Breaking

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Segmen: Nak Header Macam Tu




Haaaa ni ader lagi satu segmen menarik untuk disertai..
Pada pink lover yang ni tak boleh dilepaskan bebbbb~
Kalu korang nak join, just klik banner kat atas
dan ikut segala syarat2nya yer~

Nama: Hanim Bt Hashim
Nama Blog: My Blog Cloud
Warna pilihan: Pink (D2608C)

Segmen ni akan tamat pada 27 Nov 2012 11.59malam 
(So, ader masa lagi ne beb, lets grab it!)

Pssstttttt! Hanya 30 orang terawal yang akan dapat header, so CEPAT la join!

Tuesday, November 27, 2012

10 Tempat Shopping Terbaik Dunia..Kuala Lumpur Ader?

Haaaaaa..so, pagi tadi waktu dok busy racing dalam kereta biru akak, terdengar la kat radio ERA celoteh pasai 10 tempat shopping terbaik dunia. Korang korang korang dan korang (sambil tunjuk) kan suker shopping kan heeeeee. Pada akak la, shopping ni macam dadah (drug @ ubat) tau, kalu tak amik korang bertambah 'sakit'. Kalu 'overdose' pun bahaya gak. So, kiter shopping ala kadar je la yer. Macam akak ni hehehehe *tau la bajet aku skek*

So pada 'shopaholic' yang ader duit menimbun tu, CNN Travel ader keluarkan  senarai 10 tempat shopping terbaik dunia untuk korang boroskan duit korang hehehehe. Jom kiter terjah satu persatu, shall we?;

Penilaian terhadap sesebuah bandar dibuat berdasarkan 4 kategori, menggunakan skala 1-10 sebagai markah penilaian.


1. Cara mudah ke sana : Kualiti pengangkutan awam, keselesaan dan kemudahan teksi.
2. Nilai: Peluang mendapatkan tawaran murah, harga murah & berpatutan.
3. Kepelbagaian : Variasi jenama, kepelbagaian jenis kedai, butik malah khidmat servis lain.
4. Pengalaman: Bandar yang cantik, hiasan kedai yang menarik serta paparan cermin yang berkualiti, mesra pelanggan, staff yang kompeten, tempat menjamu selera serta pekhidmatan lain.
~Countdown sesama yer~

10. Madrid


 Cara Nak ke Sana : 6 I Nilai : 6  I Kepelbagaian : 4 I Pengalaman : 7   
Jumlah :23

  9. Dubai, Emiriah Arab Bersatu.




Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 6  I Kepelbagaian: 8  I Pengalaman: 4  
Jumlah: 24

8. Vienna



Cara Nak ke Sana: 6 I Nilai: 8  I Kepelbagaian: 3  I Pengalaman: 8  
Jumlah: 25 

7. Buenos Aires


Cara Nak ke Sana: 6  I  Nilai: 8  I  Kepelbagaian: 6  I Pengalaman: 7  
Jumlah: 27
6. Hong Kong


Cara Nak ke Sana: 10  I Nilai: 5  I  Kepelbagaian: 6  I Pengalaman: 7  
Jumlah: 28

5. Paris


Cara Nak ke Sana: 6  I  Nilai: 6  I Kepelbagaian: 8  I  Pengalaman: 9  
Jumlah: 29
4. Kuala Lumpur


Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 10  I Kepelbagaian: 8  I Pengalaman: 6   
Jumlah: 30
3.  London


Cara Nak ke Sana: 6  I Nilai: 6  I Kepelbagaian: 10  I Pengalaman: 9   
 Jumlah: 31
2.  Tokyo


Cara Nak ke Sana: 8  I  Nilai: 8  I Kepelbagaian: 9  I  Pengalaman: 9   
Jumlah: 34
1. New York


Cara Nak ke Sana: 8  I Nilai: 7  I Kepelbagaian: 10  I Pengalaman: 10   
Jumlah:35

Untuk lebih info mengenainya, KLIK SINI



P/S: Surprisingly, Singapore is not anywhere in the list???



Monday, November 26, 2012

Monday, November 26, 2012

Rambut Maggi...??



Hadddoowwwww anak pempuan sulung aku ni...tak habis bikin ibu gelak terbahak-bahak sehingga perut senak. Heheheheehe....ader je soalan yang bukan-bukan ditanyanya.Haisshhhh...haaissshhhhh~

Alkisahnyer, masa tengok citer drama 'Cinta Itu Milikku', ader pulak sorang aktres rambutnya panjang gulung-gulung ala-ala rambut zaman dulu-dulu.

