Akibat Tiada Teman.

Wednesday, March 27, 2013

Assalamualaikum!~

Macam biasa petang Rabu kami menghabiskan masa membeli makanan di pasar malam Taman Maluri berdekatan IKM. Wani & Mira awal2 dah order ayam goreng dengan fishball goreng. Pasar malam ni antara peberet Kenit, sebab barisan dia panjang & barang yang dijual pun pelbagai, kalau pandai tawar menawar memang berbaloi2!

Kenit tak suka singgah gerai yang tak relevan dengan tekak & citarasa hehe. Kat dalam kepala dah terbayang benda apa nak beli hehe so, tak susah terus terjah gerai yang berkenan di hati saje. 

Ayam goreng...checked!

Nasi tomato..checked!

Kek coklat...checked!

Torayaki....checked!

cakoi...checked!


Ni nak makan ke nak mentekedarah? haha. Tenghari tak makan nasi beb, so petang memang kelaparan la. Dah habis membeli barang yang diidam, kitaorg balik ke kereta. Kunci kukeluarkan dari poket lalu disumbatkan ke tempat soketnya. Beginilah bila alarm kete tak berfungsi, jenuh asyik guna kunci je la!

Godek godek tak masuk....'ape hal ni??' getus hati. Kenit godek lagi...kunci tu kukeluarkan lalu masukkan balik ketempatnya...takleh masuk gak! 'Ahh sudahhh...rosak pulak ke kunci ni???' aku merungut. Tak puas hati, Kenit cuba pulak di pintu penumpang sebelah kiri...still takleh gak. Confirm rosak kunci ni!

Kereta di belakang dah bagi signal nak masuk parking Kenit. Aduhhhh! kunci ni time ni la dia nak buat hal. Takpe, kali ni baca Bismilliahirrahmanirrahim. Nampak sangat memula tadi tak baca bismillah kan? huhu. Tak jadi jugak...arghhhhh!

Tetiba Mira tegur, "buuuu...ni bukan kete kiter laaaaa"

Kenit mendongak kembali & merenung kete dihadapan....arghhhhhhh! mengong ko nim! Boleh plak tersalah kete... nenekkkkk oh nenekkkkkk! Haihhhhh....terbeliak terkedu terkebil2 menahan malu bila terperasan kete dihadapan ghuper2nyer kete orang lain! Wakkkkkkkkkkk.....! Sila tebalkan kulit muka ye hahahahaha. Tak senonoh betul perangai den ni.


sama tapi tak seghuper huhu

"Naper Mira tak bagitau awal2 tadi???", nak cover malu sendiri kengkonon pi marah kat anak plak muahahaha. Akhirnya, anak pun tau Kenit tersalah kete hehehe. "aperla ibu niiii....kan Mira dah cakap tadi" kata Mira. Yo la tu, bile masa plak kau cakap, baru je sat ni kau bagitau ibu. Ibu mungkin pelupa tapi tak pekak tau! buahahahaha~

Haihhh..orang keliling tengok ingat aku nak curi kete ke aper. Sorry yek, kete kebal kami (Kenit & orang depan) memang nampak seghuper haha.

Dengan muka penuh kemaluan & ketebalan 20 inci Kenit masuk ke dalam kete dan kami berlalu dari situ dengan sepantas kilat! Haihhhh...ni la padahnya bila Pak Jelan tiada jadi peneman.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM