam jepun hehe.



Akhirnya, hujung bulan April bertemulah kami dengan Mia buat pertama kalinya. Mia pun lebih kurang sama besar dengan Putam, so aku anggarkan umurnya juga tak jauh beza dengan Putam. Syukur la Putam tak marah bila nampak Mia pertama kali. Biasanya kucing yang baru bersua ni akan bagi bunyi 'hisss hisss'. 


Tapi Putam bagai pucuk dicita ulam mendatang bila jumpa Mia. Dibau-baunya kawan tu dari ujung kepala sampai ke montot! Dapat kawan baru la katakan heheee.





Alhamdulillah Putam dah ada kawan baru. Aku tak tukar nama Mia sebab owner dia kata, Mia respon kalau dipanggil. So kita kekalkan nama Mia. Masa ni dua-dua belum bawa pergi mandulkan. Putam pun baru sekali vaksin.


Fuh, dalam sebulan dah ada dua ekor dalam umah. Semuanya demimuuuuu Putam! :p


Wednesday, September 22, 2021

Wednesday, September 22, 2021

Putam

 

Anak-anak dah lama bersuara nak bela sekor kucing. Cuma aku je yang belum bersedia lagi. Kali terakhir aku bela kucing adalah pada tahun 2007. Masa tu yang tinggal hanya Dono dan Dino. Aku pernah mempunyai 7 ekor kucing. Ibu, Vinnie, Dono, Dino, Gemuk, Kurus dan Sayang (kucing stray).


Aku tak pernah amik gambar kucing2 dulu, tapi wajah mereka dan keletah mereka sekor demi sekor masih ku ingat sampai sekarang. Kasih sayang saje tak cukup untuk menjaga haiwan peliharaan. Kena ada ilmu baru lengkap kasih sayang tu. Dulu aku tak cukup ilmu. Yang aku tahu bawa balik ke rumah bagi makan, mandikan dan pergi vet kalau sakit atau untuk mandulkan.


Tapi kali ni aku cakap ngan anak-anak, kalau kita betul2 nak bela kucing, kita kena ada ilmu tentang cara nak jaga. Jangan hanya tahu main je, tapi bab kebersihan dan sakit mereka juga kita kena amik tahu. 




Dipendekkan cerita, hari tu kebetulan kakak kena amik suntikan vaksin Rubela (i think) kat sebuah klinik di Kota Damansara. 


Pagi tu kami sampai awal, klinik belum bukak. Tapi ada 'penunggu' setia kat situ sedang bermain-main dua ekor. Sekor oren bulu panjang ... betina. Sekor lagi putih tompok hitam ...ekor kemetot...jantan. Yang ekor kemetot ni punya manja dengan kami. Manja sangat dan bila dipanggil terus datang berlari! Mana 'tak 'cair'!


Aku berpakat dengan kakak, nak bawa balik yang ekor kemetot ni. So, aku patah balik ke kereta dan bagitau suami. Ikutkan hati, nak aje aku bawa balik dua-dua, tapi suami cakap amik sekor dulu la. Disebabkan aku nak betul-betul pastikan kucing tu bukan kepunyaan siapa2 (sebab dia tak pakai tag), so aku tanya pada nurse kat klinik tu mintak izin amik sekor bawa balik. Alhamdulillah...ekor kemetot ni takda tuan.






Tanggal 10hb Mac adalah hari dimana kami memiliki seekor kucing peliharaan yang pertama. Dalam kereta, kami bertiga dok bincang nak bagi nama apa kat dia ni. Akhirnya, P.U.T.A.M nama rasmi dia. Seekor kucing jantan stray yang comel dari Kota Damansara.


Terus aku set appoinment dengan vet untuk bawa dia pergi checkup. Aku tak nak jadi macam dulu. Dah sakit baru nak bawa pergi vet. Masa tu memang dah terlambat. Aku kena pastikan Putam divaksin dengan lengkap dan dimandulkan bila tiba masanya.


Sebelum kami amik Putam,  aku peringatkan anak-anak tentang tanggungjawab bila dah ada kucing dalam rumah. Setiap hari kena vakum dan mop dan mesti pastikan 'jamban' mereka bersih dan tidak berbau. Bab ni paling kena jaga, sebab aku tak mau satu rumah bau pekung kucing.





Dah lengkap vaksin, aku set appoinment untuk mandulkan dia pulak. Kenapa dia kena dimandulkan? Haaa yang ni nanti aku cerita lenkali pulak. 'Budak' ni memang wajibulghunnah dimandulkan! Bukan suka-suka. 


Itulah permulaannya. Sejak dari itu, Putam membesar dan melebar dengan jayanya. Dia menjadi kesayangan kami sekeluarga. Balik kampung mesti bawa dia. Lebih-lebih lagi sekarang ni, kakak dan adik masih pdpr di rumah so memang banyak luangkan masa dengan Putam. So, ok la kan jadi peneman dirumah ;).


We love you Putam!

