Breaking

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Penyerahan Cek RM8,800 Untuk Kempen 'Care For Your Eyes' Oleh Bausch+Lomb


Assalamalaikum!


Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2015 yang berlangsung pada bulan lepas, Bausch+Lomb Malaysia telah mengadakan satu Kempen 'Care For Your Eyes' di laman media sosial bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). Selain bertujuan untuk memberi sumbangan, kempen yang berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2015 yang lalu itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul.

Dan selama sebulan setengah kempen ini berlangsung, Bausch+Lomb telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dan juga selebriti yang turut sama menyumbangkan video pendek mereka melakukan senaman mata kemudian memuat naiknya di Facebook masing-masing beserta #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.





Pengarah Urusan Bausch+Lomb, Singapura dan Malaysia - Jake Kim 


Dan, pada minggu lepas satu majlis penyerahan cek sumbangan telah berlangsung di ibupejabat Bausch+Lomb Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia, En. Radha Krishnan.

"Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang," Jake Kim berucap di majlis itu.




Penyerahan cek sumbangan



Melalui kempen 'Care For Your Eyes', Bausch and Lomb Malaysia berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8,800 dan penyerahan cek sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan Bausch+Lomb Malaysia & Singapura, Jake Kim kepada wakil Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB), En. Radha Krishnan.

Seperti yang aku cakapkan tadi, kempen 'Care For Your Eyes' ini telah menarik minat para selebriti tempatan dengan penyertaan video-video mereka memuat naik video senaman mata. Untuk pengetahuan korang, untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch+Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.

Antara selebriti yang terlibat ialah Amber Chia, Belinda Chee, Nadia Heng, Daphne Iking, Atikah Suhaime dan Diandra Arjunaidi.






Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB) memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.

Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai MAB, korang boleh layari www.mab.org.my


Semoga usaha murni ini oleh Bausch+Lomb Malaysia ini dapat diteruskan pada siri kempen yang akan datang, dan moga lebih banyak syarikat korporat lain akan turut sama mengadakan kempen seperti ini dalam membantu mana-mana organisasi yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan program dan kemudahan lain yang diperlukan.

Tuesday, September 22, 2015

Tuesday, September 22, 2015

Raikan Sambutan Bulan PLAY-DOH® & Cipta Rekod Malaysia!


Assalamualaikum!




Imaginasi yang sihat memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran anak-anak, dan untuk lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, bereksperimen dan menghasilkan reka bentuk arca seni yang unik dan menarik!

Kakak dan adik juga tidak ketinggalan mengasah bakat menghasilkan reka bentuk arca yang unik dan berwarna warni menggunakan PLAY-DOH® Party Pack yang kami dapat minggu lepas. Nak tahu apa yang dua beradik ni hasilkan dengan PLAY-DOH®? Jom baca bawah lagi ...!




Keterujaan dua beradik bila PLAY-DOH® Party Pack berada di depan mata! Dah tak sabar nak buat macam-macam bentuk dah tu hehe. Tapi, ibu ada plan lagi baik punya! Kita akan menghasilkan seni arca 'Colorful Community' menggambarkan Malaysia tercinta! 

Mencabar? Jangan risau ... sebab kita sama-sama akan fikirkan cara bagaimana nak buat nanti! Hou yeaaaa ...!




Untuk menghasilkan rekabentuk arca yang menarik dan berwarna-warni, setiap orang ada tugas masing-masing yang perlu dibuat. Bila ibu cakap kita nak buat bentuk manusia, kakak dan adik agak keberatan nak bersetuju dengan idea ibu pada mulanya hahaha sebab susah katanya. Ya ... kalau melukis gambar manusia memang ibu pun tak berapa nak pandai, tapi kalau nak buat bentuk manusia menggunakan PLAY-DOH®, itu memang mudah! 

Senang tau! Ibu siap boleh ajar kakak dan adik lagi ... dan diaorang berjaya buat sendiri arca berbentuk manusia.




Walaupun tema dan konsep diilhamkan oleh ibu, tapi dalam proses menghasilkannya kakak dan adik turut menyumbang idea untuk menambahkan lagi seri ukiran dengan pelbagai bentuk yang menarik dan disukai. 




Kerjasama pasukan amat penting dalam memberikan hasil yang terbaik. Alhamdulillah, kakak dan adik sangat saling bantu membantu ketika dalam proses menyiapkan projek PLAY-DOH® 'Colorful Community' ini. Walaupun adik tak berapa sihat ketika itu, tapi gigih juga dia tolong kakaknya menyiapkan sekali!




