Story Kenit
Tuesday, July 09, 2013
Majlis APC 2012
Assalammualaikum!~
Teringat masa mula kena interbiu. Pegawai tanya "sila berikan saya satu jenis awan yang awak tahu, Cik Hanim". Mabuk meroyan aku rasa masa tu, ape nama aku nak bagi ek? Mampus aku lagu ni kalau tak dapat jawab balik tangan kosong la aku! Perghhh! giler giler! Reeves kot? macam Keanu Reeves....ceh! merepek ko ni Nim. Ape kejadahnya nak letak nama boipren aku tuk awan tu? Ouuhhhh.......
Dalam hati dok ngomel 'adoiiiii kalau salah kang dia tulis, kalau tak bagi kang dia tulis gak! Ahhhh teruk aku ni, sebelum datang tak ulangkaji. Allah.....aku betul2 tak tau ni!
"Errm....maaf Encik, saya tak tahu.." Pukkkkkk! bunyi buah nyok menghempuk atas kepala dunguku tika itu di dalam bilik interbiu walaupun satu pokok idup pun aku tak nampak. Rasa malu nak saje aku berentikan masa dan ketuk2 kepala lonjong ini kerana gagal memberikan satu jawapan untuk soalan pegawai itu. Tapi sayang....aku tak berdaya.