Breaking

Wednesday, December 05, 2012

Wednesday, December 05, 2012

Nostalgia: Animasi Awal Terhebat di Malaysia.


Korang suker tengok kartun? Saper yang tak suke ye dak..lebih2 lagi zaman canggih manggih ni memang banyak pilihan kartun disiarkan di tv. Pelbagai karakter dan gambar yang berwarna warni menarik perhatian si kecil untuk terus melekat di depan tv dan membiarkan ibunya menghabiskan kerja2 di dapur wahaha~

Yup, itu zaman sekarang, yang akak nak citer ni zaman dulu2. Alaaaa kalu korang yang lahir tahun 80an dan awal 90an tentu masih ingat kartun nostalgia yang selalu ditayang kat tv tu..lepas habis drama mesti dia siarkan kartun2 tu. Ia bukan sekadar sebuah kartun tapi kartun yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan nasihat. Paling akak tak boleh lupa suara pencerita tu..memang happening kalu dia bercakap seolah2 cerita itu 'hidup' tau. Suara setiap karakter pulak memang bestttt~

Kartun2 lama ini memang selalu ditayangkan di tv dulu2, akak pasti menantikan setiap kali ader citer baru. Ye la, kalu takda kartun lama maner nak ader kartun baru ye dak. Beza kartun2 dulu dengan kartun2 sekarang walaupun dari segi teknologi dan penghasilannya yang jauh lebih canggih manggih tetapi nilai seni dan mesej yang ingin disampaikan masih belum dapat menandingi kartun2 lama..tak cayer?? Nanti korang tengokla...





Itulah bestnyer kartun2 dulu berbanding kartun2 zaman la ni *tukaq kedah plak*. Pada generasi Y atau yang belum pernah tengok lagi kartun2 nostalgia ni, korang rugila kalu tak layan heeeeee...takkan asyik nak layan naruto je kan?:D

Antara kartun2 nostalgia yang memikat hatiku (budak 90an);
a) Sang Kancil, Kerbau & Buaya (Full Version)
b) Gagak Yang Bijak (Full version)
c) Hikayat Sang Kancil dan Monyet
d) Hikayat Sang Kancil dan Buaya


P/S:Kalu dilihat kembali standard kartun2 lama kiter dulu sama hebatnya dengan kartun2 di Jepun..terbaikkk~



Wednesday, December 05, 2012

Bapa Kecewa Dengan Najwa Latif (Ape Dah Jadik?)




Pagi2 dah baca berita pasal kekecewaan..kecewa aper? kecewa putus cinta ker? Noooooooo..tu kecewa dah lapuk. Yang ni agak mengezutkannn biler seorang bapa kecewa dengan anaknya...jarang2 berita gini kuar..

Errkkk..aper dah jadik ni? Naper tetiba bapa Najwa Latif kecewa? Result SPM lum kuar lagi kan? Oohhhh rupa2nya pasal bende lain...

" Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata." *haaiishhh..mohon maaf? tutup mata? haaiisshhh...debor plak rasa*

"Cukup-cukupla menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian."

Aperpun konflik yang ada between anak dan bapak ni (kalau ada), harap dapatlah ia diselesaikan dengan baik. Air dincincang takkan putus, Bagai aur dengan tebing, Macam KL dengan jam (errkk, yang last ni bukan perumpamaan ori yer)

P/S: Nak baca lebih-lebih?? Sila beli suratkhabo sendiri yer hehehe
Wednesday, December 05, 2012

Aper Yang Dia Kutuk Kat Akak??!



Wahahahaha, memey kow-kow Incik Careno ni kutuk blog akak. Tapi, akak cooooool jerkkk. Sobab perut den ni lagi teruk mendidih dari baca kutukan kawan kiter ni hehehehe. So, masa akak baca tadi akak tengah makan jadi taklah mendidih sangat 'mata' ni sebab kene layan perut dulu wakakaka!~

Korang nak tahu aper yang diperkatakan tentang M.B.C ni?? KLIK SINI  untuk baca penuh..
Aperpun, terima kasih atas segmen ini, banyak yang akak pelajari dan semestinya blogging is my new love!~(^_^)


Wednesday, December 05, 2012

10 Superbike Terpantas Di Dunia (Impianku)


Wahahahaha, ader tengok title atas yang dalam 'bracket' tu?? Memey sejak akak berumur 20-an lagi akak dah minat superbike..tapi idok ler teman nak membelinyer hehee. Geram dan respek pada penunggang motor wanita seluruh dunia tak kire aper jenis motosikal korang tunggang.

Akak geram bukan sebab marah tapi geram sebab diri akak ni yang tak reti2 nak nunggang motor *ceh, macam sirih jer alasan tu!~* Hari2 akak nengok pempuan bawak motor dan akak juga impikan satu hari nanti akak dapat nunggang macam diaorg gak gi keje balik keje kan hehehe.

Aperpun, akak memey idamkan superbike, jenis motor2 besar ni..perrghhhhh! Tangkap sexy lorrrr kalu dapat try sekali hehehe. Cuma, duit dalam bank tak baper nak molek untuk membelinyer wahahahaha!~

Dah dah jom kiter teruskan terjahan kiter untuk ketahui motor mana paling pantassssssssss...zassssssssssssss!~


10. Suzuki GSX-R1000


   
Superbike ini mempunyai kelajuan maksima 2855kmph/177mph. Suzuki ternyata mempunyai rekod pembuatan superbike bertaraf dunia menjadikan motosikal power ini digemari peminatnya.

