Breaking

Showing posts with label Sekolah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Rendah. Show all posts

Tuesday, March 29, 2022

Tuesday, March 29, 2022

Anugerah Cemerlang Terakhir Mira Di Sekolah Rendah

 

Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah, Mira masih diberikan peluang untuk naik ke pentas menerima anugerah cemerlang untuk kali terakhir sebelum pergi meninggalkan sekolah rendah. 


Ibu sebenarnya sedikit sedih kerana dua tahun terakhir Mira tak dapat aktif dalam apa-apa aktiviti dan program di sekolah. Banyak masa dihabiskan dengan pdpr. Hanya bergantung kepada pencapaian dalam ujian yang diadakan. Syukurlah Mira tunjukkan usaha yang terbaik dalam ujian.




Bila Mira bagitau yang dia akan terima anugerah di sekolah, kami rasa happy tapi sayang, ibubapa tak dibenarkan hadir kerana mematuhi SOP yang ditetapkan oleh sekolah.


Mujurlah guru kelas Mira berkongsi gambar naik ke pentas dalam grup wassap. Jadilah boleh buat sebagai kenang-kenangan. Walaupun dua tahun kebelakangan ini, banyak kekangan dan kesulitan akibat dari Covid-19, kami tetap bersyukur anak-anak mampu menghabiskan persekolahan Tahun 6 dengan penuh iltizam dan semangat.






Tahniah buat anak ibu. Moga Mira makin bersemangat bila naik Tingkatan 1 nanti dan teruskan kecemerlangan. Ibu doakan Mira berjaya dalam cita-cita dan kehidupan, tapi masih merendah diri dan sentiasa berusaha tanpa jemu....allahumma aamiiinn!


Monday, February 28, 2022

Monday, February 28, 2022

Hazmira Dari Darjah Satu Sampai Darjah Enam

 

Assalamualaikum! Macam tak percaya Mira dah habis sekolah rendah haha. Dari tadika umur 4 tahun, naik sekolah rendah selama 6 tahun sampai dah terbiasa pandang dia sebagai budak sekolah rendah. 


Tahun 2021 adalah tahun terakhir Mira di sekolah rendah, tapi disebabkan Covid-19 sesi persekolahan sekolah rendah dilanjutkan sehingga bulan Februari 2022. Maknanya secara rasmi, Mira akan ke tingkatan 1 pada bulan Mac nanti!


Mira dah jadi seorang remaja. Mujurlah mama ada gambar kenangan Mira dari darjah 1 sampai darjah 6. Rasanya mana-mana mak pun gigih nak snap gambar anak setiap kali naik darjah kan haha. 


2016





Hari pertama Mira di sekolah rendah dan sekolah rendah agama. Pergi dan balik dengan kakaknya. Teruja betul dia dapat ke sekolah setiap hari dengan kakaknya. Mira cepat menyesuaikan diri dengan kawan baru dan suasana baru. Mungkin dia dah terbiasa bergaul sejak dari tadika lagi, jadi mama tak risau.


2017



Wajah mulus licin bak telur rebus haha. Masa ni malam sebelum hari pertama sekolah. Mira bergaya dengan baju sekolah dan tudung baru. Tapi mata mama 'sakit' tengok warna baju tak seragam dengan tudung haha. 



2018




Tahun ni Mira dilantik jadi pengawas sekolah rendah agama. Kemain suka dia dapat pakai kain merah. Masa ni Mira memang terkenal dengan suara nyaring dan kuat kalau menjerit di sekolah. Cikgu pun cakap suara dia memang boleh dengar dari bilik guru haha. Dia punya garang tu sebab tak boleh tahan kawan bising dalam kelas.


Balik sekolah takda cerita lain, mesti dia akan cerita dia marah kawan sebab bising sangat. Sekolah rendah ke sekolah agama ke sama je ma! haha. Mama cakap adik jangan stres sangat nanti takleh belajar. Dia cakap macam mana tak stres, kawan bising je lebih-lebih lagi budak lelaki. Tepuk dahi mama!


