Breaking

Showing posts with label Sekolah Rendah Agama. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Rendah Agama. Show all posts

Thursday, November 22, 2018

Thursday, November 22, 2018

Hari Anugerah Cemerlang | Sekolah Rendah Agama



Assalamualaikum! Tahun ni merupakan tahun pertama kakak naik atas pentas terima hadiah. Setelah 5 tahun belajar, alhamdulillah merasa juga kakak ye. Adik pulak tahun kedua tahun ni, syukur juga untuk my kenit sorang lagi tu. Bukan tak percaya dia boleh cemerlang, tapi masa minggu peperiksaan aritu ada isu sikit dengan dia hehe.

Isunya...

Monday, September 03, 2018

Monday, September 03, 2018

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 | Baju Bendera Malaysia Untuk Mira


Assalamualaikum! Ibu rasa kan benda paling mencabar setakat ni yang ibu pernah buat dalam hidup adalah menyiapkan baju bendera anak! Ibu dah la tak pandai menjahit, masuk kelas menjahit dulu pun separuh jalan je. Tetiba anak request nak baju bendera untuk masuk pertandingan pakaian patriotik di sekolah ... mau tak tanjat mak gegirl! 

Tengok design mak-mak lain buat untuk anak masing-masing tergugat juga rasa hehe.  Macam-macam fesyen, macam-macam baju diaorang buat. Elehhh ...apa susah, hantar je kain bendera ke tukang jahit. Tu satu hal, tapi yang buatkan ibu bertukar fikiran ialah sebab bila Mira bersorak,"yeay yeayy mama buat!" Mama BUAT ok ... BUAT tu macam Mira berharap sungguh ibu yang jahit sendiri ...terus macam ... ok ibu buat la untuk mu anak. Lagipun ibu buat sendiri baru ada nilai sentimental kan. Tangkap gambar banyak-banyak dan simpan, nanti dah tua boleh tengok balik ...oohhh ini baju aku buat dulu untuk diaorang ye (hahahahaha cam hareeee imaginasiku)


Monday, August 20, 2018

Monday, August 20, 2018

Semangat Merdeka


Assalamualaikum! Fuh! berkurun lama kutinggalkan 'sawang' di blog ni. Bukan takda cerita nak dikongsikan tapi masa asyik tak cukup memanjang. Kakak baru je lepas habis trial UPKK. Yang adik pulak baru lepas sibuk menghias kelas dengan bendera jalur gemilang.

Cakap pasal bendera ni, rasanya ada 5 ke 6 helai bendera dah dia borong untuk hias kelas. Tapi separuh tu guna duit kelas dia la, yang separuh lagi ibu belikan. Tahun ni adik cakap dia nak dapat hadiah untuk kelas tercantik sempena sambutan merdeka kat sekolah agama. Dia takmo bagi kelas Syafie & Hambali menang, so dia nak beli bendera banyak-banyak gantung kat dalam kelas hehe.

Minggu lepas ustazahnya hantar gambar, memang cantik la kelas dia. Bendera kat tingkap, kat siling, kat atas meja semua tempat ada! Rajin pulak ustazah melayankan anak-anak muridnya kan. Ibubapa terharu sangat ... terima kasih ustazah!



Friday, April 13, 2018

Friday, April 13, 2018

Keputusan peperiksaan Hazwani mengejutkan kami!


Assalamualaikum!


Sungguh!! Bukan aku je tergamam, ayahnya pun terdiam bila ditunjukkan keputusan ujian sekolah agama Hazwani petang semalam. Memang tak percaya tapi itulah kebenarannya. Bukan tak yakin dengan anak sendiri, tapi takkan la aku nak menipu pulak. Perasaan pada ketika itu macam tak percaya bila tengok buku laporan dia.

Walaupun ini baru peringkat Ujian tapi dah cukup membanggakan kami berdua! Apatah lagi Hazwani dah darjah 5 dan bakal menduduk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini membuatkan jadual belajarnya semakin padat dan ketat. Dengan ujian sekolah rendahnya, dengan sukannya, dengan ujian sekolah agamanya memang setiap hari ada je aktivitinya.


Tuesday, April 03, 2018

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.