Breaking

Showing posts with label Made In China. Show all posts
Showing posts with label Made In China. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Sunday, December 16, 2012

Bayi Serupa Nenek


Yuxin Xiaoli

Pasti semua maklum bahawa kulit bayi adalah sangat lembut dan halus secara normalnya. Dan pastinya, semua menginginkan kulit selembut bayi, kan? Namun, keadaan ini sangat berbeza bagi seorang bayi perempuan di China.

Yuxin Xiaoli, yang baru berusia setahun, mengalami sindrom langka. Kulitnya kehilangan elastisiti sehingga menampakkan kedut-kedut seperti kulit orang tua. Penyakit Cutis Laxa yang dihidapinya menyebabkan rupanya tidak ubah seperti seorang nenek yang sudah lanjut usia.

Akibat dari penyakit yang dihidapinya, Yuxin kehilangan elastisiti kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi dan organ-organ vital seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus dan paru-paru.

"Dia nampak seperti orang tua, Kali terakhir saya membawanya ke klinik, semua orang merenung ke arahnya seperti melihat makhluk asing. Malah, ada kanak-kanak yang menangis ketakutan," kata Cao Niu. Keluarga pada mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana ingin melindungi anak gadis mereka dari menjadi bahan ejekan orang. Namun, apabila keadaan kesihatan Yuxin semakin teruk dan merosot, mereka terpaksa membawanya ke hospital Zhengzhou, China.

Keluarga semakin yakin bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkahlakunya yang begitu aktif dan cerdas. Dia juga sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain disekelilingnya.

Sumber: unikz.up2det.com

Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Laluan Jejantas Yang Unik Di Shanghai, China

Fuhhh! terbaeekkkkkk....! China memey boleh wat apa saja. Dari pembuatan makanan, gadget, barangan letrik, sehinggalah ke mercun & bunga api dan banyak lagi la! Tapi, satu yang unik mengenai China ialah laluan jejantasnyer yang unik merupakan satu-satunya yang wujud di dunia!Jom kiter terjah!~


Info ringkas :

  • Jejambat laluan pejalan kaki yang berbentuk bulatan ini telah dibina di kawasan bandar yang padat dengan aktiviti perniagaan , iaitu di Pudong, Shanghai China pada tahun 2010.
  • Ia terletak betul-betul di bulatan utama (roundabout)di Pudong yang merupakan pertembungan antara lima persimpangan.
  • Objektif utamanya adalah untuk mengasingkan aliran trafik dengan pejalan kaki serta mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
  • Jejantas ini mempunyai ukuran lebar 7 meter dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan eskalator dan lif.
Jom terjah gambarnya pula!~







Sumber info : billyinfo.blogspot.com


P/S: Kat Malaysia boleh buat macam ni tak?

Thursday, December 06, 2012

Thursday, December 06, 2012

Rumah Hiiway Runtuh...


Hurmmmmm akhirnya runtuh juga 'rumah hiway' yang telah mendapat perhatian dunia ni kan. Pasti ada yang pernah buat entri pasai rumahhiway sebelum ni kan. So, sekarang ia telah runtuh selepas sepasang suami isteri di Daerah Zhejiang enggan meninggalkan rumah yang telah lama mereka duduki itu.

Ini adalah kerana nilai pampasan yang ditawarkan kepada mereka tidak cukup untuk membina rumah baru. kalu korang nak tahu, rumah pasangan ini adalah satu-satunya yang masih berdiri kukuh di tengah-tengah  jalan di Wenling.

Tapi, setelah puas berbincang dan atas nasihat saudara mara akhirnya pasangan ini dengan berat hati bersetuju untuk pindah dan menandatangani dokumen pampasan.








Saturday, November 10, 2012

Saturday, November 10, 2012

Ketiak Busuk Tak Boleh Jadi Pilot






BEIJING: Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China.
Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan. 
Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang.

Dalam temuduganya, staf syarikat akan datang dekat dengan calon juruterbang dan menghidu ketiak sekiranya ada bau yang tidak menyenangkan.



Seorang calon yang ditolak permohonannya berkata, “Saya lulus semua ujian kecuali bau ketiak.”


Pegawai syarikat mendakwa, staf di pesawat sentiasa berinteraksi dengan orang ramai. Penumpang tidak mahu berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan terutama pekerja yang bekerja dalam pesawat.




Sumber: Harian Metro 10/11/2012

P/S : Hadowwww macam ni pun ader yer...yang ngarut2 jer diaorg ni wahaha~


Friday, November 09, 2012

Friday, November 09, 2012

88 Tahun Nanti Gambar Kahwin.






NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.
Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu. 
Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.

Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.



Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.


Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu.

Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.

Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.

Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka.

Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM


Sumber: Harian Metro 9 Nov 2012


P/S:Allahurobbi..romantik sungguh mereka ni kan? Bahagia hingga ke hujung nyawa (^_^)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.