Breaking

Showing posts with label Ephyra. Show all posts
Showing posts with label Ephyra. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Saturday, April 12, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Assalamualaikum!


Alhamdulillah berakhir sudah cabaran 30 hari kenit bersama produk minuman EPHYRA. Jujur kenit katakan, kenit sebenarnya tidak pernah mencuba sebarang produk kecantikan & kesihatan sebelum ini kerana kenit mempunyai kondisi kulit yang sensitif. Kalau salah cuba produk, pasti akan timbul lebih banyak masalah pada kulit nanti. 

Pertama sekali, kenit ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada team Denaihati & team EPHYRA yang menjadikan impian kenit suatu realiti. Di majlis perjumpaan blogger  SBB2014 yang lalu, kenit berpeluang membawa pulang sekotak EPHYRA hasil penyertaan entri kenit dalam kontes EPHYRA PILIHANKU. Dalam kotak EPHYRA ni mengandungi 30 sachet untuk diminum selama 30 hari. 



Cabaran bermula di SINI, dan selama 30 hari kenit minum dengan konsisten dan penuh displin, seperti minum setiap hari pada waktu pagi sebelum makan dan banyakkan minum air masak. Perubahan yang dialami selama 30 hari ini adalah dari pengalaman kenit sendiri.

Apabila pengasas EPHYRA menghubungi kenit minggu lepas, beliau sempat bertanyakan perkembangan diri kenit bersama EPHYRA. Maka, inilah hasil yang dapat kenit kongsikan bersama korang tentang keberkesanan EPHYRA pada diri kenit.

Antara masalah yang kenit hadapi :-
  • kulit berminyak, jerawat dan kesan jerawat, masalah resdung, cepat lapar, kurang bertenaga dan mudah mengantuk serta rambut gugur. 



SEBELUM

A) Kulit muka berminyak menjadikan kulit 'berkilat' walaupun duduk dalam suhu sejuk (aircond). 

B) Kesan jerawat tegar memang susah nak hilangkan! Bila tumbuh jerawat baru lagi kacau jiwa ni! 

C) Kenit dah lama ada masalah resdung, cuma mungkin orang tak perasan. Hidung kenit sangat sensitif terhadap habuk dan hama. Kerap kali kenit mengalami hidung tersumbat di tengah malam sehingga menganggu tidur kenit. Dan, bila pagi menjelang hidung akan menjadi gatal dan kenit akan mudah bersin. Sehinggakan dalam solat, bila hidung terkena sejadah kenit pasti akan bersin! 

D) Tugas sebagai wanita berkerjaya dan menjadi ibu merupakan dua tugas yang sangat mencabar! Dengan tugas di pejabat, ditambah dengan menguruskan anak-anak dan keperluan mereka, menjadikan kenit mudah penat dan tak bertenaga sebelum ni. Kenit tak mengambil apa-apa supplemen sebelum ni. 

E) Kenit memang kuat makan! Sarapan pagi, lunch dan kudap-kudapan memang tak lepas dari tangan. Bekerja dalam suasana sejuk air-cond memang boleh membuatkan kenit cepat lapar dan akhirnya kena juga makan sesuatu untuk mengisi perut yang kosong. 

F) Sebelum ni, kenit memang mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk. Sehinggakan kenit terpaksa potong rambut pendek untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak. 




SELEPAS

A) Kenit minum EPHYRA setiap hari secara konsisten selama 30 hari menjadikan kulit muka kenit menjadi kurang berminyak dan lebih bermaya dari sebelumnya. Wajah tak lagi 'berkilat' tapi yang bestnya kulit yang dulunya kesat dan kasar, kini dah jadi halus dan lembap.

B) Terutama di bahagian yang teruk terjejas, kesan jerawat lama semakin menyusut dan jerawat baru cepat kecut! Seperti yang disyorkan, kenit banyakkan minum air masak dan ini membantu proses penyembuhan dan penghasilan sel-sel baru kulit.

C) Alhamdulillah, kenit mula perasan kenit tak lagi bangun pagi dengan hidung tersumbat, kurang sangat dah bersin dan tidak lagi bersin dalam solat.

