Breaking

Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Wednesday, June 01, 2016

Wednesday, June 01, 2016

Outing 3 Beranak!


Assalamualaikum!

Cuti sekolah dah bermula, kalau ikutkan perancangan awal memang nak balik kampung. Tapi akibat beberapa perkara yang tak boleh dielakkan berlaku di saat-saat terakhir, aku pasrah je la. Kebetulan minggu tu aku ada event kat Sunway Pyramid, so inilah masa yang aku ada untuk luangkan dengan kakak dan adik ...

Start awal tahun kami semua sibuk. Yang tua sibuk ngan kerja hakiki, yang muda sibuk dengan sekolah dan aktiviti. Tahun ni pun aku tak banyak join event. Terpaksa tolak jemputan walaupun dalam hati meronta-ronta nak pergi ... haha! Memilih pun ye jugak, sebab aku takmo 'tamak' kaut semua macam tahun-tahun lepas. Mana nak kejar kerja, mana nak kejar anak-anak, mana nak kejar kerja rumah ... so memang kena 'berkorban' la bab ni huhu. Tapi kalau kena dengan tarikh, masa dan lokasi yang ada pengangkutan awam ... aku tak menolak!


Monday, May 30, 2016

Monday, May 30, 2016

Raikan Cuti Sekolah Bersama "Finding Dory" di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Nak tahu tak, selepas tayangan filem "Finding Nemo" lebih sedekad lalu, akhirnya filem sekuel "Finding Dory" bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi! Dan sempena meraikan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana sementara menantikan tayangannya Jun ini.




Ahad lepas, aku berpeluang membawa Wani & Mira ke LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid untuk mencuba beberapa permainan yang menarik lagi menyeronokkan di sini! Lagi pun diaorang dah lama tak join aktiviti sebegini sebab sibuk dengan sekolah dan sebagainya. Jadi, bila ada masa memang inilah yang mereka nanti-nantikan! hehe ...

Ok, mula-mula korang kena bawa anak-anak mendaftar di kaunter (lihat gambar di bawah). Disinilah anak korang akan diberi sekeping kad yang akan dicop bila mereka selesai melakukan 3 aktiviti kesemuanya. Kat kaunter ni jugak korang kena pulangkan semula kad yang telah dicop untuk menebus hadiah. Nak tahu hadiah apa tu? Jommmm baca lagi ... ;)



Kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah

Dah dapat kad, jom kita mulakan 'pengembaraan' dalam dunia "Dory" :)

Memula, Wani & Mira masuk underwater maze! Permainan dia senang je, cari "Dory" di celah-celah 'batu karang' hehe ...




pintu masuk underwater maze


Tak sampai 2 minit masuk, diaorang dah dapat 2 ekor 'Dory' haha! :p




Ok, aktiviti yang ni best sebab boleh 'memancing' hehe ...




khusyuk dua beradik ni memancing hehe ...:p


Last but not least, aktiviti paling diaorang suka ... mewarna! yeaaaaa ;)







Ramai kanak-kanak yang join mewarna hari tu. Ibubapa pun turut sama bagi sokongan kat anak masing-masing hehe. Macam-macam gelagat diaorang ni, tapi seronok sebab aktiviti santai je, lepas tu dah siap mewarna, boleh dapatkan cop terakhir.



Yeaaaa! inilah hadiah yang kakak dan adik dapat, "Finding Dory" sticker book setiap seorang! Adik memang cukup suka dapat pelekat-pelekat yang comel macam ni hehe :D

Beginilah kemeriahan suasana di Blue Atrium LG2 Blue Concourse pada hari tu. Cantik dan penuh dengan hiasan warna warni seperti di dalam dunia air yang penuh fantasi!






Selain boleh bawa anak-anak join aktiviti di sini, ibubapa juga boleh membeli belah barangan Disney "Finding Dory" dengan tawaran harga hebat! Semua barangan yang dijual bertemakan "Finding Dory" ... comel tau! Jom 'cuci mata' hehe :D











So, tunggu apa lagi! Jom meriahkan ruang legar Blue Atrium LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 27 Mei sehingga 19 Jun 2016 ini. Korang juga boleh join aktiviti yang sama di Ground Floor Main Atrium, Sunway Putra Mall bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2016.

Juga jangan lupa saksikan tayangan filem sekuel "Finding Dory" yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2016. Jom tengok sedikit sedutan filem ini yang sempat aku rakamkan ;)




Kepada adik-adik semua, selamat bercuti ya! Penuhi cuti sekolah ini dengan aktiviti yang best dan bermanfaat bersama keluarga. Juga jangan lupa ajak ibu ayah pergi tengok filem "Finding Dory" ye hehe ;)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Sunway Pyramid Facebookwww.facebook.com/sunwaypyramid
Sunway Putra Mall Facebook – www.facebook.com/sunway_putramall
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall
Twitter - @Sunway_Pyramid

Tuesday, June 02, 2015

Tuesday, June 02, 2015

Meriahkan Disney Channel School's Out Sepanjang Cuti Sekolah Di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Wahhh! sekolah dah start cuti lorrr ... kita sangat suka sebab jalan tak jem lorr! haha. Sempena cuti sekolah ni, apa plan korang bersama keluarga yek? Kalau takda apa-apa plan atau tak tau nak bawak anak-anak pergi mana, jom terjah Sunway Pyramid hari ini sehingga 14hb Jun 2015, sebab ada benda yang best dan menarik untuk anak-anak korang semua! 




