Breaking

Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Pengambilan Penjawat Dijangka Kurang Tahun Depan: SPA




PUTRAJAYA: Pengambilan penjawat awam dijangka akan berkurangan tahun depan berikutan perlaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam hari ini.

Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2.juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Hurrmmmm, peluang nak mintak keje kerajaan pas ni mungkin agak terbatas terutama bagi graduan-graduan yang berlambak kat luar sana tu. Nak gi swasta banyak plak syarat2nya, terutama kene fasih berbahasa Inggeris dan mandarin, guaner tu??


Saturday, December 08, 2012

Anak Empat & Anak Kucing





Hadoowwww! fenin aku melayan dua orang budak yang tak reti duk diam ni. Ader jer bende nak cakap, ader je bende nak buat, ader jer imaginasi nak layan! Aku dulu2 besar ni umur 5 tahun maner tahu nak cakap pasai bende2 ni sumer.

Budak2 zaman sekarang ni, memey advance terlebih-lebih la. Tak boleh blah ayat diaorg biler nak mintak adik baru...! Nak oiiiii, korang ingat senang2 jer nak mintak adik baru ke?? Macam order roti plak...nak 3 orang pempuan, 2 orang lelaki. Hazwani cakap, "buuu..nanti biler ibu dah anak 4, ibu bagi nama adik baru tu Aisyah Nur Alia tau"..*perghhh, melekat nama tu dah dalam otakku*

Pastu, boleh plak dia meng'order', " Kakak nak adik pempuan 3, adik lelaki 2 tau ibu..kakak bagi nama yang pempuan dulu, ibu jangan lupa tau!" *adessss, teruk aku ngambik order!*
Siap pulak suruh aku dan incik somi kawen semula...nakkkkkk oiiii...sodap sodap yo ekau suruh den kawen layi..!Urrghhhhh...-_-

Biler kakak dah order 'adik baru', yang Mira plak sambung, "buuuu..nanti biler ibu dah tinggi sampai siling, boleh tak ibu belikan kucing untuk kakak dan adik?", Perrghhhhh! ganazzzz imaginasi anak2 aku ni, TINGGI SAMPAI SILING???

Pastu, kakak boleh plak bagi cadangan BAEEEEEKKKK PUNYER! Dia cakap, "takper bu, nanti kiter belikan dia pampers kiter pakaikan dia biar dia berak dalam pampers tu, kan ibu?"
Tak pernah dibuat orang pakaikan kucing pampers nakkk oiiiiiiii..!-_-

Dugaan apekah ini di hujung mingguku Ya Allah huhu, tapi demi My Pearls ibu akan masukkan 'order' korang dalam list la yer. Tunggu je la kalu ader rezeki ye nakkkkk..! Pasai kucing tu korang cakap la ngan ayah...he's incharge!Ahaakkzzzzzz~



Saturday, December 08, 2012

Laluan Jejantas Yang Unik Di Shanghai, China

Fuhhh! terbaeekkkkkk....! China memey boleh wat apa saja. Dari pembuatan makanan, gadget, barangan letrik, sehinggalah ke mercun & bunga api dan banyak lagi la! Tapi, satu yang unik mengenai China ialah laluan jejantasnyer yang unik merupakan satu-satunya yang wujud di dunia!Jom kiter terjah!~


Info ringkas :

  • Jejambat laluan pejalan kaki yang berbentuk bulatan ini telah dibina di kawasan bandar yang padat dengan aktiviti perniagaan , iaitu di Pudong, Shanghai China pada tahun 2010.
  • Ia terletak betul-betul di bulatan utama (roundabout)di Pudong yang merupakan pertembungan antara lima persimpangan.
  • Objektif utamanya adalah untuk mengasingkan aliran trafik dengan pejalan kaki serta mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
  • Jejantas ini mempunyai ukuran lebar 7 meter dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan eskalator dan lif.
Jom terjah gambarnya pula!~







Sumber info : billyinfo.blogspot.com


P/S: Kat Malaysia boleh buat macam ni tak?

Saturday, December 08, 2012

Info Terkini Apple Di Malaysia

Ianya baru diumumkan semalam, bermula 14 Disember ini, harga iPad mini di Malaysia akan bermula dari RM999 sahaja untuk wifi 16GB, jauh lebih murah berbanding harga di US dan Singapore, juga lebih murah dari iPod Touch, menarik! 

Kepada penggemar iPad mini jangan lepaskan peluang ini!

iPhone 5 official RRP in Malaysia : 16GB RM2199, 32GB RM2499, 64GB RM2799. Pembelian online boleh dilakukan jika anda malas menunggu Telko di Malaysia.



Pelan & Harga iPhone 5 daripada Maxis
bermula 14 Disember ini.



Sumber info : Oh Geekz!

Saturday, December 08, 2012

Wanita Menangis Di Mahkamah Kerana Disaman AES.





Seorang wanita yang disaman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menangis di mahkamah Kuala Lumpur semalam, tetapi pulang dengan tersenyum lebar selepas majistret menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana kesilapan teknikal.

Soon Chooi Mee diperintahkan ke mahkamah majistret pagi semalam atas tuduhan tidak berhenti di lampu isyarat di Jalan Klang Lama di ibunegara.

Soon, 53, yang mengalami masalah pendegaran, hilang alat bantuan pendengarannya dalam satu rompakan dua hari lalu dan dia hampir tidak dapat mendengar soalan dari majistret Noorasyikin Sahat.

Apabila jurubahasa membaca kertas pertuduhan yang menyatakan Soon tidak berhenti di lampu isyarat ketika lampu merah sekitar jam 12 tengah malam, Soon berkata mengikut saman yang diterimanya, waktunya ialah sekitar jam 12 tengahari.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes itu untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

Bagaimanapun, mungkin kerana tekanan akibat rompakan pada malam Rabu, dan terpaksa pula hadir di mahkamah pada keesokannya, Soon kelihatan menangis.

Seorang peguam dan wartawan yang duduk berhampiran dengan Soon di mahkamah cuba menenangkannya. 

Tuduhan digugurkan

Apabila kes itu disambung semula kemudiannya, majistret Noorasyikin menggugurkan pertuduhan terhadap Soon kerana dua masa berlainan bagi tuduhan tersebut dalam saman dan kertas pertuduhan.

Soon kemudiannya berhenti menangis beredar dari mahkamah, sambil tersenyum.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sesak semalam dengan lebih daripada 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di mahkamah, menjadikannya bilangan terbesar yang hadir sejak beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, termasuk Soon, yang hadir untuk kes mereka didengar di mahkamah. Daripada jumlah itu, 13 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah.

Sumber : my.new.yahoo.com



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.