D) Kenit rasa semacam ada tenaga extra dalam badan! Kenit tidak penat walau sehari suntuk melakukan kerja dan tidak tidur langsung di siang harinya. Perubahan ini kenit perasan ketika pulang ke kampung, kenit boleh berjaga sehingga pukul 3 pagi walhal, kenit tak tidur langsung siangnya! Dan keesokannya paginya, kenit tetap mampu bangun awal untuk solat Subuh tanpa rasa sakit-sakit badan atau mengantuk.

E) Alhamdulillah, kenit cepat rasa kenyang. Tak perlu standby makanan lebih, kadang-kadang makanan sarapan pagi kenit simpan untuk lunch sebab minum EPHYRA pun dah rasa kenyang! Cun kan! (^_^)

F) Alhamdulillah, rambut kenit dah kurang gugur, dan paling penting rambut yang jatuh ke lantai dah takda lagi! yeayyy!





Istimewanya EPHYRA di mata kenit :-
  • Tersedia dalam paket comel yang berkualiti dan terpelihara kesuciannya!

  • EPHYRA disahkan HALAL oleh JAKIM dan SELAMAT digunakan oleh KKM. Status halal produk memang sangat penting sebab sebagai orang Islam kita wajib mencari yang halal. Jadi, kenit tak perlu rasa ragu dan sangsi dengan EPHYRA! (^_^)



  • Mudah dibawa kemana saja, boleh selit-selit dalam beg atau letakkan dalam bekas kecil untuk kegunaan di pejabat.


  • Kandungan selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada diri kenit. Hanya perubahan positif dialami sepanjang mengambil minuman EPHYRA ni. 



  • Hanya perlu tuangkan serbuk EPHYRA ke dalam shaker yang disediakan dan sedia untuk menggoncang. Shake! shake! shake!


  • Rasa oren sensasi dengan kombinasi 9 bahan semulajadi yang membantu meningkatkan kesihatan dari dalam. Truly speaking, kenit even cakap ngan Pn Amiza dalam phone hari tu, kenit rasa macam tak puas minum sekali sehari. Rasa macam nak minum EPHYRA sambil cicah biskut pulak! LOL.

Kena tunjuk muka serius,
sebab kat ofis kan
ekekekeke :D

Alhamdulillah kerana EPHYRA telah mengubah kehidupan dan tahap keyakinan kenit sedikit demi sedikit. Sebelum ni, kenit susah nak percaya akan mana-mana keberkesanan produk terutama berkaitan kesihatan dan kecantikan kerana bimbang tiada kesan positif ke atas kulit. 




Overall, kenit sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi dari EPHYRA. Jika diberi peluang dan rezeki lebih, kenit nak mencuba minum EPHYRA 2 kali sehari (pagi & malam) pula lepas ni.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi:

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Wednesday, April 02, 2014

Wednesday, April 02, 2014

Pengasas EPHYRA Call!

Assalamualaikum!

Pergh! sejuk tangan menggeletor tak habis lagi ni hahaha. Memula ingatkan nombor sapa la yang tertera kat skrin handphone kenit. Cadang nak biarkan aje, sebab nombor tak dikenali malas nak layan hehe. Dengar-dengar suara macam kukenal je suara tu, tapi di mana ya?

Bila pemanggilnya memperkenalkan diri ..."saya Pn. Amyza dari Ephyra", and i said "Wotttttttt!" (opkos dalam hati laaa hehe)


Monday, March 31, 2014

Monday, March 31, 2014

Kenangan Berharga Sepetang Bersama Blogger 2014

Assalamualaikum!

Satu pengalaman terindah buat diriku yang baru bergelar blogger tak sampai 2 tahun ini. Tak sangka, permulaan menulis di blog sejak 2 tahun lalu, akhirnya menempatkan aku bersama komuniti blogger yang berjaya merubah persepsiku akan kuasa baru yang sedang berkembang kini. #Pray4MH370


Friday, March 14, 2014

Friday, March 14, 2014

Cabaran Bersama Ephyra Kini Bermula!


Assalamualaikum!

Hadiah yang dah lama kenit idamkan sejak kenit mengenalinya di alam maya ini. Tapi, masa tu rezeki nak memilikinya belum tercapai lagi. Masuk kontes tu, masuk kontes ni tapi tidak berhasil. Akhirnya! kini ia telah pun berada dalam tangan kenit wohohohoho. Alhamdulillah .... #pray4MH370

Wednesday, February 26, 2014

Wednesday, February 26, 2014

EPHYRA PILIHANKU


Assalamualaikum!


