Breaking

Monday, November 14, 2016

Monday, November 14, 2016

Lazada Online Revolution | Apa ada dalam Parcel of Joy?


Assalamualaikum!


Sale sale sale! Ada yang suka shopping online kat sini? Tarikh 11.11 memang tarikh cantik untuk korang borong barang-barang di Lazada. Sebab apa? sebab bermula 11.11.2016, Lazada tengah 'menggila' dengan promosi harga sempena Lazada Online Revolution. Memang rambang mata dibuatnya bila tengok segala jenis barang kat Lazada ni menjunam habis harga dia!




LAZADA Online Revolution 2016

LAZADA Online Revolution merupakan jualan secara online terbesar di Asia Tenggara, dan Lazada Malaysia menawarkan rangkaian barangan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. 

Untuk pengetahuan korang, Online Revolution 2016 adalah kali yang kelima sejak pelancarannya pada tahun 2012. Dengan tema "Brands for All" (Jenama untuk Semua), promosi terhebat Lazada ini akan berlangsung selama 1 bulan bermula dari 11 November 2016 sehingga 14 Disember 2016.

Walaupun sekarang pertengahan bulan tapi memang ramai yang ambil kesempatan untuk borong barang-barang keperluan dengan harga murah dan berbaloi sangat! Antara jenama yang mengambil bahagian adalah seperti Drypers, L'Oréal, Nestlé, Tefal dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, dan banyak lagi!




Tarikh 11.11 ni bukan saja syok untuk shopping sakan sempena Lazada Online Revolution, tapi hari ni juga aku dapat 'box of joy' dari Lazada! Rasa macam dapat hadiah hari lahir pulak, walaupun tarikh birthday aku lagi 2 minggu hehe. Teruja terbeliak mata tengok isi dalam kotak ni ..wowww! 


Muka ada senyummmmmm! ^^



Perkakas dapur yang lama kuiidamkan! Food chopper ni memang memudahkan kerja aku didapur. Tak sabar try dan kongsi ngan korang nanti. Tunggu next entri aku ye 😉 Murah giler sekarang kat Lazada weh! Korang klik SINI yek



Koleksi wireless speaker dari Logitech ni memang mengancam habis! Murah sangat dah ni, korang nak klik SINI yek 



Nescafe White Coffee perisa pandan untuk Pak Jelan. Macam sedap je ni kan! Korang nak beli, pastikan klik di SINI 



Suka makan maggi? Jom try Maggi Royale Thai White ni, beli je kat SINI 




Sandisk Dual Drive ni memang idamanku! Boleh cucuk kat smartphone terus. Meroyan giler kalau korang tengok harga dia kat Lazada sekarang ni, rugi kalau tak rembat sekarang wooo! Kalau nak rembat, korang klik terus kat SINI 



Cun betul beg Milo edisi Ola Bola ni weh! Korang boleh dapatkan secara percuma bila korang beli ikut promosi di Lazada. Cari yang ada gambar beg ni tau, korang klik je kat SINI

Apa tunggu lagi? Memang elok sangat dah ni kalau korang nak borong sakan di Lazada Malaysia. Untuk ibu-ibu yang nak beli pampers anak ke, barangan eletrik ke memang inilah masa yang sesuai untuk dapatkan dengan harga murah sangat! Jangan lupa terjah http://www.lazada.com.my/online-revolution/


Monday, November 14, 2016

Berkesan ke ubat yang dia ambil untuk berhenti merokok tu?


Assalamualaikum!


Dah masuk 2 minggu dia berulang alik ke klinik rokok tu. Doktor pun macam tak percaya je Pak Jelan datang balik selepas minggu pertama. Ye la ... doktor tu cakap sebelum-sebelum ni pesakit yang datang ke situ hanya bertahan satu minggu je. Masuk minggu kedua dah tak nampak batang hidungnya. Bila Pak Jelan muncul kali kedua minggu lepas, terkedu juga doktor tu huhu.

