Breaking

Thursday, December 20, 2012

Thursday, December 20, 2012

'Kecinggggggggg' Untuk Tahun 2013.


Oppsss, ader yang tak berapa paham ker dengan title di atas?
Hehe harap2 takda yang rabun huruf kat sini yer eheeee~
Itu bukan kencing yer anak2...
Itu 'kecinggggggg' bunyi duit daaaaaa...
Arini dapat email, jadual gaji daaaaa....
So, saper2 keje gomen @ adik dia gomen@ sepupu dia gomen
whichever la...boleh la check sini yek (^_^)

Thursday, December 20, 2012

Gambar: Kemalangan Pelik Tapi Benar-Benar Berlaku!

Pelik kan?
Macam mana sesuatu kemalangan itu boleh jadi pelik?
Apa yang memelikkan?
Biasanya, gambaran kemalangan itu lebih kepada ngeri @ takut nak tengok.
Tapi, yang ni kalu korang tengok.....
Mungkin pelik...hehehe~
Aper yang pelik? Jom kiter terjah!~(^_^)












Sumber: mynewshub.com

Pelik itu sebahagian dari kehidupan..Peace!~

Thursday, December 20, 2012

Manisnya Dimadu & Bermadu


Fuhhh! semanis title di atas dan itulah tajuk utama entri kiter ari ni ye anak2 hehehe. Perkataan madu amat biasa sangat kiter dengar. Madu lebah salah satunya, kalu diambil akan menyihatkan tubuh badan kiter. Malah Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan kiter menjadikan madu lebah sebagai remedi perubatan, sesuai dengan hadis baginda; Dari Ibnu Abbas r.a, dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu."

                                                                ( Hadis Sahih Bukhari : #1663)

Tapi dik nonnn, bukan madu makanan yang akak nak kupas arini. Tapi kemanisan madu dalam istilah lain...'BERMADU' @berkongsi suami. Perkataan ni dah semacam TABOO bagi orang pempuan. Memey madu hok ni ramai perempuan yang kata..."I tak rela uuuuuuuu!" Tak rela mende? tak rela dimadu?? Ramai wanita yang berpendapat, bahawa apabila mereka dimadukan, maka hilanglah kebahagiaan rumahtangga bersama suami kerana suami telah menduakan cintanya. Adakah ini 'mind setting' kaum wanita @ sekadar penafian untuk kepentingan diri sendiri? Akak pun tak pasti....

Mungkin ada yang merasa terhina dengan hukum Islam yang satu ni. Namun, kiter sumer perlu tahu ye poligami memiliki ketetapan hukum dalam al-Quran dan sunnah. Jadi, mengapa mesti kiter merasa terhina dengan kalam Allah tentang poligami? Firman Allah yang bermaksud;

"Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." 

Sebenarnya, poligami bukanlah sifatnye memaksa, cer baca betul2 ayat di atas dan fahamkan. The only religious book on earth yang mengeluarkan statement yang sangat adil pada kaum wanita! Jadi, walaupun seseorang wanita itu tidak mahu dimadu, namun janganlah kiter menolak wahyu yang Allah turunkan plak! Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka berbuat fasik. Dan sesungguhnya, Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal."

                                                          (Surah al-Ankabut: Ayat 34-35) 

Dan jika kiter mentaati perintahNya, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mengikuti cara berpoligami yang betul yang ditetapkan oleh syarak, kemanisan berpoligami itu akan melahirkan kebahagiaan yang lebih nikmatnya berbanding dengan hidup tidak berpoligami. Tak percaya?? Nah...baca kat bawah;

Artikel HM
P/S: Bangga dan bersyukur bagi yang memperolehi kebahagiaan. Kebahagiaan milik Allah, maka ikutilah jalan menuju redhaNya, nescaya Dia akan membahagiakan kamu dunia akhirat.                                                                                               

Thursday, December 20, 2012

Bakso Tidak Ditanggung Halal?


Morning glory everyoneeee!~ Bekpes mende pagi ni?Akak beralih selera arini, kuey tiow goreng ngan roti jala ngan kuih bom ngan teh o jer *JER!*~hehehe.


Mi Bakso
Korang suker makan bakso? Masa akak kecik2 dulu, bakso ni dah ader dah kat pasar malam kiter. Orang indon gak la yang jual. 1st time nengok memey tidak menambat langsung selera akak ...sampai la ke saat ini. Lagipun tahap kebersihan pinggan mangkuk dan kuali yang digunakan...ehmmm....paham2 je la.

Dan yang terbaru ni, dari kompas.com dalam laporannya mengatakan bahawa kebimbangan terhadap penggunaan daging babi dalam bakso memang meresahkan penduduknya. 

Kemungkinan ini berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram."Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal. Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak," kata Ketua Harian Majlis Ulama Indonesia (MUI) Maruf Amin.

"Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu," katanya lagi.

Isshhh, macam maner yer? Susah la kalu macam ni..daging babi yang pucat tu kalu direndam dengan darah lembu akan memberikan warna yang serupa dengan daging lembu. Dah tentulah kiter tak dapat nak bezakan ye dak.

Dan pihak berkuasa agama diaorg pun tak dapat nak tangani masalah ni, meletakkan ia di tahap yang membimbangkan bagi orang-orang Islam di sana. 

P/S: Lebih gemarkan mi kari, mi sup dan mi rebus.

Wednesday, December 19, 2012

Wednesday, December 19, 2012

GAMBAR: Bekas Imam Masjidil Haram Meninggal Dunia.


Allahyarham Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Subbayyil

Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat asar semalam.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan. Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.

Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.

Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai imam dan khatib di Masjidil Haram, Mekah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.

Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut. Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan ahli Badan Ulama' Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.






sumber: billyinfo.blogspot.com

Mohon marilah sama-sama kiter membacakan al-Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman. Sesungguhnya, kiter telah kehilangan seorang tokoh Islam yang disayangi ramai.

P/S: Orang baik-baik sumer 'pergi' dulu.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.