EPHYRA merupakan produk minuman supplemen tambahan yang kian mendapat tempat di hati di kalangan rakyat Malaysia. Fenomena luar biasa ini menyaksikan sambutan dan keyakinan orang ramai terhadap produk EPHYRA yang telah mengubah hidup mereka.


Ephyra Pilihanku


Cantik * Sihat * Bertenaga


Kecantikan bukan sekadar dari luaran, tetapi ia bermula dari dalam. Wanita masa kini sangat menitikberatkan penjagaan kulit agar sentiasa tampil sihat dan bersinar. Kulit yang sihat dan cantik memberi petunjuk bahawa anda sangat menitikberatkan penjagaan kulit yang sempurna. Namun, kekangan masa dan jadual yang ketat sering menyulitkan kita untuk mendapatkan kulit yang sihat. 

Seiring dengan peredaran masa, wanita khususnya semakin berani tampil untuk mencuba produk EPHYRA yang mampu mengembalikan keanjalan kulit dan elastisitinya. Dengan ribuan testimoni dari pengguna dan keyakinan terhadap produk EPHYRA, maka tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya dalam menjaga dan memelihara kesihatan kita.

EPHYRA

EPHYRA didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.

EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.


Kelebihan EPHYRA
  • Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
  • Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
  • Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi


Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
  • Berumur 25 tahun dan keatas
  • Mempunyai kulit yang kering dan kusam
  • Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
  • Pigmentasi dan masalah jerawat
  • Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
  • Mudah berasa letih
  • Sukar mengingati sesuatu
  • Sakit-sakit badan/ sendi
  • Kadar metabolisme tubuh yang rendah

Namun begitu, produk EPHYRA juga sesuai diambil untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dan mengekalkan stamina serta tenaga untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Jadi, anda tak perlu risau atau berasa was-was untuk menggunakannya.


Ephyra Pilihanku

Pengalaman mereka yang telah menggunakan produk EPHYRA ini membuatkan kenit ingin sekali mencubanya dan merasakan keberkesanannya ke atas diri kenit. Melalui testimoni-testimoni yang dikongsikan dan maklum balas positif dari pengguna-pengguna yang berbulan-bulan mengambil EPHYRA sebagai minuman supplemen tambahan menjadikan kenit lebih teruja untuk mencubanya sendiri!

Kenit mempunyai kulit yang berminyak, dan ini menyebabkan ia mudah ditumbuhi jerawat yang menyakitkan mata! Walaupun tidak banyak jerawat yang keluar, tetapi parut jerawat lama masih kelihatan dan ini sedikit sebanyak memberi kesan ke atas keyakinan diri. Malah, ketidakseimbangan hormon yang berlaku setiap bulan menambahkan lagi masalah kulit yang sedia ada. Jadi, dengan adanya kesempatan ini kenit berharap dapat merasai sendiri perubahan yang EPHYRA dapat lakukan ke atas diri kenit.

Selain itu, kenit juga mengalami masalah kulit kering dan tidak bermaya. Kalau zoom dekat, boleh nampak garisan-garisan halus pada kulit.


Testimonial 

http://miera301.blogspot.com/2012/06/ephyra-dan-saya.html

Masalah kulit yang dihadapi oleh meira (di atas) sama seperti yang kenit alami. Tetapi, alhamdulillah selepas sebulan beliau mengambil minuman EPHYRA, kulit beliau tidak lagi menampakkan parut jerawat dan tiada lagi jerawat yang bisa mengganggu hari beliau!




Selain dari parut jerawat, kulit berminyak dan tidak bermaya, kenit juga mempunyai lingkaran hitam di bawah mata. Memang terasa seperti beruang panda! Akibat dari tidur yang tidak mencukupi serta bebanan tugas di tempat kerja dan di rumah menjadikan kenit kurang bertenaga. Jadi, sememangnya kenit berharap dapat mencuba sendiri keberkesanan produk EPHYRA yang menakjubkan ini!




Semoga kenit dapat menjadi sebahagian dari fenomena EPHYRA yang luarbiasa dan menakjubkan ini. Sebagaimana EPHYRA telah mengubah hidup ribuan pengguna lain, kenit juga berharap EPHYRA dapat mengubah hidup kenit.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.