2019



Terserlah keremajaan Mira masa ni. Tapi bagi mama Mira still kanak-kanak riang ribena! haha. Mira bergambar dengan cikgu Vanida sempena hari anugerah cemerlang. Mira cepat membesar dan meninggi, jadi baju pengawas tu memang ngam-ngam je. Kain pulak jadi singkat hehe tapi nak buat macam mana kena pakai jugak sebab pengawas kan hehe.


2020



Tahun bermulanya pandemik Covid-19. Masa ni bulan Julai sekolah dibuka semula selepas berbulan-bulan tutup. Rasanya bukan Mira je yang eksaited nak pergi sekolah balik tapi semua murid kan. Pakai mask dan cek suhu sebelum masuk sekolah adalah rutin setiap hari.


Tapi sayang beberapa bulan lepas tu sekolah kena tutup dan pelajar kena belajar secara online di rumah. Pendek kata, tahun 2020 tak banyak yang dipelajari dan itulah realitinya!


2021



Mama takda gambar Mira masuk sekolah tapi yang ni pun jadi lah kan! Masa ni bulan Mac, mama bawa Mira gi Hospital Ampang sebab Mira ada masalah bengkak gusi. Sampai demam-demam di buatnya! Dah la masa ni Covid-19 tengah rancak sana sini. Scan suhu pun lebih dari 37⁰C, ingatkan disebabkan virus tu tapi rupanya sebab gusi.


Mana tak demam, gusi bengkak sampai bernanah! Rupanya gigi kekal tolak gigi susu ditambah pulak dengan jangkitan kuman huhu. Syukurlah 2 minggu lepas tu, bengkak surut dan gigi susu dicabut. 


Alhamdulillah Mira dah lepas sekolah rendah. Bulan Mac nanti naik tingkatan 1, bermulalah perjalanan hidup seorang remaja bernama Hazmira. Pastinya mencabar! Tapi mama yakin Mira akan baik-baik saja seperti kakak insyaAllah :)

Wednesday, February 16, 2022

Wednesday, February 16, 2022

Diaorang tak puas lagi!

 


Assalamualaikum! Memandangkan aku keje tak menentu, makanya nak jumpa anak pun selang sehari atau dua hari. 


Bila dah bersemuka tu, aku suka tanya buat apa kat sekolah hari ni? makan ape? belajar ape? So kadang-kadang tu ade la diaorang mengomel pasal makanan kat kantin. 


So aku pun cerita la pengalaman aku masa sekolah rendah dulu makanan kat kantin macam mana. 


Fuhhhh kantin sekolah rendah memang nikmat! Bawa duit belanja singgit je masa tu dah boleh beli air sirap satu gelas besar dan mihun sup lima posen satu mangkuk! 


Tu baru sekolah rendah. Naik sekolah menengah, lagi heaven! Selera memang dah kuat masa tu, aku pulak jenis kuat makan tapi badan masih macam 'papan', so aku bedal la nasi lauk campur setiap kali waktu rehat haha. 


Lauk yang aku suka ayam masak merah dan sayur bayam sekali ngan tempe goreng ....fuhhhh kenyang weh! Time kelas, aku bantai tido sebab mengantuk kekenyangan haha. 


Aku bukan nak menyakitkan hati diaorang, aku cuma nak cerita pengalaman aku dulu je. Aku cakap walaupun awak berdua hidup di zaman Covid-19 dan persekolahan awak tak sesempurna sebelumnya, tapi awak kena bersyukur sebab awak masih boleh jumpa kawan-kawan sekolah dan belajar sebaik mungkin. 


Memang tak boleh nak bandingkan dulu ngan sekarang sebab situasi dan waktunya pun dah berbeza. Cuma aku suka ingatkan diaorang, bila dah ada peluang pergi ke sekolah, gunakan untuk belajar sehabis baik. Janji pandai bawa diri dan jaga diri.