Saturday, July 31, 2021

Saturday, July 31, 2021

Cheyen

 

Assalamualaikum! Selepas Puteh meninggalkan kami buat selama-lamanya, sekali lagi kami diberikan peluang untuk menumpang kasih sayang anak bulus dengan kehadiran si comel berwarna oren.


Pertemuan kami pada hari raya kedua tahun ini. Sebenarnya, suami dan anak-anak yang jumpa dulu Cheyen ni tapi pada hari raya kedua barulah aku sendiri yang melihatnya. Kesian si comel berwarna oren ni keseorangan mencari makan dan tempat berteduh. Tak nampak langsung kelibat ibunya atau adik beradik yang lain. 


Cheyen sebelum mandi


Mula-mula kami ralat juga nak ambil takut ibunya akan datang mencari. Maklumla, besar ni masih perlu menyusu dengan ibu kucing. Tapi suami bagitahu dah beberapa hari tak nampak ibu atau anak lain bersama dia. Maka, pada malam raya kedua tu la kami buat keputusan untuk bawa pulang dia kerumah dan beri nama Cheyen.


Anggaran umur Cheyen ketika kami jumpa dia mungkin dalam 2 minggu umurnya. Siapalah yang tak kesian kalau anak sekecil ini dibiarkan berkelana mencari sendiri makanan dan kehangatan. Anak-anak pun sambut baik dan tak sabar nak sama-sama jaga Cheyen.


Malam tu, benda pertama aku buat ialah mandikan Cheyen. MasyaAllah ... badannya penuh kutu sehingga boleh nampak bapak kutu dan konco-konconya berlari-lari di seluruh badan Cheyen. Kurus badan Cheyen kerana tak cukup susu dan kesejukan. Sebelum mandi, aku berikan dulu susu kambing Midalac yang aku cadang nak berikan pada Puteh tapi sayang tak sempat Puteh dah mati. Rupanya susu tu rezeki untuk Cheyen.


Lepas mandikan dia, mulala operasi N.B.S.K atau Nyah Bapak Segala Kutu di badan Cheyen. Inilah kali pertama aku jumpa kucing yang badannya penuh kutu! Aku ni kalau nampak kelibat kutu memang tak jadi kerja lain ye, akan kuhadap kutu dan tujuh keturunan dia sampai pupus!😂




Alhamdulillah, malam tu jugak operasi N.B.S.K berjaya dilaksanakan dengan bantuan kakak dan adik juga. Kakak dia penggeli sikit tang kutu ni. Adik sangat berani siap boleh kepit dengan penyepit dan picit kasi mati.

Cheyen pun elok je baring diam-diam merelakan macam tahu-tahu je mama dan kakak mira nak bersihkan badan dia dari kutu durjana.


Cheyen dah bebas kutu dan wangi


Cheyen lena kepenatan


Sebak bila pandang Cheyen tidur. Bagaimanalah dia beberapa hari sebelum ni berjuang untuk hidup di luar sana tanpa ibu? Mama janji mama akan jaga Cheyen sebaik dan semampu mama. Mama dah order bekas jamban dan pasir untuk Cheyen. Memandangkan Cheyen masih baby, mama stenbai susu kambing dulu sementara nak cari kibbles untuk kitten.


Mama dan kakak-kakak teruja bila Cheyen kembali bertenaga dan ceria aktif dalam rumah. Mama pun dah buat tempahan checkup untuk Cheyen di klinik vet berhampiran. Mama kata Cheyen mesti dapatkan ubat cacing dulu. 


Namun, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua sebaik-baik perancang.  Pada pagi hari raya keempat, Cheyen ditemui tidak bermaya atas lantai. Cheyen tiada sebarang luka mahupun patah anggota, cuma mungkin kami tak nampak badannya semakin lemah dari dalam.





Sedih bila dapat tahu Cheyen dah tiada. Kakak yang perasan Cheyen kaku di atas lantai. Masa Puteh pun, kakak yang perasan dulu. Walaupun sedih, kami harus bersyukur sebab Cheyen 'pergi' dalam keadaan bersih dan tidak kelaparan. Sekurang-kurangnya Cheyen sempat merasa sentuhan dan belaian kasih sayang.


Mama dan kakak-kakak redha. Mungkin belum rezeki kami untuk menumpang kasih sayang anak bulus. Apapun, Cheyen pasti akan dirindui walaupun ikatan kami cuma sementara.


Cheyen dikebumikan oleh suami di tempat dia ditemui. Terima kasih ya Allah beri kami merasa sedikit kegembiraan dengan kehadiran Cheyen.


Tuesday, May 18, 2021

Tuesday, May 18, 2021

Kucing pertama kami - Puteh

 

Assalamualaikum warrahmatullah...


Selepas bertahun-tahun tak bela kucing, kali ni kami diberikan rezeki yang tak disangka. Ceritanya bermula pada awal tahun ini, lebih tepat lagi tanggal 12/2/2021. Masa ni perintah PKPB masih berkuatkuasa, kakak dan adik duduk sementara di kampung menemani uwan mereka.


