Breaking

Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Wednesday, June 24, 2015

Serbu Ensogo Hari Ini!


Assalamualaikum!


Dah dekat nak raya ni, shopping adalah perkara paling banyak dilakukan semua orang terutama wanita! hehe. Kebanyakkannya memilih untuk shopping secara atas talian atau online, tambah bulan bulan puasa ni ... takkanla nak bazirkan tenaga meredah dari satu kedai ke satu kedai pulak kan! Benda dah ada depan mata, pilih dan klik saja mana yang berkenan ... ohsem ma!

Kadang-kadang kita perlu beli barang tu untuk keperluan keluarga, contoh macam barang kegunaan harian seperti sabun mandi, sabun basuh baju dan sebagainya. Bukan ke best kalau semua tu kita just boleh beli online je, tak perlu nak masuk pasaraya tu pasaraya ni jinjing beg plastik berat-berat. 

Dan, lagi satu kalau nak shopping online ni kena pilih shopping platform yang sesuai dengan jiwa kita gituuu hehe. Paling penting penjimatan harga, potongan diskaun dan barang mesti berkualiti terbaekkkk punya! Baru la mak mak suka nak shopping online lagi kannnn ...hehe.




Bercakap tentang shopping online dan penjimatan harga, Ensogo menawarkan harga hebat dengan potongan diskaun yang mampu membuatkan anda ternganga sekejap! hehe. Dari perkakasan elektronik, gajet, aksesori mewah dari jenama terkenal, perabot dan aksesori untuk kediaman rumah hingga ke makan malam buffet di hotel lima bintang ... semuanya ada untuk anda dalam satu laman web!

Dengan pendaftaran kali pertama, korang akan menikmati voucher RM10 secara automatik. Kiranya korang dah jimat RM10 apabila memberi barangan secara online di Ensogo. Jangan lupa register dan subscribe newsletter Ensogo sekali tau sebab promosi dan harga hebat untuk barangan akan sentiasa diupdate dan pelanggan akan cepat dapat maklumat mengenai sebarang promosi dan barangan terkini!


Anak nak makan waffle? Mak mak mesti beli sebab ada diskaun 63% ni!


Yang ni sesuai la untuk mak mak macam iolss hehe .... senang nak buat jus! 
Murah giler baq hang!



Aaaaaaa ni sesuai letak dalam bilik anak-anak kita kan!  ^^


Wishlist kakak dan adik jugak ni! hehe.


Eh takkan jimat takat RM10 je?? Haaa ada special promotion untuk pembaca setia di luar sanaaaaa! Masukkan aje kod promosi 'HANIM20' sekiranya anda membeli apa saja barangan bernilai minimum RM60 untuk sekali pembelian bagi satu alamat emel dan korang akan dapat potongan RM20So, kat sini korang dah jimat bukan RM10 ... tapi RM30 weh!! 

So, tunggu apa lagi .. kod promosi ini HANYA berlangsung selama 1 MINGGU bermula hari ini! Janganlah buat tak tahu ajeee, rebut peluang ini untuk penjimatan yang hebat. Rugi la kalau tak rebut ... sekali boleh jimat RM30 tau dak! Bukan susah pun ... register di Ensogo dah dapat voucher RM10, pastu shopping pilih barang yang dikehendaki dan seandainya nilai barangan melebihi RM60, boleh guna kod promosi 'HANIM20' untuk nikmati potongan RM20 bagi sekali pembelian. Ohsemmmmm!

Kalau nak shopping barangan keperluan, korang boleh pergi SINI , paling best Ensogo menawarkan penghantaran PERCUMA 24jam sehari !

Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari www.ensogo.com.my atau Facebook Ensogo .



Wednesday, June 17, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Jom Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari!


Assalamualaikum!


Bila bercakap tentang persediaan raya, anak-anak adalah insan yang paling teruja selain ibu dan ayahnya. Tetapi, setiap tahun masalah yang sama tetap juga menghantui tiap kali nak shopping baju raya. Pengalaman shopping di saat-saat terakhir beberapa tahun lepas benar-benar mengubah persepsi kami suami isteri.

