Teknologi
Wednesday, July 31, 2013
Wednesday, July 31, 2013
Makanan
Wednesday, July 31, 2013
Eeeuwwww! Pekerja Subway Letak....
Assalamualaikum!~
Anda penggemar makanan segera Subway? Kali terakhir Kenit try sandwich dia (apa nama dah lupa) awal tahun 2012. Konon gatal tekak la kan takmo makan nasi berlauk, boring konon! Pegi Amcorp Mall ternampak ada satu section Subway kat bahagian luar.
Dengan konfidennya, Kenit pun beratur la nak order. Padahal, nak order apa pun tak tahu camner. Ingat order macam order KFC tu ker, dah siap bungkus. Sekali kena pilih daaaaaa. Jenuh Kenit dok pilih jenis bread, pastu nak kena fikir letak daging apa, sos apa, nak tambah mushroom atau mustard blablablablablabla!
Paling best time nak bayor! Terkejut teman kena sampai doploh hengget lebih! Woi! ini roti sandiwch ka nasi arab mandy! heeee :D.
Itulah sekali Kenit beli, pastu taubat takmo pi dah!
Tak menarik lagi?? Haaaa yang ni mungkin menarik (^_^)
Syria
Wednesday, July 31, 2013
Syria Care : Show We Care.
Assalamualaikum!~
Semua dah maklum tentang konflik yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi yang mengambil inisiatif untuk mengetahui perkembangan sebenar di Syria, mereka pasti tahu pergolakan disana berpunca dari apa, siapa, bagaimana dan tujuannya.
Jika anda hanya mengambil peduli tentang apa yang berlaku di Syria hanya dengan menonton berita di tv dan mendengar di radio, maka kebanyakan dari anda pasti masih keliru dengan apa sebenarnya yang berlaku di sana. Maklumat yang diberi kadangkala tidak tepat, tidak up-to-date dan tidak menunjukkan realiti sebenar.
Sumbangan & Derma
Wednesday, July 31, 2013
Mohon Sumbangan Pembinaan Bangunan Asrama Tahfiz An Nur.
Assalamualaikum!~
Terbaru, Kenit terbaca satu poster di facebook mengenai sebuah Tahfiz (anak yatim) di Setiu, Terengganu yang memerlukan sumbangan dari kita semua.
Tuesday, July 30, 2013
Resepi Kenit
Tuesday, July 30, 2013
Diari Ramadhan - Menu Sihat.
Assalamualaikum!~
Time balik petang, memang selalunya aku tak terkejar masa nak memasak. Kuar opis kul 4.30pm dengan trafik sesak kat Federal membawak sampai ke midValley. Sape2 yang biasa lalu Federal time balik keje memang akan mengerti luahan hati dan perasaanku ini hehe.
Tapi, ditakdirkan semalam aku tergerak hati nak singgah kedai si Zam, nak tengok apa dia jual arini.
Ikan pari?....pucat!
Ikan tenggiri?...picit badan...lembik!
Ayam?...pucat dan kembang!
Sotong?...huh!
Udang?...fresh gak la..set!
Lelaki
Tuesday, July 30, 2013
Tutorial Pakai Kain Pelikat By Atok.
Assalamualaikum!~
Berapa ramai budak lelaki zaman la ni yang suka pakai kain pelikat bila duk kat umah?? Jangan tipu laaaaa memang ciput je bilangannya! Korang lebih prefer pakai boxer atau suar pendek tiga suku tu kan? Ramai yang Kenit jumpa kat kedai-kedai atau warung makan suka nau pakai suar pendek. Tak pun, diaorg pakai suar track-bottom atau suar jeans.
