Breaking

Tuesday, February 19, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Amah Lambung Bayi Akhirnya Ke Penjara.

Assalamualaikum sumer!~

Kes amah warga Indonesia yang melambung bayi yang kini sedang ditahan reman telah pun dijatuhi hukuman. Baru sebentar tadi, aku dapat info dari blog Mazidul Akmal Sidik berhubung kes tersebut.

Amah warga Indonesia terbabit telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi dan dia telah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan. Dia didapati  bersalah mengikut Akta Kanak Kanak 2001 & Kanun Keseksaan, membawa kepada hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama. Sementara, bagi pertuduhan kedua dia dipenjarakan selama 5 tahun. Ini bermakna, dia akan dipenjarakan selama 20 tahun!

sumber
Tuesday, February 19, 2013

Ketahui BMI Anda.

Assalamualaikum!~

Dulu aku punya masalah....masalah BMI yang terlampau rendah. Maklumla, masa tu aku keding..!hehehe. 

Dengan berat aku yang hanya 45kg dan ketinggian 170cm....mana tak keding??! Macam-macam yang aku dah buat untuk naikkan berat badan aku supaya BMI aku kembali ke paras normal. 

Pastu doktor suruh naikkan berat badan...suruh makan...suruh minum susu...suruh itu suruh ini! Tapi aku tetap keding. Sampaila aku dah kawen dan beranak dua..pelan-pelan (perlahan-lahan) berat aku naik wahahahaha! Sukkewwwwww sangat wahahaha. 

Orang lain bagai nak rak makan ubat kurus nak bagi kurus, yang aku bantai makan tak hengat donia! wehehehehe....bahagia bahagia!


Carta BMI -korang boleh check paras BMI yang normal mengikut ketinggian
dan berat badan korang.
Tuesday, February 19, 2013

Mohon Tolong Sebarkan!

Assalamualaikum sumer!~

Masih ingat pada Tupac Shakur yang popular dengan lagu Gangster Paradise suatu ketika dahulu? Kalu korang peminat lagu-lagu rapper awal & pertengahan 90-an pasti korang ingat lagu ni. Tapi, Tupac Shakur telah mati ditembak dalam satu pergaduhan. Namun, yang aku nak kongsi di sini bukanlah Tupac Shakur tapi salah seorang ahlinya, Napoleon, ex-rapper dan salah seorang krew Tupac Shakur yang kini telah pun memeluk Islam dan bergelar muslim! Alhamdulillah...Allahuakbar!

Beliau telah bergelut dengan dadah..dan apa sahaja yang korang fikirkan DAN beliau akan berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman hidupnya sebagai anak seni.



Tuesday, February 19, 2013

Memori Kanak-Kanak Riang - Yang Mana Aku?


Assalamualaikum sumer!~

Happy giler waktu ni....! Aku darjah 3 masa ni...muker punyer la cute melampau! hahahaha. Terkenang aku zaman kanak-kanak riang. Masa ni sumernyer indah. Belajar pun tak tension...pasai masa ni kami belajar main-main hehehe. Gambar ni aku dapat dari fb seorang sahabat..mujur dia ada simpan lagi huhu.



Monday, February 18, 2013

Monday, February 18, 2013

Berita Terkini: Surau Aman Perdana Ditembak.

Assalamualaikum sumer!~

Aku  terbaca satu post di FB mengenai insiden surau ditembak di Klang. Surau Aman Perdana telah 'dicemari' dengan tembakan peluru hidup. Astaghfirullahalazim.....

sumber: fb syahirul.com

Dikhabarkan, tiada siapa yang tercedera dalam insiden ini. Adakah mereka sudah hilang pertimbangan sehingga tergamak 'mencemari' rumah Allah sebegini? Adakah situasi ini akan menjadi sama seperti yang menimpa di selatan Thailand? Ya Allah...lindungilah kami dari kekejaman dan kemudaratan.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.