Dek kerana nak kejarkan harga murah dan diskaun di minggu-minggu terakhir, kami sanggup meredah 'lautan' manusia mencari baju raya. Perghh ... memang mimpi ngeri kalau dikenang kembali! Dengan nak pegang tangan anak-anak, melintas jalan, keluar masuk kedai nak cari pakaian yang sesuai, risiko disaman lagi .... memang tak tenang rasa nak shopping kan.




Tahun ni, aku dan Pak Jelan berazam nak ubah jadual shopping kami. Instead of shopping di saat-saat terakhir di tempat yang sibuk, kami memilih untuk shopping awal dengan promosi harga hebat di lokasi yang selesa dan mempunyai pilihan baju raya yang menarik dan cantik untuk seisi keluarga!

Tanpa banyak bicara, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari, Lake Fields, Sungai Besi minggu lepas! Kalau dari Pusat Bandar hanya mengambil masa 19-23 minit untuk sampai ke sini. Jangan risau, ikut hiway pun boleh hehe. Tahun ini, kami berazam untuk shopping awal supaya tidak mengganggu urusan ibadah dalam bulan Ramadhan. Sebab itu kami pilih Pusat Pakaian Hari Hari kerana ia menepati citarasa kami sekeluarga! ^^

Shopping timeeee! ^^




'Model' terpampang di hadapan kedai





Selangkah kaki ke dalam sudah cukup membuatkan kami sekeluarga teruja! haha. Anak-anak dah tahu mana tempat nak dituju, suami dan isteri seolah-olah membawa 'haluan' sendiri hehe. Teruja melihat kemeriahan warna-warna ceria pada koleksi baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari ini.

Jom tengok pakaian anak-anak dulu ...





Pencarian baju raya bermula! Tak susah nak cari seksyen baju raya kanak-kanak. Dan kakak dan adik tahu apa yang mereka nak! Masing-masing sibuk menggayakan baju raya yang terdapat di situ. Serius ... memang cantik pilihan warna dan corak di sini! 






Terdapat pelbagai pilihan menarik untuk kanak-kanak di Pusat Pakaian Hari Hari, dari baju kurung ke blouse hingga ke jubah. Disebabkan tahun ini, kami memilih untuk tema jubah maka, semestinya inilah tempat yang kami cari!

Sementara kakak dan adik mencuba baju yang dipilih, ibu pun nak pilih juga baju raya hehe ^^




Jubah dengan pilihan warna dan corak menarik



Baju kurung juga ada ^^



Pilih kak long .. jangan tak pilih hehe 



Ok yang ni cantik ... yang ni cantik ... errmmm nak ni jugak! 
Rambang mata kak long weh! hahaha



Tu ..tu .. saya nak yang biru tu! 
hahaha




Kalau ikutkan rasa hati, mau aje aku nak try fitting semua jubah-jubah ni hehehe. Tapi, kesian pulak kat staf kedai tu kang ... plus, kena jegil ngan Pak Jelan naya aku haha!




Eh.. anak-anak dah siap la! Jom tengok cantik tak! ^^




Kakak ada dua pilihan warna yang dia suka. Satu warna biru (gambar atas sekali), satu lagi warna biru ni. Memula dia nak dua-dua, tapi akhirnya dia pilih warna biru yang satu lagi hehe. 




Adik lagi senang, dari mula dia memang dah aim nak kaler terang macam ni. Tahun ni, kami tak tetapkan tema warna jadi ikut la warna apa pun janji anak-anak suka. Nak cari saiz baju pun tak susah ... kalau tak pasti boleh tanya staf kat situ.

Yeaaa ... baju raya anak-anak dah setel! Sekarang baju raya ibunya pulak hehe. Banyak juga baju yang sempat aku gayakan hehe. Nak tengok model tak berbayar tak? haha ... jom! 








Ahaaa! susahnye nak pilih ni ...haha. Banyak sangat yang memikat hati, tapi alhamdulillah akhirnya pilihan telah dibuat! Nak tahu aku pilih baju yang mana? Haaa tu kena tunggu la pagi Raya ... yek hehe :)

Untuk kaum bapa tidak dilupakan juga. Kelengkapan siap dari songkok hingga ke baju Melayu dan sampin turut ada di Pusat Pakaian Hari Hari.






