Breaking

Showing posts with label Resepi Kenit. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kenit. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Friday, June 17, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Air Nanas


Assalamualaikum!


Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)

Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...





Air Nanas

Bahan-bahan :

1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak 
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul

Cara-caranya :

1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih

2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih

3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.

Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, June 15, 2016

Wednesday, June 15, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


Tuesday, June 14, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum!


Masakan paling best ialah asam pedas! Sebagai seorang yang berdarah campuran Melaka dan Negeri Sembilan, masakan asam pedas memang dah sinonim dengan aku sejak dari kecil lagi. Start aku makan asam pedas mak masak la, aku mula tertarik dengan lauk pedas!

Paling best kalau mak masak asam pedas ikan parang atau ikan pari. Perghhh ... dia punya kelazatan dan kemanisan isi ikan tu memang tak boleh nak cakap lah! Pakwe lalu belakang pun ko tak sedar hehehe. Tapi, aku suka kalau masak asam pedas guna satu lagi jenis ikan ni ...ikan jenahak! Haaaaa cara masak aku sempoi biasa biasa je, bahan-bahan pun ringkas sebab masa aku masak ni terlupa nak beli hehe,.

Pun begitu, rasa dia meletop! Wahhhh masuk lif tekan sendiri nampak ye Nim ... hahahaha ok la sebelum ada yang kecam aku puji makanan sendiri baik aku mulakan!




Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan-bahan :

ikan jenahak - aku amik bahagian perut hingga ekor
bawang merah 5 biji - ditumbuk halus
bawang putih 5 biji - ditumbuk halus
sedikit halba
3/4 cawan cili kisar - bergantung kepada tahap kepedasan cili kisar
7 batang bendi - potong kepala dan ekor
segenggam daun kesom
1 sudu gula
1/2 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato - potong 4 (kalau suka tomato, boleh letak lebih)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Cuci ikan sebersihnya dan toskan airnya. Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kesom. Kacau dengan api sederhana

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa ke dalam periuk. Sukatan air dalam periuk aku hanya separuh saja. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika

3. Masukkan ikan dan bendi. Jangan kacau ikan tu, tapi kacau kuahnya sahaja. Ikan ni isi lembut, jadi kalau kita kerap kacau atau alihkan ia, nanti isinya hancur. Biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan gula dan garam. Aku tak masukkan asam keping, sebab air asam jawa tadi pun dah cukup 

5. Bila bendi dah lembut, tutupkan api. Potong tomato dan masukkan dalam kuahnya. Aku letak akhir sekali sebab takmo tomato ni hancur dalam kuah

6. Siap untuk dhidang! 


Kalau korang tengok aku tak letak serai, bunga kantan, daun limau purut ... hanya daun kesom. Sebab apa? sebab aku terlupa nak beli .... hahahaha :D

MasyaAllah memang berbaloi aku beli ikan jenahak ni, manis rasa isinya dan terasa kuah asam pedas tu bila dimakan dengan nasi panas panas ... wowwww! Nak makan untuk berbuka pun boleh, nak buat lauk untuk sahur pun syok! Orang bujang pun boleh masak ni .... sapsapsoi! haha

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, June 14, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.



Friday, June 10, 2016

Friday, June 10, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Spaghetti Tomyam


Assalamualaikum!


Masih tak 'lalu' nak makan nasi. Tak tahulah kenapa tekak kami ni takmo terima nasi dalam bulan puasa ni. Tambah kalau sahur huhu. Mungkin kalau balik kampung berbuka dengan mak dan abah baru ada selera kot hehe. Semalam kat opis dah plan nak masak apa untuk berbuka. Siap pesan kat cik abe turun bas sat gi nak singgah kedai nak beli barang nak masak tomyam. Sekali masa dalam LRT dapat call dari suami, "abg dah siap masak tomyam dah ..." woww bertambah sayang kalau hari-hari macam ni hahaha :p

Dalam kepala ni dah ada idea dah, tomyam tu boleh makan ngan nasi atau mee atau meehoon. Masak banyak sikit, boleh dijadikan sebagai lauk sahur jugak. Rupa-rupanya ada yang request nak makan tomyam jugak hehe ... sapa lagi kalau bukan si sulung kami la ... hehehe.

Cakap pasal anak-anak, alhamdulillah dah dua hari kakak dan adik berpuasa penuh. Walaupun hari pertama dan kedua diaorang puasa sekerat, tapi ok la tu kan. Bila diaorang berjaya puasa penuh tu, ada reward la atas usaha berpuasa tadi. Reward dia tak lain tak bukan ... gi bazar! heee. Takpe, meraikan anak-anak dengan makanan yang diaorang suka sekali sekala ... no hal la!





Tapi memasak itu WAJIB! Macam semalam, Pak Jelan sekali lagi telah menunjukkan kemahiran masterchef dia dengan menu tomyam! Aku ingat nak tomyam daging, kakak nak tomyam ayam ... last last dia masuk ayam dan daging sekali dalam tu hahaha ... senang cerita!

Haa ok cukuplah berceloteh tu Puan Hanim, moh kita kongsi resipi spaghetti tomyam air tangan cik abe semalam ^^


Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan :

ayam - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
daging - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris 
5 biji bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak merah
1 biji tomato merah
1/2 kobis cina - dipotong kecil
1 paket perencah tomyam ADABI
daun limau purut
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan daun limau purut dulu sehingga keperangan sikit. Kemudian masukkan ayam dan daging yang telah dibersihkan. Kacau rata selama 10-20 minit untuk empukkan daging tu.

2. Sediakan perencah tomyam dalam mangkuk kecil, tuang ke dalam periuk dan tambahkan air ikut sukatan yang sesuai. Gaul rata sampai mendidih dan jangan berhenti.

3. Masukkan kobis cina dan lobak merah yang dipotong kecil tadi. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Last sekali, tutup api dan masukkan tomato yang dipotong ke dalam periuk. Kalau masuk awal-awal nanti tomato tu 'lunyai' sebab panas sangat.

5. Siap untuk dimakan! 




Dia tak lupa nak beli barang nak masak tomyam, tapi dia lupa nak beli meehoon/mee hehe ... tapi takpe, kita gunakan aje spaghetti yang memang dah ada kat rumah tu. Makan ngan spagehtti pun sodap! Balik rumah aku terus ke dapur rebus spaghetti. Kiranya ada gak la air tangan aku kan ngeee :D 

Resipi ni aku ikut sebiji macam yang dia buat semalam. Orang lelaki ni cara memasak dia kengkadang nampak macam mengarut je, tapi hasilnya wallahi ... manyak puas hati lah! :D 

So, hargailah suami anda yang pandai masak hehe ... rasanya lebih ramai dah lelaki yang boleh masak sekarang ni kan. Dia masak, kita kemaskan dapur, cuci pinggan buatkan air tuk dia. Yang tak berapa nak pandai tu, suh dia plak cuci pinggan kemaskan dapur .... ok tak? hehehe ...


Selamat mencuba! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.