Breaking

Sunday, June 30, 2013

Sunday, June 30, 2013

Mari Melabur Saham Akhirat - Rayuan Derma Pembinaan Masjid Darul Hadis.

Assalamualaikum!~

Nota Lekat Kenit

Didahului....

Firman Allah yang bermaksud:


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya"
(Surah Al-Ma'idah: ayat 2)


Sebelum Kenit bercerita lanjut tentang perihal derma seperti tajuk di atas, ingin Kenit tegaskan di sini bahawa rayuan derma yang ingin Kenit sampaikan pada anda ini BUKAN suatu bentuk penipuan atau sindiket meminta derma seperti yang di luar sana.

Apabila melihat sahabat Kenit mengongsi satu flyer di Facebook, Kenit juga terpanggil untuk mengongsikan flyer ini kepada anda semua yang singgah di blog Kenit.

Wednesday, June 26, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Ini Boleh Mendatangkan STRESS!

Assalamualaikum!~

Sesedap mata menonton drama di tv9 (tajuk ape ntah), tetiba datang Kakak menerpa ke arahku. Mula menunjukkan reaksi manjanya, dia 'menyendeng-nyendeng' di perutku sambil memandang dengan penuh kasih sayang....
Wednesday, June 26, 2013

Hadith Nabi S.A.W Berkenaan Syiah.

Assalamualikum!~

HOOOOOOO Syiah lagiiiii.....???? Ho lah...mung ingat syiah ni macam sikut (biskut) ke..kejap ader kejap takde? mung tau dak syiah ni macam lalat. Ye maghi singgah ke badan kiter, kiter halau ye terbang..pahtu ye maghi smula. Lalat ni kalu tak pukul sapa mati nanti ye bagi penyakit ke kiter...mung nok ke gitu? Pah kalu kiter mati dalam imang (iman)...kalu mati dalam kafir/syiah??Nauzubillahiminzalik!

Tuesday, June 25, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Kebaikan Tatu??

Assalamualaikum!~


Kalau dulu sesiapa yang bertatu ini dianggap sebagai jahat, bekas banduan, penjenayah, gangster, kaki pukul  mahupun lanun (termasuk lanun cetak rompak). Tapi, kini bertatu dianggap sebagai fenomena baru dalam 'fesyen' manusia yang tenggelam dalam kejahilan sendiri.

gambar hiasan

Budaya bertatu telah lama bertapak menjadi sebahagian dari ikon budaya sejak bermulanya tamadun manusia. Ia telah lama dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi dan menjadi suatu lambang kemegahan bagi kaum atau masyarakat tertentu. 

Antara kelompok manusia terawal yang menggunakan tatu adalah:

Saturday, June 22, 2013

Saturday, June 22, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah.....

Assalamualaikum!~

Hari ini dalam Sejarah...
Dingin subuh memanggilku..
Solat 2 rakaat memanggil rindu...
Doaku pohon penuh sayu...

Hari ini dalam sejarah...
Terbaringku di sofa empuk...
Menunggu siang fajar terbentuk...
Mata berat ku cuba memujuk...
Namun terlena macam kena sampuk...

Friday, June 21, 2013

Friday, June 21, 2013

Ciri-ciri Penganut Syiah

Assalamualaikum!~

Dulu kita dah bincangkan tentang fakta bahawa Syiah Bukan Islam dan persoalan tentang Samakah Syiah Rafidhah & Syiah Zaidiyah. Hakikatnya, syiah adalah 'barah' bagi seluruh umat Islam dan kehadiran mereka secara senyap dalam kelompok masyarakat semakin merbahaya.




Samada mereka syiah Rafidhah, Zaidiyah atau Imamiyah mereka tetap sesat dan Nabi s.a.w tidak pernah mengiktiraf mana-mana golongan ini. Tiada istilah syiah dalam Islam dan jelas bahawa ia bukan datang dari ajaran Nabi s.a.w.

Thursday, June 20, 2013

Thursday, June 20, 2013

Adakah Ia UFO?

Assalamualaikum!~

Selama Kenit bekerja sebagai weather observer belum pernah lagi Kenit terlihat atau terjumpa atau terpandang kelibat sang UFO berlegar-legar di ruang angkasa Malaysia ni. Kul 8 malam....9 malam....10 malam...11 malam...12 tghmalam (huuuuuuu *krikk krikkk krikkk*)...kul 1 pagi...kul 2 pagi....kul 3 pagi (kacau air milo jap buat ilang ngantuk)...kul 4 pagi bla bla bla bla (penat dah taip 1 perenggan muehsss).

