Wanita
Friday, December 21, 2012
Pelakon 'Dunia Anita' Kahwin Lari?
Afternoon everyoneee!~Wah rehat awal Jumaat ni, so sambung makan la hehehe. Sambil menyantap akak godek2 la paper dan terbaca plak artikel baru jer kuar ni! 'Anita' kawen lari? Pelakon ini popular dengan 2 drama di tv iaitu,'Dunia Anita' & 'Trilogi Cinta'. Pelakon yg dimaksudkan adalah Siti Fazurina, yg dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan keluarganya.
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30an, tanpa pengetahuan keluarganya.
Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenar Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.
"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.
Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.
"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.
"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.-MO
Diharap mereka yang terlibat dalam permasalahan ini segera tampil bagi menjernihkan keadaan. Apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ini, janganlah kita melukakan hati kedua ibubapa. Kalau dah buat salah, cepat2 minta maaf ok~
Stii Fazurina |