Makanan
Friday, June 07, 2013
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.
Assalamualaikum!~
Didahului dengan firman Allah yang bermaksud:
"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"
(Surah Al-Baqarah: 168)
Lambakan produk makanan terutama produk import perlu diselidiki tahap kehalalannya supaya pengguna muslim seperti kita tidak tertipu. Bukan itu saja, produk kecantikan turut perlu diberi perhatian kerana ternyata memang ada sesetengah produk ini yang mengandungi unsur-unsur kebabian.