Abah Kenit masih lagi pakai kain pelikat kalau duk kat umah. Even, dia dapat kain pelikat baru tiap kali ada jemputan buat tahlil atau berzanji kat umah orang. Stok kain pelikat jangan cakap la....berlambak! Tapi, abg Kenit yang sulung tak pernah pakai kain pelikat...jarang sangat! Dia pakai kain pelikat pun time eksiden motor dulu kes merempit muehehe. Tu la...'majal' sangat kannn konon rockerzz (tahun 90an) pakai suar jeans ketat ala-ala metallica gitew...ceh. Sekali langgar tembok kain pelikat jugak yang dicari.
Monday, July 29, 2013
Flora & Fauna
Monday, July 29, 2013
Katak Ini Persis 'Model'.
Assalamualaikum!~
Wahhh! katak yang sekor ni telah menambat hati jutaan peminatnya dari seluruh dunia! Kalah 'posing' peserta Ratu Cantik Malaysia' kan? heeee :D. Istilah 'katak panggil hujan' mungkin dah tak relevan lagi kot di masa sekarang ni. Bukan keje dia memanjang nak "onggggggg gedek gedekkk" panggil ujan. Dia pun 'susah' jugak kalau ujan turun.
Tak percaya? moh nengok ni....
Resepi Kenit
Monday, July 29, 2013
Diari Ramadhan - Bila Mira Salah Tanya.
Syria
Monday, July 29, 2013
Pengumuman SANGAT-SANGAT Penting!
Assalamualaikum!~
Pesanan dari SYRIA CARE buat rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib dan penderitaan rakyat di bumi Syam (Syria). Entri khas juga boleh dibaca di Syria Care : Show We Care.
#Syria #Ramadhan #Islam #Malaysia
Pengumuman yang SANGAT-SANGAT penting
Saya berharap semua membacanya dan membantu untuk menyebarkannya:Diharapkan semua penyokong Syria Care dapat mengumpulkan satu juta ringgit dalam satu hari bahkan lebih dari itu bila mendengar nasihat ini insya Allah..
Saudara dan saudariku, tidak lama lagi akan berakhir bulan Ramadhan dan kita belum berhasil mengumpulkan satu juta ringgit (dari Malaysia untuk Syria) dan saat ini kita berada dibulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan....
Sunday, July 28, 2013
Ramadhan
Sunday, July 28, 2013
Lelaki Juga Boleh Dikecualikan Dari Berpuasa.
Assalamualaikum!~
Agak-agak suke tak orang lelaki kalau baca title di atas?hehe. Perempuan kalau tak berpuasa kita tau dah sebab apa. Sebab paling besar yang tak boleh dielakkan dan sangat dibolehkan untuk tidak berpuasa adalah bila 'datang bulan', kuar darah nifas pas bersalin atau kerana menyusukan anak.
gambar hiasan - google |
Friday, July 26, 2013
Sebarkan!
Friday, July 26, 2013
Pengumuman : DNA Babi Dalam Produk Makanan.
Assalamualaikum!~
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) - JAIP
Thursday, July 25, 2013
Something in my head
Thursday, July 25, 2013
Di Mana Peranan Kita?
Assalamualaikum!~
Isu 4 wanita yang digugurkan dari menyertai Pertandingan Ratu Cantik Malaysia baru-baru ini sangat menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Ramai yang mengeji dan memaki tindakan mereka berempat mempertikaikan dan mempersoalkan hukum Allah s.w.t. Dan, tak kurang juga yang memberi kata-kata 'semangat' sebagai menyokong tindakan mereka untuk 'melawan' fatwa yang dikeluarkan ke atas mereka.
Kalau ikutkan rasa hati panas dan menggelegak ini, hanya kata-kata caci dan maki hamun yang akan keluar dari mulut kita semua. Kecewanya kita (yang beragama Islam) ini bila salah seorang dari mereka berempat meluahkan bahawa fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa di sisi Islam adalah LAPUK atau OUTDATED.
Ramadhan
Thursday, July 25, 2013
Tips Mengekalkan Kecergasan Semasa Berpuasa.