Aku pun tak sampai hati nak tanya diaorang seronok belajar ke tidak sepanjang 2 tahun ni sebab realitinya pdpr memang tak seronok! Tapi nak buat macam mana kan .... dah Covid-19 satu dunia!


Kakak cakap,"maaa ...tahun depan kakak form 3 agak-agak boleh pergi sekolah macam biasa dulu ke?" nampak sangat betapa dia rindu nak aktif di sekolah. 


Wallahualam kakak .... apa yang kita boleh buat jaga diri dan berdoa agar semuanya kembali pulih. Kalaupun tak boleh pulih 100%, 99% pun ok dah. Moga mereka ada peluang untuk merasai nikmat belajar dalam kelas dan beraktiviti sukan/koko di sekolah macam dulu balik.

Tuesday, August 10, 2021

Tuesday, August 10, 2021

Daftar Form 1 Dalam Suasana Norma Baharu

 

Assalamualaikum! Salam Maal Hijrah 1443H buat semua umat Islam. Pantas masa berlalu, anakku yang no.2 akan masuk ke Tingkatan 1 tahun depan. Hampir dua tahun Mira menjalani pembelajaran secara PdPR disebabkan pandemik Covid-19 yang sampai saat ini masih belum reda.


Jujur aku katakan, sukar nak belajar dan faham bila kelas secara maya ni. Tak banyak yang dapat difahami, tambah pula line internet tersangatlah lembap di waktu siang sebab keliling rumah pun orang lain dok guna internet. 


Tambah susah bila masuk bab baru, nak terangkan bagi faham kat dia tu memang menduga kesabaran. Tapi kite tahu, cikgu dah buat sebaik yang boleh nak bagi anak murid faham. Sebab tu aku kena duduk sebelah dia. Kadang-kadang, kalau kita sibuk dengan kerja lain, kita lalu sebelah dia tengok dia pegang pen tu lama sangat tak tulis-tulis lagi mesti ada masalah tu. Memang kena tinggalkan keje lain sekejap dan duduk dekat dia tunjuk cara nak jawab.




Kalau time kakak dia dulu nak masuk tingkatan 1, nak dengar taklimat kena pergi perjumpaan dengan guru-guru di dewan sekolah. Tapi tahun ni, kite buat secara online je la ye. Mujurlah line internet tak berapa semput sangat walaupun adakalanya video tersekat-sekat. 


Aku tak tahu la nak eksaited atau pun risau bila Mira nak naik tingkatan 1 nanti. Berbeza dengan kakak dia dulu, mungkin sebab ada result UPSR, kakak rasa lebih bersedia nak masuk sekolah menengah. 


Tapi Mira macam ok je. Siap ada target nak pilih sekolah mana. Yang pastinya dia tak berminat dengan MRSM ataupun SBP. Aku pun follow je la rentak dia. 




Langkah permulaan, kena ambil borang permohonan kemasukan tingkatan 1 dari cikgu. Proses yang sama macam tahun-tahun lepas cuma kali ni mudah sikit la sebab dah tahu nak pergi sekolah mana. Apapun, moga urusan Mira ni dipermudahkan dan berjalan lancar.


Besar dah anak ibu ni nak umur 13 tahun dah pun. Harapnya janganlah ada PdPR lagi tahun depan. Biarlah anak-anak pergi sekolah seperti biasa macam dulu. Memang takda rupa pelajar sekolah kalau belajar dari rumah ni hehe. 



Friday, January 29, 2021

Friday, January 29, 2021

Cabaran sekolah dalam smartphone

 

Assalamualaikum! Ingat lagi tak dulu murid-murid dilarang bawa handphone ke sekolah? 

Di rumah, mak ayah pulak tak bagi pegang handphone langsung atau hadkan masa bermain handphone

Termasuk la aku, memang budak-budak ni kalau hari sekolah takkan dapat pegang handphone.


