Tips sihat
Sunday, May 04, 2014
Tumbang Sebab Batuk!
Assalamualaikum!
Dari petang Jumaat aku dah rasa sesak nafas. Nak tarik nafas tersekat-sekat dan rasa penat sangat. Bernafas ikut mulut pun tak boleh gak.
Malam tu makin teruk! Bila aku tarik nafas rasa macam berat sangat dada ni. Letak vicks pun tak jalan. Pak Jelan siap urut-urut depan belakang nak bagi lega.
Nak duduk tak senang, nak tido melentang pun tak boleh. Lagi aku takleh nak tarik nafas. Rasa macam saluran pernafasan tu jadi sempit!
Ya Allah, jujur aku katakan aku takut kalau ditakdirkan malam tu aku putus nafas! Allah ....
Posisi paling elok ialah bersujud. Aku perasan bila aku sujud dalam solat, aku boleh bernafas tanpa masalah. Nak tarik nafas pun tak rasa berat. Tahu tak, malam tu aku tido posisi bersujud tau hahaha.
Tapi, tak berapa nak lena jugak. Tengah2 malam aku terjaga dari tido gara-gara susah nak tarik nafas.