Assalamualaikum!~
Selalu sangat kita tengok, orang kita kalau bulan puasa mesti rasa ngantuk, lemah, mata kuyu, bibir kering dan sebagainya. Adakah disebabkan oleh ibadah puasa? Sudah tentu tidak. Banyak kajian sains telah membuktikan betapa ibadah puasa mampu mengekalkan kecergasan dan kesihatan kepada seseorang itu.
Wednesday, July 24, 2013
Informasi Dan Tips
Wednesday, July 24, 2013
Sebelum Ada Internet.
Assalamualaikum!~
Kenangan lalu mengusik jiwa. Hatta, dalam bermain pun ada kenangan indah. Kadang-kadang, Kenit kasihan dengan bebudak sekarang. Hak mereka untuk bermain telah 'dirampas'.
Tiada lagi keseronokan...
Tiada lagi gelak tawa di padang...
Tiada lagi gaduh kemudian kembali bersalaman...
Tiada lagi wajah berpandangan, mengerat hubungan tali persahabatan....
Lalu, siapa yang 'rampas'??......TEKNOLOGI secara umumnya. INTERNET secara khususnya.
Dulu, kami tiada internet. Kami tak mampu beli Playstation dan tentu sekali kami tiada laptop. Tapi, kami bahagia...bahagia dengan permainan warisan nenek moyang kami.
Cerita Raya 2013
Wednesday, July 24, 2013
Persediaan Raya.
Islam Point Of View
Wednesday, July 24, 2013
Amalan Cukur Jambul - Pandangan Ustaz Hassan Din.
Assalamualaikum!~
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
![]() |
sumber : fb |
Anything and Everything
Wednesday, July 24, 2013
Isu Semalam.
Assalamualaikum!~
Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.
"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.
Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.
Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:
Tuesday, July 23, 2013
Something in my head
Tuesday, July 23, 2013
Pindah Cyberjaya?
Assalamualaikum!~
Kecoh!kecohhhhh lagi pasal nak pindah. Tapi, masing-masing tak mo berharap sangat sebab dah banyak kali jadi kata nak pindah tapi akhirnya sonyap. Tapi, kali ni macam sure je akan pindah. Dah tak nampak 'jerebu' macam last time.
Dulu, bila kata nak pindah amik masa 2/3 tahun tuk bina bangunan baru atas tapak tanah baru. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ia tak dapat diteruskan. Tapi kali ni, 'bulan' terang sungguh...macam malam tadi hehehe.
Monday, July 22, 2013
Syiah
Monday, July 22, 2013
Menakutkan!!! Pengikut Syiah Di Malaysia Mungkin Cecah Sejuta.
Assalamualaikum!~
Allahurobbi...! Kebejatan semakin meruncing. Situasi yang kita alami sekarang ini mungkin tiada yang ambil peduli. Akibatnya...ajaran sesat ini telah menular perlahan-lahan di dalam jiwa masyarakat kita.
Kalian mungkin obses dengan k-pop, terkejar-kejar dengan muzik Barat, gaya dan cara hidup mereka. Hakikatnya, kita tidak tahu 'duri' sedang cuba untuk masuk menusuk ke dalam tubuh kita.
Resepi Kenit
Monday, July 22, 2013
Diari Ramadhan - Strike Two!
Assalamualaikum!~
Actually, banyak yang aku ngidam nak makan dalam bulan puasa ni hehehe. Dalam bulan lain tak dapek, cuma dalam bulan puasa je dapek. Apa tu??? BUBUR LAMBUK KG. BARU...Fuh!
So, Pak Jelan call...
"Hani, orang ramai laaaa...panjang giler barisan ni!"
"Alaaa abg tunggu la kejap. Memang beratur panjang tapi dia bagi cepat. Tunggu ar kejappp"
"Nanti balik nak masak lagi...tak sempat ni. Abg balik dulu arrr"
"Alaaaa...dah sampai situ dah tunggu la kejapppp. Dia bagi cepat"
"Abg balik arr....lambat lagi ni, dah la ramai orang. Abg jauh kat belakang beratur ni. Abg balik la ekkk"
Dengan mood sebal....
