Breaking

Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Thursday, October 03, 2013

Thursday, October 03, 2013

Protokol & Etiket Bersama CuteCarry - Appearance

Assalamualaikum!~

Perghhh! kursus lagiiiiii....! ape boleh buat, tempoh 'matang' kami tak cukup lagi hehehe. Ada baki 4 hari lagi nak kene perabih ni. Tetiba dapat panggilan kursus lagi. This time....pasal protokol dan etiket!

Kursus kali ni pun 3 hari ja! Tapi, rasanya macam nak sambung lagi 3 hari hehe. Penceramahnya happening giler woi! Ni kali kedua kenit join kursus etiket di jabatan kenit, but i have to tell you, i love the 2nd one...! (^_^)

Thursday, September 19, 2013

Thursday, September 19, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Ketiga (Last Part)

Assalamualaikum!~

Hari ketiga....last one! perlukan semangat kencang untuk menaip entri kali ni. Kali ni nak citer bagaimana Dr. Azrul kuruskan badan! korang mesti suka kan bab ni. Kenit pun suka walaupun dari luar nampak kurus keding, hakikatnya...gendang gendut tali kecapi, gendut disana bergendang disini hahahaha (ape yang ko merepek ni!)

Anyways, kenit dah janji kan nak share tips Dr. Azrul. So let's start shall we (^_^)

Friday, September 13, 2013

Friday, September 13, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Ketiga

Assalamualaikum!~

Satu hari suntuk kami berpeluang mengadap muka Dr. Azrul dan bertanya 1001 soalan. Dari pukul 8 pagi start sesi, kitaorg dah mula tanya soalan dah. Kesian Dr., sampai ke petang slaid dia tak bukak2 lagi hehehe. Asyik cakap, "ader soalan lagi?"..konpom la kena serbu sokmo!


Thursday, September 12, 2013

Thursday, September 12, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Kedua & Ketiga

Assalamualaikum!~

Hari kedua ceramah pasal pengurusan psikologi. Mujurlah pagi tu sumer buat muker segar takda yang mengantuk...kot hehe. Tak banyak nota yang nak dishare sebab ni berkaitan dengan peranan AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia).

Bagi penjawat awam, korang kene tau ni siapa pegawai AKRAB di jabatan korang. Jika ada pegawai yang ingin mengadu masalah peribadi atau apa masalah pun boleh refer pada pegawai AKRAB yang telah dilantik.

Ni serba sedikit mengenai AKRAB....

Tuesday, September 10, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Pertama {sambungan}

Assalamualaikum!~

Sangkaku lepas pekena nasi panas ngan ayam masak lemak cili yang tak berapa berapi tu bersama ulam-ulaman dan air oren yang manis akan membuatkan mata ini layu menjelang petang. Ternyata meleset.....hehe.

Slot kedua dikelolakan oleh anak Hj. Hushim, iaitu En. Mohd Fauzan Bin Hj Hushim. Beliau juga merupakan CR (Counselor Registered) dan merupakan seorang peguam.  



Monday, September 09, 2013

Monday, September 09, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Pertama

Assalamualaikum!~

Warna-warna skeptikal mula terbit dari wajah semua peserta kursus. Tengok tajuk pun dah tahu, ini geng yang penuh ngan masalah di tempat keje haha. Tapi, itu hanya prasangka kami saja. Sebenarnya, kalau difikirkan balik, bertuahnya kami yang terpilih untuk join kursus selama 3 hari ni. 

Seperti siri-siri ceramah yang lalu dalam poket baju mesti ader cekelat (gula-gula). Buat pemanis mulut, penyegar mata. Tapi, kali ni sebiji pun Kenit tak makan pasal penceramah sumer gempak habis!


cam tak? cam tak? cam takkkk?

Sunday, October 07, 2012

Sunday, October 07, 2012

Transformasi Diri dan Organisasi di D'Ambang Resort.

Assalamualaikum everyone,

waahhhhhh lama giler akak tak update blog yer..memang busy giler akak minggu lepas. Tetiba dapat emel kene gi kursus kat Pekan, Pahang plak tu. Kelam kabut akak susun atur jadual harian dan perjalanan tuk anak2..dan akhirnya diaorg kene amik EL so, seronok la tak gi sekolah kan. Tapi takla semudah tu akak nak bagi 'lepas' ajer kan hohohohoho..noooo wayyyyy! Akak dah standby homework lagi tuk diaorg masa kat kampung nanti, so takde la nak main je kannn... *sorry kalu tak faham akak main taip jer ni dah merapu ni*


So, kursus akak bermula 1hb Oktober- 4hb Oktober 2012. Bermulala perjalanan di pagi Isnin dengan bas, dalam perjalan tu boleh plak tersosek hehe. Selepas 5 jam baru la kami sampai di destinasi yang betul.