Tapi, bila tiba Jumaat malam Sabtu dapat handphone kat tangan diaorang itulah 'buku teks' untuk dua hari sampai hari Ahad hehe. 

Dan sekarang, dengan masalah Covid-19 yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, nak tak nak murid-murid semua kena ada gajet dan pandai guna aplikasi untuk belajar secara online di rumah.


Tak aku nafikan, budak-budak ni memang cepat pick-up kalau pasal aplikasi kat smartphone.

Kita tak ajar pun dia tahu buat sendiri. Kadang-kadang kita tak tahu pun aplikasi tu wujud tapi diaorang tahu!😂 

Betapa noobnya aku!




Anyway, kakak dan adik antara mereka yang hidup pada zaman yang belajar dengan 2 kaedah iaitu dalam kelas dan secara maya (online). 

Kalau ditanya yang mana best dah tentu-tentu diaorang jawab online, sebab tak perlu gosok baju sekolah! 

Huh.


Kalau ditanya pada mak ayah, dah tentu kami prefer belajar dalam kelas sebab kami hidup pada zaman dimana konsep pembelajaran yang terbaik adalah hadir ke sekolah. 

Kaedah itu lebih efektif, lebih jitu dan komunikasi terjamin. 

Sebab itu, ramai mak ayah risau bila sekolah ditutup berbulan-bulan lamanya. 

Tapi apakan daya, Covid-19 semakin 'mengganas' dan kita tiada pilihan selain belajar menggunakan smartphone.


Cabaran tetap ada walaupun murid-murid tak dapat ke sekolah. 

Malah aku rasa, cabaran mengajar dan belajar itu lebih tinggi secara online

Yang ada smartphone sendiri, mungkin takda masalah. 


Namun, yang tiada atau berkongsi dengan mak ayah atau tiada langsung gajet itulah yang merisaukan.

Ada juga kes dimana, murid-murid kena tunggu mak ayah balik dari pejabat barulah boleh guna handphone diaorang untuk buat kerja sekolah. 

Hadir kelas online mungkin tak tercapai kerana kebanyakan kelas online dibuat pada waktu siang mengikut masa persekolahan. 


Banyak lagi cabaran belajar dalam kelas secara online ni. 

Walaupun secara online, cikgu-cikgu masih nak kena handle pelbagai ragam anak murid. 

Yang on microphone ketika cikgu bercakap, yang bunyi bising, yang tak masuk kelas dan macam-macam lagi. 

Aku yang duduk sebelah anak bila diaorang masuk kelas online ni pun boleh gelak sama-sama geleng kepala melihatkan gelagat masing-masing. 

Jenuh cikgu eh!


Apapun cabarannya, inilah pembelajaran norma baharu yang kita semua kena tempuhi bersama. 

Walaupun cara ini tidak seefektif belajar dalam kelas, tapi inilah cara terbaik buat masa sekarang.

Yang dibekalkan gajet tak kira smartphone ke, laptop ke, tablet ke, chromebook ke gunakanlah dengan sebaiknya untuk belajar. 

Moga segalanya yang berkait dengan Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan semuanya beransur pulih dan kembali normal seperti sediakala ...aamiinn.

Tuesday, February 25, 2020

Tuesday, February 25, 2020

Isu ustazah merangkak dalam kelas


Assalamualaikum! lama daku 'berpuasa' di blog ni. Rasanya bulan ni paling sikit aku bercerita. Banyak benda yang terjadi disekeliling aku. Tapi nantilah aku cerita kalau mood tu datang hehe.

Dalam banyak-banyak isu panas yang viral dalam bulan ni, isu maknyah gi umrah, isu Covid-19, isu tiada adab ketika ziarah kerana kematian, isu faraid, isu politik dan isu nikah 1 free 1 (mahram), isu ustazah merangkak ni yang buat aku terpanggil nak berkongsi disini. Pasal cikgu ni aku memang sensitif sikit bukan sebab aku ni cikgu. Dalam family aku pun takda cikgu. Tapi lebih kepada sebab cikgu adalah seorang insan yang kita diajar wajib hormat dan sayang sejak dari alam persekolahan lagi. 