Bentuk UFO yang bulat dan bertingkat macam piring memang mudah diingat sumer orang. Dah kalau benda tu besar pulak pastu macam ada kabus di sekelilingnya, lagi la syok orang kata tu UFO.

Meh tengok sini...betul ke ni?
Thursday, June 20, 2013

Bulu Kaki Boleh Elakkan Gangguan Seksual?

Assalamualaikum!~

One thing for sure in this world, there's always a place for things that u would think absurd! Bagi sesetengah kelompok manusia di dunia ini, mungkin cara sebegini dapat membanteras gejala dan jenayah rogol yang semakin meningkat.

But, most of us...i mean particularly me.. i prefer the normal way instead hehehe. Aperpun, kita tolak ketepi dulu pandangan masing2, kita terjah apa yang Kenit nak kongsikan ni (^^,).
Thursday, June 20, 2013

Merajuk!

Assalamualaikum!~

Dalam kete aku buat sama seperti yang aku buat setiap hari...bertanya macam mana hari mereka di sekolah dan di taska.

"so, makan apa kat nurseri arini?"

"mmmm makan nasi ngan sup ayam"

Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, June 19, 2013

Adakah Ini Sikap Anda Ketika Di Jalan Raya?

Assalamualaikum!~

  • Memandu perlahan di lorong kanan - hohohoho ini boleh mengundang pencemaran bunyi (hon)! Dah tau lorong paling kanan untuk kelajuan maksima, dia bantai meronda 50km/j (maksima 90km/j). Ko nak makan angin duk lorong kiri la beb! Orang macam ni bukan takat kasi hon je, kasi high-beam dengan cucuk angin sekali baru ada akai.

Wednesday, June 19, 2013

Istana Bergerak RM10 Juta.

Assalamualaikum!~

Fuh! Istana bergerak?? Idea menjadikan istana sebagai suatu model kediaman mewah bergerak mampu menarik perhatian mereka (yang berduit banyak). Tengok kos pun dah tahu...($2million) RM10 juta!!! Tapi, sebelum tu jom kiter tengok apa yang ada dalam 'Istana Bergerak' ni?


Inilah istana bergerak 
Wednesday, June 19, 2013

UPDATE : Briged Al-Qassam Tentera Malaikat


Assalamualaikum!

Seriously, memang teruja melihat gambar pejuang-pejuang berani ini walaupun dalam paper jer. Bertuah sungguh wartawan2 yang dapat menemui 'face to face' dengan komando Palestin yang juga digelar 'Tentera Malaikat' ini. 


sumber :hm

Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Adik Kena Tangkap!

Assalamualaikum!~

Dah ada bukti baru leh dakwa. Suke suki je nak langgar peraturan ye. Kali ni kalau kena marah pun, dia takkan terlepas dan mengada-ngada sebab bukti sudah ada buahahaha~

Panjang berjela ibu blebel ke adik pastu, menerangkan peraturan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun.


Gotcha!!! sampai menyereng ibu amik gambo.

Monday, June 17, 2013

Monday, June 17, 2013

Berita Palsu Kahwin Gadis Syria Akhirnya Terjawab.

Assalamualaikum!~

Baru-baru ini banyak pengongsian palsu kononnya Ikhwanul Muslimin di Mesir menawarkan perkahwinan kepada sesiapa yang ingin memperisterikan wanita-wanita Syria yang berlindung di sana dengan mas kahwin USD40 (RM120).


Berita palsu ini mendapat 'sambutan' begitu hebat dari kalangan kaum lelaki yang terpesona dengan tawaran diberi tanpa mempersoalkan kesahihan berita tersebut.



Untuk menjelaskan perkara ini, pengesahan telah pun dibuat di SINI




Palingkan pandangan bernafsumu dari mereka (wanita Syria) wahai insan bernama lelaki. Bersihkan hatimu dari jihad bertuhankan nafsu. Di mana jiwa semangat kentalmu merembes kebenaran terhadap penentangan kezaliman yg sedang berlaku???