Antara koleksi baju Melayu yang cantik dan menarik ....








Semua pilihan warna yang kita nak ada di sini. Pendek kata, baju Melayu untuk suami, untuk anak teruna dan remaja juga ada! Nak warna gelap,cerah, lembut, pastel ... corak terkini dan unik, semuanya ada di Pusat Pakaian Hari Hari!




Pilihan warna dan corak sampin


Bagaimana dengan harganya?

Alhamdulillah ... harga yang ditawarkan pun hebat. Memang sesuai dengan bajet untuk seisi keluarga. Dah nama pun promosi hebat kan hehe. 







Selain harga yang cukup berpatutan, Pusat Pakaian Hari Hari turut mementingkan keselesaan pelanggannya membeli belah. Ruang yang luas dan bilik persalinan yang cukup, memudahkan anda dan keluarga memilih dan mencuba pakaian di sini.

Masing-masing dah dapat apa yang dihajat .. so apa lagi, jom ke kaunter! ^^




Terima kasih! Weeeee .... kami dah ada baju raya hehe ^^




Hou yeaaaa! Misi tercapai akhirnya ^^.  Tak perlu nak bersesak-sesak lagi dah, tak perlu nak meredah 'lautan' manusia dan tak perlu risau pasal parking ...hehe! Terima kasih Pusat Pakaian Hari Hari ... alhamdulillah pengalaman yang best bershopping di sini!

Korang yang belum shopping baju raya lagi tu, tak perlu tunggu saat-saat akhir untuk kejar diskaun dan promosi. Bawa saja keluarga korang ke Pusat Pakaian Hari Hari sebab di sini ada promosi hebat sehingga menjelang Raya!




Plus, dengan pembelian RM80 dan ke atas, korang akan dapat sampul raya bermula 3 Julai 2015 dan pembelian RM120 dan ke atas akan dapat beg ungu Hari Hari ekslusif seperti yang aku punya tu hehe :)

Promosi Raya oleh Pusat Pakaian Hari Hari berlangsung serentak seluruh negara, so jangan lupa bawa keluarga korang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari yang terdekat hari ini! ^^

Monday, July 14, 2014

Monday, July 14, 2014

Jom Beramal Bersama Planta.


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu kedua bulan Ramadhan, dan Anim yakin pasti ramai yang dah mula menggentel kuih-muih dan biskut raya beraneka jenis dan rasa time ni kan hehehe. 

Dan, dalam dua fasa pertama ini juga tentunya kita banyak belajar tentang erti berkongsi kasih sayang dan disebabkan itu, Planta ingin mengajak anda semua di luar sana untuk sama-sama berkongsi keceriaan menyambut Syawal dengan golongan yang kurang bernasib baik. 




Seperti yang anda maklum, pada awal bulan Jun yang lepas Anim ada mengikuti kempen Seceria Air Tangan Bersama Planta. Dan kini, kempen Beramal Bersama Planta telah pun memasuki Fasa Kedua.

Dalam Fasa Kedua ini, Planta ingin menyeru dan mengajak anda especially yang pandai membuat kuih-muih dan biskut raya untuk sama-sama menyumbangkan hasil biskut raya buatan anda sendiri untuk diberikan kepada anak-anak yatim sempena menyambut Syawal.




Caranya mudah saja :

  • Hasilkan biskut raya anda dengan air tangan sendiri
  • Kunjungi Pasaraya MYDIN & GIANT terpilih untuk salurkan biskut raya anda. Atau anda boleh mengunjungi mana-mana Roadshow "Beramal Bersama Planta"
  • Seterusnya, biskut raya anda akan disumbangkan kepada anak-anak yatim Malaysia.

Mudah bukan? (^_^)

Di samping anda membuat kuih-muih dan biskut raya untuk keluarga dan tetamu, anda juga boleh berniat untuk beramal dengan mendermakannya kepada anak-anak yatim melalui Planta.

Apa jua jenis biskut raya boleh disumbangkan. Yang penting usaha kita untuk sama-sama menceriakan anak-anak yatim di pagi Syawal nanti.

