Breaking

Thursday, November 07, 2013

Thursday, November 07, 2013

Dah 1000!


Assalamualaikum!~


Hasrat untuk capai target sempena Setahun Jagung Nukilan Kenit akhirnya tercapai jugak, walaupun tersasar 2 bulan hehe. Namun, alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke puncak! heeeee.





Yeayyyy dah 1000!! hehe. Tak sangka sebanyak ini yang kenit dah kumpulkan untuk Nukilan Kenit. Tak sangka jugak semangat blogging ni masih tetap membara sehingga ke hari ini hehe. Terima kasih pada kengkawan yang menyokong kenit dari mula kita berkenalan di sini.

Memang ada masanya kenit suka tulis ikut suka hati, jantung dan limpa. Bak kata pujangga, "suke ati kite la... blog kiter!" hehe. Tapi bagi kenit, yang paling menyeronokkan pasal blogging ini ialah bila kita berjaya publish entri kita tu hehehe. Memang payah nak update 2-3 entri sekali dalam sehari, tapi itulah cabaran dalam dunia blogging. Kalau tahap retis tu, lain la citer hehe.

Semoga korang tak jemu menatap wajah kenit dok makan cendoi kat atas tu hehehe (^_^).
Thursday, November 07, 2013

Sheikh Ahmad Deedat


Assalamualaikum!~

Sebelum kenit memulakan bicara tentang beliau, dapatlah kiranya kita semua menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada beliau semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan beroleh ganjaran syurga di atas segala usaha dan sumbangannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhannya...al-fatihah.

Bila menyebut nama 'Sheikh Ahmad Deedat', perkara pertama yang kenit bayangkan adalah seorang lelaki tua yang berserban putih dan mempunyai janggut putih yang kemas dan rapi. Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!


Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat

Wednesday, November 06, 2013

Wednesday, November 06, 2013

Tips Memilih Taska.


Assalamualaikum!~

Entri kali ni memang panjang, sebab ia menunjukkan kenit ambil serius berkenaan permasalahan ini! Sebagai antara ibu yang sering menghantar anak-anak ke taska, kenit ingin sekali berkongsi dengan anda tips-tips memilih taska dan bagaimana melakukan survey sebelum menghantar anak kita ke sana. Ini berdasarkan pengalaman kenit sendiri. insyaAllah.....

gambar hiasan

Bukan semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermasalah seperti yang kita baca dalam dada akhbar. Namun begitu, sebagai ibubapa yang prihatin perlulah kita mengambilkira segala aspek yang melibatkan kebajikan dan perlindungan anak-anak kita.
Wednesday, November 06, 2013

SENARAI 27 PEKELILING PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN


Assalamualaikum!~




Akhirnya, senarai pekeliling yang sahih dari JPA telah dikeluarkan. Sebanyak 27 pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan bagi penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas.

Kebanyak skim perkhidmatan yang diupgrade akan menikmati kenaikan gred jawatan dan opkos la... kenaikan gaji! Anda boleh menyemak samada anda termasuk dalam golongan yang bertuah ini di {SINI}.

Tuesday, November 05, 2013

Tuesday, November 05, 2013

Dah Luruh!


Assalamualaikum!~

Rasanya masih tidak terlambat untuk kenit ucapkan salam maal hijrah 1435 kepada semua sahabat kenit di sini. Semoga di tahun baru ini, kita sematkan dalam hati azam baru untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan amal ibadah kepadaNya insyaAllah.....

Dan, pada tarikh 1 Muharram 1435 ini jugalah menjadi tarikh bersejarah bagi anakku yang sulung kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia berjaya menghadapi 'ujian' itu dengan baik sekali! muehehehe. 

luruh dah gigi kakak huhu

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.