Hanya bila disajikan gambar wanita bermata hijau, berkulit putih merah dengan status auta yang menggoncang imanmu...terus dikau merayu, mengharap dia kan jadi milikmu.

Wahai lelaki...kamu masih jauh dari bergelar mujahid. Takkan kamu setaraf mereka yang sedang berjihad bilamana kamu mudah terpesona dengan kecantikan sementara dan penipuan yang nyata.

Wahai lelaki....syiah dan yahudi sedang memerhatikanmu. Mereka juga sedang mentertawakan kebodohanmu. Dan, pasti mereka tidak perlu gusar kerana lelaki di Malaysia masih melayan nafsu. Astaghfirullahalazim.

Sudah-sudahlah isu kawen. Fokuslah pada matlamat asal kita iaitu untuk menyebarkan kebenaran dan mendidik masyarakat serta berdoa untuk kemenangan pejuang2 kita di Syria dan Palestin.

Nukilan Ikhlas,
Kenit Cinonet. 


P/S: Nak kawen sangat? nak buat amal kebajikan? tu gadis-gadis somalia dan janda-janda somalia juga memerlukan bantuan anda. 
Monday, June 17, 2013

Rojak Bellamy

Assalamualaikum!~

Bulan 6 ni memang ramai orang kawen. Dah berminggu-minggu jugak Pak Jelan buat part-time. Orang kije Isnin sampai Jumaat, Pak Jelan sambung Sabtu dan Ahad. Sampaikan anak tanya kenapa Pak Jelan kije ari cuti? Cari rezeki sayanggggg.

Tapi, semalam Pak Jelan takda job, so kami pun pulun masa yang ada untuk bawak anak jenjalan. Tak jauh mane pun...opis je ekekekeke. Takpe, anak-anak tak merungut banyak asalkan kaki diaorg jejak tanah ekekekeke. Pagi cam biasa kami breakfast dulu kat kedai Nasi Lemak Mat Ganja pastu baru gi opis.

Macam biasa, akai memasing memang panjang. Ader je benda nak dimain. Suruh main kat luar ghupernye dia 'bersukan' dua beradik huhu.

Ready dah tu nak berlari

Saturday, June 15, 2013

Saturday, June 15, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Lelaki

Assalamualaikum!~

Apa perasaan anda jika isteri/adik perempuan/kakak/ibu anda menjadi antara salah seorang mangsa statistik rogol dan jenayah? Tentunya anda tidak mahu ia terjadi bukan? Lelaki diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi pelindung kepada wanita bukan perosak wanita.


gambar hiasan

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Tanggungjawab lelaki/para suami bukan setakat memberikan nafkah buat wanita yang dibawah tanggungan mereka. Lelaki sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat perlu bertindak menjadi pelindung kepada wanita secara keseluruhannya.

Akhlak yang baik bermula dari rumah. Begitu juga ingin menjadi lelaki yang bertindak sebagai pelindung perlu bermula dengan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah check diri sendiri dan betulkan mana yang salah.

Friday, June 14, 2013

Friday, June 14, 2013

10 Fobia Paling Pelik

gambar hiasan

Kiter semua tahu aper itu fobia. Ia membuatkan hidup kiter 'sengsara' apabila berhadapan dengan sesuatu @ seseorang sehingga timbulnya fobia dalam diri. Fobia ialah ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu samada benda, orang, makanan atau apa-apa saja. Biasanya, kiter dengar orang fobia pada ketinggian, fobia pada air, fobia pada serangga, fobia pada kegelapan. Tapi, yang ini lain tau...memey peliks-peliks fobia dia. Korang mesti terkezutttttttttttttttt! Jom kiter selongkar 10 fobia peliks. Jeng jeng jeng......!~
Friday, June 14, 2013

Kasut Emas 24 Karat.

Assalamualaikum!~


Dua benda yang wanita suka...

One - Shoessssssssssss

Two - Golddddddddddehhh!

And we have it here in two-in-one package. Kasut emas bukan ada dalam arena bola sepak sahaja, tapi dalam industri fesyen ia nampak lebih relevan sesuai dengan bidangnya.

Thursday, June 13, 2013

Thursday, June 13, 2013

Hari Repot Kad - Ambil Repot Kad

Assalamualaikum!~

Serasa mahu saje aku cabut otakku ini dan basuh dengan air di sinki! It's their BIG day and you forgot about it? Homaihhh~

Although it wasn't my intention to forget they Report Card Day tapi alhamdulillah settle gak semuanya tghari tadi. Tengah dok sibuk ni bergelumang dengan nombor dan kod bagai... tetiba....
Thursday, June 13, 2013

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam.