Apa kes?? Bukan tak pernah isu mak bapak datang 'serang' sekolah sebelum ni. Cikgu kena maki hamun sebab anak didenda tu 
dari dulu lagi dah ada. Tapi kes ustazah disuruh merangkak dalam kelas disaksikan oleh murid-murid lain, dan ibu itu merakamkan perlakuan tersebut...apekejadahnya ni???

Wednesday, January 08, 2020

Wednesday, January 08, 2020

KPM Perkenalkan Sistem Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online


Assalamualaikum! Isu kehadiran ke sekolah memang menjadi topik hangat setiap tahun. Dan inisiatif terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini wajar diberi perhatian oleh ibubapa. Sekarang ibubapa dah tak perlu susah payah bertanya dalam group WhatsApp samada anak mereka ada di sekolah atau hadir ke sekolah atau tidak. 

Kini, ibubapa sendiri boleh menyemak kehadiran anak-anak mereka ke sekolah secara online. Wow! semuanya di hujung jari! 

Monday, January 06, 2020

Monday, January 06, 2020

6 Fesyen Tudung Ke Sekolah


Assalamualaikum!

Mira ni kalau buat lawak tak perlu disuruh. Memang dia semulajadi suka melawak. Tapi dalam keluarga kami je la. Luar dia pemalu yakmat!

Kami tiga beranak kalau duduk sekali mesti ada benda nak dibuat. Usik mengusik sampai bergaduh menangis tu dah biasa hehe. Tapi ada juga benda bermanfaat kami buat bersama, contohnya tido haha.

Anyway, satu malam dia tengah cuba tudung baru. Lalu disarung ke kepala dan dia bergaya depan cermin. Macam-macam fesyen dia buat. Kita perhati je dari belakang tengok gelagat dia.


Gaya seorang Mira bila bertudung

Friday, January 03, 2020

Friday, January 03, 2020

Hari pertama sekolah dah nangis...


Assalamualaikum! Tak pernah terjadi dalam tahun-tahun sebelum ni anak-anak menangis di hari pertama persekolahan. Dari zaman tadika, hari pertama diaoranglah manusia paling ceria di hari pertama persekolahan! Tapi tahun ni tercipta sejarah buat pertama kalinya hehe.

Apa kes? siapa yang menangis?

My babies

Saturday, December 28, 2019

Saturday, December 28, 2019

Yuran Sekolah Agama


Assalamualaikum! Semalam sibuk sikit sebab ada dua urusan penting yang perlu diselesaikan. Pertama, pergi JPWP untuk urusan sekolah menengah kakak. Seawal jam 8.30am kami dah 'menapak' kat sana, dalam masa 15 minit semuanya setel.

Kedua, bayar yuran sekolah. Lepas setelkan urusan di JPWP, kami pecut ke sekolah agama Mira untuk setelkan yuran dia. Tahun depan Mira dah darjah 5, bererti kena amik UPKK. Hari ni cuma perlu bayar yuran asas seperti buku tulis dan buku aktiviti je dulu. Yuran seminar UPKK nanti akan diberitahu bila sekolah bermula.

Friday, November 22, 2019

Friday, November 22, 2019

Hazwani Dari Darjah Satu Sampai Darjah Enam


Assalamualaikum! Tahun ni adalah tahun terakhir kakak di sekolah rendah. Allahuakbar... begitu cepat masa enam tahun berlalu. Masih teringat di kala menghantar kakak ke sekolah di hari pertama persekolahan dia tahun 2014!

Ni yang rasa nak throwback gambar-gambar lama ni, masa Hazwani baru nak melangkah ke alam darjah satu. Sungguh comel, sungguh kecik, sungguh putih dia masa tu hehehe. 


