Breaking

Showing posts with label Cuaca. Show all posts
Showing posts with label Cuaca. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Friday, December 26, 2014

Paranoid Dengar Bunyi Hujan!


Assalamualaikum!



Amaran hujan lebat malam tadi


Mengenangkan nasib saudara-saudara yang sedap bertarung nyawa di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat banjir ... hati ni bertambah risau. Langsung takda mood nak update blog semalam. Macam manalah keadaan mereka sehingga kini .... ya Allah lindungilah mereka ya Allah ...

Wednesday, December 24, 2014

Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Gempa Bumi Kuat Melanda Jepun

Orang ramai berkumpul di stesen keretapi Sendai,selepas operasi
 keretapi dihentikan akibat gempa bumi kuat yang melanda
timur laut Jepun pada 7 Disember.

Satu gempa bumi kuat yang berpusat di timur laut Jepun menggegarkan bangunan sejauh Tokyo dan mencetuskan tsunami setinggi satu meter di kawasan yang dilanda bencana iaitu Fukushima, tetapi tiada laporan kehilangan jiwa atau kerosakan yang serius.

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat telah menyebabkan beribu-ribu penduduk dari persisiran pantai diarahkan berpindah serta merta ke kawasan yang lebih tinggi, namun amaran tsunami kemudian ditarik balik dua jam selepas gegaran melanda kawasan itu. 

Berikutan itu, terdapat gegaran susulan bermagnitud 6.2 selepas gempa bumi pertama, diikuti gegaran bermagnitud 5.5 pada skala Richter.

Beberapa kejadian tsunami kecil juga dicatatkan, termasuk ombak setinggi 45sentimeter di Bandar Soma, yang terletak hanya di luar zon pemindahan sekitar Fukushima, tempat berlakunya kebocoran radiasi, tahun lepas.

Pada Mac 2011, gempa bumi dan tsunami telah meragut nyawa hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun, apabila loji nuklear Fukushima-Daiichi telah musnah dan membebaskan radiasi ke dalam udara dan air laut.

Jepun merupakan negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 minit .

Sumber: www.yahoo.com

Saturday, December 01, 2012

Saturday, December 01, 2012

Bongkah Ais Di Lautan Artik Mencair


Pemandangan dari atas; ais mencair di Nanavut, Utara Kanada

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi cuaca, World Meteorological Organization (WMO) di bawah PBB, bongkah ais di Lautan Artik yang sebesar saiz Amerika Syarikat sedang mencair dengan mendadak! Menurut Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud memberitahu bahawa peningkatan suhu global sepanjang tahun ini telah menyumbang kepada bongkah air itu mencair dengan cepat sekali.


foto tidak bertarikh menunjukkan bongkah ais mencair
di Laut Artik
Korang risau tak? Akak risau..sampai terbayang2 apakah akan jadi kalu habis bongkah ais tu cair?? Apakah aku akan mati kelemasan? huhu..dunia akhir zaman, banyak yang manusia telah lakukan atas muka bumi ini. Kerakusan manusia dalam merobek setiap inci keindahan alam semulajadi telah menukar ketenangan dengan pemanasan global yang akhirnya menyebabkan bongkah air sebesar AS tu boleh cair dengan cepat!

Hebat manusia ni kan...hebat merosakkan!

Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012

Pasca Sandy..Sebelum & Selepas(Gambar)


Morning glory everyoneeee!~ Hujan ni memey best la..sejuk jer udara di luar. Kurang sikit sedut asap ekzos pagi ni kan.(^_^)

Tengah akak godek-godek email tadi, terjumpa pulak email yang dihantar oleh seorang rakan, gambar ini adalah kesan dari kemusnahan yang dibawa oleh Taufan Sandy bulan lepas. Fuh! memey dashyat kan, habis semua rumah tepi pantai musnah di'sapu Sandy *tu la jangan memain ngan wanita, inilah padahnya*~wahahaha~

Taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat bulan lepas telah menyebabkan ramai orang cedera dan hilang tempat tinggal. Kelajuan angin yang boleh mencapai sehingga 74 (mph) telah memusnahkan sebahagian bandar Maine hingga ke Florida.











Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud;


" Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu,dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi, dan ada yang Kami timbuskan dia dibumi, dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan , (ingatlah) Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
                                                                 (Surah al-Ankabut:ayat 40)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.