Assalamualaikum!~

Zaman sekarang ni parents terutama yang baru menyambut kelahiran anak pertama galak memberi nama yang peliks peliks pada anak mereka. Ader yang letak nama Bunga, Chenta, Merah dan sebagainya. Anda tahu kan, sebagai muslim kita digalakkan beri nama yang baik2 pada anak bukan hanya untuk sedap didengar.

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Petua Orang Lama - Bagi Senang Meneran Beranak.

Assalamualaikum!~

Masa dapat tahu pregnant 1st child memang suke bebenor la melompat2 kan. Tapi, bila orang ceghita pasai sakit nak beranak, terkentut-kentut mendengarnya! muahahaha. 1st child dik non...tatottttt! 

Memang banyak cara bagaimana nak memudahkan proses kelahiran ni. Nak bagi tak sakit langsung tu kind of impossible sebab sakit itu nikmat yang dikurnia Allah untuk wanita dan penghapus/ kafarah dosanya yang lalu. Sebab tu, kita jangan mengeluh sakit bila dekat2 nak melahirkan, sebaliknya basahilah lidahmu dengan bacaan zikir dan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Hati akan jadi tenang...percayalah...
Wednesday, June 12, 2013

Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 2

Assalamualaikum!~


WAKTU KEMUNCULAN DAJJAL



gambar hiasan

Dajjal muncul setelah penaklukan Konstantinopal dari tentera kafir, selepas peperangan Al-Malhamah al-Kubra iaitu di antara kemunculan Al-Mahdi dan Isa bin Maryam.

Tuesday, June 11, 2013

Tuesday, June 11, 2013

Super Mamak!

Assalamualaikum!~

Bila kita dah biasa buat sesuatu kerja setiap hari, kita akan lebih produktif dan lebih berkemahiran, toi dak? 

Sama jugak halnya dengan video yang bakal anda saksikan kan ni! Terangkat-angkat kening Kenit melihat gelagat mereka ekekeke. Terjerit-jerit tengok roti terbang.....jauh tu!
Tuesday, June 11, 2013

Rambut Baru.

Assalamualaikum!~

Hajat lama dah nak kasi 'trim' rambut dua orang budak kicik ni. Serabut serabai je nengok. Ikat rambut taknak, pakai cekak ilang. Senang kiter kasi kerat!

So, minggu lepas Kenit bawak diaorg pegi kat satu salon ni. Ini kali kedua Kenit bawak diaorg gunting di sini. Setakat ni memang memuaskan. Kenit dah biasa ngan tokey ni,Kenit melaram rambut kat sini le dulu heeeeee.


Monday, June 10, 2013

Monday, June 10, 2013

Mereka Tak Sama Dengan Kita!


Assalamualaikum!~

Makanan enak yang kubeli tghari tadi kujamah dengan penuh asyik dalam kesedapan. Kesedapan itu terhenti bilamana rakan sebelahku yang sedang melayari laman sosial terlihat sesuatu, lantas bertanyakan padaku.....

Dia bertanya siapakah gerangan kanak-kanak itu yang dilihatnya, apa yang terjadi padanya. Dan, lantas mataku fokus pada suatu gambar...
Monday, June 10, 2013

Lollipop Perisa Susu Ibu - For Real??!

Assalamualaikum!~

Errkkk? biar betik?? Wujudkah sebegitu? Di mana? Apa ghupernye?


"Rilek brader...brader rilek...rilek brader...brader rilek...rilek brader...brader rileklaaaaaaaaaa"  hehehe~
(lagu Rilek Brader)


Alkisahnye.....
Monday, June 10, 2013

Taska Jabatan Bakal Ditubuhkan?

Assalamualaikum!~

Nampaknya keluhan staff jabatan mula mendapat perhatian dari pihak pengurusan. Memang dari zaman Kak Ijat jadi Menteri Pembangunan Wanita dulu, benda ni dah disaran dan diwajibkan di setiap jabatan. Sampai orang tu dah 'pencen' benda ni masih tak nampak bayang.