9. Honda CBR1000RR


                                     
Strukturnya, tunggangannya dan karakternya menjadikan superbike jenis Honda ini cantik dan senang untuk ditunggangi . Mmapu mencapai kelajuan maksima 291kmph/180mph, kemampuannya mampu menandingi lawan. Ditambah pula ia di bawah syarikat Jepun, menjadikan performancenyer sentiasa outstanding!

8. Yamaha YZF-R1


R1 ini sebenarnya telah dihasilkan dan diuji pada tahun 2012, dan telah mencapai kelajuan maksima 297kmph/184mph dalam proses ujiannya. Dua tahun telah berlalu, dan R1 ini masih kekal dalam senarai 10 superbike terpantas di planet ini! 1st class engineering of Yamaha. 

7. Kawasaki Ninja ZZR 1400


Selama lebih 20 tahun ini, model ZZR ini telah menjadi model yang paling dikehendaki di atas planet ini! Pada tahun ini, model klasik Kawasaki telah 'dilahirkan' semula dalam dunia pemotoran. Model terbaru ZZR1400 adalah 'raksasa' terbaru yang mampu mencapai kelajuan maksima 299kmph/185mph .

6. 2012 Ducati 1199 Panigale Superbike 


Tahun 2012 merupakan tahun terbaik buat Ducati, mengorak langkah setapak lagi untuk setanding dengan model BMW S1000RR. Model terbaru Panigale yang dikeluarkan telah meletakkan jenama superbike dari Itali ini di platform terbaik. Pihak Ducati telah mendakwa bahawa kuasa kuda model ini boleh memuncak kepada 195 kuasa kuda pada 10,750rpm dan 98.1lb-ft torque pada 9000rpm. Tak lupa juga kelajuan maksima yang boleh dicapainya 300kmph/186mph.

5. BMW S1000RR


Seterusnya, model yang memberi saingan sengit kepada Ducati. BMW ini dihasilkan oleh BMW untuk Kejohanan Superbike Dunia 2009, tetapi kini boleh digunakan di jalan-jalan biasa. Menawarkan 1000cc inline 4 enjin pada14200rpm dan kelajuan maksima 305kmph/189mph, S1000RR merupakan superbike yang sangat impresif dalam pasaran. 

4. MV Agusta F3 Tamburini



Superbike F3 ini merupakan yang ke-3 dalam senarai MV Agusta merupakan koleksi terbaru dalam kelasnya. Kalau dilihat dari segi luarannya, F3 mampu menewaskan model lain. Ia juga dilengkapi komputer yang dikenali sebagai 'Ride by Wire' untuk mengawal minyaknya. F3 mampu mencapai kelajuan maksima 307kmph/190mph.

3. MV Agusta F4 R312



Model F4 ini telah dihasilkan dengan superb dan masih mengekalkannya dalam senarai superbike terpantas dunia dan mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Kelajuan maksima yang mampu dicapai F4 adalah 314kmph/195mph.

2. Suzuki Hayabusa.



Dilengkapi 1340cc inline 4 enjin, Suzuki Hayabusa ini menjadi impian setiap penunggangnya dan termasuk dalam wishlist setiap orang. Dijual pada harga 11,000 pound sterling, Suzuki Hayabusa menjadi 'permata' kepada koleksi Suzuki dengan kelajuan maksima 320kmph/198mph.

1. MTT Turbine Superbike Y2K



MTT Turbine Superbike adalah model yang mempunyai kelasnya yang tersendiri apabila dinobatkan dalam "Most Powerful Motorcycle Ever to Enter Series Production" dari Guinness World Record. Ia menggunakan enjin turbo gas Rolls Royce Allison untuk memberikan 300 kuasa kuda 425ft/lbs of torque. Maka, tidak haairanlah jika ia mampu memecut meninggalkan model-model superbike lain dengan kelajuan maksima sehingga 370kmph/227mph semasa ujian. 

Sumber: Toptens.com
P/S: So, yang maner korang nak bawak dalam mimpi nanti? (^_^)


Wednesday, December 05, 2012

Alat Untuk Memancungkan Hidung.



Entri kali ini BUKAN untuk mengajak korang mengubah ciptaan Allah Yang Maha Sempurna, tetapi sekadar berkongsi info mengenai satu alat yang tidak terfikir oleh kiter untuk menciptanya apatah lagi untuk digunakan.





Alat yang dimaksudkan ialah Beauty Lift High Nose keluaran Syarikat Omni di Jepun. Alat ini dikatakan dapat memancungkan hidung dengan bantuan sejenis alat getaran (vibrator) di dalamnya. Seunit dijual pada harga USD 83 (RM258).

*Adakah hidung mancung itu menjadi suatu ukuran kecantikan seseorang? Adakah dengan mengubah bentuk wajah dapat menjadikan anda SEMPURNA??*


*KESEPURNAAN ITU HANYA MILIK ALLAH*


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.