Saturday, July 20, 2013
Jom Tambah Ilmu
Saturday, July 20, 2013
Apa Parasit Boleh Lakukan Pada Anda.
Assalamualaikum!~
Selain penyakit berisiko tinggi seperti kanser, manusia juga terdedah dengan ancaman parasit tanpa disedari.
Kebanyakan parasit masuk melalui rongga tubuh kita, dan ada juga yang melalui kulit! Punca utama dikesan adalah disebabkan tahap kebersihan yang sangat rendah memungkin parasit ini mudah masuk ke dalam tubuh kita.
Lihat apa yang parasit boleh lakukan pada anda....
Friday, July 19, 2013
Wanita
Friday, July 19, 2013
Mimpi Ngeri Dr. Delaila.
Assalamualaikum!~
Baru-baru ni rumah seorang menteri dipecah masuk. Yang terbaru, doktor disamun sehingga putus jarinya dihadapan kliniknya sendiri. Allahurobbi....ape nak jadi ni???
Dr. Delaila |
PETALING JAYA (17 Julai, 2013) - Semasa Dr. Delaila berhadapan dengan penyamun diluar kliniknya selewat jam 1.20am pada hari Selasa, dia tidak menyangka akan mengharungi pembedahan selama 12 jam untuk menyambungkan semula ibu jari tangan kirinya yang putus akibat ditetak penyamun dan merawat pergelangan tangan yang patah.
Anything and Everything
Friday, July 19, 2013
Bila 'Cinta' Didusta.
Assalamualaikum!~
Bila cinta didusta...
Hati mula gelisah...
Hilang kekasih hati...
Hidup jadi merana...aaaa...
Ingat ni madah lagu cinto ko? takdo maknonyo do. Apo nak buek, dio kato naik naiklaaaa. Tapi, kalu turun lagi bertambah heran den hehe. Baru nak merasa gaji naik dah kena 'potong' ngan tarif letrik.
Resepi Kenit
Friday, July 19, 2013
Diari Ramadhan - Rembau Most Wanted Yo!
Assalamualaikum!~
Mood rajin datang layiiiiiii! Kali ni resepi istimewo dari rombau. Den mombosar dongan masakan rombau. Tapi, maso kocik-kocik dolu den tak beghapo gomar makan masakan kampung ni. Yang den tau...ayam...ayam...ayam!
Bilo den dah bosar panjang, dah pandai makan podeh sikit-sikit baghu den tau, masakan nogoghi sombilan memang sodap moncongkam tokak dibueknyo! hehehe. Paling den suko masak lomak tompoyak pucuk ubi ngan potai! Laki den lalu blakang den tak sodar hehe.
Thursday, July 18, 2013
Segmens and Giveaways
Thursday, July 18, 2013
Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
Assalamualaikum!~
KLIK BANNER untuk join |
Dari firasat dan naluri seorang wanita, rasa-rasanya nilai bagi duit syiling di atas berjumlah RM115.50. Harap-harap boleh jadi jawapan terhampir setelah dibundar nanti ekekeke.
Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net,Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi,BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u,PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Comdan BulanPurnama.Net
P/S: Moh join..(^_^)
Anything and Everything
Thursday, July 18, 2013
FELDA Dapat Duit Raya.
Resepi Kenit
Thursday, July 18, 2013
Diari Ramadhan - Strike One!
Assalamualaikum!~
Nak capaikan hajat, maka aku nekad memasak petang semalam. Sempat jugak aku terjah kedai Zam merembat apa yang patut untuk masak kari daging.
Wednesday, July 17, 2013
Parenting & Tips
Wednesday, July 17, 2013
Kenapa Marah?
Tips sihat
Wednesday, July 17, 2013
Tahukah Anda Tentang Kurma?