Sunday, June 09, 2013

Sunday, June 09, 2013

Love Letter

Assalamualaikum!~

Bengkeng betul aku semalam ngan perangai dua beradik ni. Kejap bergaduh tak hengat dunia. Kejap bergelak ketawa bagai lawaknya terhebat didunia. 

Part bergelak ketawa tu aku tak heran boleh handle, ni part yang bergaduh ni jenuh aku nak leraikan. Darah menggelegak jugak sampai ke jantung. Tapi, belum tahap nak angkat tangan lagi.
Sunday, June 09, 2013

Gincu???

Assalamualaikum!~

Dah nama pun pompuan, gincu dan pompuan berpisah tiada. Itu slogan bagi kebanyakan wanita moden masakini. Aku? Aku mungkin wanita moden tapi gincu.......

Aku ngan gincu  macam takda jodoh. Tak sebulu mueehss~


'set makeup' kiter T__T

Saturday, June 08, 2013

Saturday, June 08, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Wanita

Assalamualaikum!~


Perkara terakhir yang seorang perempuan ingin dalam hidupnya adalah menjadi sebahagian dari statistik rogol. Memang ia suatu perkara terkeji dan terburuk pernah berlaku dalam hidup seorang wanita. Bagi masyarakat timur, kehormatan dan maruah seorang gadis masih menjadi kunci utama kepada penghormatan masyarakat terhadapnya.


Demonstrasi bantahan terhadap perogol susulan kes seorang pelajar dirogol
beramai-ramai di India bulan lepas.
Saturday, June 08, 2013

Kawen Lagi??

Assalamualaikum!~

Tajuk di atas kalau dituju ke orang laki memang suker melompat2 yahooooooo! Kalau dibagi 'green light' laju je dia menonong pi cari calon huhu.


Friday, June 07, 2013

Friday, June 07, 2013

Jomniaga Bersama Kenit.

Assalamualaikum!~

Seperti yang Kenit katakan sebelum ini, jana pendapatan melalui internet memang boleh dilakukan dan terbukti keberkesanannya. Dengan adanya jaringan capaian yang luas dikalangan pengguna internet, semua orang boleh memasarkan produk/barangan mereka di blog/facebook.

Bermula dengan RM2

Yup, hanya bermula serendah RM2 (tu pun Jomniaga.com yang beri) dengan mendaftar di Jomniaga.com, anda boleh untung lebih dan lebih lagi. Seperti saranan blogger femes,HasrulHassan mengenai Jomniaga.com di SINI dan SINI, Kenit tertarik untuk mencubanya dan kini ingin mengajak anda semua untuk join bersama.


Jomniaga.com memang SANGAT SESUAI bagi mereka yang ingin memulakan BISNES mereka secara online. Dan, anda tak perlu keluarkan modal satu sen pun! Ohsem kan? Kenit bukan nak jual barang apa pun, tapi Kenit ajak anda merebut peluang ini selagi ia masih PERCUMA!

Dengan cara ini, anda berpeluang meluaskan skop perniagaan anda dan rangkaian pelanggan anda juga akan dapat diperluaskan pengaruhnya. Kini, tiada alasan lagi untuk tidak berjaya kerana peluangnya Kenit telah bentangkan untuk anda.

Dan, bagi yang nak cari duit raya atau nak buat bajet beli baju raya/kuih raya bolehlah mulakan niat anda di Jomniaga.com hehe. 

So, jangan dipersia peluang yang sudah terbentang di depan mata. Mana tahu lubuk rezeki anda ada di Jomniaga.com. Sama-sama kita promosikan produk dan sama-sama kita jana pendapatan yang baik...insyaAllah.

Jika anda berminat memulakan langkah pertama menjana pendapatan online tanpa sebarang modal, bolehlah mulakan langkah pertama dengan mendaftar secara PERCUMA di SINI
Friday, June 07, 2013

Tian Chua Bersama Jemaah Masjid - Doaku Buat Dirinya.

Assalamualaikum!~

Tiada pemandangan seindah yang Kenit lihat di hari Jumaat yang penuh barokah ini melainkan sekeping foto yang Kenit dapati dari facebook. 

Berkelip-kelip sepasang mata ini tatkala melihat susuk seorang lelaki Cina menyantuni jemaah yang hadir di suatu majlis ceramah Isra' Mikraj di Masjid Sayidina Ali, Kg Padang, Balang.

sumber: instagram
Friday, June 07, 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.

