Bila Balik Kampung
Friday, November 29, 2013
Berbudi Pada Tanah.
Assalamualaikum!~
Rezeki sungguh dapat pulang ke kampung 2 minggu berturut-turut. Maklumla, last balik ari raya aritu so bila Pak Jelan ajak balik dah tentu kenit tak menolak hehe. Tiap kali balik kampung, kenit tak lepas peluang menjenguk kebun-kebun abah dan ayam-ayam mak.
Kalau setakat petik buah atau siram pokok mak masih mampu nak buat sendiri. Tapi, bila nak kobak tanah tu yang mak tak larat. Abah pun dah tak berapa kuat nak menyangkul, jadi keje-keje berkebun ni kami la yang usahakan. Eh best tau berkebun ni, habis kuar peluh 'jantan' hehe. Badan yang sakit jadi sihat, urat tersimpul terus jadi lurus balik! muehehehe.
Ladang serai hehe |