Ketekunan seorang anak ... hehehe. Kakak memang cukup suka buat macam-macam bentuk dengan PLAY-DOH® ni. Ibu agak terpegun melihat kakak membuat sendiri bentuk bunga ros hari tu. Tetiba teringat zaman ibu kecil-kecil dulu, ibu pun suka buat bentuk bunga ros guna plastesin hehe. Memang 'bunga ros' ni bentuk paling senang untuk dibuat kan hehe.



Ros Polkadot - Handmade by kakak



Inilah hasil tangan kami! Malaysia yang kami cintai!


Kakak dan adik memilih konsep bertemakan perpaduan dan 58 tahun merdeka. Sebab semangat kemerdekaan dalam jiwa mereka sangat tinggi dan mereka ikhlas menyatakan kecintaan mereka terhadap Malaysia yang dicintai. Lalu, ia diterjermahkan dalam bentuk arca yang melambangkan perpaduan dan kesatuan rakyatnya.

Dengan PLAY-DOH® imaginasi akan jadi realiti dan semangat berpasukan pastinya membuahkan hasil yang terbaik! Kandungannya yang non-toxic sangat sesuai untuk kanak-kanak menghasilkan pelbagai bentuk tanpa perlu risau dengan kesannya.

Ibubapa dan anak-anak boleh berkongsi idea, memberi galakan kepada mereka untuk belajar menghasilkan benda baru dan mengasah bakat dari mengenal bentuk dan warna kepada belajar bagaimana mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru, juga memantapkan kemahiran sosial mereka seperti bekerjasama dan menyelesaikan masalah.






Terima kasih PLAY-DOH® kerana menjadikan impian anak-anak ibu mencipta sesuatu yang baru dan mencabar menjadi kenyataan. Kini, kakak dan adik akan lebih berinspirasi dan yakin untuk menghasilkan seni yang lebih unik dan berwarna-warni sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa ceria dan penuh dengan warna!


Mari Sertai Sambutan PLAY-DOH® Di One Utama!

Bulan September ini merupakan bulan istimewa kerana PLAY-DOH® bukan sahaja akan meraikan sambutan Bulan PLAY-DOH® yang pertama tetapi ingin mengajak anda sekeluarga terutamanya anak-anak untuk mengambil bahagian menghasilkan rekabentuk arca berinspirasikan Malaysia dengan PLAY-DOH® sekali gus mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record sebagai arca PLAY-DOH® paling banyak dihasilkan dalam satu hari!

Di mana? -  Sambutan Bulan PLAY-DOH® bakal berlangsung di Ground Floor HighStreet, One Utama bermula dari 21 September sehingga 27 September 2015. Dan, orang dewasa dan kanak-kanak dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang menarik pada 26 September 2015 (Sabtu) dan membina sebanyak arca yang boleh untuk mencipta rekod! - boleh dibuat apa saja bentuk seperti arca atau nombor atau huruf.


Bulan PLAY-DOH 
Lokasi : Ground Floor HighStreet, One Utama
Tarikh : 21 September - 27 September 2015
The Malaysia Book of Record : 26 September 2015 (Sabtu)


Dan hadiah menarik dari PLAY-DOH® menanti pemenang bertuah yang berjaya mencipta arca yang paling menarik dan kreatif! Wowwww!

So, tunggu apa lagi .... cuti sekolah ini pastikan anda dan keluarga hadir ke One Utama pada tarikh yang tertera terutamanya Sabtu ini, 26 September dan bersama-sama kita meriahkan majlis ini serta jadi sebahagian dari sejarah mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record! 

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, boleh layari :




Jumpa anda di sana! ^^




#playdohmonth2015


Tuesday, September 08, 2015

Tuesday, September 08, 2015

Jom Sahut Kempen Jimat++ Bersama MAMEE


Assalamualaikum!


Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia pada bulan ini bakal dimeriahkan lagi dengan pelancaran Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker. Lebih bermakna lagi apabila MYDIN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut sama memberikan sokongan untuk menggalakkan pengguna khususnya golongan ibu-ibu mendapatkan produk makanan berkualiti dengan harga jimat!




Bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya satu majlis pelancaran telah diadakan bersempena dengan Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker. Turut hadir merasmikan majlis, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Tan Sri Pang Tee Chew.

Tampil dengan tema 'Ibu Lebih Arif', kempen ini akan memberi tumpuan terhadap pengguna khususnya kaum ibu memandangkan mereka lebih berpengetahuan dalam menentukan barangan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sebagai ibu aku setuju, kerana di waktu ekonomi yang sangat tidak menentu ini, pengurusan kewangan dalam hal perbelanjaan perlu diberikan perhatian khusus dan sebolehnya kita mahukan penjimatan dalam setiap pembelian.