Tuesday, July 16, 2013
Diari Ramadhan Kenit
Tuesday, July 16, 2013
Diari Ramadhan - Standby
Assalamualaikum!~
Lenguh segala sendi dan tulang temulang aku menekan clutch, minyak, brek, clutch, minyak, brek! Tersengguk-sengguk kete kebalku di tengah-tengah Hiway tidak berbayar itu setiap hari. Memang bulan ni takdapatla nak racing lelaju gamaknya huhu.
![]() |
Sessssaakkkkk sungguhla semalam! Semua kete statik kat tempat masing-masing. Tu yang aku berani snap tu hehe. |
CUEPACS
Tuesday, July 16, 2013
Bonus Dapat Ke Tak?
Assalamualaikum!~
Dua tiga hari lepas, kecoh kat facebook orang dok post mengatakan kerajaan akan bagi bonus setengah bulan gaji pada hari raya 9hb Ogos depan. Bila aku belek kalendar cinonet aku ni, 9hb Ogos tu jatuh pada hari raya kedua! Apekejadahnya dia nak bagi bonus masa hari raya haha! Tekono...tekono....
Bonus 9hb Ogos yang dimaksudkan mungkin untuk tahun lepas kot. Sebab tak pernah berlaku dalam sejarah lagi kerajaan bagi bonus masa hari raya. Yang ada sebelum hari raya ader la. Kalau bagi setengah sebelum raya, setengah lagi pas raya pun ok gak kan hehehehehehe (^^,)
Monday, July 15, 2013
Wanita
Monday, July 15, 2013
Rawat Kulit Dengan Siput.
Assalamualaikum!~
Orang Jepun memang obses ngan kecantikan. Well, kat sini pun obses jugak tapi takdala sampai nak letak sibut babi yang berlendir itu di atas muka dan membiarkan ia mengengsot perlahan-lahan di atas kulit anda! Eeeuuuwwww....hey hey, nak cantik ke dak?? hehe (^_^)
Sunday, July 14, 2013
Diari Ramadhan Kenit
Sunday, July 14, 2013
Diari Ramadhan - Tak Puasa
Assalamualaikum!~
Petang dah bangun mula la masing-masing tuntut nak pergi bazaar ramadhan. Thanks to ayah yang berjanji kalau bebudak tu tido tghari, petang nanti boleh gi bazaar ramadhan. Haaaaaaa ujan lebat petang semalam, nak tak nak kena gi ar. Budak-budak ni kalau tuntut janji memang champion!
![]() |
Roti jala peberetku, tapi tinggal ni je la huhu. |
Video
Sunday, July 14, 2013
How Useful Coca Cola Is!
Assalamualaikum!~
Nowadays, people also drink Coca Cola when they break their fast. How do you feel when that gassy water passing through your esofagus and into your stomach after almost 12 hours fasting?
Saturday, July 13, 2013
Video
Saturday, July 13, 2013
Arnab 'Frankestein'
Assalamualaikum!~
Arnab adalah seekor haiwan yang sangat comel dan mempunyai bulu yang super gebus! Arnab juga merupakan haiwan kedua terbijak selepas sang Kancil hehehe. Tetapi, arnab yang ini adalah yang pertama kali lain dari yang lain!
MANKATO, Minn - Video milik seorang pelajar kolej telah menggemparkan ratusan ribu warga internet apabila dia merakam seekor arnab yang mempunyai 'tumor' dibadannya dan menamakannya sebagai "Frankestein"
Gunnar Boettcher, 20, pelajar di Kolej Gustavus Adolphus di St. peter, dan adiknya mengambil gambar dan merakam video arnab unik ini, yang kelihatan seperti ada ketumbuhan membesar di atas kepalanya, pada 26 Jun yang lalu.
Friday, July 12, 2013
Something in my head
Friday, July 12, 2013
Pelanduk Dua Serupa @ Pelanduk Takda Rupa?
Assalamualaikum!~
Hurmmmmm~
Aku dalam dilema...dalam diam selalu bertanya...
tentang siapakah diriku sebenarnya.
Di mana saja aku pergi, pasti soalan sama datang menyapa.