Dengan kepenatan yang melampau dan perut yang lapar kami tiba di D'Ambang Resort, Pekan Pahang dengan selamatnya hehe. Dah dapat kunci terus kami merehatkan diri dan mengemas apa yang patut.


Pintu utama D'Ambang Resort
tempat beradu

pemandangan 'chalet' dari luar

Disebabkan kami sampai tersangatla lambat, maka petang itu tiada aktiviti lagi buat kami so akak amik kesempatan ini tuk berposing sakan la kan. Maklumla resort ni terletak berhadapan dengan Sungai Pahang jadi rugi kalu kiter tak amik gambar tau hehe.

Inilah Sungai Pahang..mendamaikan tul tak??
mek ni suka posing menegak hehe

berlatar belakangkan Sungai Pahang...cun woo!

So, malam pertama tu bermulala 'ice-breaking' antara peserta kursus dan dibahagikan kepada kumpulan masing2...haaa ni kumpulan akak--> CERIA. Kalu tengok dari bendera yang kami reka dan riak muka kami yang masih cuak dan penat..memang tak ceria tapi nak bagi tambah semangat sikit la kan, baru ader rasa enjoy maaa!Layannnnnnn....


Lukis logo bendera macam nak lukis pelan bangunan...
serius pokcik2 ni hehehe.


Ini ubat kuat..kalu takda ubat ni alamatnya lentokla kami hehe.
CERIA...Separuh siap

Hari ke-2, ke-3 dan malam penghabisan kami habiskan masa untuk aktiviti lasak seperti 'jungle-trekking', 'rafting', 'high-rope', 'flying-fox', 'water-confident' dan 'mini-war game'. Memang enjoy giler kami sumer sampai pokcik2 yang dah masuk umur 5 siri tu pun dan macam 1 siri dah..hehe. Tapi sayang tak dapat nak snap gambar sebab tak digalakkan bawa gadget yang canggih manggih ni..kalu ilang tanggung sendiri la yer huhu. Tapi, dapat jugakla akak merasa berakit di Sungai Pahang ni, kalu nak suruh buat rakit tu memang kacang peas je la *amboiiiii berlagak tak hingat dunia yer*.

Jungle-trekking tu senang jer sebab trek diaorg mendatar jer tapi pacat memang banyak giler dalam hutan tu..so, korang kalu nak masuk hutan tu jangan berangan nak pakai seluar pendek atau baju lengan pendek yer...merasala ko spa pacat free nanti!wahahaha....


Yang paling akak gerun masa buat high-rope..baru ku tahu aku ni gayat sebenarnya. Ganas giler nak panjat tali dan kayu2 atas pokok tu..mengucap tak habis akak dibueknyo..apokan dayo kono habiskan jugak lo hehehe.



senget pulak...inilah high-rope. Nampak jer rendah dan senang..
kalu nak cabar diri inilah tempatnyer, ader beran??

So, inilah yang terjadi selama 4 hari akak kat sana..mula2 memang cuak dikkk. Dahla jauh dari family, tv takda, radio takda, wifi pun semput2 ajer. Tapi bila dah lalui sumer aktiviti tu baru kiter tahu potensi diri kita yang sebenarnya..dan of course la sumer tu boleh di apply di alam pekerjaan nanti. Jadi, kalu korang berhajat nak bercuti atau berkursus di tempat2 yang indah semula jadi datanglah ke D'Ambang Resort Pekan Pahang. For sure, makanannyer besttttttt....hehe. Dahla, akak ngantuk...bantal dah panggil tu hehe. Layan je la gambar kat bawah ni yer....

Woman Power..JMM gurls.

Bersama kak Ina yang suweettttt.

Rakan sebilik...korang memang sempoiiii terbaik!

Macam tak khusyuk jer kan?hehe

ni sumer mak budak dah...


Bergambar di jeti 

Bersama dengan jurulatih En Mohd. Rosdi

Dari kiri: En. Sarudin(hero mini-war game), En. Din, 
Kak Ina, Akak, Kak Marina dan Yana.

P/S: korang nak tahu lebih lanjut tentang D'Ambang Resort? Pergi kat sini http://www.d-ambangresort.com/

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.