Kakak:"Ibu...rambut pempuan dalam tv tu kan macam maggi. Dia makan maggi ker bu, rambut dia jadik macam tu?"

*Tak ke pening nak jawab tu? Tak pernah lagi orang tanya aku soalan cenggitu, alih-alih anak sendiri yang tanya soklan cepu-tepu*

Aku: " Hehehehe laaaa...sampai ke situ pulak. Bukan laaaa...tu dia gulung sendiri."

*Haaaaaa tu laaaa aper yang dia tengok mesti ader soalan. Sampai tang rambut pun boleh dibuat soalan. Habis la saper rambut gulung-gulung tu dia panggil rambut maggi pasni wehehehehe*


Monday, November 26, 2012

Jiwa Kacau Bila Tutorial Tak Menjadi!





Grrrrrrrr Grrrrrrr Grrrrrrr~Umpama singa betina yang garang ingin menerkam mangsanya...!macam singa kat atas ni..ganazzzzzzzzzz...!
Begitulah setiap kali perasaan ku ini biler tutorial yang dicuba tak menjadikkkk. Kat sana lain...kat sini lain. Ikut yang tu, jadi lain...ikut yang ni, tak jadi pulokkkkkkk!~

Arrrghhhhhh!~ Biler kod dah betul, biler view...allignment lari pulokkkkkk!~Amender niiiii...~Lagi kacau biler dia kata, 'Webpage Not Found'...haaaaaa! Ni yang nak kasi hangin ni..!~ Kelam kabut jadiknya meraba-raba nak mencarik balik blog yang 'diculik bunian' mana ntah.

Memey nak kene sabar buat mende ni. Kalu tak kerana aku mula syiokkkk berblogging ni, memey aku tak layan pasal tutorial nak cantikkan blog. Tapi kan, sebagai seorang wanita feminin maner boleh lari dari keinginan untuk nampak kemas dan cantik...hatta dalam blog sekali pun kan kan kan heeeheeeeheeee (^_^)~

Dan tangan ni memey gatal nak cuba benda baru setiap kali jumpa tutorial. Kalu menjadik senyum sumbing la sampai ke malam. Kalu tak, muncung itik tebal sampai mulut kebas *wahaha yang tu, propa jer yek*
Anyway, akan ku coba selagi terdaya. So, kalu korang tengok blog akak dah jadi macam 'chamellion'...alaaaaa sesumpah tu laaaa. Kejap tukar tu, kejap tukar ni...tu maknanya tangan tengah gatal la tu yer hehehehe.

Monday, November 26, 2012

Patung Ken : Keobsesian Melampau


Morning glory everyoneeeeee!~
Monday's hereeeeeee
Dont be blueeeeeezzzz
Tapi ramai arini yang jadi Monday Bluezzzz kan?
Sebab korang tengok semalam 
Malaysia tewas pada Singapore
3-0
Fuhhhhhhh!Korang kechiwa ker??
Lek luuuuuuuuuu!~
Watper kechiwa...kechik saja maaaaa 3-0.
Macam dalam filem Tamil la...hero misti mau kasi kalah dulu maaaa
~ngeeeeee~
Dah dah dah...jangan nak obses sangat biler kalah yer.

Ader orang obses ngan bola, ader orang obses ngan gadget, ader orang obses ngan blogging(macam aku...hehehe). Tapi bagi mamat sorang ni lain pulak citernya. Di New York, Justin Jedlica sangat obses untuk jadi lebih tampan..seperti patung Ken (Ken Doll). Dia yang berusia 32 tahun telah menjalani lebih dari 90 pembedahan plastik sejak 10 tahun lalu dengan membelanjakan lebih $100,000 (RM300,000) untuk kelihatan 'sempurna'.



Dia memilih pembedahan plastik sebagai jalan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, dan menganggap cara bersenam konvensional dan gim tidak glamor, membosankan dan hasil yang kurang memuaskan.

Obsesi Justin bermula apabila dia mendapatkan khidmat pembedahan plastik untuk hidungnya sewaktu di pertengahan usia 20-an. Sejak itu, dia meneruskan hasratnya dan tidak pernah berpaling lagi.



Kiri:Justin di usia muda. Kanan: Justin baru lepas
menjalani  4 injeksi pada bibirnya.


