Breaking

Tuesday, January 08, 2013

Tuesday, January 08, 2013

NUS Lubuk Pelapis Porno Ker?


Suatu masa dulu, aku punya cita2 yang sama dengan abah..nak tengok aku masuk universiti. Tapi, hajat tak kesampaian hanya sempat Form 6 jer. Tapi, aku pernah berkunjung ke Singapore masa Form 6 dulu di bawah anjuran Kementerian Pelajaran bersama dengan rakan sekolah dari negara ASEAN. Dan sememangnya lah, di Singapore banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.

Antara yang menjadi perhatian kami semasa bergelar pelajar dulu ialah, NUS atau Universiti Kebangsaan Singapore yang menjadi kebanggaan seluruh rakyatnya. Malah, kami pernah diberitahu bahawa NUS merupakan universiti terbaik di rantau ASEAN dan sesiapa yang dapat belajar kat sana memang la sangat beruntung. Taraf NUS dikatakan setanding dengan Cambridge University...tu citer dulu la....


Tuesday, January 08, 2013

Messi Terbaik Dunia.



Anuegrah Ballon d'Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.

Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Monday, January 07, 2013

Monday, January 07, 2013

Pertandingan Memancing Di Sungai Beku.


SEOUL - Ribuan pengunjung termasuk wanita berkumpul pada musim sejuk untuk memancing di sebatang sungai beku di Hwacheon, dalam daerah Gangwon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan.

Festival Ais Hwacheon Sancheoneo dibuka pada setiap bulan Januari (musim sejuk) kepada para pengunjung untuk melakukan pelbagai acara menarik yang disediakan, antaranya ialah memancing dalam ais.


Monday, January 07, 2013

Aku Disuruh Kawen Lagi...

Yerp....itulah yang menjadi dilemaku sejak dua menjak ni. Aper, korang ingat lelaki jer boleh kawen lagi? Pempuan pun boleh tau..itu pun biler anak sulung korang yang nak korang kawen lagi hehehe. Biler dah pandai cakap, pandai mikior, pandai menilai, mulala pandai mintak itu ini.




Sunday, January 06, 2013

Sunday, January 06, 2013

Di Mana Cinta Yang Kau Ungkap Dulu Wahai Si Suami?

Aku tak mengerti walaupun aku cuba berkali2 untuk memahami situasi yang mungkin menyebabkan seorang suami itu tergamak mengasari isterinya. Apakah memang si isteri yang bersalah menduakan suaminya maka sehingga terjadinya aksi terajang, tampar menampar malah ada yang sanggup membunuh pula!

Malam ni di kala sumer orang 'teruja' menghadap AJL, yang pada aku seriously aku dah takda hati pada sumer jenis anugerah lagu atau apa2 saja berkaitan seni tanah air. Mungkinkah aku dah tua?? Atau barangkali tiada apa2 yang menarik lagi dalam industri itu melainkan yang lagha saja.


Saturday, January 05, 2013

Saturday, January 05, 2013

Cobaannnnnnn

Selepas 4 hari turun naik tangga menadah air, baru la pagi tadi air datang balik. Walaupun tidak selaju dulu tapi kira ok la kan dari takda langsung. Nak basuh pinggan, cawan, nak cebok dan basuh kaki pun dah boleh la. 

Tapi, air paip ni bukan direct dari tangki besar tu. Semalam, jawatankuasa blok ni datang dari rumah ke rumah bagi mengutip sumbangan untuk membeli 'motor' @ pam baru untuk menyedut naik air masuk ke dalam tangki blok ni. 

Di blok ni pun, ramai warga emas terutama yang tinggal di tingkat 4. Jadi, memey kesian la tengok diaorg turun naik tangga dengan baldi air yang berat tu. Maka, bila memikirkan susah jugakla nak mengangkut air sehingga selasa depan, maka akak pun bersetuju nak sumbang sedikit la untuk beli motor pam air tu.

Agaknya semalam kot diaorg pasang pam air baru tu, pagi tadi akak check alhamdulillah air dah ada. Aper lagi, akak cepat2 la masak bekpes untuk anak2 dan incik somi huhu. Jiwa pun dah berkoba-koba nak basuh baju masham yang dok ada sebakul lagi tu.




Dah siap tadah air dalam mesin basuh, nak letak sabun basuh baju...pelik...maner plak sabun aku ni? Cari punyer cari tak jumpa2 jugak...Ahhh, pelik jugak...maner aku letak??

Tetiba dapat mesej dari kawan, "Salam, hanim ko punyer dinamo ade d sini...."

Aiyakkkkkk...baru akak teringat semalam masa tumpang basuh baju kat umah dia akak tertinggal sabun ghupernyer....cobaaannnnn~

P/S: Tuakah aku?

Friday, January 04, 2013

Friday, January 04, 2013

Bila Mira Berbahasa....



Situasi Pertama

Seperti kebiasaannya, lepas amik my Pearls di nurseri..sambil2 tu akak tanya pada Wani & Mira..


Ibu:"Macam maner sekolah arini? Best tak?"

Wani & Mira: "Bessssssttttt...."

Wani:"Kakak main jer..."

Ibu: "Huh..."

Mira:"Besstt....Mira makan PEROKOK buuuu"

Ibu:"Perokok????? Maner boleh makan perokok dikkk??"

Mira: "Eh, boleeehhhhh...tadi cikgu tu bagi adik perokokkkk"

Ibu: "Adikkkk...perokok tu orang yang menghisap rokok. Maner boleh kiter makan orang isap rokok"

Wani:" Adikkk, bukan perokok la dikkk....KEROPOK"

Ibu: Laaaaaaaaaaa (@_@)

Situasi Kedua

Biler sampai di rumah, akak sambung lagi tanya aktiviti diaorg....


Ibu: " Kakak & adik makan aper tgh hari tadi?"

Mira:" Adik...adik makan nasi buuuu....kat MESERI"

Ibu: "Meseri??? Aper tu dikkkk??"

Mira: "Meseri la buuu...aper la ibu ni, tu pun tak tau"

Wani: " Bukan meseri la dikkkk...NURSERI. Adik ni cakap pelat je tau"

Ibu: Laaaaaaaa T_____________T
(den tokono layi)

*terkulat-kulat ibu... budak cinonet ni suka buat perkataan sendiri tau.*


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.