Kempen Beramal Bersama Planta ini akan bermula :

16hb Julai - 20hb Julai 2014

InsyaAllah sumbangan anda ini dapat sedikit sebanyak menceriakan mereka yang pastinya merindukan masakan dari air tangan seorang ibu. 

Jadi, apa tunggu lagi! Sambil-sambil buat biskut raya tu kita boleh juga menambah pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan anda amatlah dihargai. Moga mendapat ganjaran yang tinggi dari Ilahi.

Selamat beramal! 
(^_^)



Monday, June 09, 2014

Monday, June 09, 2014

Simplot Award's Contest – Malaysia’s Best Home Chef


Assalamualaikum!




So, baru-baru ini Simplot telah mengadakan satu bengkel memasak menggunakan hashbrown bersama chef terkenal tanahair iaitu, Chef Florence Tan. 

Apa?? Hash brown??

Yesszaaa! biasanya, hash brown ni makanan orang Barat terutamanya sewaktu breakfast. Kini, kita pun boleh memasak menggunakan hash brown tau! (^_^)


Pengurus Simplot bahagian
Commercial Marketing & Asia Tenggara ,
Ong E- Laine




Di bengkel memasak ini juga, beliau turut berkongsi resepi hashbrown beliau yang popular, iaitu mi rebus dan karipap - made with an added Malaysian twist






Bengkel memasak ini diadakan julung kalinya oleh Simplot bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan 'Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef'.

Dan, yang ni pula antara hasil resepi yang dikongsikan oleh rakan blogger yang menyertai bengkel memasak bersama Simplot : 


Simplot Hashbrown potato and vegetable cutlet

Simplot Popcorn Hashbrown sweet and sour chicken

Simplot Popcorn Hashbrown with Bolognaise Sauce

Simplot Potato Curry Puff


Menarik bukan! 

Kreatif sungguh mereka ni memasak menggunakan produk Simplot. 

Anda juga boleh menunjukkan kreativiti dan skill memasak anda dengan menyertai pertandingan Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef jugak tau!

Macam mana caranya?

Sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan hanya menghasilkan resepi sendiri menggunakan produk Simpot Hashbrown. Foto resepi dan masakan kemudian, boleh diupload di Instagram dan letakkan caption dan hashtag #SimplotAward.

  • 20 resepi terbaik akan disenaraipendekkan dan bakal menerima voucher bernilai RM200 dari TESCO bersama dengan goodie bag dari Simplot Malaysia Sdn Bhd. Dari senaraipendek itu, Simplot akan memilih top 8 finalis untuk bertanding dalam acara akhir pada 19hb Jun.
  • Orang ramai juga boleh mencalonkan ahli keluarga, rakan atau mana-mana food bloggers untuk pertandingan ini. Sekiranya, calon yang dipilih tersenarai dalam top 8 finalis, mereka juga akan memenangi voucher bernilai RM200 dari TESCO bersama dengan goodie bag dari Simplot Malaysia Sdn Bhd bernilai RM100! Jika calon mereka berjaya memenangi Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef, mereka juga akan membawa pulang hadiah perkakas dapur!

Hadiah-hadiah yang bakal menjadi rebutan termasuk :


Juara
RM5000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.

Runner-up
RM3000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.

3rd Place
RM2000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.

Hadiah saguhati
set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot untuk setiap seorang.



Wow! menarik bukan!

So, pada anda tak kira ibu-ibu atau bapa-bapa yang pandai memasak, dan pandai merekacipta resepi baru setiap hari, Inilah masanya untuk anda menyerlah! 

Mana tahu, anda antara yang bertuah memenangi hadiah menarik dan hebat dari Simplot Award. Jom sertai sekarang, kerana tarikh tutup penyertaan Simplot's Award ini ialah pada 14 Jun 2014!!

Masih ada masa untuk rekacipta resepi lagi ni!! hehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai kontes ini, anda boleh melawati :

Facebook Simplot : www.facebook.com/SimplotAward 

Instagram : @SimplotMY


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk anda menyerlah sebagai chef terbaik bersama produk Simplot! (^_^)




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.