So pagi tu, Mira buka pintu depan dan dia ternampak seekor kucing sedang berteduh di bawah kereta arwah atok. Lalu dia panggil kakaknya dan mereka buat video call dengan aku.


Melihatkan keadaan anak kucing ini, sepertinya dia mungkin tersesat jauh dari rumah tuannya. Badannya sangat kurus dan lemah. Bulunya kotor dan berdaki. Matanya berpasir dan dia hanya mampu duduk mendiamkan diri. Kakak terus buat video call dan bertanyakan aku cara bagaimana nak rawat anak kucing ni.



Dari suara dua beradik tu, memang kedengaran mereka sangat teruja sebab akhirnya jumpa jugak seekor kucing yang manja dan senang dibelai. Sebelum ni, kucing-kucing kat kampung tu kebanyakannya garang atau tak mesra alam hehe. Sebab tu bila Puteh datang, mereka dua beradik happy sangat!


Oh ya...kami namakan dia Puteh.


So kakak mandikan Puteh, bersihkan segala kekotoran dan keringkan bulu dia. Memang badannya lemah ketika ini. Lalu kakak bagi makan dan air. Malangnya, Puteh tak boleh makan sendiri. So kakak gunakan sudu kecil untuk suap dia. Untuk 4 hari pertama, Puteh tak 'membuang' dan itu satu petanda tak sihat bagi seekor anak kucing. Namun, bila disuap makanan dia mengunyah dan badannya sedikit bertenaga.


Bila uwan dapat tahu, terus uwan ambil sangkar kecil untuk tempatkan Puteh buat sementara waktu. Syahdu tengok Puteh tido lena dalam sangkar. Aku tak dapat bayangkan berapa hari dia kat luar sebelum ni dan bagaimana dia tido dan makan. Masa ni, angin kuat kat Melaka. Malam pun berangin.




Dalam perjalanan balik kampung, aku survey klinik vet berhampiran dan terus buat appoinment untuk keesokannya. Sebab aku tak dapat cuti lama dan Puteh perlu diperiksa segera. Mujur kat Duyong atas bukit tu ada satu klinik haiwan. Esoknya, kami bawa Puteh untuk pemeriksaan lanjut.


Since Puteh merupakan kucing pertama yang hadir secara tiba-tiba, aku tak sempat nak belikan apa-apa. So bawa dia pergi klinik letak dalam raga hehe. 






Alhamdulillah doktor cakap Puteh takda virus yang merbahaya. Cuma Puteh lemah dan sebelah matanya tak dapat melihat kerana tiada bebola mata. Doktor bagi ubat cacing, ubat selsema, vitamin C, multivitamin serta makanan khas untuk dia. Total bil lebih kurang RM130+. Syukur alhamdulillah rezeki Puteh.

Puteh punya pasal, aku belikan bantal dan carrier dari Shopee untuk dia lebih selesa. Tak perlu masuk sangkar.  Barang-barang ni sampai masa aku dah balik KL. So, kakak dan adikla yang handle. Aku ajarkan cara macam mana nak bagi Puteh ubat dan jaga dia.






Sebelum pergi klinik vet, Puteh tak 'membuang' selama 4 hari. Doktor cadangkan amik tisu basahkan air sikit dan gosok punggung dia untuk rangsang bagi dia 'membuang'. Alhamdulillah malam tu Puteh dah boleh 'membuang'! So setiap kali kakak kenala gosok untuk rangsang Puteh.

Sayangnya kakak pada Puteh, dia setia menjaga dan pastikan Puteh makan ubat ikut jadual. Tapi Puteh masih tak dapat makan sendiri dan dia tak jilat bulunya. Aku dah mula risau tapi aku taknak hampakan kakak. Dia beria dan berharap sangat untuk Puteh sembuh. Uwannya cakap, kalau Puteh sembuh kakak boleh bela dia.

Namun, Allah lebih sayangkan Puteh rupanya. Seminggu selepas itu atau tanggal 23/2/2021 Puteh telah pergi meninggalkan kami. Kakak ingatkan dia hanya tidur tapi mulutnya ternganga sedikit dan badannya keras. Terus dia buat video call kat aku.

Dengan rasa sedih dan terpaksa, aku cakap ye...Puteh dah takda kakak. Kakak diam. Dia nangis.


Moga Puteh damai disana



Puteh hanya sempat bersama kami selama lebih kurang 11 hari je. Itupun dah cukup membahagiakan kakak dan adik walaupun hanya seketika. Ternyata, Puteh sudah terlalu lama di luar sana dan badannya terlalu lemah dan tidak berdaya.

Esoknya, uwan tanam Puteh di belakang rumah. Dua beradik tu sugul...terutama kakak. Dia teringin sangat nak ada kucing dan bila Puteh datang dia rasa bersemangat dan happy walaupun Puteh tak sihat. Dia tak geli langsung dan setia bersihkan dan suap Puteh.


Rehatlah wahai Puteh...terima kasih kerana hadir dalam keluarga kami walaupun cuma sementara. Moga Puteh damai disana.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.