Family
Saturday, June 17, 2017
Jantung abah ...
Assalamualaikum!
Sejak peristiwa 4 tahun lepas, abah semakin berhati-hati dalam pemakanan dia. Tiada lagi air nescafe dan makanan pun bersukat garamnya. Dalam nak maintain darah tinggi dia, rutin menelan 6 biji ubat sehari diteruskan sehingga sekarang. Dan kini, jantung pula ... organ penting dalam tubuh.
Beberapa bulan lepas, ketika abah buat rutin pemeriksaan kesihatan di Klinik Ayer Molek, dia ada cakap yang dia minta untuk jalani pemeriksaan jantung di Hospital Melaka. Nak tahu juga perkhabaran jantung didalam tu. Selepas berpuluh tahun menyedut asap rokok dan berhenti sepenuhnya 4 tahun lepas, adakah ia masih mampu menjalankan 'tugasnya' atau sebaliknya?