Breaking

Sunday, December 30, 2012

Sunday, December 30, 2012

Tadika Sri Anakanda & Nasi Arab

Semalam, 29hb 2012 memey hari yang busy betul bagi kami. Kalu tahun lepas My Pearl, Hazwani bersekolah di tadika yang dekat dengan rumah, tahun ni akak nak letak dia dan adiknya, Mira dekat skek dengan opis akak. Senang kalu ader aper2 hal, akak boleh terus ke tadika diaorg kan.

Kalu tadika dulu, banyak yang akak tak puas hati tapi takyah cerita la kat sini k. Aper yang akak nak citer ialah pasai tadika baru ni. Sebenarnya, dari tahun lepas akak dok survey tadika lain tuk anak2 akak. Carik punyer carik, akhirnya kawan akak introducekan Tadika Sri Anakanda ni.

So, kami tiba di tadika kira2 jam 9pagi, dan taklimat ringkas oleh Guru Besar Pn Hjh. Fauziah sangat ringkas tapi terperinci. Ramai betul parents yang mai, mengikut info dari pihak tadika Sri Anakanda, lebih 120 kanak2 berumur 4,5 & 6 tahun untuk tahun 2013. Tibalah masa untuk bayar yuran pendaftaran dan baju sekolah etc.


Taklimat ringkas oleh Pn Hjh. Fauziah

Sesi pendaftaran & bayaran yuran

Disebabkan tahun depan Mira dah umur 4 tahun, so akak decide nak masukkan dia sekali dalam tadika supaya cepat belajar menulis dan membaca. Kalau nak tahu, Mira ni agak 'pelat' skek hehehe, so biarlah dia belajar awal. Gedebak gedebuk punyer kira, yuran pendaftaran untuk dua orang anak akak jadik RM1600++, walaupun korang mungkin fikir ia agak mahal tapi pada akak ok la tu kot hehehe. Lagipun, program pembelajaran diaorg ni untuk sampai bulan 12 nanti, so takyah lah akak susahkan wan & atuk diaorg untuk jaga diaorg kan. Biar pegi sekolah sampai ujung tahun hehehe.

Ok! So, dah settle satu bab daftar tadika, akak dan incik somi pun berangkatla pulang ke Melaka untuk berjumpa anak2 dara yang dua org tu hehe. Tapi, di pertengahan jalan tu kitaorg lapo la plakkkkkk! So, kitaorg singgah pekena NASI ARAB di Senawang!Perrghhhh, nasi arab best in town yo! Rugi kalu tak datang sini...(^_^). Ni pun, abg ipar chek yang perkenaikan hehehe....


Nasi Arab Al-Walid
Nasi arab di kedai ni memey menjadi pilihan akak dan incik somi, nasi dia bestttttt, ayam dia bessssst, kambing dia bessstttt, yang paling syiokkkkk tu...HARGA dia bessstttt! Even Nasi Arab Al-Rawsha takleh 'celen' tau *akak dah try memey tk dpt menambat hatikuhehehe~

Ni akak punyer,syiokkkk wo!

Ni incik somi punyer, dia memey peminat kambing
setia ahakzzzzz~
So, makan dah settle perut dah penuh muker aler senyuummmmmmm!hehehehe. Tengoklah 'couple' tua ni senyummmmm~

Wakakakakakaka

Saturday, December 29, 2012

Saturday, December 29, 2012

Dating & Dinner: Burger Bakar Bro

Kelihatan sangat romantik title di atas kan? hehehehe...mentang2 anak2 nun jauh di sinun bersama atuk dan wan, inilah kesempatan yang kami amik sebagai 'couple' untuk kuar berdua huhu.

Semalam akak dok canang pasai burger bakar dalam entri akak Burger Bakar Abg Burn,so malam ni akak ingat nak try la sodap ke tak. Walaupun, kami bukan pegi kat Burger Bakar Abg Burn, tapi incik somi bawak akak pegi satu tempat yang boleh tahan gak burger bakar dia...yummy!


Gerai Burger Bakar Bro
Lokasi Burger Bakar Bro ni terletak dekat dengan Mindef, belakang masjid Mindef tu la. Disebabkan ini adalah 1st time akak mencoba burger bakar so biler nak mengorder tu agak blur skek la hehehe.

Aperpun, kene la tengok menu dulu ye dop? Jom kiter terjah menu dulu yo!

Pilih jangan tak pilih

Dah tengok menu, ape lagi kiter horderrrr la!(^_^)

Woweeeeee burger bako dah sampaiiii...aper lagiiii kiter kasi bedal laaaaaaa!Yummyyyy bebeh!

nampak cam kecik je kan, tukang snap
amik gambo dekat sangat!


Bapok besau mulut akak nak ngap burger ni, jangan harap akak nak snap gambo sendiri..buruk nau ghuper tau!heeeeee~

So, biler dah makan kene la kasi komen skek kan hehehe, overall burger bako ni sodap jugak yo! cuma besau sangat nak ngap! Akak ni mulut keik je dik nonnnn...tapi best boleh tahan, tengoklah harganyer pulak kan!hehehehhe.