Assalamualaikum!~


Didahului dengan firman Allah yang bermaksud:

"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"
(Surah Al-Baqarah: 168)

Lambakan produk makanan terutama produk import perlu diselidiki tahap kehalalannya supaya pengguna muslim seperti kita tidak tertipu. Bukan itu saja, produk kecantikan turut perlu diberi perhatian kerana ternyata memang ada sesetengah produk ini yang mengandungi unsur-unsur kebabian.

Thursday, June 06, 2013

Thursday, June 06, 2013

Fakta Benar Tentang Daging Kambing.

Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Masyarakat kita sering menganggap daging kambing mengandungi tinggi kolesterol. Ada juga yang menganggap daging kambing yang menjadi antara makanan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'panas' yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Begitulah liciknya permainan golongan Yahudi yang ingin menjauhkan kita dengan amalan sunnah Nabi. Mereka mahu kita meminum susu lembu mereka sedangkan mereka mendidik kaum mereka untuk mengamalkan minum susu kambing. Mereka percaya dengan kebaikan dan khasiat susu kambing. Maka, disebabkan itu, kita lebih gemar memilih daging lembu. 

Melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis membuktikan bahawa daging kambing baik untuk kesihatan. Mari kita selongkar kebenaran itu.

gambar hiasan
-daging kambing segar-

Pada masa kini, kambing merangkumi 63% sumber protein yang dimakan oleh penduduk dunia terutama di kawasan negara Arab dan Afrika Utara. Selain itu, ia juga menjadi pilihan penduduk di rantau Asia Tenggara, kepulauan Carribean dan kawasan tropika yang lain.


Begitu juga di Barat, pengambilan daging kambing dilihat mendapat publisiti meluas kerana sumber proteinnya menjadikan ia lebih digemari berbanding daging lembu.

Amboi! suka sangat dia tu. Sapa kata senyum kambing tak comel?
Tertib je dia senyum ekekekeke

KOMPOSISI KHASIAT DALAM DAGING KAMBING
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

  • kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
  • lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

  • kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

  • lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

  • asid amino -  sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

KEBAIKAN PENGAMBILAN DAGING KAMBING

BAIK UNTUK JANTUNG
Selama ini, kita dimomokkan dengan kesan buruk mengambil daging kambing dalam diet makanan. Hakikatnya, penemuan saintifik membuktikan sebaliknya.

  • Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu (daging kambing) bagus untuk membantu membaiki paras kolestrolmelegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

  • Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

  • Penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

  • Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT
  • ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

  • mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. Susu kambing baik untuk mengatasi masalah obesiti.

  • boleh mengatasi masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi. 

  • kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

MENCANTIKKAN KULIT

  • Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing. Ia amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. 


  • Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari


  • membantu merawat  masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.


  • Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.


    MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN

    • Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang


    • Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 


    Subhanallah! Begitu banyak kebaikan daging kambing yang selama ini kita pandang enteng. Dari daging dan susu yang baik untuk kesihatan, bulunya yang boleh mengurangkan kedinginan serta peluang perniagaan yang wujud darinya sangat membuka mata dan hati Kenit!

    Semoga info di atas dapat membuka mata dan hati serta mengubah perspektif stereotaip kita terhadap daging kambing. Sesungguhnya, setiap sunnah Nabi ada kebaikan dan manfaatnya. Oleh kerana orang Barat (Yahudi) tidak mahu kita mengikuti sunnah Baginda maka, pelbagai fitnah dan pembohongan yang mereka keluarkan. 

    P/S: Teringat Burger Bakar Abg Burn dan Lamb Chop Sizzling....nyumm nyumm!(^_^)


    Ada Apa Lagi Ngan Kambing?:

    Wednesday, June 05, 2013

    Wednesday, June 05, 2013

    Manfaat Dibloglist.

    Assalamualaikum!~

    Ini pertama kali Kenit jumpa refferal yang datang dari blog. Dah dua bulan Kenit duduk dalam bloglist Papa Blogger. Terima kasih papa blogger kerana sudi menempatkan Nukilan Kenit dalam bloglist anda. 




    Kenit pernah masuk SEGMEN BLOGLIST 2 BULAN PAPA BLOGGER dan alhamdulillah Nukilan Kenit terpilih dimasukkan dalam bloglist papablogger start bulan April-Jun. 

