Breaking

Thursday, November 28, 2013

Thursday, November 28, 2013

Jajan Kenit


Assalamualaikum!~

Pagi Selasa yang blurrrrrr! citer banyak nak di-share tapi material pulak tak dapek-dapek lagi hehe. Terkebil-kebil mata ni memandang gambo perempuan dok makan cendoi tak habih-habih lagi kat atas tu ekekeke. Dari tadi jari jemari runcing ini hanya mampu 'baring' atas papan kekunci tanpa bergerak ke mana-mana. Walaupun ilham datang menerjah, tapi hati ni semacam 'mati' untuk berbicara. Mungkinkah ini yang dikatakan 'takda mood nak update entri'?? 
Thursday, November 28, 2013

Amalan Menyambut Hari Lahir Dalam Islam.


Assalamualaikum!~

Perkara paling menggembirakan dalam hidup seseorang adalah ketika dia dilahirkan ke dunia dan ketika dia menyambut hari lahirnya. Setiap kali kita melangkah ke satu tarikh baru, kita sebenarnya semakin menjauhi dunia ini, dan semakin mendekati kematian. Mengapakah hari lahir dikaitkan dengan kematian? Kerana semakin matang usia kita, sebenarnya semakin suntuk masa yang kita ada di dunia ini.

Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menyambut hari lahir. Ada yang menjamu rakan dan taulan, ada yang pergi bercuti, ada yang buat parti dan macam-macam lagi. Apa pun bentuk sambutan hari lahir, perlulah kita sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir apatah lagi jika ia melanggar batas-batas syarak. 
Thursday, November 28, 2013

Officially Thirty

Assalamualaikum!~

Just few seconds ago, i was 29. And, now the new digit has come to me. Not sure what i'm feeling right now. Gembira + terharu + sebak + syukur bercampur gaul sebati dalam jiwa sekarang ni. Tapi, yang paling jelas saat ini ialah aku TAKUT! Truly speaking, aku TAKUT dengan anjakan paradgima ini. 

Mungkinkah aku belum bersedia? Namun, siapalah aku untuk memutar kembali masa yang telah berlalu. Aku ini hanyalah pinjamanNya sementara. Hidup dan takdirku hanyalah kerna Dia. Terfikir sejenak apakah yang telah aku lakukan sepanjang tempoh 29 tahun yang lepas. Berfoya-foya? Bersenang-senang dengan dunia padahal akhirat belum sempatku penuhkan bekalnya. Allah .....

Wednesday, November 27, 2013

Wednesday, November 27, 2013

Macam Mana Nak Dapatkan Permalink Dari Timeline Di Facebook.


Assalamualaikum!~

Alkisahnya, kenit join one small giveaway by +Eyriqazz GTO  malam kelmarin. Kenit dikehendaki share entri {INI} di wall Facebook kenit. Kemudian, kena hantar permalink yang dishare tu ke bahagian komen di fanpage di {SINI}. So, dengan bangga dan konfidennya kenit pun share la. Tiba masa nak copy permalink ... tetiba, "aik! kat maner nak ambil link ni?" haaa haha.

Orang dulu-dulu kata 'malu bertanya sesat jalan'. Maka, kenit pun bertanyala pada rakan blogger lain cam maner nak buat tu. Salah seorang yang sudi menjawab pertanyaan kenit adalah Kak Julia Johari. Kak Julia pun join giveaway tu (^_^).

Tuesday, November 26, 2013

Tuesday, November 26, 2013

Kek Lapis Sarawak.


Assalamualaikum!~

Best keje cam Pak Jelan, dapat travel satu Malaysia! Walaupun atas dasar tugas rasmi, tapi kalau sekadar nak menyinggah beli cenderahati ke, makanan tempatan ke no problem insyaAllah. Tu yang syok tu kan! hehe

Minggu lepas, Pak Jelan pergi ke Kuching, maka sempat jugak la dia 'rembat' Kek Lapis Sarawak pelbagai perisa. Setiap kali pergi sana, tak sah kalau tak membeli kek lapis yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan. Tapi, nak mencari yang sedap dan tak muak memang susah sikit la. Kita pun dengar-dengar je cakap orang kek ni sedap kek tu sedap. Tapi, bila makan sendiri .... hampeh! Akhirnya, terbuang begitu je la kek tu. 



Stok kek lapis paling banyak pernah dimiliki! hehe

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.