Breaking

Wednesday, July 08, 2015

Wednesday, July 08, 2015

Katakan Tidak Pada Baju Raya Pelik!


Assalamualaikum!


Jarang sangat dia nak ngomel pasal baju raya sendiri. Takda apa yang nak dibincangkan pun melainkan warna dan jenis kain. Setiap tahun ... hanya warna bertukar, tapi coraknya tetap sama gitu la ...

Tapi sejak dua menjak ni, aku tengok baju Melayu dah takda rupa macam baju melayu. Macam-macam trend dan corak pelik yang menyakitkan mata bila melihat koleksi-koleksi terbaru ni. Serius ... memang tak boleh diterima akal baju Melayu dibuat sebegitu rupa!

Kengkadang pelik jugak tengok orang Melayu ni, benda dah cantik asalnya ...dia pergi tukar jadi sampai pelik macam tu! Omputih tu tertarik pakai baju Melayu kita disebabkan keaslian pada rekabentuk yang sopan dan segak. Dah, kalau kita gatal gi ubah keaslian tu menjadi trend yang pelik-pelik dan ketat metat ... bukan namanya baju Melayu dah la.

sekadar gambar hiasan

Tuesday, July 07, 2015

Tuesday, July 07, 2015

Projek Biskut Raya 2015 : Orange Shortbread


Assalamualaikum!


Ok ... ada kesilapan berlaku sebenarnya! Sebenarnya aku bukan nak buat biskut Orange Shortbread ... tak terlintas langsung pun nak buat! Tapiiiiiiiii .... bak kata pepatah, apa yang kita inginkan tak selalunya kita dapat. Dan, kadang-kadang kita perlu belajar menerima sesuatu yang baru dalam kehidupan ini .... mana tahu yang baru itu barangkali lebih baik untuk kita ....

Haaaa hok aloh ...apa yang aku merapu di atas tu?? hahaha. Okla ok la takmo merapu banyak sangat, nak tahu cerita penuh terjah SINI. Inilah biskut raya yang telah tinggal separuh balang setakat hari ini! Sapa punya keje? .... suspek utama ialah kakak! hehehe. Dia punya selera kat biskut raya, boleh bikin aku risau ...takut-takut time raya nanti biskut raya kat umah ni habis licin dikerjakannya! Alasannya ....ibu punye biskut oren ni sedapppp! Ooohhh ..kemain puji kita ye ...ibu dah habis 'kembang' dah ni kak ...tak larat nak tukar seluar dah muahahaha!




ORANGE SHORTBREAD

BAHAN-BAHAN

200gm butter (i is guna buttercup)
100gm gula kastor
30gm nestum kisar
30gm tepung kastard
1 sudu air sejuk (peti sejuk)
2 sudu bijan
40gm tepung jagung
260gm tepung gandum (yang telah diayak)
1 sudu perasa oren (i is guna star brand)

HIASAN

kelapa parut halus
manik berwarna warni
1 ketul coklat putih

CARA-CARA

1. Putar butter bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, nestum dan bijan. Kemudian masukkan air sejuk dan perasa oren dan putar lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan menjadi doh.

2. Dengan menggunakan acuan yang sesuai, terap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar sehingga siap kesemuanya. Sementara tu, panaskan oven dahulu untuk 5-10 minit.

3. Dulang pembakar dimasukkan dalam oven dan suhu disetkan pada 145°C selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dulang pembakar dan biarkan ia sejuk sekejap.

4. Di dapur, panaskan coklat putih dalam periuk sehingga cair. Cara nak buat,isi air dalam periuk/kuali dan letakkan periuk lain dalam air mendidih tu. Masukkan coklat dalam periuk dan kacau coklat tu sampai ia cair. Kemudian tutupkan apinya. Sediakan berus lukis (yang baru la) untuk sapu coklat pada biskut.

5. Campurkan kelapa parut dan manik berwarna warni dalam satu mangkuk, gaulkan ia rata. Ambil berus dan celup dalam coklat putih, sapukan di atas biskut tadi. Kemudian tekan biskut tu dalam campuran kelapa parut dan manik. Ulang prosesnya sehingga siap. Jika coklat putih dibiarkan mengeras, ia perlu dicairkan semula untuk memudahkan proses sapuan.

6. Biskut siap dan sedia untuk disimpan dalam bekas kuih atau dimakan.




Seronok juga bila anak-anak turut membantu di dapur. Tambah bila diaorang tengok biskut tu cantik pulak tu, memang automatik sukarela nak buat sama. Masuk dalam mulut pun sukarela jugak la jadiknya ....muahaha!


SELAMAT MENCUBA! ^^



Monday, July 06, 2015

Monday, July 06, 2015

Buka Puasa MYMahsuri Bersama Pemenang Masak dan Menang


Assalamualaikum!


Walaupun kita sudah memasuki minggu ke tiga menjalani ibadah puasa, namun sambutannya sangat sederhana tapi meriah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku berpeluang menghadiri majlis buka puasa bersama pemenang Masak dan Menang untuk minggu ke lima anjuran Mahsuri bertempat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam.

