Breaking

Showing posts with label Sebarkan!. Show all posts
Showing posts with label Sebarkan!. Show all posts

Friday, March 08, 2013

Friday, March 08, 2013

Status Bebola Daging IKEA.

Assalamualaikum!~

IKEA ada jual bebola daging jugak ye? Naper aku selalu 'tertinggal kapal terbang'? Sebab aku naik 'kapal selam' yang tak timbul-timbul wahahaha! Selama ni aku ingat IKEA tu 'syurga' pelbagai barangan perabot yang cantik & trendy. Tengok katalog dia je sudah mampu membangkitkan 'nafsu' nak tukar perabot baru hehehe. Tapi, apakan daya kalu digodek-godek dompet pinky aku ni, banyak duit singgit je hahaha!

Tuesday, February 19, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Mohon Tolong Sebarkan!

Assalamualaikum sumer!~

Masih ingat pada Tupac Shakur yang popular dengan lagu Gangster Paradise suatu ketika dahulu? Kalu korang peminat lagu-lagu rapper awal & pertengahan 90-an pasti korang ingat lagu ni. Tapi, Tupac Shakur telah mati ditembak dalam satu pergaduhan. Namun, yang aku nak kongsi di sini bukanlah Tupac Shakur tapi salah seorang ahlinya, Napoleon, ex-rapper dan salah seorang krew Tupac Shakur yang kini telah pun memeluk Islam dan bergelar muslim! Alhamdulillah...Allahuakbar!

Beliau telah bergelut dengan dadah..dan apa sahaja yang korang fikirkan DAN beliau akan berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman hidupnya sebagai anak seni.



Thursday, February 07, 2013

Thursday, February 07, 2013

Anak Hilang.

Trend menculik kembali menghantui masyarakat kita. Ada yang hilang kemudian dijumpai kembali, namun ada yang tidak begitu bernasib baik. Pastinya, jenayah culik kanak-kanak kini telah menghantui ibubapa, malah kita semua.

Lepas sorang sorang kena culik, sasaran mereka terutama budak sekolah. Ibubapa mana yang tak susah hati mengenang nasib anak yang belum tentu hidup belum tentu mati di luar sana..keseorangan..kelaparan..dan barangkali sesuatu yang tidak diingini menimpanya. 

Monday, January 14, 2013

Monday, January 14, 2013

Berita Gembira Pengguna Lebuhraya!


Wowweeeeee!~ Dia turun lagiiiii...hooray!hehe Alhamdulillah... yeah! Berita penurunan harga sebegini la yang dinantikan oleh sumer orang ye dop? Tambah2 lagi kalu harga barang makanan huhu. La ni sumer harga barang naik mendadak, sampai pak menteri takleh nak kawal dah. Sumernyer ada alasan tersendiri biler ditanya naper harga naik.

Artikel SH

Saturday, December 22, 2012

Saturday, December 22, 2012

PERHATIAN:Gangguan Air Di Wilayah Petaling & KL Pada 27-29 Dis.



Cuti cuti jugak..tapi jangan luper tadah air banyak2 terutama di kawasan yang bakal mengalami gangguan air di sekitar Wilayah Petaling & Kuala Lumpur.Gangguan sementara ini adalah berikutan kerja penggantian injap di Inlet Kolam Air Terminal, Jalan Kuchai Lama. SYABAS dalam kenyataanya di sini berkata gangguan di Wilayah Petaling pada 27 Disember bermula dari 3 petang hingga 1 pagi keesokan harinya (28 Dis).

Kawasan Yang Terlibat:

  • Taman Goodwood, Kuchai Business Park, Taman Lian Hoe, Taman Continental, Taman Indrahana, Taman Pagar Ruyong, Taman Gembira, Jalan Batalong, Jalan Rukun, Jalan Riang, Jalan Selesa, Jalan Sukacita, Jalan Jiran, Jalan Ramli, Jalan 1/128 dan Jalan 1/130.
  • SMK Sri Sentosa, SR Sri Setia, KFC & Pizza Hut, Institut Latihan Perindustrian, Ajinomoto, Nirvana, Jalan Sg. Besi, Petronas, Kg. Pakar, Sg. Besi, Pusat Hiburan Golden Sun, Kuchai Entrepreneurs Park-Jalan 1/116B hingga Jalan 10/116B, Taman Kuchai Maju, Taman Sg. Besi, Taman Salak Jaya.
  • Taman Salak Selatan-Jalan Perkasa 120, Jalan Hang Tuah 16, Jalan Tuanku 14, keseluruhan Jalan Gempita, keseluruhan Jalan Cahaya, keseluruhan Jalan Bendahara, keseluruhan Jalan Laksamana, Sekolah Tunas Bakti, Tokong Jalan Sg. Besi, ISM Sg. Besi, Kg. Malaysia Tambahan-Jalan 1/141; Kg. Baru Salak Selatan-Jalan 35-37; Salak South Garden, Perumahan Desa Petaling dan Kondominium Widuri Impian dan Pangsapuri Desa Puteri dan Jati Selatan.

Sementara itu, gangguan bekalan pada 28 Disember di Wilayah Persekutuan bermula 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya berikuan kerja pengalihan paip bagi pelebaran Jalan Segambut dari Jambatan KTM hingga Jalan Mont Kiara.

Kawasan Yang Terlibat:
  • Segambut; Tmn Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Tmn Sri Sinar, Tmn Prima Pelangi, Sgambut Dalam, kawasan Mont Kiara- Sunrise (Fasa 1 & 2), kawasan Segambut Tengah; kaw, Segambut Bahagia; kaw. Tmn SPPK Segambut. sepanjang Jalan Segambut, Tmn Segambut, Tmn Bukit Sgambut, Tmn Indah Murni, Jalan Kelapa Bulan, jalan Kelapa Hijau, Jalan Kelapa dan Tmn Prima Impian.

Sumber: BERNAMA

Thursday, December 20, 2012

Thursday, December 20, 2012

BACA & SEBARKAN:Teknik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan


Tengah dok godek2 FB terbaca plak artikel yang mungkin PENTING untuk DIBACA dan DIKONGSI bersama, terutama kepada pemandu-pemandu wanita di luar sana. Kejadian macam ni dah lama bermaharajalela dan mereka ni semakin berani menipu orang. Jom kiter terjah kisah benar ini!~

sumber: FB
Dalam perjalanan pulang dari Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, untuk ke bilik air. Lepas tol Sg. Besi, lelaki kanan (yg angkat tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pun berhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tengok dr dalam kereta, ada minyak melelh dari rim tayar, mcm minyak brek.

Lepas tgk meleleh tu, rasa cuak juga. Sebab brk mmg ada bunyi skit sblm ni. Lelaki India yg angkat tangah tgi tu pakai baju Honda, mengaku krja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & offer nk bantu. Dia kata kene pegi tepi sikit kwsn lapang, nanti kalu orang/kwn Honda nampak, dia kena tindakan displin.

Oleh krn mcm boleh percaya, sy pun pegi ekori dia pegi kwsn kosong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin tayar bocor. Tp nampak mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmp skit je, tak merebak pd seluruh rim tayar. Tp, x berani nk bawak, takut risiko. Dia kata blh tlg repair, @ kalu abg x percaya, abg blh hantar kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya plak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalu ambik fuel pump Honda RM1,836.00.

Lelaki ini kata, dia call kwn dia di Pusat Servis untuk ambilkan brg di spare part yang biasa. Blh dapat harga kurang skit. Sy tanya harga, dia kata xtau. Lepas 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dengan resit RM1500. Wa...ni pun dh mahal. Mula timbul ragu skit. Saya tegur dia knp x bgtau awal2 harga. Dia mintak maaf. Lps tu diaorg pasang buka yang lama, letak dalam boot belakang.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nanti ptg sy singgah kt Global Amity. Diaorg kata xbole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun tk cukup, kene ambil di kaunter. You ikut sy pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk keje balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorang lagi) follow kt belakang naik motor. Mas ni, sy reasa memang diaorg ni tipu & bersungguh nk duit cash, bkn tolong. Sampai UM, sy kata nak masuk library pulang buku. Diaorg tunggu kt parking, kereta sy kunci.

Lepas pulang buku, sy call salesman kt Honda (Global Amity) & tanya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knpa? Sy kata brk sy bocor, dia tolong repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pergi ke pusat servis. Kete ok jer.

Sy pun minta bantuan pihak kselematan UM & balai polis Pantai. Takut2 kene belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt ket. Lelaki 2 org tu buat xtau je. Lps tu, br sy turun. Sy kata kat diaorg, you tipu! Honda kata you xkeje kt situ. Ramesh jawab, Honda ada byk bang. Abg buang masa sy je la. Kitaorg cuma mau tolong. Masa ni, sy snap gambar diaorg. Polis pun tanya, apa yg sy xpuas hati. Lepas tanya diaorg plak, apa xpuas hati. Lepas tu, polis kata, ok kalu dua2 xpuas hati, kite pergi buat report kt balai.

Polis suruh diaorg dtg ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpi kt balai, sy buat report. Dua lelaki tu xmuncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lepas tu, sy send gambar diaorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/dibelasah. Bimbang, kalu2 terjumpa diaorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat keje & tukar brg, tp xdpt apa2. Cuma, polis mcm xberminat nk tahan diaorg. Ada orang sebut kata2 Sayydina Ali: Aku bukan pnipu, tp penipu tak boleh tipu aku.

Cerita asal: Oleh Ust. Abu Zaki

p/s: gambar merupakan muka dua suspek penipuan.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.