Dato' Sri Rohani turut menyambut baik pelancaran Kempen Jimat++ Mamee Double Decker ini kerana beliau merasakan inilah masa yang sesuai untuk membantu setiap keluarga mengurangkan beban perbelanjaan membeli barangan keperluan rumah. 

Dan sudah tentu, Mamee sebagai sebuah syarikat korporat besar mengambil langkah yang baik untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan memahami kehendak pengguna yang menginginkan produk yang lebih berkualiti dan menjimatkan.



Pelancaran Kempen Jimat++ selamat dilancarkan 



A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Mamee merupakan antara jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, malah aku juga membesar bersama Mamee. Antara produk keluaran Mamee adalah seperti Mister Potato yang diiktiraf sebagai snek kentang nombor satu di Malaysia, Mamee Monster dinobatkan sebagai snek mi nombor satu di Malaysia dan Mamee Chef Laksa Kari juga dinobatkan sebagai mi cawan segera No. 1 di dunia oleh pengulas mi segera antarabangsa, The Ramen Rater yang berpangkalan di US.

Antara produk lain juga termasuklah mi segera Mamee Premium, Sllrrrp dan Mi Cawan Sllrrrp dan Express serta minuman keluaran terbaru iaitu Mamee Cool Tea.



Mi Cawan Mamee Sllrrrp dan Express - Beli 6 percuma 2



Mamee Cool Tea - Beli 5 percuma 1




Mi Segera Premium dan Sllrrrp - Beli 5 percuma 1




Jimat banyak woooo!



Booth Nutrigen - nak try sampel air Nutrigen bolehlah datang sini



Ada booth Mamee Chef juga! 
Tengok blogger Ida Baharum tu, sekali dua cawan dia sebat! hahahaha
*gurauan semata*




Haaa ada lagiiiiiiii! Selain korang boleh menikmati penjimatan dengan harga berpatutan untuk produk Mamee, korang juga boleh dapatkan bekas kedap udara (seperti dalam gambar di atas) dan baucar MYDIN bernilai RM5 dengan setiap pembelian produk Mamee bernilai RM30 dan ke atas!

Wowwww ada 4 bekas kesemuanya untuk dimiliki! Tapiiiiii promosi ini HANYA sah dari 7 September sehingga 10 September 2015 dan HANYA di MYDIN USJ Subang Jaya je tau. So, korang mai serbu MYDIN USJ cepatttt! hehe.




Walaupun kelihatan maskot Mister Potatoo dan Mamee Monster berlegar-legar di sepanjang majlis itu, aku tetap memilih untuk bergambar bersama pengacara majlis yang putih suci murni, Irma Hasmie. Memang terserlah kesucian wajah beliau, dan .... aku pun terserlah jugak. Tapi, tang eye-bag tu je la yang terserlahnya muahahaha!

Untuk makluman korang, Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker akan berlangsung dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2015 dan produk-produk Mamee boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kedai runcit seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah www.mamee.com


Monday, August 10, 2015

Monday, August 10, 2015

Bengkel Pemakanan Sihat & Kreatif Dalam Memberikan 'Lebih Lagi Nutrisi' Bersama Dugro!



Assalamualaikum!




Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk tumbesaran si manja. Pemakanan yang mengandungi nutrisi yang optimum akan menyokong perkembangan menyeluruh anak-anak kita.

Baru-baru ini aku berpeluang membawa Mira menghadiri bengkel penyediaan makanan sihat oleh Dugro di Young Chefs Academy di Desa Sri Hartamas. Sesi interaktif 'Lebih Lagi Nutrisi' Dugro®' eksklusif ini turut dihadiri oleh 15 orang #mommybloggers bersama anak-anak masing yang berusia 3 hingga 6 tahun untuk menggalakkan ibu-ibu dan anak-anak mereka menggunakan kreativiti dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat sejak kecil.





Memandangkan ini kali pertama kami berdua berganding tenaga, sudah pastinya dua-dua teruja! Tapi, yang lebih membuatkan kami teruja ialah di bengkel 'Lebih Lagi Nutrisi Dugro®' ini turut menampilkan chef selebriti dan jurucakap Kempen Lebih Lagi Nutrisi Dugro®, iaitu Anis Nabilah

Dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita, ia mestilah melalui cara yang mereka suka. Untuk itu, ibu-ibu perlu menggunakan kreativiti dalam menyediakan makanan untuk si manja, agar mereka tertarik untuk menikmatinya. Persembahan makanan turut mempengaruhi tabiat pemakanan anak-anak. Justeru, gunakanlah jenis makanan yang berbeza dari segi warna dan tekstur serta susunkan makan mengikut seni makanan yang menarik. Ini akan menjadikan waktu makan anak-anak lebih mudah.







Chef Anis mengatakan bahawa, melibatkan kanak-kanak dalam penyediaan makanan di daput juga turut dapat membantu. Sebagai contoh, biarkan anak-anak memilih seni makanan yang mereka suka seperti bentuk pokok, wajah lucu, rama-rama dan tunjukkan mereka bagaimana Bekas Nutrisi Dugro® boleh digunakan untuk mempersembahkan idea seni makanan ini dengan cara yang kreatif!

Tanpa membuang masa, semua peserta ibu dan anak diminta untuk melakukan benda pertama yang wajib dibuat sebelum kita nak menyediakan makanan. Apa dia? Yaaaaa .... BASUH TANGAN! hehe





Masterchef Mira dah sedia untuk beraksi!



Di bengkel ini, chef Anis menunjukkan cara penyediaan Nasi Goreng Riang Ria yang sangat mudah untuk diikuti. Sebagai ibu, kita boleh mempelbagaikan kreativiti melalui idea yang menarik untuk memupuk minat anak-anak menyukai hidangan berkhasiat. 



Chef Mira tekun sangat masa ni hehe


Untuk resepi Nasi Goreng Riang Ria ini, ia amatlah mudah untuk disediakan. Dengan menggunakan bekas terap yang comel dan pelbagai bentuk, anak-anak kita boleh melakukannya sendiri. 



Chef Mira sedang memotong buah tomato ceri

Kanak-kanak bukan sahaja mampu berdikari menyiapkan sendiri bekalan makanan ke sekolah, malah mereka akan lebih kreatif menghasilkan idea-idea menarik dalam menghias makanan mengikut tema kesukaan mereka. Seronok melihat ketekunan Mira ketika ini, hampir semuanya dia buat sendiri.

Lagipun, kanak-kanak sangat tertarik pada warna dan aktiviti seperti ini mampu mendidik mereka untuk mengamalkan pemakanan sihat setiap hari



Ibu bantu sikit-sikit apa yang patut je :)


Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja mengesyorkan kanak-kanak mengambil dua hingga tiga hidangan susu dan produk susu untuk melengkapkan diet harian kanak-kanak. Jadi ibu-ibu juga boleh melengkapi keperluan nutrisi anak-anak mereka dengan susu untuk membesar. Dugro® Nutri dirumus dengan 100% lebih* DHA, prebiotik IcFOS untuk membantu kesihatan sistem penghadaman yang baik serta protein, kalsium dan vitamin A untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
*berbanding rumusan sebelumnya 





Makanan sihat dan segelas susu mampu melengkapkan keperluan nutrisi anak kita! 



Yeaaaaa dah siap pun Nasi Goreng Riang Ria kami! Mira boleh bawa bekal nasi goreng ni ke sekolah nanti ^^



Chef Mira yang tak tahan godaan susu #Dugro. Terus minum padahal masa ni kena amik gambar dulu haha. Penat ye sayangggg ...:p



Bersama #mommyblogger Yana dan anaknya, Zafirah



Anak-anak sedap makan ayam goreng yang berlebih, ibu-ibu hanya mampu tengok je laaa hahaha :D



Anak murid bergambar dengan cikgu ^^


Jom Sertai Kempen 'Lebih Lagi Nutrisi Dugro®'!

Dugro® mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan :

1. Roadshow 'Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro
® di seluruh negara yang akan berlangsung di lebih 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis!




2. Roadshow ini juga akan memparkan promosi eksklusif - dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian dua pek 900g Dugro® 5 Nutri! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka ke sekolah. Di samping itu, petak berasingan dalam bekas ini juga boleh digunakan untuk menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.

3. Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober, ibu-ibu juga berpeluang menyertai 'Peraduan Lebih Lagi Nutrisi' di mana mereka boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah-hadiah hebat! Ambil gambar karya seni makanan anda dan muat turunkan di halaman Facebook Dugro® 

Seperti yang disarankan oleh Cik Christy Yong, Pengurus Kanan Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd, kesemua usaha ini mempunyai satu matlamat - iaitu untuk menginspirasikan dan membantu ibu-ibu memberikan lebih nutrisi kepada anak-anak mereka untuk pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh.






Jadi pada kaum ibu di luar sana, jangan lupa untuk lebihkan lagi nutrisi dalam pemakanan anak-anak kita dan jangan ketinggalan sertai peraduan 'Lebih Lagi Nutrisi Dugro®'  

Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® dan kempen 'Lebih Lagi Nutrisi', layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumey Careline di  1-800-38-1038




Jom 'Lebih Lagi Nutrisi' untuk pemakanan yang sihat anak-anak kita! 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.