    Oho! ujung bulan Jun ni, terkeluarla Kenit dari senarai bloglist papa sobsobsob~

    Aperpun, terima kasih pada yang sudi terjah Nukilan Kenit tak kira dari mana anda datang. Memang seronok dan terharu kalau orang letak blog kita dalam bloglist mereka kan? Nukilan Kenit hanya blog picisan yang mahu terus berkongsi info berguna untuk manfaat semua.

    Dan, tak lupa juga berkongsi kisah kehidupan berkeluarga hehehe (^_^). Semoga anda sukkkkaa~

    Wednesday, June 05, 2013

    SKT oh SKT....

    Assalamualaikum!~

    Mengadap 'kau' bila perlu....
    Mengadap 'kau' bila borang dah tak laku...
    Mengadap 'kau' boleh jadi haruuuu!

    Apa ni? lagu kah? tak...ni madah berjela heee. Dilema kami yang bergantung pada HRMIS @ SKT untuk maybe....another 10 years perhaps...?! Sebelum ni, slogan 'Hidup Biar Sedap' menjadi motto pengisian SKT yang meletakkan pencapaian dalam comfort zone...100% (paham tak? hantam saje la labuuuuu)

    Now, no more 100% the boss said.....

    Tuesday, June 04, 2013

    Tuesday, June 04, 2013

    Ada Apa Dengan Kasut Tumit Tinggi?

    Assalamualaikum!~


    Kasut dan wanita berpisah tiada...boleh ke cenggitu?
    Tapi, kasut tumit tinggi dan aku tak pernah kekal selalu.
    Hanya mampu merenung dari sebalik kaca itu...
    Lalu pergimu bersama tuan baru..
    ~ececececececeh~

    sumber: google

    Monday, June 03, 2013

    Monday, June 03, 2013

    Pasar Terbahaya Di Dunia!

    Assalamualaikum!~

    Biasa Kenit balik kampung, kalau pi market (orang KL cakap pasaq hehe), Kenit tak suka bawak anak-anak ikut sama. Pasaipa? Pasai Kenit selalu habaq kat depa...


    "ang pa takyah ikut...duk kat umah tok ja nooo"

    "alaaaa...nak ikutttt nak ikutttt"

    "takyah takyah...sana bahaya sat gi ibu beli cekelat kat ang pa"
    (cekelat = gula-gula)

    Mulala depa wat muka kelat macam kopi takda gula ekekeke. Persoalannya, bahaya yang macam mana yang Kenit tak bagi depa ikut tu? Haaaaa.....
    Monday, June 03, 2013

    Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 1

    Assalamualaikum!~

    Umat akhir zaman akan didatangi pelbagai ujian dan dan antaranya ialah kemunculan Dajjal. Jom persiapkan diri kita dengan menambah ilmu supaya kita tidak terpesong atau terpengaruh dengan Dajjal yang pasti akan muncul menyesatkan umat Nabi Muhammad. s.a.w.

    gambar hiasan
                                     
    Imran bin Husain berkata "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda "Sejak Adam diciptakan sehingga hari kiamat nanti, tidak ada satu pun ujian yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal" 
    [Hadis Riwayat Muslim dalam Mukhtasar Muslim, hadis no 2058]

    Fakta: Dajjal tidak disebut dalam Al-Quran secara jelas, jadi semua dalil tentang Dajjal diambil dari Hadis-hadis sahih dan hassan.

    Pengertian Dajjal dari sudut Bahasa:
    Dajjal mempunyai banyak maksud iaitu


    1- Penipu
    2- Diambil dari perkataan Ad-Dajl yang bererti menipu
    3- Dinamakan Dajjal kerana kekuasaannya dan pengaruhnya di seluruh bumi kecuali Makkah dan Madinah

    Saturday, June 01, 2013

    Saturday, June 01, 2013

    Perlukah Mainan Mahal-mahal?

    Assalamualaikum!~

    My Pearls ni memang banyak akai. Asalnya kegunaan meja ni untuk belajo je. Sekarang baru Kenit tahu macam-macam benda kita boleh buat ngan meja lipat ni heeee...

    Kalau Ikutkan imaginasi ibu, meja blajo tu.......


    hanyalah meja blajo. Tapi, lain pulak dengan my Pearls ni. Akai panjang betoi nooo....

    Disclaimer

    If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


    All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.