Memang harapan kami untuk dia berhenti merokok.  Tapi bukan la berhenti mengejut terus! Nasihat doktor kalau boleh kurangkan bilangan batang rokok dan konsisten makan ubat yang diberikan. 


Wednesday, November 09, 2016

Wednesday, November 09, 2016

Melukis ikut video di Youtube


Assalamualaikum!


Antara cara untuk kakak dan adik release tension di rumah ialah dengan melukis. Bermula dengan kakak yang dari kecik lagi memang suka melukis dan akhirnya menjadi ikutan si adik. Bermula dengan 'orang lidi' sekarang dah jadi 'orang berisi' hehe.

Kakak sekarang tengah praktis lukis mata anime. Rupanya dia tengok cara orang melukis di YouTube! Patutlah kejap-kejap pinjam handphone ibu ..rupanya selain tengok kartun dia gi tengok cara orang melukis kartun huhu.


Tuesday, November 08, 2016

Tuesday, November 08, 2016

Jangan malu bawa anak pergi meniaga!


Assalamualaikum!


Setiap hujung minggu jika diizinkan Allah, inilah rutin kami sekeluarga. Bermula jam 4 pagi bersiap dari rumah sedia bergerak menuju ke Kota Damansara empat beranak. Melepasi tol Kota Damansara, kami akan berhenti untuk solat Subuh sebelum memecut ke tapak letak kereta untuk mula memunggah barang niaga dari kereta.

Mengantuk? Ya, dan kerana itu ada masanya kami serba salah kerana 'mengheret' sama anak-anak yang masih penat untuk ikut kami berniaga. Pernah aku suarakan pada anak-anak yang mereka tak perlu ikut kalau badan tak larat atau penat. Tapi mereka membantah! Amboiii .. kita nak bagi dia rehat dia takmo pulak yek :p




Kalau tak meniaga minggu tu, mula la si kakak tak keruan! Soalan yang sama dia ulang sampai naik berbuih mulut kita nak menjawabnya. Setiap minggu dia akan tanya, jadi ke minggu ni bu ...?. Haaa tu aku faham sangat la tu ... tak lain tak bukan nak gi meniaga la tu.

Memula dulu bila kami mula-mula nak berjinak berniaga carboot ni, aku ingatkan anak-anak tak berminat atau malu nak berdepan dengan orang ramai di tempat terbuka macam ni. Tapi aku salah .... diaorang suka sebenarnya!




Tambah Mira, dia paling banyak duduk di 'barisan' depan hahaha. Kalau pelanggan beli barang, dia lah pertama yang hulurkan plastik bagi kat kita. Yang kakaknya keluar time dah pukul 9 lebih macam tu .. kasi caj 'bateri' dulu hehehe.





Bila ada dua orang puteri ni, semangat kami nak meniaga lagi membara! Kalau kami terlupa, mereka ingatkan. Alhamdulillah, mereka happy dan seronok setiap minggu. Paling penting, mereka tak malu untuk berdepan dengan orang. Minat dan kesungguhan mereka jadi motivasi buat kami untuk berusaha lebih cari rezeki :)

Monday, November 07, 2016

Monday, November 07, 2016

Langkah pertama berhenti merokok, semuanya bermula dengan gigi ...


Assalamualaikum!


Bila terkenangkan hari abah dimasukkan ke hospital 3 tahun lalu akibat sesak nafas, aku takut! Aku takut benda yang sama berlaku pada suami. Sebab itu, kami ... aku dan anak-anak tak berhenti mendoakan dan menyedarkan dia tentang bahaya rokok!

Satu rahmat besar bagi kami sekeluarga bila cik abe membuat keputusan ini. Walaupun aku tak jangka ia secepat ini. Maklumla, kita bukan boleh paksa orang suruh berhenti merokok kalau diri sendiri yang tak mulakan dulu. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan hatinya untuk berhenti setelah bergelumang dengan rokok selama 20 tahun. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.