Friday, December 28, 2012

Friday, December 28, 2012

Gaji Minima: Kena Buang Lagi...


Di sebalik pengumuman perlaksanaan gaji minimum untuk lebih 50,000 pekerja di 3,600 stesen minyak seluruh negara oleh PM April lalu, sekali lagi mereka akan dihimpit apabila Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mahu mengurangkan pekerja kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos akibat gaji minima yang bakal dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Alahaiiii..kasihan pada nasib para pekerja yang berkhidmat dalam bidang ni. Bertambahla penganggur tahun depan. Dengan pengurangan pengambilan penjawat awam lagi, yang ni pun nak kene buang lagi....hmmm.

"Perlaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos operasi pengusaha melebihi 30%," kata Datuk Hashim, Presiden PDAM dalam sidang media, hari ini.

"Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso, kadar masa lebih tinggi..keseluruhan struktur, segala-galanya akan meningkat," kata Hashim lagi.-yahoo.com

Walaupun, beliau menjangkakan separuh dari semua pekerja asing yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka..which is good so that orang tempatan ader peluang cerah untuk memohon pekerjaan. Tapi, yang tak bestnyer, pengurangan pekerja tu la....

Diharap kedua2 pihak mengambil langkah terbaik menangani masalah gaji dan kos operasi ni secara baik. Dua-dua pun nak win-win situation kan, jangan sampai rakyat yang jadi mangsa wokeh!~Peace

P/S: Pihak yang satu ni nak amik hati rakyat, pihak yang satu nu nak jaga periuk nasi. Yang kene kepit tengah-tengah sampai 'sesak nafas' orang sendiri jugak...


Friday, December 28, 2012

Lagi Artis Wanita Bertudung..Siapa?

Ezlisa Loy
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, syukur pada Allah Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bertambah lagi seorang muslimah kiter yang telah berhijrah menutup aurat. Beliau adalah adik kepada pelakon muda terkenal tanah air, Elfira Loy. Beliau yang dimaksudkan ialah Ezlisa Loy, 16 tahun.*tergeliat skek lidah nak nyebut hehe*

Sungguh bertuah adik kiter ni diberikan hidayah di awal usia semuda 16 tahun. Akak umoq 16 tahun dulu pun masih 'free hair' lagi (T_T). Aperpun, akak bersyukur kini semua telah berubah dan berdoa agar perubahan baik ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hidayah yang diterima oleh adik Ezlisa kiter ni datangnya dari mimpi, di mana beliau mengalami mimpi kiamat yang cukup menggerunkan dirinya.

"Baru-baru ini saya mimpi tentang hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada benda bulat-bulat jatuh dari langit.

"Saya sangat takut, saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya terus tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari kiamat," katanya dalam Malaysiadigest.

Alhamdulilah dan tahniah kepada adik Ezlisa akak ucapkan. Semoga lebih ramai lagi artis wanita kiter yang menutup aurat lepas ni. Sedangkan orang kafir yang tak tutup aurat tu pun Allah dah tetapkan rezeki untuk diaorg, apatah lagi kiter ni muslimah yang mengaku Islam kalu ikut perintahNya, lagi beruntungla kiter dunia akhirat. Bukan saja Allah bagi kiter rezeki berlipat kali ganda, malah Allah bagi ganjaran syurga plak kerana menutup aurat, tak nak ker?

Nak tengok betapa cantiknya muslimah bila bertudung? Jom TERJAH SINI.
Friday, December 28, 2012

Bieber & Ganja




Encem jugak budak ni kalu dilihat dari tepi yer, macam muka abah akak masa kecik2 hehehe. Tapi, sayang dia 'makan' ganja plak dahhhhhhh! Omputih dengan ganja ni macam isi dengan kuku, macam KL dengan trafik jam*eh, ader ke gitu?*. Kalu dah nama artis tu tak sah hidup diaorg kalu tk amik 'obat'. Ni la jadiknya kalu terlalu diikutkan sangat pe'el si Beiber ni.

Nak kata stress duit ko banyak Bieb *akak panggil dia Bieb je la, manja skek hehe*, nak kata tak fofular, satu dunia kenal ko Bieb, tapi mungkin ko no.2 je la sebab si Spy Psy tu plak dah bolot no.1. Itu la....duit banyak tak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan. Dadah tu jugak yang ko amik Bieb...Bieb...Bieb...

Sedap sangat ke ganja tu Bieb? Ke ko nak tampak 'macho' dan 'matured' di mata dunia? Ye la..macam culture diaorg ni, kalu tang pempuan umoq 16 tahun kalu masih ada dara tu maknanya dia 'low class'. Sama la jugak kesnyer dengan ganja/dadah. Kalu seorang remaja itu tk amik atau guna bende tu maknanya dia masih takda 'standard'. Standard apekejadah akak pun tak tahu, korang jgn tanya hehehe.

Korang nak tahu lebih lanjut, korang BACA SINI. Pada yang masih ber'idola'kan si Bieb ni..."sudah cukup cukup sudahhhhhh"*sambil nanyi penuh syahdu*. Tak perlu bagai nak sanjung orang amik dadah ni...cer kalu family korang amik dadah, suker tak?Peace!~


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.