Breaking

Saturday, July 31, 2021

Saturday, July 31, 2021

Cheyen

 

Assalamualaikum! Selepas Puteh meninggalkan kami buat selama-lamanya, sekali lagi kami diberikan peluang untuk menumpang kasih sayang anak bulus dengan kehadiran si comel berwarna oren.


Pertemuan kami pada hari raya kedua tahun ini. Sebenarnya, suami dan anak-anak yang jumpa dulu Cheyen ni tapi pada hari raya kedua barulah aku sendiri yang melihatnya. Kesian si comel berwarna oren ni keseorangan mencari makan dan tempat berteduh. Tak nampak langsung kelibat ibunya atau adik beradik yang lain. 


Cheyen sebelum mandi


Mula-mula kami ralat juga nak ambil takut ibunya akan datang mencari. Maklumla, besar ni masih perlu menyusu dengan ibu kucing. Tapi suami bagitahu dah beberapa hari tak nampak ibu atau anak lain bersama dia. Maka, pada malam raya kedua tu la kami buat keputusan untuk bawa pulang dia kerumah dan beri nama Cheyen.


Anggaran umur Cheyen ketika kami jumpa dia mungkin dalam 2 minggu umurnya. Siapalah yang tak kesian kalau anak sekecil ini dibiarkan berkelana mencari sendiri makanan dan kehangatan. Anak-anak pun sambut baik dan tak sabar nak sama-sama jaga Cheyen.


Malam tu, benda pertama aku buat ialah mandikan Cheyen. MasyaAllah ... badannya penuh kutu sehingga boleh nampak bapak kutu dan konco-konconya berlari-lari di seluruh badan Cheyen. Kurus badan Cheyen kerana tak cukup susu dan kesejukan. Sebelum mandi, aku berikan dulu susu kambing Midalac yang aku cadang nak berikan pada Puteh tapi sayang tak sempat Puteh dah mati. Rupanya susu tu rezeki untuk Cheyen.


Lepas mandikan dia, mulala operasi N.B.S.K atau Nyah Bapak Segala Kutu di badan Cheyen. Inilah kali pertama aku jumpa kucing yang badannya penuh kutu! Aku ni kalau nampak kelibat kutu memang tak jadi kerja lain ye, akan kuhadap kutu dan tujuh keturunan dia sampai pupus!😂




Alhamdulillah, malam tu jugak operasi N.B.S.K berjaya dilaksanakan dengan bantuan kakak dan adik juga. Kakak dia penggeli sikit tang kutu ni. Adik sangat berani siap boleh kepit dengan penyepit dan picit kasi mati.

Cheyen pun elok je baring diam-diam merelakan macam tahu-tahu je mama dan kakak mira nak bersihkan badan dia dari kutu durjana.


Cheyen dah bebas kutu dan wangi


Cheyen lena kepenatan


Sebak bila pandang Cheyen tidur. Bagaimanalah dia beberapa hari sebelum ni berjuang untuk hidup di luar sana tanpa ibu? Mama janji mama akan jaga Cheyen sebaik dan semampu mama. Mama dah order bekas jamban dan pasir untuk Cheyen. Memandangkan Cheyen masih baby, mama stenbai susu kambing dulu sementara nak cari kibbles untuk kitten.


Mama dan kakak-kakak teruja bila Cheyen kembali bertenaga dan ceria aktif dalam rumah. Mama pun dah buat tempahan checkup untuk Cheyen di klinik vet berhampiran. Mama kata Cheyen mesti dapatkan ubat cacing dulu. 


Namun, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua sebaik-baik perancang.  Pada pagi hari raya keempat, Cheyen ditemui tidak bermaya atas lantai. Cheyen tiada sebarang luka mahupun patah anggota, cuma mungkin kami tak nampak badannya semakin lemah dari dalam.





Sedih bila dapat tahu Cheyen dah tiada. Kakak yang perasan Cheyen kaku di atas lantai. Masa Puteh pun, kakak yang perasan dulu. Walaupun sedih, kami harus bersyukur sebab Cheyen 'pergi' dalam keadaan bersih dan tidak kelaparan. Sekurang-kurangnya Cheyen sempat merasa sentuhan dan belaian kasih sayang.


Mama dan kakak-kakak redha. Mungkin belum rezeki kami untuk menumpang kasih sayang anak bulus. Apapun, Cheyen pasti akan dirindui walaupun ikatan kami cuma sementara.


Cheyen dikebumikan oleh suami di tempat dia ditemui. Terima kasih ya Allah beri kami merasa sedikit kegembiraan dengan kehadiran Cheyen.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.