2014

Darjah 1

Friday, June 28, 2019

Friday, June 28, 2019

Cikgu meluah perasaan tentang Hazwani


Assalamualaikum! Minggu ni kebanyakan sekolah buat open day (atau report card day) so ramai la ibubapa update kat fb kat media sosial pasal benda ni, terutama anak-anak baru darjah 1. Aku pun update juga haha buat kenang-kenangan. Besok anak-anak dah sekolah menengah kita up lagi kan hehe.

So kami datang berdua, tapi 'berpecah'. Ayahnya mengadap cikgu kelas Mira, dan aku masuk mengadap cikgu kelas Hazwani. Nak tahu sangat apa perkembangan dia dalam kelas. Maklumlah, UPSR lebih kurang 2 bulan je lagi kan, tipula kalau aku cakap aku tak nervous. Tipula kalau aku cakap aku tak letak harapan tinggi kat dia. Of course aku berharap, sebab aku tahu dia boleh buat. 



Monday, March 04, 2019

Monday, March 04, 2019

Berpanas berhujan demi bola jaring


Assalamualaikum!

Sukan yang kakak minat selain badminton. Pernah dia terpilih untuk wakil sekolah masa darjah 4 tapi ayahnya tak benarkan sebab keputusan peperiksaan dia tak memuaskan masa tu. Kecewa bukan kepalang anak dara tu. Tapi syaratnya dah dipersetujui dan tanpa kompromi.

Bukan niat nak menghalang minat dia, tapi kami kena bertegas sebab pelajaran sangat penting. Bila ibubapa jenis exam-oriented ni begitulah agaknya kan hehe. You can play tapi mesti pandai bahagi masa untuk belajar dan berlatih. Jangan merungut penat dan sebagainya, sebab sukan itu pilihan, manakala belajar itu wajib. Jadi bila tahun tu dia tak berapa 'perform' dalam pelajaran, kami terpaksa 'rehatkan' dia setahun.



Wednesday, January 09, 2019

Wednesday, January 09, 2019

10 Jenis Perangai Ibubapa Dalam Group WhatsApp Yang Korang Kena Tahu!


Assalamualaikum!

Persekolahan dah bermula, mesti guru-guru tengah sibuk uruskan banyak benda berkaitan pelajar.
Dan sudah pasti banyak benda perlu sentiasa dimaklumkan pada ibubapa secepat mungkin untuk tindakan pantas bagi memudahkan urusan sekolah.
Untuk tujuan itulah, ramai guru mengambil insiatif mewujudkan group WhatsApp untuk ibubapa. 
Apa saja info berkaitan sekolah dan pelajar akan terus disalurkan dalam group sebagai makluman awal kepada ibubapa.
Selain ia memudahkan guru untuk mendapat respon pantas dari ibubapa berkenaan apa-apa isu di sekolah.

Itu antara TUJUAN penubuhan group WhatsApp sekolah.
Tapi penubuhan ini ada pro dan con dia.
Walaupun benda ni nampak 'kecil' tapi kesan dia boleh buat kita meroyan juga tau haha.
Aku pasti ibubapa lain pun ada rungutan kecil pasal benda ni.

Kadang-kadang naik fed-up pun ada.
Tapi sebab guru yang buat group WhatsApp ni, maka tak nampak apa-apa masalah disitu.
Tapi masalah akan timbul bila dalam ramai-ramai tu, ada sorang dua yang boleh bikin kita rimas dan terus left group!



Monday, January 07, 2019

Monday, January 07, 2019

Yuran PIBG Memang Tak Wajib, Tapi ...


Assalamualaikum!

Baru masuk minggu kedua 2019.
Tapi macam-macam isu yang viral sekarang ni.
Antaranya, isu yuran PIBG tidak wujud!
Memang kena la pada tempat dan masanya.

