Kat mana lagi yang selamat??

Thursday, October 18, 2012


Assalamualaikum everyone,







Tersentak biler baca berita pagi2 ni, macam2 citer tragis dan mengerikan berlaku di luar sana setiap hari. Yang kita baca ni hanya sekadar 
       sinopsis pendek sebuah peristiwa yang telah berlaku. Bagi yang 
   pernah melalui saat2 cemas disamun, dirogol, diculik dan 
             didera mesti tertanya2, "selamatkah aku di sini?". Semudah itukah 
             mengacukan pisau atau parang pada mangsa dan mengugut mereka tanpa memikirkan kesannya nanti? Akak bukan bermaksud nak jadi penganalisis jenayah tetapi kan sebagai rakyat marhaen dan juga manusia yang  berakal dan berhati perut, wajib juga kita bermuhasabah diri sejenak tentang perkara ini. Aperpun, akak doakan kita semua sentiasa
         mendapat perlindungan dariNya setiap waktu, terutama sudah 
 ramai anak remaja dan belia yang keluar bekerja sekarang ini. 
 Sedangkan warga emas pun disamunnya kan so, kalu korang jalan kat tempat yang open please be careful dan sentiasa awasi setiap 
             perubahan yang berlaku di sekeliling korang terutama yang suka jalan sorang2 tu kan..dikkk kalu dulu zaman tahun 90-an kalu kuar 
                      sorang2 insyaAllah selamat baliknya, *saper setuju angguk laju2!*. Tapi la ni bayi yang didukung pun boleh hilang depan mata. 
                              So, berhati2 lah selalu yer dan yang ini sangat penting dan kritikal...tolong baca doa sebelum kuar rumah dan dalam perjalanan tak lupa juga pemakaian perlu sopan dan tidak terkeluar dari batas2 syarak dan kewarasan kaum lelaki di sekeliling korang (^_^).


P/S: Ader orang bawa pepper spray, ader jugak yang bawa gunting kecik atau pisau dalam beg. Akak hanya bawa doa setiap hari minta dijauhkan dari mangsa seterusnya....

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM