Breaking

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, April 26, 2017

Wednesday, April 26, 2017

Central Market selepas 15 tahun



Assalamualaikum!


"Kakak...adik...inilah tempat ibu suka datang masa zaman ibu sekolah menengah dulu .."

"ye ke ... best ke tempat ni bu?"

"besttt ...!"

Ok.. itu bukan dialog sebenar hahaha! Sebenarnya, Pak Jelan tanya kita nak kemana bawa anak-anak jenjalan minggu ni, dan aku jawab ... Central Market! Asyik masuk mall je ... try la masuk sini sekali, berkenalan dengan barangan kraftangan tempatan betoi dak! 😁


Monday, October 10, 2016

Monday, October 10, 2016

Dapatkan Koleksi Thermal Ware La Gourmet Bersama Guardian Untuk Dana Autisme!


Assalamualaikum!


Baru-baru ni Guardian telah melancarkan kerjasama bersama produk termal jenama La Gourmet untuk sama-sama mengumpul dana bagi program pembangunan kemahiran Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Majlis pelancaran tersebut telah selamat diadakan di Taman Burung Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh Pengarah Pemasarannya Ms Christina Low.

Program kerjasama Guardian dan La Gourmet kali ini mendapat ilham dari golongan istimewa yang perlu dijadikan sebagai inspirasi kepada masyarakat di luar sana. Dan bagi merealisasikan matlamat ini, Guardian mengambil inisiatif menyatakan sokongannya terhadap NASOM dengan memperkenalkan rangkaian barangan termal dengan cetakan lakaran burung yang istimewa hasil bakat seni dari adik Muhammad Akhtar Bin Ismail yang juga seorang autistik.




Ms. Christina Low berkata, "Kami mengakui sebagai peneraju dalam sektor farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan, kami berada di kedudukan unik untuk memanfaatkan sifat murni rakyat Malaysia, untuk menyumbang ke arah usaha-usaha kebajikan. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara menawarkan khidmat kepada ramai pelanggan, sokongan daripada jaringan rakan-rakan niaga yang luas, Guardian menyediakan lebih banyak capaian berbanding peruncit-peruncit lain. Dan telah menjadi polisi kami untuk memanfaatkan capaian ini untuk membantu mengumpul dana seberapa banyak yang boleh untuk tujuan kebajikan.

Bagi tujuan ini, kami memperuntukkan sumbangan sebanyak RM200,000 daripada program ini kepada Dana Pembangunan Kemahiran, yang diuruskan oleh NASOM.

Program ini juga akan memanfaatkan capaian Guardian bagi mengumpul dana untuk program pembangunan kemahiran NASOM yang bermatlamat melatih kanak-kanak autistik agar mereka dapat diambil bekerja. Sepajang proses itu, kami turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan khusus golongan ini dalam komuniti kami."


di booth seni adik Muhammad Akhtar


Kagum sangat dengan bakat seni yang ada pada adik Akhtar ni. Walaupun beliau seorang autistik tapi masih boleh menghasilkan seni yang menarik dan kreatif hanya dengan menggunakan plastesin! Sangat santai dan penuh daya imaginasi yang tinggi yang mungkin tiada pada anak-anak lain yang normal.

Antara hasil seni yang dihasilkan oleh adik Akhtar ...





Di sebalik kekurangan ada keindahannya, dan Guardian turut mahu berkongsi keindahan hasil seni adik Akhtar ini bersama pelanggan setia Guardian dengan mengabadikan lakaran burung pada rangkaian barangan termal La Gourmet secara eksklusif dan terhad!


Dari kiri, Ms. Christina Low, adik Akhtar dan 
wakil La Gourmet


penyampaian cenderahati dari adik Akhtar


Rangkaian Barangan Termal La Gourmet Siri Burung 2016

Produk termal La Gourmet dengan cetakan lakaran burung ini mempamerkan keunikan burung-burung yang terdapat di Malaysia. Barangan termal ini adalah eksklusif untuk pelanggan Guardian, dimana korang boleh dapat penjimatan sebanyak 62% daripada harga asal! Ohsemmmm!




Rangkaian koleksi La Gourmet termasuklah bekas air, bekas makanan dan cawan termal.  La Gourmet, satu jenama yang komited dalam menghasilkan produk yang menggalakkan gaya hidup sihat dan bercirikan alam sekitar. 

Untuk kolaborasi bersama Guardian, terdapat 3 siri burung yang berbeza pada koleksi La Gourmet untuk dimiliki setiap bulan bermula 6 Oktober ini sehingga 31 Disember 2016


Flamingo Series (Oktober 2016)


Malaysian Bird Series (November 2016)


Penguin Series (Disember 2016)


Bagaimana Nak Dapatkan Koleksi Barangan Termal La Gourmet Eksklusif?

Korang hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM20 dimana-mana kedai Guardian seluruh negara untuk menerima sekeping setem. Apabila 5 setem berjaya dikumpulkan, korang boleh menebus mana-mana barangan tersebut pada harga penjimatan 62% daripada harga biasa.


Kalau korang nak dapatkan setem esktra, korang boleh cari barangan yang menawarkan 'Beli 1 Dapat 1' setem seperti dibawah ini.




So, tunggu apa lagi. Jom kita membeli sambil menyumbang untuk dana autisme. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini dan bakat yang ada pada golongan autisme seperti adik Akhtar. Moga Guardian terus komited meneruskan misi kebajikan tanggungjawab korporatnya kepada komuniti dan pelanggan di masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.guardian.com.my


Terima kasih pada Taman Burung Kuala Lumpur bagi peluang 3 ekor
burung parrot bertenggek atas tangan dan bahu. 
Yang kaler pink tu 'nakal' siap patuk aku punya brooch 
tudung lagi hehehe :p

Saturday, December 26, 2015

Saturday, December 26, 2015

Sembonia & Carlo Rino Perkenal Koleksi Beg Tangan Terbaru!


Assalamualaikum!


Memasuki minggu-minggu terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2016, pastinya ada di antara kita yang masih tercari-cari beg tangan terkini untuk dijadikan koleksi idaman sempena tahun baru nanti. Tambahan pula, Sembonia dan Carlo Rino baru saja melancarkan koleksi beg tangan terbaru di bawah jenama masing-masing bagi memenuhi kehendak pencinta beg tangan khususnya wanita!




Baru-baru ini, aku berpeluang hadir ke satu pertunjukan fesyen dua jenama besar yang gah iaitu SEMBONIA & CARLO RINO yang berlangsung di SOGO, KL. Kedua-dua koleksi yang diperagakan memang unik dan ekslusif, sesuai dengan kehendak dan gaya wanita moden masa kini tapi  masih mengekalkan sisi feminin dalam setiap corak yang digayakan.

Nak tengok lagi? Jom ...!









Carlo Rino yang bakal meraikan ulangtahunnya yang ke-30 pada tahun hadapan, ingin memastikan jenama yang telah dibina kukuh di negara ini akan terus mendapat perhatian dari penggemar koleksinya terutama kaum wanita. Untuk itu, Carlo Rino berhasrat untuk menawarkan lebih banyak stail, program penghargaan, promosi eksklusif dan koleksi edisi terhad sempena sambutannya yang ke-30 nanti.

Sehingga ke hari ini, Carlo Rino telah mempunyai 32 butik dan ia akan bertambah kepada 35 butik pada tahun 2016 di pusat-pusat membeli belah terkemuka negara. 

Pertunjukan fesyen diteruskan dengan peragaan koleksi SEMBONIA yang tampil dengan beberapa konsep dan warna pastel yang menarik serta corak Butterfly yang cantik!

Keeping A Balance


 Capturing the Zeitgeist





More than Pads






Selesai pertunjukan fesyen, aku terus melangkah ke bahagian SEMBONIA, yang memang meriah dengan tag harga diskaun sehingga 50%! Fuhh .... ini memang boleh bikin mata rambang beb! :D



















Amacam ... betul tak aku cakap? Rambang mata tengok pilihan beg tangan yang ada di SEMBONIA ni! Koleksi corak dan warna pun memang sangat trendy dan menarik, sesuai dengan wanita masa kini yang sukakan kelainan dan unik!






So, korang tunggu apa lagi! Jom serbu SOGO, KL atau mana-mana cawangan Sembonia yang terdekat dan dapatkan koleksi beg tangan terbaru yang cantik ni! Memang berbaloi tau!



Wednesday, October 21, 2015

Wednesday, October 21, 2015

Anak Jadi Cepat Bosan Akibat Jerebu!


Assalamualaikum!


Masuk hari ketiga hari ni kakak dan adik dicutikan dari persekolahan akibat jerebu. Yang si sulung tu dah mula buat muka bosan, sebab tak boleh nak main kat luar rumah pengasuh hehe. Dah la dari hari Isnin hari tu dia berkobar-kobar nak pergi sekolah, siap sedia dengan barang untuk projek DSVnya, alih-alih cuti pulak sebab jerebu huhu ...

Yang adik? tau apa jawabnye? ... Yeaaa sok tak sekolahhhh... ini budak kecik punya perangai pun kena tengok-tengokkan jugak. Lama sangat cuti inilah jadinya huhu ....

Mujur ada bekalan buku pinjaman Perpustakaan Negara hari tu, memang sorang bawa sebuah buku untuk dibaca di rumah pengasuh. Bawa banyak-banyak tak boleh ... kang jenuh nak cari kalau hilang!

Semalam try bagi kakak bawa raket, nak main badminton katanya. Tapi akhirnya raket tu kawan dia yang main ... dia layan kasut roda kawan pulak! Dah ... hari ni takyah bawa apa-apa la, habuk debu bermaharajalela kat luar tu ... nak main mende?? Duduk la dalam rumah baca buku atau main yang simple-simple aje.


Wednesday, October 07, 2015

Wednesday, October 07, 2015

Kuasa Untuk Kulit Yang Sihat Dengan Rangkaian Vaseline® Terbaru!


Assalamualaikum!


Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun sedikit sebanyak memberi impak kepada kesihatan kulit kita terutamanya pada kaum wanita. Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan menjadikan kulit kelihatan tidak sekata, kering dan tidak sihat.

Dan, bila kulit tampak kusam dan kering, ia membawa petanda masalah dalaman dan menunjukkan bahawa pelindung kulit kita tidak berfungsi dengan baik. Sebab itu, kita memerlukan produk losyen pelembap yang boleh memelihara kelembapan kulit serta mencerah dalam masa yang sama!

Tentu korang teruja nak tahu apakah keistimewaan rangkaian losyen Vaseline® yang terbaru nikan? Jom aku kongsikan...!





Baru-baru ini aku berpeluang hadir ke majlis pelancaran rangkaian Vaseline® terbaru bertempat di Aloft, KL Sentral. Revolusi Vaseline® kali ini menampilkan teknologi titisan mikro jeli petroleum dalam losyen bagi memberikan lebih kelembutan dan memelihara kelembapan kulit.

Mengikut kajian, kebanyakan wanita rajin melembapkan wajah mereka setiap hari tetapi hanya separuh yang melakukan yang sama pada tubuh mereka. Itu bermakna, 95% kulit telah terabai dari penjagaan yang sempurna.

Dengan keadaan cuaca yang panas dan tidak menentu sekarang, kulit kita pasti akan mengalami kekeringan dan kusam kan. Vaseline® dengan jeli petroleum bertanggungjawab menghasilkan perlindungan untuk memerangkap kelembapan dan melindungi kulit, sekaligus menyokong proses pemulihan kulit semulajadi.




Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.



A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Rangkaian produk Vaseline® dengan rumusan titisan mikro jeli petroleum selamat dilancarkan oleh Ashlee Ng. 




Info Ringkas Mengenai Sejarah Jeli Petroleum




Ditemui pada tahun 1859 oleh Robert Augustus Chesebrough, ahli kimia British yang mengembara ke Titusville sebuah bandar kecil di Pennsylvania di mana bahan mentah petroleum mula dijumpai. Beliau tertarik untuk mengkaji keberkesanan minyak petroleum dalam proses penyembuhan luka apabila melihat para pekerja minyak di kawasan itu melumurkan lebihan minyak yang ada pada penggerudi itu ke bahagian tubuh mereka yang luka atau melecur. Sejak dari itu, Chesebrough memulakan misinya untuk membantu mencari penyelesaian kepada kulit kering.




Selepas melalui proses pengekstrakan dan pembersihan bertahun-tahun, beliau akhirnya memperkenalkan ia sebagai "Wonder Jelly" kepada umum di Amerika secara besar-besaran. Dan, pada tahun 1870, beliau membuka kilang di Brooklyn, NY dan menjelajah seluruh New York dengan kereta kuda, memperkenalkan produknya sebelum ia mula diiktiraf secara global di seluruh dunia!




Ok, berbalik kepada majlis pelancarannya, rangkaian Vaseline® terbaru mengandungi jeli petroleum yang bukan sahaja boleh melembutkan kulit tetapi teknologi jeli petroleum bertindak dari dalam kulit untuk memulihkan kekeringan dan membantu proses pembentukan sel kulit baru. Di samping itu, ia turut bertindak mencerah kulit dari dalam memberikan perlindungan dari sinaran UV.




Aku sendiri berpeluang buat test kelembapan kulit dan bacaan menunjukkan kadar kelembapan kulit aku .... hanya 23.7% ajeeee?? Kering giler baq hang! hehe. Tu la .. hari-hari duduk dalam opis dingin sejuk beku ... mau tak kering kulitku! Tengok reaksi muka aku tu pun dah tahu kan ... sedihhhh hahaha :D


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Tapi lepas sapu losyen Vaseline® Healthy White kat tempat yang kering tadi , kadar kelembapan kulit aku naik kepada 86.2%! Hou yeaaaaa 




Rangkaian produk losyen Vaseline® yang baharu dengan titisan mikro Vaseline® Jelly ialah satu rumusan tidak melekit yang mampu menjadikan kulit cerah dan lembut. Ia melembap jauh ke dalam untuk memulihkan kulit kering, membantu mempercepatkan pemulihan kulit dan menyokong pencerahan kulit dengan menyingkirkan kulit rosak dari dalam

Hanya dengan sapuan dua kali sehari secara konsisten, kulit korang akan jadi lebih lembut dan lembap serta sihat dari dalam.





Terdapat titisan mikro Vaseline Jelly di dalam 8 varian rangkaian losyen Vaseline Intensive Care dan rangkaian Vaseline Healthy White. Malah, semua varian pencerahan hadir dengan manfaat tambahan untuk memenuhi keperluan kulit setiap individu.

Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline merangkumi:-

  • Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa
  • UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria - untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu
  • Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol - untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna
  • SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari

Rangkaian baharu Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapati di kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my.




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.