Kalau 20 tahun dulu, mungkin takda isu.
Tapi zaman semua 'dihujung jari' ni, yang takda isu pun boleh dijadikan isu.
Kalau tak silap (kalau silap betulkan ye), permulaan isu ini bermula bila timbul istilah 'yuran' dan 'sumbangan'.
Kalau yuran, dah tentu kena bayar setiap tahun kan.
Tapi bila ada pihak yang mempersoalkan ianya bukan yuran tapi sumbangan, maka disinilah bermulanya pertikaian samada wajib ke tidak ibubapa untuk beri sumbangan untuk PIBG sekolah.

Dia macam ni lah.
Kita kena faham dulu apa itu sumbangan PIBG.
Sebagai ibubapa, kita kena ambil tahu.
Bukan bila part nak bayar mulut kita bising.
Tapi tak ambil tahu untuk apa kita bayar.


Wednesday, January 02, 2019

Wednesday, January 02, 2019

Pengawas lama dan pengawas baru di hari pertama persekolahan!


Assalamualaikum!

Bermula tahun ini, kakak dan adik akan pakai baju sepesen! 
Sebab tahun ini Mira dapat jadi pengawas.
Maka, baju untuk sekolah rendah takda kaler putih dah, semua biru belaka.

Dia punya eksaited dapat sarung baju pengawas.
Tapi budak ni tak tahan panas, berpeluh.
Pakai baju kurung biasa pun dia gaduh berpeluh.
Tak tahu lah nasib dia macam mana kalau pakai uniform pengawas hehe.

Kelengkapan sekolah untuk diaorang yang biasa-biasa je.
Yang penting buku tulis dan buku kerja kena ada.
Kakak pula kemeja pengawas tahun lepas dah tak muat.
Bila ibu cakap dia makin 'mengembang' tahu pulak marah ke kita.
Kain tu pun dah ketat.
Kena tempah baru yang lebih la citernye.

Monday, December 10, 2018

Monday, December 10, 2018

Bantuan Pendidikan Untuk Ibubapa Yang Ada Anak Sekolah Rendah/Menengah


Assalamualaikum! BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK SEKOLAH

Bantuan pendidikan untuk pelajar pra sek/tadika/sekolah rendah dan sekolah menengah akan DIBUKA mulai 11 Disember/Selasa ini. 

Semua permohonan hanya melalui online  di laman web Zakat Selangor, www.zakatselangor.com.my. Permohonan  hanya boleh dibuat mulai 11 Disember sahaja. 



Wednesday, November 28, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Kasut Sekolah Hitam Wajib Tahun 2021


Assalamualaikum! Ada ke ibubapa yang dah start beli kelengkapan persekolahan anak-anak? Dah tentulah kasut sekolah termasuk dalam senarai kan. Hari tu kan menteri dah umum pemakaian kasut hitam di sekolah kan. So, kena beli kasut hitam atau kasut putih?


Tuesday, November 20, 2018

Tuesday, November 20, 2018

SSPN-i untuk anak-anak ibu




Assalamualaikum! Alhamdulillah urusan sspn-i untuk anak-anak ibu dah selesai. Akhirnya mereka ada akaun tabung pendidikan sorang satu. Ibu dah lama target nak buka akaun sspn untuk anak-anak sejak dari mereka darjah 1 lagi, tapi apapun syukur sekarang mereka dah ada.

Friday, November 16, 2018

Friday, November 16, 2018

Hari Anugerah Cemerlang | Sekolah Rendah


Assalamualaikum! Alhamdulillah tahun ni anak-anak ibu masih berkesempatan naik atas pentas terima anugerah. Ibu bangga bukan kerana semata-mata anak-anak ibu cemerlang di sekolah. Tapi ibu bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana kurniakan nikmat ini pada anak-anak ibu dan ibu hanya tumpang gembira dengan kejayaan mereka.

Semalam adalah hari besar bagi anak-anak ibu. Tiada kata-kata yang lebih indah dapat ibu berikan melainkan ucapan tahniah dan syukur kerana dengan izinNya, kakak adik cemerlang lagi tahun ini.




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.