Namun, ini saja yang bisa ku katakan,
Mungkinkah pelanduk dua serupa.
Hurmmmmm~
korang pernah kene tak macam ni?
Pegi situ orang cakap muker korang macam si polan,
lari sini orang cakap muker korang macam si polin,
lompat sinun orang kater korang serupa si polon (mujur tak polong ngeh3x).
Kenit tak fahamla, adakah muker Kenit ni muka copy paste?
Ramadhan
Friday, July 12, 2013
Tips Menggalakkan Anak Berpuasa.
Assalamualaikum!~
Jika kita kata 'TIDAK BOLEH/TAK PAYAH' bunyi macam tak encouraging pulak! Kalau kita kata 'WAJIB/KENA JUGAK PUASA' tu dah macam bunyi memaksa which is not good! Macam mana kita nak tukar dari FORCING to ENCOURAGING anak-anak kita dalam bab ini?
"bu...bu nak puase! nak puaseeeeee...."
Thursday, July 11, 2013
Video
Thursday, July 11, 2013
Mudahnya Melipat Kain!
Assalamualaikum!~
Hohohoho ittttttula yang paling lambat sekali nak siap haha. Dalam banyak-banyak keje umah, bab lipat melipat kain ni memang tak pernah yang pas! 85% kajian menunjukkan anak-anak dara malas melipat baju dan tabiat ini terbawa-bawa sampai ke alam perkahwinan hehe. Kajian ni Kenit yang buat sorang jadi anda berhak untuk merasa ragu dengan peratusan di atas. Tapi, jika anda setuju sila angkat kening Ziana Zain (^_^)
Basuh kemain lajuuuuu...sidai kemain cepatttttt...tapi bila nak lipat...alahaiiiiiii.
Pendaftaran Tahun 1 2014
Thursday, July 11, 2013
Pendaftaran Tahun 1 2014 - Check Penempatan Sekolah.
Assalamualaikum!~
Last time pendaftaran kat sekolah lama sudah dibatalkan. Bila dah batal kena la buat permohonan online yang baru kalau nak daftar anak di sekolah lain. Ikutkan prosedur ni tak susah tapi yang menyusahkan bila mak bapak tak tau alamat sekolah yang betul hehe.
Takpe...takpe everyone makes mistakes. Now, Kenit dah daftar baru dan pergi sekolah yang betul kali ni. Tapi, pendaftaran dah lambat. Awal bulan 7 baru nak gi sekolah hantar surat so tawakal bebanyak je la masa tu.
Diari Ramadhan Kenit
Thursday, July 11, 2013
Diari Ramadhan - Hari Pertama
Assalamualaikum!~
Semalam hari pertama mereka berpuasa. Like last year, aku tidak pernah memaksa mereka untuk menunaikan Rukun Islam ke-3 itu. So, this year i did'nt do much on encouraging them to puasa. Sebab? Sebab aku taknak mereka puasa kerana aku yang suruh. Aku nak mereka faham dahulu apa itu puasa. Dan, yang paling penting aku nak mereka mahir solat dulu, baru puasa.
Anyway, subuh semalam kakak dah bagitau dia nak puasa. So i said "ok..kakak boleh puasa. Tapi, kalau tak tahan boleh berbuka dan minum air ok?". Then, sebelum pegi sekolah semalam dia bantai sebotol susu hehe.
Wednesday, July 10, 2013
Wanita
Wednesday, July 10, 2013
Pramugari Dilarang Bersolek.
Tuesday, July 09, 2013
Story Kenit
Tuesday, July 09, 2013
Majlis APC 2012
Assalammualaikum!~
Teringat masa mula kena interbiu. Pegawai tanya "sila berikan saya satu jenis awan yang awak tahu, Cik Hanim". Mabuk meroyan aku rasa masa tu, ape nama aku nak bagi ek? Mampus aku lagu ni kalau tak dapat jawab balik tangan kosong la aku! Perghhh! giler giler! Reeves kot? macam Keanu Reeves....ceh! merepek ko ni Nim. Ape kejadahnya nak letak nama boipren aku tuk awan tu? Ouuhhhh.......