Asalnya, kami nak kakak dan adik habiskan cuti sekolah ni di kampung memandangkan cuti dua minggu tu agak lama jugak kan. Tapi, bila dapat tahu ada aktiviti menarik dan menghiburkan untuk kakak dan adik di Sunway Pyramid, tentulah aku tak nak lepaskan peluang ni!

Lagipun, kakak dan adik memang suka dengan karakter Disney seperti Toy Story, Monster University, Cars dan Finding Nemo ni. So, memang diaorang teruja sangat kelmarin dapat bergambar dan bermain permainan yang digemari. Kalau korang nak tahu, sempena cuti sekolah ini, Disney Channel School's Out memberikan pengalaman menyeronokkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dengan menyertai permainan dan aktiviti menarik di samping bagus untuk pembelajaran mereka, dan bukan itu saja .... kanak-kanak juga boleh bawa pulang goodies bag!

Nak tahu macam mana caranya? Jom ikuti 4 langkah ini :)




Untuk menyertai Disney Channel School's Out ini, masuk adalah PERCUMA! Tapi kalau korang nak dapatkan passport Safety Rangers dari Sunway Pyramid, korang hanya perlu membelanjakan RM50 dalam satu resit tunggal (untuk pemegang kad kredit HSBC, apa saja nilai pun boleh) Matlamatnya adalah untuk mengumpul sebanyak 4 cop dari 4 aktiviti yang disediakan.

Macam kat atas ni, aktiviti pertama ialah mewarna. Boleh pilih gambar apa yang disukai. Kalau pilih gambar misai 'wak doyok', boleh gunting dan kemudian boleh lekat pada batang aiskrim, potong dan boleh bawa balik! hehe.



Mira 'Doyok'




Dah siap mewarna, tunjukkan passport pada krew di situ untuk diberikan cop. Pastikan passport ada cop tau, kalau tak nanti tak boleh tebus goodies bag hehe.



Berposing kejap depan Buzz Lightyear!




Lepas tu, kakak dan adik join aktiviti kedua, iaitu mencari Nemo hehe. Permainan ni macam ala-ala pagar sesat gitu. Kena cari benda tersembunyi, dan kalau berjaya akan diberikan topi Mickey Mouse hehe.





Melilau dua beradik tu mencari benda tersembunyi hehe. Yang kakak laju je jalan, tak tengok pun kat celah-celah 'batu' tu ... yang adik menonong ikut kakak dia haha. Mujur dapat juga cari :p



Misi berjaya! Dapat cop lagi hehe



My little 'Minnie Mouses' ngeehehehe :D




Next, kami main kereta kontrol! Eh bukan kami ... tapi kakak dan adik aje hehe. Yang ni kakak memang 'berhantu' sikit haha. Nampak kereta kontrol terus tarik-tarik baju kita nak main. 



Terer tu terer gak la main, tapi asyik langgar pagar je la hahaha. 


Kat Instagram, ada aku kongsikan video kakak main kereta kontrol ni. Yang Mira pun boleh tahan, tapi langgar pagar jugak la hehe.





Yeayyy! dapat cop lagi ... dah tiga cop ni!




Last aktiviti, bilik jerit! haha. Dalam bilik ni, korang kena tunjukkan muka takut dan jeritttt! hehe. Jangan lupa dapatkan cop tau!




Langkah terakhir, kakak dan adik buat kad pelajar di booth Monsters University. Memang ramai beratur sebab nak dapatkan kad pelajar ni hehe. 




Yeayy dah siap! So, secara 'rasmi'nya kami adalah pelajar Monster University hehe. Dengan aku sekali terjebak nak sekeping! haha :p




Selain bermain dan melakukan aktiviti, korang juga boleh bergambar sakan bersama karakter Disney yang popular macam si Monster! hehe :D





Nak tengok macam mana suasana pada hari tu? Nah ..!







Perghhh ... meriah! ^^

Dah kumpul cop yang diperlukan, jangan lupa pergi ke kaunter semula dan tunjukkan untuk dapat hadiah goodies bag berisi pensil warna, voucher membeli belah/makanan dan buku panduan keselamatan untuk kanak-kanak.

So, apa tunggu lagi ... jangan lupa bawa keluarga korang singgah di LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid dan nikmati kemeriahan cuti sekolah bersama Disney Pixar! ^^


Disney Channel School's Out
Venue : LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid
Tarikh : 29 Mei 2015 - 14 Jun 2015


Korang juga boleh ikuti info menarik dan terkini Sunway Pyramid di :

Facebook -  www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram -  @sunwaypyramid
Twitter - @Sunway_Pyramid

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.