Justin dalam satu temubual.


"Saya bersedia mengambil risiko dan bersedia untuk
 sebarang kemungkinan."-Justin


Seperti anak patung plastik, hampir kesemua ototnya adalah palsu dengan setiap inci bahagian atas tubuhnya dilitupi dengan implan. Selain itu, Justin turut melakukan pembedahan hidung, pipi, tulang kening untuk mendapatkan bentuk muka yang sempurna.

"Saya telah menghampiri..gambaran yang sempurna dalam kepala saya", katanya lagi.

Ditanya apakah dia tidak pernah bimbang adakah tubuhnya akan dapat menampung lebih banyak lagi pembedahan plastik selepas ini, dia menambah dia sedia untuk menerima searang kemungkinan yang berlaku dan sanggup mengambil risiko.

Sunday, November 25, 2012

Sunday, November 25, 2012

Cermin Mata Pintar Untuk Orang Buta Melihat



Harapan mungkin cerah buat orang-orang buta yang masih menggunakan tongkat jalan dan anjing sebagai penunjuk arah, apabila cermin pintar baru bakal dihasilkan dalam masa 2 tahun lagi, kata penciptanya.

Alat ini direka untuk mencegah individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kecil dari melanggar mana-mana objek di hadapan mereka ketika berjalan.

Dengan menggunakan kamera stereoskopik yang kecil yang terletak di dalam bingkai cermin mata, imej akan  diprojek dengan mudah  ke kanta yang bersinar apabila pemakai berada dekat dengan halangan.

Cermin mata istimewa ini akan melalui proses percubaan bermula Januari depan di Oxford dan London, melibatkan 160 orang yang memiliki penglihatan terhad. Pengasasnya, Dr Stephen Hicks dari Universiti London berkata, dia berharap produk ini akan dapat dikomersialkan dalam masa dua tahun lagi.




Dr. Hicks juga menyatakan bahawa, cermin mata pintar ini direka sebagai alat membantu navigasi, bukan untuk memulihkan penglihatan.

"Cermin mata ini berfungsi dengan sepasang kamera kecil untuk mengenalpasti jarak objek dan kita menukarkannnya dengan paparan cahaya," katanya.

"Mereka dapat mengenal di mana meja, dinding dan mengetahui bila seseorang berada 5 meter darinya," kata Dr. Hicks-MO


Sunday, November 25, 2012

Bilik Darjah Ala Star Trek

Kajian menunjukkan penggunaan meja interaktif pintar mampu
meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam Matematik.

Tiada lagi debu kapur tulis di papan hitam dan timbunan buku latihan dengan terciptanya bilik darjah masa hadapan atau 'classromm of the future'. 

Di Britain, seramai 400 murid telah berpeluang menerokai teknologi pembelajaran ala star trek melalui projek  3 tahun yang dijalankan oleh Universiti Durham, London. Pembelajaran menerusi 'Bilik Darjah Star Trek' dilengkapi meja belajar pintar pelbagai sentuh yang dilengkapi perisisan komputer oleh pakar di unviersiti tersebut.




Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan murid-murid mampu meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang. Kajian juga membuktikan penggunaan meja interaktif pintar ini dapat mengurangkan penggunaan kertas. 

"Penggunaan meja interaktif pintar ini dapat membantu pelajar dalam kegiatan berkumpulan dan memudahkan para guru memerhati prestasi murid-murid di dalam kelas. Matlamat kita ialah untuk menggalakan pembelajaran di tahap tertinggi, di mana ilmu pengetahuan di perolehi dengan caraa berkongsi, penyelesaian masalah, dari hanya mendengar sahaja.",kata Ketua Penyelidik Pendidikan Universiti Durham, Profesor Liz Burd.


Projek yang diberi nama SynergyNet ini telah diintergrasi kepada sistem meja pintar kolaboratif, dibina sebagai sebahagian 'fabrik dan perabot dalam bilik darjah'. Meja interaktif pintar pelbagai sentuh membolehkan pelajar mengambil bahagian sepenuhnya dalam proses pembelajaran tanpa ada seorang yang hanya menguasainya.

"Pembelajaran secara berkumpulan telah menunjukkan prestasi yang baik, kerana pelajar berinteraksi dan belajar dalam cara yang baru," kata Penyelidik, Fakulti Pendidikan Universiti Durham, Emma Mercier.-MO


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.