Dalam hati dok ngomel 'adoiiiii kalau salah kang dia tulis, kalau tak bagi kang dia tulis gak! Ahhhh teruk aku ni, sebelum datang tak ulangkaji. Allah.....aku betul2 tak tau ni!
"Errm....maaf Encik, saya tak tahu.." Pukkkkkk! bunyi buah nyok menghempuk atas kepala dunguku tika itu di dalam bilik interbiu walaupun satu pokok idup pun aku tak nampak. Rasa malu nak saje aku berentikan masa dan ketuk2 kepala lonjong ini kerana gagal memberikan satu jawapan untuk soalan pegawai itu. Tapi sayang....aku tak berdaya.
Cerita My Pearls
Tuesday, July 09, 2013
Siapa Yang Sekolah Ni??
Assalamualaikum!~
Petang balik terussss depa bukak beg kuarkan buku dan buat homework.Nampak gaya lesson pertama aku berjaya iaitu depa buat homework tanpa disuruh ekekekeke. Dah siap menulis, time mewarna. Patutla depa suka betoi wat homework heeee.
Pe'el Miratora ni, kalu time menulis rasa-rasanya 80% tenaga dia pasti kehabisan ekekeke. Bila time nak mewarna mulala tangan lenguh la, perut lapo la, nak berak la, susu tak habis lagi la...huh.
Kerana tak tahan dengor dia merintih dalam kegedikan, aku pun tolongla sikit...alaaa kaler je pun bukan susah sangat huhu. Tetiba.....
![]() |
"hobi saya ngunyah". Ngguunnnyahhhhh je budak Miratora ni. |
Monday, July 08, 2013
Pendaftaran Tahun 1 2014
Monday, July 08, 2013
Pendaftaran Tahun 1 2014 : Back To Square One.
Assalamualaikum!~
Orang lain tak salah melainkan diri ini yang bersalah! Dasar tak tahu dimana letaknya sekolah yang betul, inilah jadinya! Jika anda terserempak dengan Kenit jangan tanya pasal arah jalan atau tempat tertentu sebab Kenit memang ZERO bab2 gini hehe.
Sekarang dah terpalit ke anak pulak....
Saturday, July 06, 2013
Jom Tambah Ilmu
Saturday, July 06, 2013
Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 3
Assalamualaikum!~
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL
(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)
1- Membawa syurga dan neraka
Huzaifah berkata Rasulullah saw bersabda "Ada bersamanya (dajjal) syurga dan neraka. Sesungguhnya nerakanya adalah syurga, dan syurganya adalah neraka"
[HR Muslim dalam kitab Al-Fitan. no 2937]
Maksudnya: Dajjal akan memberi kenikmatan dan kemewahan kepada orang yang mahu mengikutnya, namun pengikutnya itulah akan diazab di neraka pada hari kiamat nanti. Dan orang yang tak mahu mengikutnya pula diseksa dan diperlaku kejam, namun di akhirat akan mendapat syurga. InsyaAllah.
Wednesday, July 03, 2013
Cerita My Pearls
Wednesday, July 03, 2013
Suka Pi TESCO Sebab Ni La...
Assalamualaikum!~
Tu la port kami sekeluarga kalu ada pulus lebih dan masa lebih hehehehehe. Rambang mata nengok baju kurung moden dok gantung-gantung kat sana hehehe. Mat Bangla tu pulak letak harga haihhh....kemain murah lagi! Bergoncang poket sekejap hehehe.
Anak-anak ape lagi yang depa tau...main je la! Weh! masuk sekali dalam 'istana' hok lompat-lompat tu RM3 hengget ko! 2 orang budak dah RM6 hengget! main tak sampai 1 jam pun dah terhegeh-hegeh nak kuar. Main permainan kat luar yang pakai token tu pun ok gak tapi ramai sangat kanak-kanak tak syok la nak kena tunggu plak.