Walaupun ini merupakan kali pertama aku menyertai majlis bersama Mahsuri, namun diri ini sangat teruja dan bersyukur dapat bertemu dan berbuka puasa bersama-sama penghuninya di sana. 




Dan semestinya, kakak dan adik turut bersama merasai pengalaman berbuka puasa bersama kakak-kaka dan abang-abang di sana. Pada petang itu, majlis dimulakan dengan aktiviti permainan seperti kerusi berirama, Balloon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri.

Untuk makluman, pertandingan Masak dan Menang telah bermula dari 28 Mei sehingga 8 Julai 2015, di mana seramai 24 orang pemenang telah dipilih untuk meraih hadiah RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa menggunakan produk Mahsuri. Setiap minggu, empat orang pemenang akan dipilih dan mereka berpeluang menerima hadiah serta berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di empat buah pusat jagaan, antara :

  • Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 JUN 2015)
  • Rumah Kebajikan Baitul hidayah ( 27 JUN 2015)
  • Rumah Amal Kasih Bestari (4 JULAI 2015)
  • Rumah Nur Sakinah (11 JULAI 2015)






Sementara itu, kanak-kanak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari turut dihiburkan dengan persembahan badut oleh Awang The Clown yang pandai menggamatkan suasana petang itu dengan jenaka dan magiknya. Memang teruja masing-masing melihat aksi magik dari uncle Awang kita tu hehe.


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on









Dan, inilah pemenang kita! Cik Syazwani salah seorang pemenang yang membawa pulang RM500 untuk minggu ke lima.

Pemenang lain yang tersenarai untuk minggu ke lima :

  1. Zamzarina Bt Zakaria
  2. Khairuddin Muhammad
  3. Shazwani Binti Shahrom
  4. Faizal Zainuddin





Sementara menunggu waktu berbuka, rakan selebriti kita turut menghulurkan nasi ambeng untuk para tetamu. 



Beginilah rupanya Nasi Ambeng Wak Minah ye. Ni pertama kali aku cuba nasi ambeng ni ... memang sedap! Ada dua pilihan ayam, iaitu ayam goreng berempah dan ayam masak kicap. Semestinyalah aku pilih ayam kicap sebab menggunakan kicap Mahsuri!




Bergambar kenangan bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini, moga mereka terhibur pada hari tu.

Bagi yang ingin menyertai kontes Masak dan Menang bersama Mahsuri, korang masih berpeluang lagi. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.facebook.com/MyMahsuri


Monday, July 06, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Tart Nenas Gulung


Assalamualaikum!


Pagi raya tak lengkap kalau takda kuih tart nenas kan. Selain biskut Dahlia & Semperit, tart nenas juga merupakan juadah wajib yang mesti ada di setiap rumah setiap kali hari raya. 

Tart nenas dah melalui pelbagai revolusi, dari pelbagai warna menarik ke penambahan perasa. Dulu mak mak kita guna inti nenas je tapi sekarang ni dah ada blueberry tart la .... raspberry tart la. Namun, aku tetap setia dengan tart nenas sebab yang asli dan asal itulah yang terbaik!hehe

So, tahun ni aku buat tart nenas jugak. Memula aku buat dulu, ia agak mengundang sedikit stress sebab tangan kita ni dah la tak berapa nak lentok, kadang-kadang bunga tu jadi pecah-pecah pulak. Tapi, bak kata pepatah 'latihan membawa kepada kesempurnaan' kan hehe. Satu adunan aku dapat dalam 112 biji tart nenas ...alhamdulillah 


Friday, July 03, 2015

Friday, July 03, 2015

Bosan Asyik Kena Tipu Dengan Peniaga Bazar!

Assalamualaikum!


Banyak kali dah terkena..! Sejak dari itu aku serik dah nak beli kat tempat yang sama. Hari tu murtabak...pastu semosa dan kelmarin popia goreng pulak!

Luaran nampak memang sempurna! Cukup 'layak' dengan harganya..! Tapi bila aku gigit...??? hampa gilerrrr tau dak! Boleh buat orang menyumpah sebab kena tipu camtu je. Hari tu...beli semosa daging kat satu gerai ni, ada daging .... ada ayam punye. Tapi yang peliknya bila aku kunyah seketul daging haram nak ada! Ayam..daging...sama je rasanya!

Bosan kena tipu banyak kali! Dah la orang politik pun kuat 'mengencing' rakyat, ini peniaga bazar pun nak tipu duit orang biasa macam kami. Terus aku palang kedai tu sampai sekarang...!

Tadi aku balik lambat sangat, sampai desa pandan kul 7pm..tak cukup masa nak sediakan apa² untuk berbuka puasa. Lalu aku berjalan kaki ke bazar, hajat nak cari makanan sikit. Teringat yang suami suka makan murtabak, tapi murtabak yang sebelum ni selalu beli banyak bawang dari dagingnya! Tak setara dengan harga RM3.  Aku cuba pulak beli kat satu gerai lain ni...harga yang sama dan kelihatan agak tebal dari biasa.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.