So, kami cuba aktiviti baru...nak tulis nama ape pun tak tahu. Tapi, ni lah dia....
Bisnes Kenit
Wednesday, July 03, 2013
Samsung Galaxy GRAND Original Untuk Dijual.
Assalamualaikum!~
*entri melekat *
STATUS : ITEM SOLD
*entri melekat *
STATUS : ITEM SOLD
Pagi ni badan Kenit dah kebah sikit panasnya, tapi sebolehnya Kenit gagahkan duduk dalam opis sejuk beku ni!huhu. Semoga esok lebih baik buat Kenit, Kenit mohon doa dari anda semua ya.
Ok, straight to the point la ye. Pak Jelan ada bawak balik satu set smartphone Samsung Galaxy GRAND Original petang semalam. So, dia mintak Kenit promote kat Nukilan Kenit kalau-kalau ada yang berminat nak beli. Tapi sayang, stok ader satu (1) je dalam tangan Kenit.
Samsung Galaxy GRAND didatangkan dalam satu set.
Tuesday, July 02, 2013
Lelaki
Tuesday, July 02, 2013
Perokok Mesti Suka Ni!
Assalammualaikum!~
Mai sini sat perokok-perokok 1Malaysia, ni nak habaq mai kat hangpa ada berita 'terbaik' buat anda perokok-perokok yang dihormati sekalian.
Harga rokok turun ka???..............BUKAN
Fatwa kata rokok HALAL ka????................BUKAN
Kerajaan kata rokok SIHAT ka???.........BUKAN jugak!
Tapi.......
Nuffnangers
Tuesday, July 02, 2013
Keuntungan Bulan Jun.
Assalamualaikum!~
Lama tak buat entry pasai Nuffie. Sama merajuk la Kenit ni pun hehehe. Malasla nak tulis tiap kali dapat iklan baru. Kenit pulun sekali semua dalam satu bulan baru buat kira-kira, ok tak cenggitu?hehe
Untung pun sen sen je, tapi ok la dari takda. Dia kira camner Kenit tak tau la, tapi terima kasih pada yang sudi klik iklan Kenit. Naik jugak pulus Kenit walau tak capai RM10 hengget hehehe.
Monday, July 01, 2013
Ekstrim
Monday, July 01, 2013
Minyak Wangi Ini Boleh Kuruskan Anda?
Something in my head
Monday, July 01, 2013
Jumaat..Sabtu...Ahad.
Assalamualaikum!~
Jumaat...Sabtu...Ahad...jangankan kata nak pegang, tengok pun aku ndak mau.
Walaupun rindu..tapiku tepis semua itu...demi tubuh yang satu...nyawa yang satu...aku takmo pikir pasal blog itu....sementara waktu.
Jumaat..Sabtu..Ahad...3 hari penuh kesakitan. Asal datang malam demam mengundang. Panasnya bagai menggigil minta diselimutkan. Anak-anak memanggil..."ibuuuu...ibuuuu" ku hanya memandang dan tangan mengusap kepala mereka kelemahan.
Jumaat..Sabtu..Ahad...kulari diri dari rumah! Membawa diri dan keluarga ke utara. Walau badan sakit terasa bisa, namun demi janjiku pada si dia, kukuatkan semangat dan teruskan jua.
Jumaat..Sabtu..Ahad..walaupun Allah kurnia sakitNya padaku, tapi Dia pelihara anak-anakku. Dan Dia melindungi perjalananku sehingga selamat sampai tempat berlindungku.
Ya Allah, andai malam ni aku demam lagi aku redha..
P/S: Nak gi jumpa doktor dah gi Isnin ari tu. Nak gi lagi? tak koserrrrrr...! Aku bukan takut jumpa doktor tapi malas nak hadap meja sini, meja sana, meja sinun, meja sinan...lasttttttttttttttt sekali baru meja doktor.
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.